Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Menangis. Kita ego dengannya.

Menangislah. Jangan ego.

Menangislah. Jangan ego.

Melalui kehidupan sehari-hari, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Cabaran pula tidak hanya datang dalam bentuk fizikal. Tetapi juga menyerang dalam bentuk rohani dan mental.

Dunia ini sememangnya medan ujian. Allah ingin melihat, siapakah hamba-Nya yang benar-benar terbaik dalam kehidupannya terhadap Allah SWT.

Ujian-ujian ini kadangkala buat kita lemah. Lemah hingga kadangkala kita tersungkur. Rasa tiada harapan. Kita dapat rasakan betapa kita memerlukan kekuatan. Telah kita cari tetapi masih tidak mampu berada dalam gapaian.

Diasak sebegini, adakah kita pernah menangis memohon pertolongan?

Dengan keadaan yang tidak pasti ke syurga, pernahkah kita menangis risaukan kedasyatan neraka?

Dengan tidak mengetahui bila saat kematian, pernahkah kita menangis jika tidak sempat bertaubat?

Dengan tidak mampu mengikuti kehidupan Rasulullah, pernah kita kita menangis malu?

Pernahkah air mata kita, menitis kerana-Nya?

Siapa menangis kerana-Nya, dia terselamat

Allah SWT amat memahami keadaan manusia. Allah tahu betapa manusia ini mudah pecah dan lemah bila diasak dengan ujian. Sebab itu, terlalu banyak hakikatnya talian hayat untuk insan yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Antaranya adalah tangisan.

Kekuatan tangisan yang ikhlas kerana Allah SWT, hingga mampu mengheret kita untuk berada di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya Riwayat Bukhari dan Muslim.

Siapakah yang menitiskan air matanya, kerana Allah SWT?

Menyesali dosa-dosanya?

Malu terhadap keadaan dirinya yang ingkar dan penuh maksiat?

Mereka itu menangis

Kisah 1: Satu hari, semasa masih kecil, Umar Abdul Aziz pernah menangis teresak-esak secara tiba-tiba sehingga membuatkan ibunya risau. Lantas ibunya bertanya:

“Wahai Umar, atas sebab apakah engkau menangis?”

Umar Abdul Aziz menjawab: “Wahai ibu, sesungguhnya aku teringatkan maut” Dan dia terus menangis teresak-esak.

Mendengar jawapan itu, si ibu gementar dan turut menangis bersama.

Kisah 2: Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakr RA. Abu Bakr bertanya: “Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?”

Hanzalah menjawab: “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya Hanzalah telah munafik”

“MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?”

“Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu”

Abu Bakr RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. “Abu Bakr juga telah munafik!”

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima ‘kemunafikan’ mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka.

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan”

Kisah 3: Pada satu hari, Rasulullah SAW pergi berjumpa dengan Abdullah ibn Mas’ud RA, dan memintanya untuk membacakan Al-Quran dan Rasulullah SAW ingin mendengarnya. Abdullah ibn Mas’ud RA terkejut, lantas berkata:

“Ya Rasulullah, kau hendak aku bacakan Al-Quran kepada kau? Sesungguhnya kau lebih mulia daripadaku, mendengar Al-Quran terus daripada Jibril yang datangnya daripada Allah. Apakah pantas aku membacakannya untuk kau?”

Rasulullah SAW menjawab: “Aku suka mendengarnya dari selainku”

Lantas Abdullah Ibn Mas’ud RA membaca Surah An-Nisa’ hingga tiba pada satu ayat, Rasulullah SAW bersabda: “Cukup”

Abdullah Ibn Mas’ud RA berhenti, kemudian dia melihat Rasulullah SAW yang sedang menunduk. Apabila Rasulullah SAW mengangkat wajahnya, Abdullah Ibn Mas’ud RA meriwayatkan: “Aku melihat kedua matanya basah dengan air mata”

Kisah 4: Abdullah Ibn Rawahah RA, apabila melihat Ja’far Ibn Abi Talib gugur di medan Mu’tah, dia bergerak menggantikan sahabatnya itu. Dalam langkahannya, dia menangis. Sehingga ada yang bertanya:

“Apakah kau takut akan kematian? Kenapa kau menangis?”

“Tidak, aku tidak takut akan kematian. Aku hanya teringat dengan firman Allah SWT:

“Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya(neraka); (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.” Surah Maryam ayat 71-72.

“Aku tidak tahu aku akan sampai ke mana selepas aku mati nanti”

Menangis melembutkan jiwa

Bila kita menangis, hati kita akan basah. Automatik, jiwa akan terbelai dengan kelembutan yang tidak akan kita jumpa di dalam televisyen, di dalam drama-drama hindustan, dalam sajak-sajak sastera, dalam novel-novel cinta.

Hati akan terlentur, ego akan menunduk.

Ketika inilah perasaan kehambaan akan menggunung.

Terasa kerdil dan tidak bermaya. Terasa kecil tidak berkuasa. Kepada Allah kita tumpahkan segala tangisan. Mengadu kepada-Nya, merayu kepada-Nya, menyatakan betapa menyesalnya kita, memberitahu betapa sukarnya kita hendak melepasi ujian-Nya, meminta belas kasihan-Nya, merayu.

Tetapi siapakah antara kita yang menangis kerana-Nya?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan dijamin syurga juga menangis. Rasulullah SAW yang telah diampunkan dosanya sebelum dan selepas juga menangis. Umar bin Abdul Aziz, satu susuk peribadi mulia dalam sejarah manusia juga menangis. Menangis kerana Allah. Menangis mengingati maut. Menangis membaca Al-Quran.

Kita?

Penutup: Menangislah. Sebelum air mata kita tidak berguna

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

Di dunia jugalah kita hendak membanjiri jiwa kita dengan tangisan untuk melenturkannya.

Menangislah, jangan sesekali kita ego untuk menitiskan air mata.

Kita hamba berdosa, tidakkah kita terasa hina?

Kita mampu menangis pedih kerana putus cinta, gagal dalam ujian, permintaan tidak dipenuhi dan sebagainya. Kenapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematian kita, syurga neraka kita, dan Tuhan kita?

Abu Bakr RA pernah berkata: “Menangislah. Jika tidak mampu, maka buat-buatlah menangis”

Pernahkah anda menangis ikhlas kerana-Nya?

Sesungguhnya kita masih punya masa.

Sebelum mata tidak mengeluarkan airnya semula.

Print This Post Print This Post

31 Comments

  1. layarkan ku ke cinta illahi.. says:

    Alhamdulilah.. inilah perangsang yg sy cari agar kekuatan semakin mengikat teguh keimanan di dalam hati.. Nafsu atau keimanan? itulah yang menjadi pertaruhan dlm kehidupan kini.. sehinggakan ramai org di luar sana terkeliru dan ada yg tersalap memilih antara nafsu dan keimanan.. SubahannAllah.. Nau’zubillahiminzalik..! terima kasih kerana membantu dalam mencari sinar iman dan cahaya cinta sebenar agar kita xkeliru ttg cinta dan, nafsu dan iman.. sakam ukhuwah, sahabatku.. Hilal Asyraf..

    [Reply]

  2. Faiz says:

    Apabila kembali kpd sumber kekuataan utama iaitu Rabb kita, pasti jiwa kan menjadi tenang.

    Jzkallah..

    [Reply]

  3. Munurbe says:

    thanks hilal..

    [Reply]

  4. nur-najah says:

    salam..

    Menangislah.. kadang-kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
    lalu untuk apa air mata telah di cipta..

    [Reply]

  5. trimas bro

    [Reply]

  6. syasya says:

    terima kasih

    [Reply]

  7. hatimzikri Hatimzikri says:

    Salam,syukran atas pkongsian, kadang kala tleka dgn hal dunia,moga kte sentiasa mengingati mati yg pasti

    [Reply]

  8. wani says:

    ya Allah, ampunilah sgala kekhilafanku, slama ini…. artikel yg sgt2 terkesan di hati…

    dah 2,3 hari menangis sbb parents tak bg blik time cuti rye cina ni.. rse sgt2 sedih2 mse tu… n, smlm, lpas bce novel sinergi hilal, rse sgt2 tenang…ade perkongsian yg sgt2 berguna di dlmnya..n, dapat muhasabah diri kembali..pst ade hukmahnye…hari ini, dipertemukan oleh Allah dgn artikel hilal yg sgt2 terkesan di jiwa..

    smoga Allah sentiasa membasahi n melimpahkan taufik dan hidayah ke dalam diri n hati kite..amiiin ya Rabb…

    [Reply]

  9. fa says:

    Alhamdulillah,syukran diatas tazkirah itu.sangat2 terkesan dalam hati ana..menangislah kerna ianya mampu melenturkan jiwa dan ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

    [Reply]

  10. elmo says:

    Kisah 3 tu paling menyentuh perasaan.

    tak silap time sahabat tu baca ayat ni‏

    فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍۭ بِشَهِيدٍۢ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٓؤُلَآءِ شَهِيدًۭا

    yg menyebabkan Nabi s.a.w nangis……….jadi, teruslah menangis wahai mata.

    [Reply]

  11. Ibnu Ahmad says:

    Masyaallah…pengisian yang mampu menusuk kalbu………….naikkan rasa syuur keimanan kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi………..serta memantapkan serta memperingati jiwa manusia yang angkuh serta alpa…..

    [Reply]

  12. cimok says:

    saye tertanya-tanya dari dahulu lagi, kenapa beliau kata, jika tidak mampu menangis, maka buat-buatlah menangis?

    [Reply]

  13. dhiyaAddin says:

    ;_

    Allah sentiasa bersama kita…tika ini saya amat memerlukan kekuatan…

    [Reply]

  14. hambamencari says:

    Salam

    Post tentang menangis yg mampu menangiskan jiwa2 hamba yg bdosa..

    Jazakallah..

    [Reply]

  15. Ummu 'Ali says:

    Salam Hilal,

    Belum sempat habis membaca artikel ini, air mata dah berderai turun.
    Alahamdulilah, perkongsian yang sangat meruntun jiwa.
    Jazakallahhukhairan kathira. Moga terus dibimbing Allah ‘azzawajala.

    Ummu ‘Ali

    [Reply]

  16. asiif jiddan says:

    salam…mohon copy ye…
    wlaupun dah tau d benarkan saje nk infom juge..

    [Reply]

  17. ittaqullah says:

    salam..terima kasih hilal.

    [Reply]

  18. Naemah says:

    Ya Allah, saya menangis krn kecewa dgn manusia… krn ingin melepaskan rasa di jiwa… walau telah berkali-kali berjanji utk x menangis krn manusia lagi.

    Lemahnya jiwa… Ya Allah, biarlah titis airmata ini hanya untukMu, amin!

    Syukran Hilal atas tazkirah ini… saya juga sedang perlu sangat kepada kekuatan! Tolong semua, doakan saya kuat…amin!

    [Reply]

  19. aishairdina says:

    salam. tangisan akan membuatkan jiwa kita lebih tenang dan aman. dan biasanya kita lebih mudah menangis apabila dirundung masalah.

    :cry: semua mata manusia akan menangis pada hari kiamat kecuali ada
    beberapa mata yang tidak menangis:

    i) mata yang terjaga drpd hal-hal yg diharamkan Allah
    ii)mata yang berjaga malam untuk digunakan di jalan Allah
    iii) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, meskipun air mata yang
    keluar itu hanya sekecil kepala seekor lalat.

    [Reply]

  20. miss_umi says:

    aku selalu menangis kerana manusia… merayu kerana manusia… sedangkan tangisan dan rayuanku itu langsung tidak mendatangkan kebahagian padaku… berulang kali aku mengingatkan diri aku bahawa tiada gunanya aku menangis kerana manusia tapi apakan daya, aku hanya seorang insan yang lemah…

    [Reply]

  21. andikaizza says:

    salam…sy agak sukar untuk menangis di depan org…mngknh sy ego?

    [Reply]

  22. Rushdan says:

    ada tanda ka mata x leh kluarkan airmata, saya slalu rasa sebak, tp x leh kluarkan airmata….. camna????

    [Reply]

  23. nurul says:

    tngisan keinsafan..adkah ak prnah mngalirkan air mata itu hngga dpt mmadamkn dosaku?…

    [Reply]

  24. everjihad says:

    terpukul.

    betul. dah lama tak nangis kerana Allah. nangis-nangis tapi tak tau sebab apa konkritnya. layan je rasa sedih tu. tapi hakikatnya air mata tu entah benar kerana Allah atau pun tidak.

    satu persoalan: kawan serumah saya jenis yang banyak ketawa. saya risau tengok dia. saya tak nak terpengaruh sama. dalam masa yang sama, saya tak nak dia terus hanyut dalam dunia yang penuh sia. bukan melihat diri ini lebih baik dari dia, tapi saya mahukan yang terbaik buat diri dia jua sebagaimana diri saya merasai sesuatu yang baik buat diri saya.

    saya tak tau apa patut saya buat. mahu dinasihati, tapi tak tau bagaimana caranya. sedih pun ada bila tengok dia asyik berhibur saja. manakan hati mahu lunak dengan kalimah Allah, kalau hati makin hari makin keras. saya assume, hati makin keras bila kita terlalu banyak berhibur, ketawa tak tentu hala.

    tapi saya yakin, dia jauh lebih baik dari saya bila suatu hari dia tersedar dan bertaubat.

    persoalan lain, jugak buat diri. mcmana nak buat2 nangis kalau mmg tak terasa jiwa ke arah tu. apa patut buat utk kembalikan rasa jiwa hamba?

    [Reply]

  25. Titil says:

    Ku doakan agar engkau terus diberikan kekuatan istiqamah,solid pada niat, utuh dengan keikhlasan.Moga tuhan terus melindungimu sahabat!

    [Reply]

  26. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada layarkan ku ke cinta illahi..

    Alhamdulillah. Memang manusia itu matanya sering dikelabui dunia.
    Kita berharap agar Allah menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang kuat menempuh kehidupan di atas ketaatan kepada-Nya.

    Sesungguhnya, hidayah itu, hanya datang daripada Allah SWT.

    - kepada Faiz

    Semestinya, kerana Dia pencipta ketenangan.

    - kepada Munurbe

    Sama-sama memperingatkan diri juga sebenarnya.

    - kepada nur-najah

    Air mata dicipta, untuk menyimbah api neraka.

    - kepada pendamba_cinta

    Sama-sama. Semoga Allah redha.

    - kepada syasya

    Sama-sama. Semoga manfaat dalam artikel ini, berbuah dalam bentuk amal.

    - kepada hatimzikri Hatimzikri

    Semoga kita mengingati Allah yang menciptakan kematian itu.
    Cukuplah kematian, sebagai pengingat yang mujarab.

    - kepada wani

    Aamiin ya rabb..
    Semoga Allah melapangkan dada kamu, meringankan segala benan kamu dan memudahkan segala urusan kamu.

    - kepada fa

    Ya. Semoga kita dikurniakan Allah SWT air mata yang mudah mengalir kerana-Nya.

    - kepada elmo

    Ya. Rasulullah SAW juga menangis dengan hati yang penuh rendah.
    Kenapa kita sukar?

    Moga kita mampu membersihkan hati kita.

    - kepada Ibnu Ahmad

    Alhamdulillah. Segala kebaikan itu daripada Allah. Kepada-Nya sahajalah kita bersimpuh mengharap.

    - kepada cimok

    Buat-buat menangis dalam keadaan sendiri-sendiri. Pasti akhirnya kita akan mencari kekuatan untuk menimbulkan tangisan yang ikhlas bukan?

    Dengan berbuat-buat, hati sendiri akan menjadi sebak akhirnya.

    - kepada dhiyaAddin

    Alhamdulillah. Semoga Allah ringankan segala bebanan kamu.

    - kepada hambamencari

    Alhamdulillah.
    Allah jugalah yang membolak balikkan hati insan.

    - kepada Ummu ‘Ali

    Terima kasih makcik.
    Memperingatkan diri Hilal juga sebenarnya.
    Semoga Allah redha.

    - kepada asiif jiddan

    Ya, silakan dengan penuh hormat.

    - kepada ittaqullah

    Sama-sama. Semoga Allah redha.

    - kepada Naemah

    Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kamu kekuatan untuk menjadi hamba-Nya yang baik.

    - kepada aishairdina

    Semoga Allah menyelamatkan kita dari menangis kedukaan di akhirat.

    Biarlah yang membanjiri kita ketika itu, air mata kegembiraan yang teramat sangat.

    - kepada miss_umi

    Carilah kekuatan itu kepada Yang Menciptakan Kekuatan.
    Itulah dia kekuatan yang asli, tiada tara tandingan.

    - kepada andikaizza

    Kita tidak perlu menangis di hadapan orang.
    Kita hanya perlu menangis di hadapan Allah SWT.
    Tidak menangis di hadapan orang tidak dinamakan ego.

    - kepada Rushdan

    Tanda… saya tak tahu.
    Tetapi, saya kira, kalau sudah ada rasa sebak itu, pun sudah dianggap baik.
    Boleh usaha lagi.

    - kepada nurul

    Kita tidak pernah tahu sama ada air mata kita yang mengalir itu mampu memadamkan dosa atau tidak.

    Tetapi, kita yakin bahawa air mata yang mengalir di jalan Allah SWT itu tiada yang sia-sia.

    - kepada everjihad

    Saya kira, bab hati seseorang itu keras atau tidak, itu bukan pada kita menilainya.

    Dalam bab2 yang kita tidak nampak, lebih baik kita hanya menilai diri kita sahaja.

    Mungkin sahaja kawan kamu itu, di belakang kamu dia adalah seorang yang banyak amalnya.

    Bila kamu nampak dia berhibur banyak, tidak salah kamu menegur. Berikan peringatan seadanya. Terus terusan membantu dia melihat jalan yang sebenar.

    Benar hiburan melampau itu buruk. Tetapi sekadar berhibur dengan seimbang tiada masalah.

    Berkenaan persoalan buat diri kamu, hendak mengembalikan jiwa hamba ini pada saya mudah.

    Bandingkan kebesaran kamu dengan kebesaran Allah SWT.

    Di situ saya rasa, sudah cukup untuk membuatkan kita berusaha untuk tunduk kepada-Nya.

    - kepada Titil

    Amiiiin…

    Semoga Allah makbulkan doa kamu, dan merahmati kamu.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  27. aunty meen says:

    salam ‘alaik,

    thanks nak Hilal. a very good entry.

    jzkk.

    [Reply]

  28. mujahid says:

    salam…
    ada ketika air mata ini terlalu mahal harganya
    mgkn krn kandungannya ?
    mgkn ia perlu dihalusi lg akn sumbernya
    telaga yg baik airnya jernih bebas bersih dr segala noda
    bisa jd penawar utk semua
    bicara tentang airmata yg sukar menitis mungkin harus
    di cari gali semula punca mata air itu…
    al fakir ilallah

    [Reply]

  29. mumtaz says:

    berdoalah…pohon dikuatkan iman..

    [Reply]

  30. ayuni says:

    salam.alhamdulillah.. di saat diri ini memerlukan sedikit kekuatan dan suntikan semangat, banyak pula yang saya dapat dari artikel-artikel motivasi di sini. syukran dan semoga ALLAH merahmati kita semua. amin..

    [Reply]

  31. aitae7 says:

    hu7,,xtw la knp..agak sukar ye utk menitiskan air mate krn allah ni..padehal klu sbb y remeh tuh bukan maen sng lg,,moge kiter sumer diberikan kemudahan utk menangis kerana-Nya

    [Reply]

Leave a Reply