Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:
“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”
Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:
“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”
Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.
Apakah maksud saya?
Couple dan lompong kasih sayang
Mengapa bercouple?
Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.
Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.
Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.
Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.
Mengapa seseorang itu bercouple?
Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.
Di sinilah timbul persoalan.
Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?
Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina
Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.
Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.
Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?
Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.
Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?
Apabila wujud keakraban
Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.
Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.
Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.
Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.
Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.
Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.
Satu cerita saya
Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.
Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.
Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:
“Ana dengar, enta ada cerita hot”
Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”
“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.
Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”
Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.
Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.
“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”
Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”
Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.
Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.
Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”
Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.
Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…
“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.
Dan saya diam sambil tersenyum.
“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”
Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.
Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.
Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.
Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.
Penutup: Kita isi hatinya.
Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.
Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?
Manusia perlukan sentuhan.
Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?
Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.
“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”
“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”
Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.
Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?
So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.
Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.






Terkesan jgk bila baca artikel ni. Masa jadi stdnt di universiti, memang ada shbt2 sy yg jenis ber”couple” . Tp sy xmampu nk kata apa, xpernah sentuh pasal hal ini dan xberani nk tegur. Kadang2 sedih jgk… bkn terhadap mrk, tp diri sendiri.
[Reply]
syukran, great sharing..
[Reply]
Slm..sy tertarik dgn artikel ni… InsyaAllah, sy nk ajk kwn2 sy utk baca sama.. n, cuba praktikkan kasih syg yg erat supaya x lompong antara kwn2 perempuan sy.. Terima kasih..
[Reply]
salam. alhamdulillah artikel nie bnyk mmbntu. nmun bgitu, sy ada sdikit p’soalan d cnie. jika kasih syg y diisi oleh prshbtn itu, drp persahabatan d antara perempuan dgn perempuan, i’allah ianya akn mmbntu mngtasi gjala couple nie. nmun jika ksih syg y mngisi persahabatan antara lelaki & perempuan, bknkah ianya akn mgundg fitnah? mybe bila kita mngur dia b’couple, dia mmutuskn hbgn itu. nmun akhirny, dia pula y mngajak kita bercouple dsbbkn kasih syg y wjud dlm pshbtn itu. bukankah kasih syg dlm persahabatn sbgini akn mngundang fitnah? sy harapkn pndgn y mmbntu drp prmslhn nie..
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
July 18th, 2010 at 11:46 am
Saya rasa, jelas di sini, bahawa saranan ini adalah untuk lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan.
Mungkin boleh baca semula artikel ini dan memerhatikannya.
[Reply]
sha-na Reply:
July 19th, 2010 at 2:08 am
baca balik..
[Reply]
assalamualaikum
sy pon rase tkesan jgk dgn artikel neh…
alhamdulillah
[Reply]
Salam. alhmadullilah, saya rasa nak nangis bile baca kerana rasa bersalah. saya ada kawan yang couple, sekelas dengan saya, tapi saya tak berani nak tegur, sebab saya tau die tak boleh ditegur, saya mencari pendekatan untuk rapat dengannya, tapi sampai sekarang saya masih belum ‘couple’ lagi dengannya dan masih belum kuat untuk menasihati dia. InsyaAllah, saya akan mencuba selepas ini. Thanks for this article.
[Reply]
subhanallah..sungguh bermanfaat ilmu ini. mmg realitinya kita sering menyingkirkan sayang terhadap sahabat yang halal. persahabatan hanya apabila senang.. Bila sukar..pandai-pandaila kau handle. emmmm. insyallah akan cuba dmanfaatkan info ini.salam
[Reply]
Menarik!Syukran!
[Reply]
Alhamdulillah ~~
sedang dlm mempraktikknnya..
rasa nk menitis air mata melihat rakan yg dahulunye payah ke surau, namun dibukakn hatikan..semestinya hidayah itu milik Allah..
From SINERGI..
ana dpt sesuatu yg baru…
bina persahabatn dgn keimanan…:))
syukran~~
[Reply]
salam alayk~
sangat menarik perkongsian ini. Selama ini kita asyik menyalahkan orang yang bercouple tanpa memikirkan, adakah kerana kekurangan kita yang menyebabkan dia begitu.
Memang kenbanyakkan remaja(ana pun remaja) untuk mencari teman meluahkan perasaan. Apabila teman yang halal tidak mengisi tempat tersebut, maka kita cenderung untuk cari teman yang tidak halal.
satu muhasabag untuk ana juga dalam menunaikan hak2 dalam bersahabat.
Syukran ya akhi~
[Reply]
thanks atas article ini…memang dr dulu lagi ana berkira-kira macamana la nk tegur secara berhikmah kwn ana sorang ni.
tapi masih x de kekuatan lg, x tau nk mulakan macamana
memang ade rasa bersalah yg teramat sangat..insya allah ana akan cuba. lgpun ukhuwwah kami rasanya x kuat lagi. so, perlu masa bina jambatan hati dulu..
[Reply]
ya..betullah..
jangan sisihkan sahabat..hargai nya..
[Reply]
ana..memang mengalami masalah yg enta cakap tu..
yup..roomate ana skrang….masalah…masalah..
tapi ape yang berlaku pada ana?ana inferior..sebab ana pernah
tegur dy skali dy jawap…” sibuk aahhh..” betapa hancurnya hati ana,..
sejak pada itu..ana jarang duduk di bilik sendiri..
tapi ana confiuz..takkan nak biarkan dy terus bergelumang dalam dosa..
ana dalam dilema..ana takut nak tegur…ana…lebih sayangkan hati n perasaan ana dari shbat..
ana taktahu ape yg patut ana buat….
yang penting…
hati ana akan terluka, tak kiralah lembut mana pun ana menegurnya..
so..konklusinya..ana tak mampu ‘bercouple’ dengan roomate ana..
[Reply]
ummul mukminin Reply:
July 18th, 2010 at 9:31 pm
mungkin cara kite menegur pd awalnye membuatnye terase..
manusia normal..bukn mudah utk ditegur melainkan bg yg sudah FAHAM..
jgn sisihkn dia..
ingtlah hidayah 2 milik ALLAH..
jgn putus asa..
cuba utk perbaiki hbgn dgn romate..
ataupun, cube masuk dulu dlm situasi yg dirasakan indah itu..
bercerita la..
dgr la apa yg die cerita..
:))
insyaAllah wlpun usaha nya sedikit, Allah xkn sia2 kn org yg bersabar:))
[Reply]
salam..minta izin nk share kt fb..syukran
[Reply]
nur Reply:
July 19th, 2010 at 5:38 pm
sy pn nk minx izin share jugak dkt fb ye
[Reply]
salam..minta izin nk share kt fb..syukran
[Reply]
salam.. entri yg menarik sekali…. sesuai dgn masalah yg melanda golongan remaja yg begitu sinonim dgn istilah couple… syukran atas perkongsian..
[Reply]
Terfikir juga, sahabat ada ramai…
Stp sahabat perlu diisi kekosongan hatinya?
Kadang2 masa dengan diri sendiri pun tidak ada…
[Reply]
salam..hari ini ramai betul remaja sekolah bicara perihal couple…satu jwpn yang baik
[Reply]
salam, artikel ini menjawab kegelisahan hati saya selama ini.
Terima Kasih.
Saya seorang yang memang tak boleh berdiri sendiri.
Saya buat perkara yang salah dan masih terus melakukannya tapi tak pernah ada yang berani menegur atau menidakkan perbuatan saya.Kalau ada pun sekadar menegur dari jauh (FB or blog) dan umpatan keji sahaja (macam bro state diatas)
sayakah yang bersalah kerana tak pergi mencari mereka?
Saya berpegang pada prinsip
“kalau mahukan yang terbaik daripada sahabat jadilah sahabat yang terbaik”
Saya mahukan yang terbaik daripada mereka juga tapi saya tak rasa saya dapat beri yang terbaik untuk mereka.
Jadi…saya rasa malu untuk mendapatkan khidmat terbaik mereka (nasihat ,kata-kata semangat)
perlukah saya begini?
terima kasih artikel ini…suka sangat…berusaha nak jadi sahabat yang lebih baik…:D
[Reply]
thumbs - up! =) thanx for sharing~
[Reply]
Kupasan tuntas berkenaan penyelesaian masalah yang selalu ditanya…
“Apa nak buat kalau kawan bercouple?”
Jazakumullahukhairan katheera…
[Reply]
syukran atas perkongsian..
memang terkesan baca.
sebabnya, ni first time dpt baca kelainan tentang isu ini.
sebelum ni kalau bincang2, semestinya dah tau isu ni tak da kesudahannya..
tapi, yg ni..? (thinking out of da box)
buat sy terfikir2 tentang at Tariq ilal Qulub..
insyaAllah, perkongsian ini bkn utk tatapan dan pengetahuan sy semata..
tapi, semua org perlu mengetahuinya utk pengaplikasian dlm diri masing2.
insyaAllah.. moga Allah lembutkan hati2 kita..
[Reply]
jazakallah.setuju sgt2..,’bercouple’lah dgn shbtmu..
[Reply]
alhamdulillah..Allah bg pnyelesaiannya mlalui artikel akhi..terjwb prsoalan slame nie..rupenye pnyelesaian brbalik pd kita sendiri..akn cube sdaya upaya ajk mrk kmbali ke jln yg Allah redha..skunk ni pun ade mmbe yg ana sdg dekati hatinya..moga Allah prmudahkan urusan ana dlm mgajak dia dan mmuhasabah dri ana..insyaAllah..thanks akhi..
[Reply]
salam saudara…
sy sungguh tersentuh..mmg betul kata saudara..
terima kasih krn menulis sesuatu yg sgt bermanfaat…
terima kasih sekali lg..=)
[Reply]
terima kasih atas perkongsian ini,
perkongsian anda telah menjadi antara paparan blog Tarbawi http://muslimkualiti.blogspot.com
[Reply]
salam akh,
ana nk mintk nasihat n tips dr enta..
tp kes ana melibatkn kakak ana sndiri,,
ana da cuba mcm2 utk bgtau dia yg couple ni x elok..
tp mungkin cara ana yg xbrapa btol smpai hati dia lum tbuka nk berubah..
jd ana mohon enta bg pndangn cara yg tbaik utk ana bdakwah ke dia..
lgpn ana blaja luar negara n kakak ana da keje..jd kami sush nk btemu..mcm mane ye?
[Reply]
Isi jiwa agar tidak sunyi dan mencari yang lain selain Allah.
[Reply]
well,ump.bagos.i loike.
ni la yg sebenanye yg pernah i nak luahkan pade rkan2 saya yg bercouple tapi tak pndai nak susun ayt.
hope sume org terbuka minda…
[Reply]
teringat tyme adik2 tanya ana soalan yg sama, ana akan jwb “kawan kamu yg bercouple tu tsiqah aka percaya x dgn kamu?”
soalan yg ramai org tertanya2 dan jawapannya berbalik pd diri sendiri…
a nice but very true way of viewing this thing differently…
jzkk…
[Reply]
mtk izin share kt fb sya~
[Reply]
kapel kapel kapel.masalah yg x pernah habis sampai hari kiamat.
irhamna ya Allah..
[Reply]
what a great entry!
congrats..:)
[Reply]
salam.. thnks untuk perkongsian ini.. mohon kebenaran untk copy. tq..
[Reply]
salam,
sekolah saya semuanya perempuan. bila ada yang rapat, akan dituduh lesbian. bagaimana nak teruskan couple dengan sahabat sendiri, minta pandangan. tq
[Reply]
terima kasih..
post yg menarik utk sme2 kte hayati n praktikkn…
[Reply]
alhamduliilah, saya sudah dapat jawapan yang selama ini tercari-cari jawapannya…. terma kasih hilal,
semoga Allah senantiasa meredhai anda..
[Reply]
lebih tersusun..
senang difahami..
mudah diterima..
kita perlu mengalu-alukan lebih bnyak lagi rencana2
bersifat terbuka sebegini..
dakwah yg sebenarnya adalah mengikut ZAMAN.
jika rakan2 kita dapat menerima teguran2 melalui ruang sebegini,
why not kita perluaskan lagi teguran2 membina seperti ini.
akhir, kita seharusnya sedar dimana pusat segala2nya; our mind!
[Reply]
salam…
artikel ni bagus, terkesan dan dpt mengeratkan silaturahim dengan lebih akrab lg. Di sini sy ingin menanyakan beberapa soalan?
1. hukum haram terhadap ‘couple’ siapa yg letak? adakah agama islam?
2. mengimbas kembali asal usul kejadian manusia, mula nabi Allah Adam dicipta,kerna terlalu sunyi, baginda memohon kepada Allah agar dikurniakan teman(HAWA) iaitu perempuan bukan lelaki dan bukan juga muhrimnya. naluri dan fitrah manusia mahukan ‘teman’. soalan sy, apakah halal hubungan mereka?siapakah yang menghalalkan dan meletakan hukum tersebut?sedangkan islam masih belum wujud pd masa itu.
3.akhir skali, sy ingin bertanya kepada empunya blog ini, adakah ilmu2 Allah ini perlu diniagakan? daripada pemerhatian sy, zaman sekarang pelbagai ilmu agama di jadikan e-book dan dijual. Apakah hukumnya wahai yg ariff lg bijaksana? Manusia itu hanya hamba kn?
di sini sy hanya ingin berkongsi sedikit sari kata berkenaan kasih sayang.
“Muhammad itu leka asyik dengan Allah-nya,
Insan pula asyik dengan Tuhan-nya,
&Adam pula leka dengan Hawa-nya”
Subhanallah…=)
[Reply]
Hilal Asyraf Reply:
July 22nd, 2010 at 7:57 am
Abdullah yang saya kasihi,
semoga Allah redha dan menjaga kamu.
Jawapan soalan 1: Haram di dalam couple, hukumnya ditetapkan oleh Islam. Mungkin sahaja tiada perkataan “HARAM BERCOUPLE” di dalam Al-Quran. Tetapi telah jelas Allah SWT menyatakan: “Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji da satu perbuatan jahat” Surah Al-Israa’ ayat 32. Dekati pun dilarang, dan bukankah couple dengan bukan mahram itu sudah bergerak ke arah itu?
Jawapan soalan 2: Berkenaan Adam dan Hawa, saya rasa tiada masalah. Allah sendiri menciptakan mereka dan Allah sendiri mengkahwinkan mereka di syurga. Mereka adalah suami isteri. Kalau suami isteri hendak bercouple, maka itu bukan satu masalah. Dan hakikatnya, Islam itu sudah wujud ketika itu. Islam lah yang dibawa oleh Adam, dan nabi-nabi serta rasul selepasnya, dan Allah menyempurnakan Islam itu di zaman Rasulullah SAW. Cuma dari syariat sahaja berbeza mengikut zaman. Tinggal, pada zaman Rasulullah SAW, syariat Islam itu telah dijadikan universal oleh Allah, dan sesuatu untuk sepanjang zaman selepas itu.
Jawapan soalan 3: Perlu diniagakan, itu saya tiada jawapan. Perlu disebarkan, itu saya ada jawapan. Jawapannya ya, perlu, bahkan wajib. Maka dari jawapan kewajiban menyebarkan ilmu Allah itu, kita akan melihat pula kepada syarikat-syarikat penerbitan yang menerbitkan buku-buku itu untuk menyebarkannya. Apakah mereka tidak menggunakan duit untuk mencetak? Apakah mereka itu tidak menyara anak-anak? Apakah mereka tidak perlu memberikan nafkah? Maka di sini kita melihat perlunya mereka ini meletakkan nilai terhadap apa yang dicetak mereka. MEreka tidak menjual ilmu-ilmu Allah hakikatnya. Ilmu milik semua. Sebab itu mereka berusaha mencetaknya. Tetapi mereka menjual cetakan mereka sahaja. Dan dalam bab niat, semestinya tiada siapa mengetahui sama ada syarikat buku itu hanya mahu cari untung, atau ikhlas dalam menyebarkan ilmu Allah SWT.
[Reply]
Abdullah Reply:
July 22nd, 2010 at 12:36 pm
Terima kasih atas jwpan yg memuaskan wahai tuan mengarang blog langit illahi..
terima kasih juga kerana sudi berkongsi pendapat dan buah pikiran ente.
untuk jawapan kepada soalan 1 dan 3 saya sgt berpuas hati.. tetapi tidak pada pada jawapan yg ke-2.”Allah sendiri mengkahwinkan mereka di syurga”, ayat ini menimbulkan keraguan dan kekeliruan pada saya.. jika saudara tidak keberatan sila sertakan hadith atau firman Allah S.W.T. yg menyatakn Adam dan Hawa dinikahkan oleh Allah..
menjadi keraguan di sini, Hanya nabi Muhammad S.A.W yg terpilih dan dapat bertemu Allah S.W.T, tidak berlaku pada nabi2 Allah yg lain..Selain itu, Maksud islam adalah sejahtera, dan bukah kah Islam itu di turun kan Allah kepada Muhammad S.A.W? bukan kah sebelum Islam, adalah agama2 Samawi pada ketika itu? dan sebelum Muhammad S.A.W membawa Islam, sudah ada kah rukun2 islam? 5 rukun islam sudah wujud pada zaman nabi Allah Adam A.S? sekian, itu sahaja dari saya.. jika ada silap, harap jangan saudara ambil hati.. saya hanya hamba Allah yg daif..
[Reply]
best!
[Reply]
salam…=)
tiada jawapan wahai tuan empunya blog?
[Reply]
Syukron Atas perkongsian .. macam mana pula kalau berdepan dgn pasangan couple yang kita tidak kenal ???
[Reply]
pandangan yg sgt bernas…
tapi shabat2. jgn la kte ambil kesempatan atas pendapat ni.
ni hanya salah 1 cara bgaimana kita nk rapat dgn sahabat kita..
jangan kita salah faham ye..
dan ini bukanlah sama skali “tiket” utk membolehkan seseorg tu bercouple..
jgn sampai ada yg ckp, “tula.. sbb kwn2 ak xrapat ngn aku la aku couple ni.. bukanla salah aku couple2 ni, ni semua salah org keliling aku. tau nak tegur je… xfaham apa yg aku nak”
muhasabah balik.. mmg seronok berada dalam fasa bercouple, semuanya jadi indah. tak ada yg lebih sweet dan romantik dan penyayang berbanding couple kita tu. even kawan2 sama jantina pon xkn jadi se”caring” itu…
tanya balik pada diri.. boleh ke couple tu?
[Reply]
hilal.. saya berkata begitu krn sudah ada sahabat yg buat statement mcm tu.. just 2 inform d misunderstanding.. ^_^
[Reply]