Antara satu sikap yang sukar diamalkan oleh manusia adalah berlapang dada, bertolak ansur. Hal ini kerana, yang susah untuk manusia adalah berkorban. Berlapang dada, bertolak ansur adalah satu pengorbanan, mengutamakan orang lain dan membelakangkan diri sendiri.
Sukar, kerana manusia tidak mempersiapkan hati mereka untuk menerima. Menerima lontaran pendapat orang lain. Segera ingin bangkit membalas semula, atau terburu-buru hendak orang lain mendengar pendapat kita sahaja. Sukar untuk berlapang dada, bertolak ansur, duduk sebentar,mendengar terlebih dahulu.
Kerana hati tidak dipersiapkan untuk menerima.
Hati ibarat bekas
Hati ini ibarat bekas. Bekas yang fleksibel. Namun ia tidak fleksibel dengan sendiri. Bekas ini fleksibel dengan cara tuannya perlu meregangkannya sendiri.
Bila bekas hati ini sudah penuh, maka ia tidak boleh diisi lagi. Ibarat gelas yang dipenuhi air, jika diisi air lagi, hanya akan melimpah keluar. Tapi kena ingat, bekas kita bukan gelas, gelas tidak fleksibel, bekas hati kita fleksibel. Justeru, manusia perlu belajar untuk meregangkan hatinya, melapangkan jiwanya untuk menerima sesuatu yang baru.
Hati ini ibarat bekas. Boleh diisi jika tidak ditelangkupkan. Sebab itu, apabila mendengar atau menerima sesuatu yang baru, kita jangan telangkupkan bekas hati kita. Barulah apa yang diberikan itu, kita boleh melihat dengan pandangan adil dan saksama.
Yang memilih untuk meregang lapangkan hatinya, dan menelangkupkan hatinya, adalah tuan pada hati itu sendiri. Yakni kita. Tuan sementara yang menggunakannya.
Isilah dengan yang baik,
Bekas kita yang fleksibel ini, oleh kerana ia fleksibel, maka boleh isi macam-macam selagi mana kita mahu mengisinya.
Di sini, memilih bahan apa untuk mengisi juga adalah amat penting.
Semestinya, hati ini, kita isi dengan yang baik-baik sahaja. Yang buruk-buruk, kita campak keluar. Namun, kesediaan untuk menerima semua pandangan, tetap perlu ada dalam jiwa kita. Sebab itu, meregang lapangkan hati kita, adalah untuk kita memberi peluang pandangan baru masuk, namun bukan untuk terus masuk. Pastinya, bila kita mahu hati kita ini diisi yang baik-baik sahaja, kita akan letakkan pengawal di pintu masuk hati kita.
Sebab itu, jangan kita ini jadi seorang yang terlalu sensitif, lebih-lebih lagi jika kita benar-benar pelajar bermasalah, manusia yang buat dosa dan sebagainya. Kita regang lapangkan hati kita menerima nasihat, pandangan dan teguran.
Orang tak akan tegur kita, kalau tak sayang. Setajam mana teguran tu, cuba ingat bahawa teguran itu tanda kasih sayang dan ambil berat.
Ketahuilah apa yang buruk
Namun jangan kita sempitkan langsung hati kita, dari mengetahui perkara buruk yang berlaku. Adalah sesuatu yang amat cacat bagi seorang manusia, jika dia tidak mengetahui perkara-perkara buruk dalam kehidupannya.
Saya ulang, mengetahui. Bukannya pergi buat, pergi rasa sendiri.
Dengan kelapangan hati inilah kita bersederhana, kita masih boleh berkawan dengan orang yang hisap rokok, kita masih usaha dekati sahabat kita yang melakukan hubungan bebas, kita cuba memahami masalah remaja bermasalah dan sebagainya.
Kita tidak terus mensisihkan mereka tanpa berusaha merawat mereka. Kita tidak terus mengeji, tanpa mencari jalan penyelesaian untuk mereka.
Kita tidak terus kata: “Kau ni ahli neraka”, “Kau ni sampah masyarakat, tak ada harapan”, “kau ni pelajar masalah, tak ada masa hadapan”
Dengan hati yang telah kita regang lapangkan, kita menerima mereka, dan mencari jalan memperbaiki mereka. Dan semestinya, pengawal di pintu hati kita, akan bertindak sebagai penapis dan penjaga, agar kita tidak dipengaruhi keburukan mereka dan prinsip kita tidak ternoda. Tidaklah kita kawan dengan perokok, kita merokok sekali juga. Tidaklah dalam pergaulan kita dengan mereka, kita melakukan apa yang Allah tak redha.
Penutup: Regang lapangkanlah hati kita
Dengan belajar meregang lapangkan hati kita, kita mudah menerima nasihat dan teguran. Tidak terus melenting, tidak cepat merasa. Tidak pula kita ini menjadi jumud dengan hanya menganggap pandangan kita sahaja betul.
Ulama’ dahulu mempunyai perkara ini. Sebab itu mereka boleh berlapang dada dengan khilaf yang disepakati. Cuma orang selepas mereka yang tidak memahami, lantar begaduhan sesama sendiri.
Mari kita regang lapangkan hati kita. Kita isi dengan benda baik, kita ketahui perkara buruk, kita perhatikan baik buruk dalam kehidupan ini dan buat pertimbangan sematang dan seadilnya.
Semoga dengan hati yang lebih lapang selepas ini, kita mampu mencari titik pertemuan antara kita, kemudian membuahkan ukhuwwah dan kesatuan yang tiada taranya.






hate to say this,
but this article keep reminding me one of OutLandish song i keep bloughing through my ears.
BY THE WAY,NICE and ATTRACTIVE article you had.
[Reply]
salam..bukan mudah nak memelihara hati kita dari penyakit2 hati..ya Latif,lembutkanlah hati2 kami dlm perkara kebaikan..amin.ya akhi,ap amln yg boleh kita lkukan utk meregangkan hti?
[Reply]
azam ke arah tu mmg ade all the time tp.. huhu. kekdg tu mesti tersilap langkah juga kan. manusia biase.. cuma pastikan cpt sedar la, insyaAllah.
tiada daya upaya nak buat amal kebaikan melainkan dgn pertolongan Allah jua..
[Reply]
salam
perkongsian yg bermakna..selalu berazam nk berlapang dada namun diri tetap manusia biasa..namun itu bukanlah 1 alasan bg diri nie…artikel ini buat saya tersedar…saya wajar berlapang dada dgn semua org…bkn bersikap ego dan pntgkan diri serta rasa diri nie betul…x seharusnya meminggirkan sapa2 pun…kdg2 org wat x baik bersebab..klo wat sebab nafsu itu ttp 1 sebab..jadi x wajar meminggirkan mereka2 nie..Ya Allah,byknya dosa dgn org lain..moga diampunkan..berlapang dadalah duhai diri…
[Reply]
terima kasih..kesedaran baru.
[Reply]
baru mlm semalam ada program pasal hati ni..
mrke pun buat ibarat sme..hati mcm bekas..hee~
anyway,thanx..
[Reply]
Jagala hati….hati baik akhlak juge akan baik. Lirik lagu Obat Hati….lagu jawa menceritakan cara jaga hati antaranya baca Al-Quran dengan maknanya, solat malam, hadiri majlis ilmu,perbanyakkan puasa dan banyakkan zikir.
Marilah kita menjadi hati sifat mazmumah.
[Reply]
….article yang indah….
semoga anda mengamamlkan dalam kehidupan anda…
[Reply]
Salam.
haritu ana ade terasa dgn seorg sahabat. siasat punye siasat, sbnrnye bkn tujukan pd ana pn.. pd mulanya terasa sbb kesalahan yg dimksdkn tu seolah2 mcm ana ade terbuat jugak.
nmpknye, msh blm matang lagi sbb cpt sgt terasa hati. insyaAllah moga diberi ruang dan peluang utk perbaiki diri. doakan..
[Reply]