Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Niqab…

perbetulkan niat, serius dalam beramal

perbetulkan niat, serius dalam beramal

Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.

Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai. Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.

Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.

Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:

“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”

Rasa aneh

Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).

Kenapa buat begitu?

Saya rasa aneh.

Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling. Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.

Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?

Saya rasa aneh.

Kenapa pakai niqab?

Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.

Kenapa pakai niqab?

Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?

Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.

Kenapa pakai niqab?

Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.

Atas dasar apa kita memakai niqab?

Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

Imej

Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?

Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.

Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”

“Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”

“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”

Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.

Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk.

Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.

Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.

Pakai, pakai dengan serius

Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.

Jangan jadikan Niqab ini fesyen.

“Orang solehah dia pakai niqab”

“Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”

Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.

Jangan.

Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.

Maka, pakailah dengan serius.

Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

Penutup: Sama-sama islah diri sebenarnya

Artikel ini, bukanlah nak kata perempuan yang tak pakai niqab tu tak payah jaga diri, boleh siar gambar macam-macam angle dan melakukan apa yang saya kata pada pemakai niqab tadi tak patut buat.

Sama sahaja tuntutan yang tak pakai niqab dengan yang pakai niqab. Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.

Bagi yang tak pakai niqab, saya tak suruh anda pakai niqab kalau tak perlu.Tapi kalau anda nak pakai, itu terpulang kepada anda. Cuma kalau nak pakai, perhatikan niat, pakai dengan serius. Dan bukanlah kalau anda tidak memakai niqab, bermakna anda boleh buat sesuka hati sahaja.

Semua perempuan kena jaga diri, kena pelihara diri, kena sayang dengan kebersihan diri sendiri.

Saya, sebagai lelaki, memandang perempuan dengan pandangan yang tinggi, anda isteri saya, anda ibu saya, anda kakak saya, anda adik perempuan saya, anda anak perempuan saya, anda sepupu perempuan saya, anda nenek saya, anda makcik saya.

Siapa yang tidak suka akan keluarga yang bersih, terpelihara, serta mendapat redha Allah SWT?

Sama-samalah kita menjaga diri kita.

Anda dan saya. Perempuan dan lelaki.

Sama-sama kita perbaiki diri kita.

Print This Post Print This Post

31 Comments

  1. ナディラ says:

    tpkir gak nak memakainya… tp……..

    thanks atas perkongsian… ^_^

  2. saysue says:

    betul tu. niat kena betul….. sama2 lah kita perbaiki diri….

  3. perkongsian says:

    pasal sstgh pics d fb, myspace atau friendster dsbnye yg ade pakai niqab 2, sbnrnye sstghnye x pkai pn..tp dlm gmbr je, pkai..

    (ni ape yg ana lihat kwn2 ana buatla ~ sbb ktenye, lbh menarik)
    wallahua’lam..

  4. sakeena says:

    salam ..ana sekadar ingin berkongsi sedikit pandgn dan juga ilmu yang sedikit ni..Ye benar.Ana setuju dgn pndgn akh..ramai yng mnjadikan ianya fesyen sekarang..sedangkan niqab ni merupakan pakaian sahabiah.isteri nabi s.a.w ..dengan memakainya kita secara tdak lngsung ittibaq sunnah dan memurnikan sunnah para isteri bgnda.Walau bgmanapun sekarang dilihat glngn yng memakai niqab ini..nauzubillah kdg3 lagi mmbwa fitnah..cnthny. niqab dipakai namun mengenakan kanta lekap yang bewarna warni …dengan pemakaian celak ,maskara yang nauzubillah!! ianya mmbwa kpada perhatian kepada mata yang memandang.Hal ini kerana ..bila pemakai niqab..hnya menampakkan mata .Oleh itu,mata mnjdi perhatian utama kepada sape2 yng berurusan dgn si pemakai niqab,,Namun bagi mereka yang dikurniakan ALLAH ujian dr segi keindahan paras rupanya,matanya yng cantik menawan..Maka usah mengeluh..jgn disalahkan takdeer itu dan ini..MUJAHADAH sebaiknya ..MOhon perlindungan ALLAH dr segala macam ain,hasad dengki manusia dan lain2..Iallah..ALLAH sebaik pelindung..Dan kepada diri ini juga diingatkan moga..SENTIASA TAJDID NIAT DALAM MENUTUP AURAH,amiin..

  5. Haji Hasan says:

    Alhamdulillah,
    Setuju sangat. Segala tindakan perlu kepada kefahaman dan kesedaran yang jelas. Niat betul dan ikhlas kerana Allah.

  6. razimah says:

    Diterima amalan kerana niat…jgn sampai jadi riak pula bagi yang memakai niqab sehinggakan memandang rendah orang yang tidak memakai niqab. Ada kisah di zaman Rasullullah, seorang yang baik beramal ibadah tetapi akhirnya ke neraka sebaliknya saudaranya yang suka berfoya-foya mempunyai niat dan berazam untuk bertaubat masuk syurga…begitu juga seorang pelacur yang memberi minum anjing jua dapat tempat di syurga….kita tidak dapat meramal hari esok,kalau kita baik hari ini kekalkan dan pertingkatkan janganla pula memandang rendah pada orang lain. Entahkan dia lebih baik pengakhiran hidupnya dari kita….kita tak tahu..
    Sama-samalah kita buang yang keruh ambil yang jernih…

  7. Zakiah says:

    Salam,
    Terima kasih bg perkongsian tntg Niqab ni…saya bersetuju dgn pndpat nta,namun ada jugak yg x berapa setuju..tp x mengapa…
    Sahabat saya pernah mengatakan kalau kita mendalami betul2 hukum dalam berpurdah ini,ada sampai ke tahap wajib…Tapi ianya ada khilafnya…
    Bagi ana,berpurdah ini akan menyebabkan diri lebih terasa lebih terjaga,selamat dan lebih confident.Bila memakainya kita akan lebih menjaga diri dan mengelak something yang tak sesuai dgn pemakaian kita supaya tidak menjadi fitnah kepada agama…
    Dan sahabat2 yang berpurdah,samalah kita menjaga diri,perbetulkan niat dan doakan moga terus istiqomah memakainya dan jangan biarkan apa yg kita buat menjadi fitnah kepada agama….

  8. Mencari Nur says:

    Assalamu’alaikum whb. Selalu membaca sebagai silent reader, hari ini tergerak hati apbl membaca perihal niqab bukan kerana apa… krn saya sendiri sedang mujahadah.

    Hampir 5 tahun mengumpul kekuatan, alhamdulillah setelah 5 tahun baru saya memakai niqab dan alhamdulillah keluarga sangat membantu. Cuma, benar SEMUA yang akhi katakan dalam artikel di atas. Banyak ujian pada yang berniqab, orang akan memandang ‘lebih’.

    Buat ukht Sakeena: Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh ukhti. Memang apabila memakai niqab, hanya mata yang ternampak. Sebab itu, saya pernah dinasihatkan oleh seorang pakcik kalau boleh tutup mata sekali (seprt wanita di arab saudi) sebab katanya mata saya sangat menonjol apbl memakai niqab. Jadi, saya muhasabah diri semula. Niat saya pakai niqab… Dan bila pakai niqab, ujiannya banyak. Bahkan dr keluarga sendiri pun ada, tapi saya anggap ianya ujian kesungguhan.

    Hamparlah pandangan mata ke atas tanah tatkala merasa diri dipandang di tempat awam, pelihara mata dan banyak meminta pertolongan Allah supaya dijauhkan. Tak dinafikan, ramai yang pakai niqab dalam FS, MS dll tapi hanya untuk tontonan alam maya dan tidak memakai niqab di alam realiti apapun artikel akhi sangat terkesan pd saya.

    Jazakallah.

  9. Zakiah says:

    Salam
    pembetulan…Tntang hukum berpurdah td ada khilaf pendapat dikalangan Ulama’ (kesilapan dlm menaip)Asiff jiddan.

  10. baLQis says:

    assalamualaikum.. sy ingin bertanya kpd smua viewers includin Hilal sndri.. :neutral:
    Ilmu agamaku sangat sedikit.. Byk hal yg sy x tahu.. Sy stuju dgn statements Hilal bhw ad gadis berniqab yg melakukan perkara yg bukan2, wallahuaalam.
    So, salah ke kalau kite put on our pics at FB, FS, blog n so on samada berniqab atau tidak??

  11. iman says:

    salam…
    respon u balqis…saya x kata secara total letak pic dalam fs fb tu salah..depend pada niat msg2..tapi if saya, saya mmg insyaAllah tidak akan letak pic saya u tujuan tersebut…tah la…saya rasa malu yg t’amat sgt bila org ble view kite lbh2 lg yg bukan mahram…kat internet plak itu…org ble grab dan tunjuk kt org lain tanpa kite ble mengawalnya. saya x nak menodai prinsip saya semata2 nak penuhi permintaan kawan2 yg nak tgk wajah terbaru saya. bg saya, if kte rs x sedap hati u buat sesuatu baik tinggalkan cz myb itu adalah dosa. lg satu, takut juga, if manalah tahu kite reject org, then dia ble amik gambar kita dengan mudahnya u tujuan guna2…x mustahil bukan? bahaya tu..hrp rakan2 muslimah lain ble amik iktibar

  12. humayra says:

    bila baca isu ni.. terfikir pula..
    sebenarnya, bukan mrk yg berniqab je kena pandai2 jaga diri, sebab diri dipandang ‘wara’ dsbgnya..

    tapi semua yg mengakui diri mrk Muslim, wajib pandai menjaga dirinya. kerana setiap dari kita bertanggungjawab memegang satu sudut dr sudut2 Islam. whoever we are, whatever we do, whatever attires we choose to wear, samaada kita lelaki atau perempuan… kita semua ada tanggungjawab ni. bukan sekadar di alam maya (facebook, dll) tetapi juga di alam realiti.

    bukan yg berniqab je perlu berusaha menjaga dirinya, jadi Muslim yg baik.. kita semua perlu berusaha ke arah itu.. kerana orang2 sekitar kita memandang kita sebagai ‘org Islam’. Maka ’stamp’ tu ada pada kita juga.. dan sebab yg utama, sebab kita hamba yg berubudiyyah kepadaNya.. mestilah kena tunduk dan mentaati perintah Ilahi di mana sahaja..

    utk sama2 muhasabah
    (w/pun mungkin xberkait sgt dgn isu niqab ni)

    may Allah bless…

  13. well written.. :grin:

  14. n i a says:

    setuju. sgt stuju dgn artikel ini. dah lama saya terfikir2. betul, x harus dinilai seseorang melalui pakaiannya. tapi, apabila seseorang itu nekad utk berbusana muslimah sepenuhnya, akhlak juga perlulah seiring. jgn hanya kerana perangai sesetengah orang yang tidak sesuai seperti pakaiannya, orang lain yang turut berpenampilan begitu menjadi mangsa. -maksud saya mangsa pandangan sinis masyarakat yg sdah hilang respect pada org2 sperti itu- . fikir2kanlah… :neutral:

  15. nurhujjatul_iman says:

    niqab…. fitnah…. ^_^
    selepas membaca apa yang saudara hilal tulis terfikir di ruang minda saya..
    niqab perisai fitnah atau satu tirai pembukaan bagi satu fitnah..
    ini kembali pada niat seperti yang telah di terangkan.. serius kah kita…^_^
    Satu perkongsian dari saya yang menjadi ingatan bagi sahabat2 yang mungkin terlepas di pandangn.. ini jugak yang di utara kan oleh seorang sahabat saat kami berbincang tentang niqab…
    pertama warna hijjab dan niqab.. kalau membransangkan sangat rasanya kurang sesuai.. kene dilihat dan dinilai semula…
    kedua tabbaruj, memakai celak di mata.. yang menjadi daya tarikan…^_^
    rasanya dalam kedua2 situasi ni kalau berlebihan akan melawan tujuan niqab tu sendiri.. sama2 la kita renungkan.. dan nilai…
    ini pandangan dan pendapat sahaja…^_^
    yang bruk itu kelemahan saya, seorang hamba..
    yang baik itu hanya milik yang Esa..^_~

  16. HambaAllah says:

    salam
    belum kuat lagi nk memakai niqab

  17. arif says:

    salam..
    Yang berpurdah tu biarlah….
    yg peting dia tu menutup aurat dgn sempurna….
    positif jelah dgn niat diaorang tu….
    bersangkabaiklah…
    Biarkah dia berfesyen dengn berpudah daripada berfesyen dengan pakaian yg tak senonoh….

    cuba fikir2kan wanita2 yag tak menutup aurat tu pulak…..
    ataupun yg menutup aurat tapi tak sempurna..
    ataupun yg dah tutup aurat tapi masih sendat menyendat…..

  18. jkl says:

    penulis blog ni nk bkak kburukan org len ke…. :twisted:

  19. kopi says:

    jgn jd munafik….

    zahir je islam….

    tp dlm hati bnci pd org yg amalkn agama…..

  20. Yuana says:

    Ada sekeping gambar.
    Ditutupi sebahagian wajah dengan face mask.

    Em, boleh jadi fitnah ker?
    (tak faham tanya soalan apa nie, siapa yg faham blh komen.jzk)

  21. qaashiraatut-tharfi says:

    salam alayk..

    bagus tajuk prbncangan ini…n seolah2 mnjawab persoalan diht ana sndri..ana pn sdng mncri,br mujahadah, mncari jwpn…tntng pmkaian niqab..hasrat dhti ingin memakai niqab..utk tujuan yg baik…supya dri ni akan sntiasa rsa ingt…bla kta brpkaian sprti tu..kta bkn sja mmbwa imej dri sndri…tapi imej ISLAM itu sndri…insyaAllah ana sedang mncri kekuatan itu..

    btul apa yg akhi hilal kongiskan…jgn kta jdkan pemakaian niqab ni stu trend..bla tgk rmai yg pkai niqab..cntik..rmai yg nk ikut pkai…bg ana biarlah kta cntik di mata ALLAH….jgn kta hndak dipandang cantik oleh manusia…utk pergi kerja, kuar jln2 boleh duduk make up,touch up lama2…tp untuk brjumpa dengan Allah…hendak duduk 30 minit pn,pasti ada yg trsa lma…sama2 kta tepuk dada tnya iman…..

    bagi akhawat2 yg memakai niqab+niat yg ikhlas kerna Allah+krn ISLAM..teruskan…moga antum sentiasa istiqamah…

  22. Mencari Nur says:

    Salaam jkl :

    Husnudzon, apakah nasihat itu dikatakan membuka aib orang lain?

    Dunia ini dipandang bagaimana hati kita, kalau hati kita positif maka positiflah apa yang dipandang. Wallahua’lam.

    Jaga kalam, jaga hati… :)

  23. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada ナディラ

    Tapi apa kak? hu3…
    Tak mengapa, ikut kemampuan. bukan benda wajib(yang saya pegang, pemakaiannya harus).

    Sama-sama…

    - kepada saysue

    Ya. Siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah-Nya kepada Allah dan rasul-Nya..

    - kepada perkongsian

    Oh, gitu ya?
    Terima kasih atas perkongsian.
    Kalau gitu, lagi la tak boleh. Menimbulkan fitnah pada yang istiqomah pakai pula…

    - kepada sakeena

    terima kasih atas perkongsiannya…
    yang ada nikmat lawa, jaga nikmat itu elok2. Bukan untuk digunakan ke jalan yang salah.

    Pakai niqab, biar pakai dengan serius. Bukan pakai main-main. Yang pakai main-main ni la yang timbul masalah nanti..

    - kepada Haji Hasan

    terima kasih pakcik…

    - kepada razimah

    kita pertingkatkan diri, sama-sama usaha, tegur menegur, lengkap melengkapi, nasihat menasihati.

    - kepada Zakiah

    Purdah/niqab ni, khilaf yang diiktiraf. Saya, dalam bab khilaf yang diiktiraf, pendapat mana pun saya pegang, saya rai pendapat satu lagi yang tak saya pegang. namun saya tak suka bila ada khilaf, kita nak kata pandangan kita sahaja yang betul. Bila ada khilaf, kita patut hormat dengan khilaf tu, dan hormat pada yang memilih pandangan selain yang kita pegang.

    Itu caranya dalam berkhilaf, baru khilaf itu menimbulkan rahmat dan kemudahan pada orang Islam, bukan perpecahan.

    Tidak dinafikan memakai purdah ada kelebihannya. Namun itu bukan alasan untuk kita mewajibkan purdah pada yang berpegang purdah itu keharusan. Melainkan orang itu terlalu lawa hingga menimbulkan fitnah, baru la dinasihatkan diwajibkan memakai purdah.

    - kepada Mencari Nur

    Sama-sama kita perbaiki diri sebenarnya.
    Teruskan dengan mujahadah kamu.
    Pertingkatkan akhlak kita, moga dengan itu kita ini menjadi contoh.
    Bila kita ini memilih untuk menjadi ghuraba’, memang kita akan diperhatikan. Tetapi kita tidak menjadi ghurba’ untuk diperhatikan.

    - kepada baLQis

    saya tak mention kata gadis berniqab ni ada yang buat bukan-bukan. Itu kata-kata anda sendiri. Saya cuma kata, kalau nak pakai niqab, pakai dengan serius kemudian mengutarakan tindakan yang saya rasa aneh dan tak kena dengan tujuan pemakaian niqab itu sendiri. Nak kata gadis berniqab ni perangai buruk, saya tak kata begitu.

    Fasal letak pic kat FS, MS, FB ke, saya hanya utarakan pendapat saya bahawa tujuan pemakaian niqab adalah untuk mengelakkan tumpuan dan fitnah, jadi kenapa bila dah pakai niqab, letak gambar untuk tontonan ramai?

    Nak elak pandangan jahat orang, maka kenapa tontonkan diri? Itu persoalan yang saya kemukanan untuk diperhatikan.

    Dalam artikel ini, saya tak keluarkan apa-apa hukum, melainkan pandangan sahaja.

    - kepada iman

    pandangan kamu fasal ‘keselamatan gambar’ itu amat bagus sekali.
    Sebab itu, saya tak sarankan perempuan letak gambar, atau lagi bagus, tak payah add lelaki bukan mahram, buat secret profile dan sebagainya.

    Memang orang akan kata, gambar lelaki pun perempuan boleh grab. Tapi gambar perempuan lebih membahayakan dan di sini perempuan sendiri boleh mengakuinya.

    Jarang dengar kes lelaki kena rogol dengan perempuan(mungkin tak pernah dengar dalam akhbar pun) tapi memang banyak kes perempuan kena rogol dengan lelaki.

    Di sini, pendapat saya tadi bukan nak menyekat kebebasan perempuan, tapi lebih kepada menjaga mereka.

    - kepada humayra

    Benar kata akak, dan Hilal dan mention dalam bahagian last sekali artikel ini.

    Terima kasih atas perkongsiannya akak.

    - kepada danial al asr

    Sama-sama melengkapi sebenarnya…

    - kepada n i a

    Yes. Dan ini perlu diperhatikan. Sebab itu, da’ie perlu lebih menjaga dirinya kadangkala sampai benda makruh pun diharamkan buat…

    - kepada nurhujjatul_iman

    terima kasih atas perkongsian anda.

    Saya tak lah nak kata niqab tu jadi fitnah. Mungkin boleh jadi. Tapi point saya di sini adalah, peribadi orang yang pakai niqab secara main-main itu akan menyebabkan orang pakai niqab dengan serius terkena sekali. Itu menjadi fitnah.

    Sebab itu, saya mengajak, kalau nak pakai, pakai dengan serius.

    - kepada HambaAllah

    Tidak mengapa.
    Pakai kalau perlu pakai.
    Bukannya pakai sebab nak jadi kuat.

    - kepada arif

    Ya. Kita mudah cakap:
    “baik tegur orang yang tak tutup aurat langsung”

    Ramai orang hantar personal e-mail pada saya macam itu bila saya post fasal niqab ni.

    Jadi, adakah kita ni tak payah langsung peringatkan orang Islam, dkwah orang Islam, tapi baik kita ajar Islam pada orang yang bukan Islam?

    Ini artikel pertama saya fasal niqab, tetapi bukan artikel saya yang pertama fasal perempuan. Dalam artikel saya fasal perempuan, saya banyak kali sebut fasal pemakaian dan penjagaan akhlak diri.

    Tapi kamu tahu, masa saya tulis artikel-artikel itu, perempuan pula kata:

    “baik tegur lelaki, diorang tu yang nak pimpin kami”

    Kalau beginilah, tak ke mana-mana kita.

    Apa salahnya saya membangkitkan isu ini. Yang pakai niqab dengan niat yang betul, dengan serius, saya rasa mereka tidak perlu merasakan artikel ini satu masalah pada mereka, malah saya rasa mereka patut merasakan betapa artikel ini membela mereka yang serius berniqab dan membela kebersihan mereka.

    Kenapa saya tegur yang pakai niqab? sebab saya nampak dia ikhlas tak ikhlas kah? bukan. sebab yang pakai niqab ni, orang perhatikan mereka lebih.

    - kepada jkl

    Di titik mana saya buka keburukan orang lain?
    Artikel ini artikel umum, dan pada yang memang buruk dia akan terasa, dan pada yang dia memang baik, dia akan berjaga.

    - kepada kopi

    Saya tidak faham maksud kamu.
    Apa yang zahirnya islam tapi benci orang yang amalkan agama?
    Adakah saya yang dimaksudkan?
    Adakah saya membenci orang yang mengamalkan niqab?
    Maka anda boleh baca balik artikel saya dari atas sampai bawah semula, pasti anda akan jumpa kata-kata saya:

    “saya bukan suruh tanggal niqab ya”

    dan kata-kata saya:

    “nak pakai niqab, pakailah dengan serius”

    - kepada Yuana

    saya tak faham soalan ini…

    - kepada qaashiraatut-tharfi

    sekadar perkongsian.
    Yang pakai niqab teruskan mujahadah dan istiqomah.
    Saya kata dah, ini bukan artikel suruh tanggal niqab, ini artikel muhasabah untuk lihat balik kenapa pakai niqab.

    Yang tak pakai niqab, jangan rasa inferior dan tidak pula saya katakan anda boleh buat suka hati sebab anda tak pakai niqab.

    Perempuan, semua sama sahaja = wajib jaga diri dan kebersihan diri.

    Sama la lelaki pun.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  24. Yuana says:

    Takperlah…lupakan shj soalan tu…
    Tiba2 saya terfikir bagaimana dgn lelaki?
    Yg bergambar dengan pelbagai angle?
    Macam2…Yg perempuan tgk apa yg awak rasa?

    Boleh timbul fitnahkah?
    Terima kasih untuk perkongsian.

  25. GenXV says:

    salam
    sekadar berkongsi pndpt,
    bg km, prmpuan yg baik x patut pn ade fs ke, fb ke….
    buat ape nk pi tyg slruh dunia muke kite btl tak???
    entah laaa, mgkn ade yg kate ni slh satu ruang utk berdakwah la, tarbiyah org laaa, nk cr mad’u laa, dn mcm2 lg la. kite fikir blk, tu je ke jln dakwah yg ade pd abad ni??? ha cube pikir… entah laaa..
    tgk friend diaorg penuh laki je bg yg prmpuan, yg laki penuh prmpuan je…
    diaorg cari mad’u prmpuan je,laki je ker???
    ha pandai2 laaa fikir. just pendapat……

  26. Guest says:

    :wink: Teruskan perjuangan. Kena batang idung sendiri. Bila saya membaca.

  27. Nabila_H says:

    Salam..
    Bercakap soal niqab, sebagai pelajar timur tengah(Mesir), sedikit sebanyak saya dapat rasa tempias juga…sebab majoriti pelajar di sini(akhawat) memakai niqab…
    namun teringat pesan seorang ustaz yang dinaqalkan supaya mendahulukan bersangka baik dalam setiap apa yang kita perhatikan….
    masing2 ada prinsip, mungkin sesetengah syadid..mungkin juga sesetengah xlangsung…tapi seelok2nya bersederhana…
    tertarik dengan artikel ini sebagai muhasabah diri…
    dan ingin kongsikan pengalaman…sewaktu perjalanan kembali semula ke mesir, perihal niqab ini kadang bila fikir kembali lucu pun ada…relevankah kalau pakai niqab mengikut tempat??(sekadar mahukan respon orang yg lebih mengetahui)..sebab sesetengah ana perhatikan (sewaktu pulang ke mesir) semasa di KLIA xpakai pun, ada juga trnampak niqab yang tidak dipakai sempurna(menampakkan wajah)..hanya minoriti yang pakai dengan elok sewaktu menjejakkan kaki KLIA lagi..bila sampai sahaja di cairo, ramai pula yang berniqab….entah bila pula mereka pakai…menampakkan mereka pakai berdasarkan tempat..
    situasi kedua, mereka ni cukup2 menjaga pemakaian niqab apabila terdapat ustaz-ustaz malaysia, atau melayu…namun kalau dengan ustaz-ustaz arab ini tidak pula dilihat menjaganya…ini sekadar pemerhatian, mohon respon daripada yang lebih mengetahui…
    istiqamah dengan niqab dengan niat yang betul memang susah..perlukan mujahadah tinggi…sama2 muhasabah diri…

  28. irbidku sayang ^_^ says:

    Salam

    Alhamdulillah, pengisian yg best.. tahniah juga atas pengisian di dewan kulliyyah tarbiyah semalam.(sebenarnya saya tak sempat dengar pun, tapi husnuzon, mesti best punye)

    Cuma ingin meluah feedback yg sy dpt di artikel ni.

    1. kadang2 rasa tak adil apabila yg menegur tu dr pihak ikhwah sendiri.. ikhwah tahu ke perasaan jadi “niqabees” nih? maksudnya pernah saudara tanya pendapat akhawat sendiri>?

    2. dgn hati yg rendah diri lagi amalan tak sempurna saya ingin mencadangkan agar dr pihak ikhwah sendiri agar menjaga diri, dlm erti kata lain elakkan tgk gambar2 akhawat dan sentiasa menerbitkan perasaan serba salah apabila tekan button “view profile” mahupun “photos”..

    saya jd sgt malu apabila baca perenggan ni: “….kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar …”

    erk…. saya ingat seorag “akh” yg suci hatinya lagi bersih amalannya akan menundukkan pandangan walaupun di virtual world.. dgn Allah sebagai pemerhati :cry:

    (Ya Allah, putih bersihkanlah hati2 kami, jgn biarkan kami mengkhianati diri kami sendiri)

    3. tak dinafikan , saya yg sgt kurang amalan dan jarang menyebut La ila ha illallah ni pun sgt malu melihat potret2 dr pelbagai angle yg di pertontonkan dan diupload oleh sahabat2 saya.. saya minta maaaafff sgt atas kekhilafan ini, saya sendiri masih berhusnuzon dgn sahabat2 saya..

    termasuk potret akhawat berniqab di permulaan artikel tu…. tu pun akhawat fillah jgk.. saya kesian kat dia sbb dipilih seorang akh utk dipamparkan gambarnya.. saya tahu akak tu pun tak berdoa utk dikurniakan mata cantik menawan jelita semua..,saya ni against eksploitasi wanitaa….tolong jgn pertontonkan & mempromosikan kami mcm tu..dan saya akan terus berharap

    apepun saya cukup bersyukur kerana komentar saya di chatbox beberapa masa lalu mengenai paparan gambar2 muslimah di blog dimansuhkan.. harap terus istiqamah

    4. 3ala kulli hal, sama2 lah kita memperbaiki diri, saling top up menop up. Jazakalllah khairal jazaa atas teguran akh selama ni , saya minta maaf atas segala kesalahan dan Moga Allah sentiasa berikan kita semua Yang terbaik.

    wassalam.

  29. umm ruwaidah says:

    Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

    “ comelnya awak”

    “ geramnye..cantik”

    “ aduhai, lawanya mata”

    Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

    Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

    Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.
    Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

  30. itminaan90 says:

    Assalamualaikum

    Wow…masyaAllah ramainyer respons (mesti dh tak larat nk bc komen seterusnya)…. Di Malaysia, isu niqab baru nak hangat ke? :smile:

    Anyway, bagus juga padangan “irbidku_sayang”. Ikhwah, jgn click pada “view profile” and “photos” para akhwaat.

    One more solution: Kalau nampak mereka yg letak2 gambar…hantar private message and tegur! Amar ma’ruf, nahi mungkar kan?
    Kalau tak ditegur terus, tak sedar… Cara hikmah la, jgn terus hentam.. Hikmah…Hikmah..Sebab kita bersaudara kerana Islam right?

    * Isu gambar boleh ke tak, isu lain tu… Ada dalil2 sendiri.

  31. itminaan90 says:

    Assalamualaikum,

    Izinkan ana ambil post ini untuk di sebarkan di WeLuvIslam ya?
    Di jemput ke sana kalau lapang.

    Jazakallah in advance.

Leave a Reply