“Wah, hebatlah enta ya. Sekarang dah ramai peminat”
“Macam mana peminat-peminat enta?”
“Ramai tak peminat minta tandatangan?”
Begitulah antara perbualan biasa yang didengari di sekeliling saya, lebih-lebih lagi apabila di penanya adalah sahabat lama yang baru bertemu semula dan dia pula mengikuti perkembangan saya.
Ya. Dengan keadaan saya sekarang, ramai sahaja yang menyatakan bahawa saya ada peminat. Em, tapi saya tak berpendapat sedemikian.
Pada saya, saya tiada peminat.
Saya hanya ada pembaca.
Kenapa pembaca, bukan peminat?
Jawapan saya mudah. Bukan semua orang yang baca buku saya, minat pada saya. Tak begitu?
Jadi, saya ini amat mencintai semua pembaca saya. Maksudnya, sesiapa sahaja yang membaca buku saya, membaca artikel di website saya, saya mencintai mereka. Walaupun mereka tidak meminati saya, mengkritik saya, hatta mengkeji sekalipun.
Tambahan, saya menulis untuk orang baca.
Bukan untuk bina kumpulan peminat.
Baca buku = peminat?
Satu konsep yang sangat salah. Tak semestinya baca buku Hilal Asyraf, kena jadi peminat Hilal Asyraf. Rugilah saya kalau saya menulis untuk diminati. Apa yang saya dapat?
Saya menulis agar orang baca buku saya, agar orang melihat pandangan saya, agar orang fikirkan apa yang saya suakan, agar orang pertimbangkan apa yang saya serukan.
Tulisan saya adalah peluru dakwah.
Bukannya borang daftar peminat.
Jadi, tak perlu takut untuk baca penulisan-penulisan saya.
Tiada borang menjadi peminat Hilal Asyraf pun pada buku-buku saya.
Tak begitu?
Tak minat saya pun, saya alu-alukan baca buku-buku saya. Bukan untuk apa, untuk tukar-tukar pandangan dan nasihat.
Fan Page di Facebook
Kalau tak nak kumpul peminat, kenapa buat Fans Page di Facebook. Haa…
Alkisahnya, Facebook hanya membenarkan 5000 orang friends sahaja untuk satu akaun. Maka, satu hari, akaun Facebook saya telah penuh. Maka Syazwan Abu Bakar, sahabat serumah saya yang amat baik hati itu, telah membantu saya dengan membuatkan Fan Page di Facebook.
Hal ini kerana, Fan Page boleh terima berapa banyak pun rakan.
Kalau saya boleh ubah nama Fans Page itu kepada Readers Page, dah lama saya buat.
Penutup: Asal kamu baca karya saya. Saya tak peduli apa
Saya sebenarnya, sudah cukup berpuas hati apabila ada orang baca karya saya. Tak kisah la dia beli ke, pinjam kawan ke. Tak kisah juga dia suka ke, dia tak suka ke. Janji dia baca. Itu sahaja sudah lebih dari cukup buat saya.
Sebab tujuan utama saya, adalah untuk menyebarkan fikrah dan meluaskan dakwah.
Bukan kumpul duit atau buat orang jadi peminat.
Moga-moga, Allah bantu saya dalam menjadi hambaNya yang berusaha membantu agamaNya.
Moga-moga, Allah redha dengan saya.
Juga saya doakan, agar Allah redha dengan pembaca-pembaca saya.






Assalamualaikum,semoga Allah memberkati saudara.Amin ya rabbal alamin.
[Reply]
insyaAllah… Dia ade, Dia tahu..Dia Maha Mengetahui..
[Reply]
May Allah bless u always ..;)..Teruskan usaha anda..
[Reply]
Moga Allah berkati penulis dan pembaca langit illahi dan tulisan2 yang lain
[Reply]
huhuhu…mgkin btol…kt xleh paksa org minat sesuatu bnda..citarasa manusia mmg berbeza…sejujurnya sy hanyalah pembaca buku2 hilal asyraf…tp maaf…rasanya bkn peminat tegar… +__+
[Reply]
hartu ada seorang mak cik tanya aku ..
“ramai x, fan hilal asyraf?’
aku jawap
“kalau ikut fan kat facebook, banyak arr”
hu3
[Reply]
baca saja. dan ambil pengajaran serta bumikan amalan. tak gitu?
[Reply]
kenape add sy di FB kalo kwn dah pnh…
[Reply]
ya, saya pembaca, dan smg bs mengamalkan apa ilmu yg didapat, amin
terimakasih bwt tulisan akhi yg terlepas dan yg akan dtg
[Reply]
pembaca dan bukan peminat!
teruskan usaha anda..
[Reply]
salam..
“Tulisan saya adalah peluru dakwah.
Bukannya borang daftar peminat.”
memang terbaik.. semoga istiqamah menuai fikrah menjana idea yg bermanfaat
[Reply]
ya.. betull….
pembaca ngn peminat lain..
ya, saya bukan peminat awak, pembaca je..
apsal la member2 banyak masalah nak paham menda ni??
dah baik untuk kesihatan, bacala.. sekali pon penulisnya tak femes ke, asal tulisannya ‘menyihatkan’ -layan~~
[Reply]