Hari ini, saya post agak lewat.
Saya fikir banyak perkara semalam. Hari ini saya sakit kepala. Saya ni, dua penyakit je saya tak boleh tahan, pertama sakit perut masuk angin, kedua sakit kepala. Selain dua penyakit ni, saya boleh tahan semua.
Saya pening sampai tak tahu nak post apa hari ini.
Mungkin saya boleh kongsikan beberapa perkataan pendek yang saya suka ulang untuk happy-happykan diri saya. Ya la, saya ni manusia juga. Ada masa terjatuh sungkur juga. Dan saya tidak suka kejatuhan. Maka, apabila saya jatuh, akan saya usaha motivasikan diri saya.
Oh ya, nantikan esok, cerpen saya terbaru.
Bila saya lemah semangat untuk meneruskan perjuangan, saya akan kata:
“Kalau kau jatuh, macam mana dengan masa hadapan ummah? Kau adalah penjuru-penjuru Islam, dan musuh menyerang dari penjuru kau”
Ada masa, saya rasa keseorangan, saya akan kata:
“Kalau tiada siapa faham, Allah akan faham. Kalau tiada siapa rapat, Allah akan merapat”
Kalau saya menerima kesusahan, atau berhadapan kegagalan, saya akan kata:
“Ini adalah pengajaran, Allah nak ajar aku”
Masa saya tersilap, jatuh tersungkur, saya sering berkata:
“Hilal, manusia yang terbaik adalah manusia yang apabila dia jatuh, dia akan berusaha pantas menaikkan dirinya kembali”
Masa saya putus asa dengan diri saya, saya sering mengingatkan diri saya:
“Allah tidak berputus asa dengan kau, kenapa kau memutuskan harapan untuk diri kau sendiri?”
Hari-hari saya dihina dan direndah-rendahkan, saya akan kata:
“Biar kesusahan hari ini, dibayar dengan kejayaan hari nanti. Mereka akan melihat, betapa aku ini adalah orang yang tinggi”
Saat-saat teringat akan kisah lalu yang memalukan, menyedihkan, menyayat hati, saya akan berkata:
“Benda itu, tidak akan berulang pada diri aku, mahupun orang sekeliling aku”
Hari-hari saya tidak dikasihi manusia, dibenci dan dikeji-keji, saya akan berkata:
“Tidak mengapa, mereka tidak memahami”
Masa saya melihat, apa yang saya hendak capai itu susah, dan agak mustahil, saya akan berkata:
“Aku ini bersama kekuatan yang mampu merealitikan kemustahilan”
Saat-saat saya amat penat dan keletihan, saya akan berkata:
“Inilah dia kelemahan seorang Hilal Asyraf, moga-moga dia beringat” Sambil tersenyum.
Pernah apabila saya seakan-akan membenci diri ini, membenci kehidupan ini, saya berkata:
“Allah memberikan kehidupan sebegini, peluang sebegini, bukan untuk kau benci-benci dan bazirkan”
Pernah syaitan berbisik untuk berputus asa sahaja, saya mengingatkan:
“Adakah aku hendak mengikuti syaitan yang tidak tahan dengan ujian lantas dilempar keluar?”
Saya bukan malaikat, jauh sekali nak hebat macam Rasulullah SAW, tidak tercapai pun peringkat sahabat-sahabat, peringkat tabi’in pun mungkin dalam igauan. Saya manusia biasa biasa sahaja. Sama macam semua orang, sama macam semua orang.
Cuma pada saya, ada satu keyakinan yang tidak berbelah bahagi, bahawa saya ini hamba Allah SWT. Allah SWT itu, adalah Yang Tidak Pernah Menzalimi, Dia pula Yang Maha Menyayangi, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Pengampun, Yang Maha Pemberi Rezeki. Maka, dengan keyakinan ini, saya tidak rasa kehidupan saya boleh saya bazirkan hanya kerana diduga beberapa perkara, hanya kerana disusahkan dengan beberapa benda, hanya kerana dihina oleh beberapa orang.
Saya hanya perlu bertahan melalui kehidupan saya ini, sebagai mana kaum muslimin yang dibakar di dalam peristiwa Ashabul Ukhdud. Mereka bertahan dengan keyakinan mereka apabila dibakar, kemudian Allah membakar sesiapa yang membakar mereka di akhirat. Saya hanya perlu bertahan melalui apa sahaja halangan di atas dunia ini, nanti Allah akan merungkai semua halangan, memberikan semua balasan, membayar semua perjuangan di akhirat nanti.
Maka, saya perlu sentiasa katakan pada diri saya: Sabar, sabar, sabar.
Umur saya bukan semakin hari semakin panjang. Semakin hari, umur saya semakin pendek. Maka saya hanya perlu bersabar, dan berusaha. Hari-hari untuk dipanggil pergi semakin dekat. Mustahil saya hendak pergi dalam keadaan rosak. Saya mesti hendak kembali dalam keadaan sesempurna mungkin.
Maka, apa sahaja berlaku, saya memotivasikan diri saya untuk bertahan.
Bertahan, bertahan, bertahan.
Kalau semangat itu senjata, keyakinan itu perisai, maka senjata dan perisai saya itu tidak akan sesekali saya letakkan.
Tak akan sesekali.
Itu, yang membuatkan saya terus berdiri hari ini.






salam.
mahu berkongsi dgn semua, kalau bercerita pasal ujian, rasa lemah, rasa berat sangat dugaan, hayatilah kisah sahabat bernama Khabbab ibn Arat.
baca di sini: http://feqhsunnah.blogspot.com/2009/03/sabar-syarat-menang-vol-2.html
*hilal, baru terbaca kat sidebar tu “Walaupun sebenarnya saya tak lah rasa saya ni berwajah menggoda”..ahah macam-macam!
[Reply]
salam..pada sy, walaupun pd saudara post kali ini agak pndek, tp pada sy panjang…sbb ade mksd yg mendalam bg setiap ayat yang saudara tulis pada kali ini..ayat2 yang dapat mendidik jiwa kita agar sentiasa ingat n bersyukur pada Allah..benar..saudara bukan seorang manusia yang sempurna..kita semua sama … jadi, jgn terlalu stress.. mgkn saudara ingin memberi yang terbaik kepada keluarga langit ilahi… tp, jgn stress, ea.. kami di sini sentiasa mendoakan ygn terbaik utk seaudara..semoga Allah redho…amiin…=)
[Reply]
salam warahmatullah..sebelum nie saye cme jadi silent reader, tp bila trbace post anta td terdetik utk reply..sye sgt terkesan dgn semangt & motivasi diri anta dlm menghadapi hr2 yg akn membuat kite tersungkur….motivasi yg sgt berkesan jika menghadapi hr2 yg stress.
yalah, sbg student, saye pon kadang2 stress dgn subjek2 yg bnyk..
terime kaseh sekali lg Hilal..harap teruskan karya anta utk memberi sokongn kpd ummah..
[Reply]
salam
jgn stresssss sgt.t penyakit len jdnye.tp kdg2 stress sgt penting agar kite bertindak pantas oleh kerana kite tidak berada pada zon yang selamat.pepun cara mengawal stress perlu ada gayanya
sekian
selamat maju jaya
[Reply]
^_^ thanks hilal…
the thing that i search in this moment…
it wipe my tear…
and make me think more…
alhamdullilah…
[Reply]
salam hilal..
sejukkan hati tu,tenangkan fikiran..
kdg2 kita lupa utk berhenti sejenak - pejamkan mata dan tarik nafas sesaat dua.
insyaAllah, Allah Maha Mengetahui(^-^)
jika di hadapan itu,ada manusia yg menolak..
ramai lg yg mendoakan hilal, malah mereka yg hilal tak pernah kenal pun, utk hilal kuat, supaya Allah sentiasa bersama hilal dan mjdi tempat utk hilal bergantung..insyaAllah
smoge terus tsabat!ameen~
p/s:mjdi sahabat tidak semestinya perlu memberikn tanda, sahabat i2 apabila terselit ingatan di dlm doanya. bukan begitu?
[Reply]
Salam.
InsyaAllah apabila nta kuat, nta turut memberi inspirasi kpd org lain utk turut sama kuat.
[Reply]
Ujian utk peningkatan keimanan, ketabahan…
Bagusla kita andai bijak memujuk diri supaya bersabar dan bangkit semula..
Tiada yang sia-sia dari ALLAH. semuanya bersebab.
[Reply]
Salam..
sebelum dtg sesuatu yang manis Allah bagi kita ujian yang mungkin dipanggil stress dan tension..
asam-garam menjadi seorang pelajar~lagi2 di negara org!
Jazzakallah!
[Reply]
salam,
terima kasih ats perkongsian, mmg membantu dlm memotivasikan diri yg dlm kelemahan..syukran
[Reply]
salam..maseh hilal..
bila bce trase mcm ckp at dri sndri je..
maseh!
[Reply]
salam..hilal,
tringt kt quote seorg teman (kata2 uminya)..
”ALLAH nak ajar, dengar..ALLAH nak tunjuk, lihat..”
hidup, besela..naik turun..
moga terus kuat!! (^^,)
[Reply]