Memandangkan saya baru kembali ke Langit Ilahi ini, saya senang hendak berkongsi beberapa perkara dengan semua yang berkunjung di website ini.
Perkongsian berkenaan apa yang saya dapat sepanjang pertapaan saya.
Apabila saya kata pertapaan saya selesai, bukanlah saya menyatakan bahawa saya telah mencapai kesempurnaan, kehebatan. Manusia itu, tidak akan sesekali mencapai kesempurnaan. Dia hanya boleh berusaha untuk mencapai kesempurnaan setinggi mana yang dia mampu. Saya masih Hilal Asyraf, seorang manusia biasa, yang bercita-cita hendak menjadi luar biasa.
Selesai pertapaan saya, saya mendapat beberapa pengajaran. Saya kira, pengajaran ini baik untuk dikongsi bersama.
Pengajaran 1: Hubungan Dengan Allah
Manusia di dalam kehidupannya, dia sibuk. Fikir itu, fikir ini, fikir kerja, fikir keluarga, fikir pelajaran. Hingga keutamaan pemikirannya, 90% ke arah perkara-perkara itu. Hanya sedikit sahaja yang menempuh hidup ini dengan merasai kebersamaannya dengan Allah SWT.
Kelemahan manusia bermula dari sini. Sebab itu kita ini lemah, tidak kuat dan tidak mampu untuk melaksanakan pelbagai kerja yang bermanfaat. Manusia tiddak berhubungan dengan Allah Yang Maha Memberikan Kekuatan.
Siapa manusia yang mengadu kepada Allah bila dia susah? Siapa manusia yang menceritakan kepada Allah segala masalah? Pernahkah kia melakukan? Bila kita ada kepayahan untuk buat sesuatu, bila kita rasa sukar hendak tinggalkan dosa, pernah tak kita mengadu kepada Allah? Berapa kali mengadu?
Lemahnya hubungan dengan Allah ini, adalah punca kejatuhan manusia, walaupun di mata manusia dia adalah hebat dan masyhur.
Hati yang berhubung dengan Allah, dia mempunyai jiwa yang kuat, semangat yang tidak akan luntur, dan matlamat yang jelas. Dia hanya akan berusaha melakukan yang baik-baik sahaja, memandangkan dirinya sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Dia rasa Allah memerhatikannya, dia merasakan Allah mengetahuinya. Dia tidak sendiri, dia tidak sunyi.
Pengajaran 2: Disiplin Mu’min
Oleh kerana kita sentiasa melihat kehidupan ini dengan pandangan materialistik, maka kita meringan-ringankan disiplin seorang yang beriman walaupun diri kita adalah orang yang beeragama Islam.
Kita tidak serius dalam solat kita, pembacaan Al-Quran kita pun tiada penghayatan malah jarang-jarang pula membacanya, sedikit sekali kita berdoa kepada Allah, tidak pula kita beerusaha beersungguh-sungguh dalam melaksanakan peerintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Kita ketepikan aspek kebersihan, kita tidak pandang hubungan kita dengan orang lain, kita tidak kisah dengan pelajaran kita, kita tidak ambil tahu fasal pekerjaan kita. Imej kita sebagai orang beriman tercalar, lantas kita pun melumpurkan lumpur-lumpur busuk ini kepada orang beriman yang lain.
Ketidak pekaan ini, kurangnya sensitiviti ini, menyebabkan seseorang manusia itu lemah.
Dia tiada dispilin sebagai seorang yang beriman kepada Allah.
Malah kemungkinan, dia pun tidak tahu apa itu displin untuk seorang yang beriman.
Pengajaran 3: Masa
Manusia banyak kerja. Kerja lebih banyak daripada masa. Sampai Imanm As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata: “Wahai saudaraku, kerja itu lebih banyak dari masa”
Tetapi manusia tidak ambil berat aka hal ini. Dia bazirkan masanya. Di hadapan internet sahaja sudah berjam-jam, melayan facebook sahaja sudah tidak bergerak beberapa waktu. Tiada manusia yang rasa pentingnya masa, melainkan selepas dia telah terlepaskannya.
Hakikatnya, Allah SWT tidak akan memberika manusia 24 jam sehari, andai 24 jam itu tidak cukup kepada manusia. Kalau 21% oksigen dalam udara kita ini cukup, seimbang, sempurna untuk kehidupan manusia, masakan 24 Jam yang Allah cipta itu tidak cukup?
Manusia bukan rugi kerana sikitnya masa. Manusia rugi kerana dia membazirkan masa yang ada.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amalan soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran, juga mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran” Surah Al-‘Asr, ayat 1-3.
Apabila manusia menjaga hubungannya dengan Allah, meningkatkan disiplinnya sebagai orag yang beirman, mengutamakan yang utama, membuang yang tidak penting, maka dia akan mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa. Kerja yang banyak boleh diselesaikan segera.
Tetapi masalahnya, tidak ramai manusia yang menjaga masa. Sebab itu mereka terkapai-kapai dalam kehidupan dunia. Sebab itu mereka rugi. Sebab itu mereka tidak mampu meningkat. Sebab itu mereka lemah, sebab itu mereka tidak menjadi hebat dan kuat.
Pengajaran 4: Dosa
Siapa yang memandang dosanya? Siapa yang mengambil kira akan dosanya? Siapa yang memandang dosa itu eperti gunung yang jatuh menghempap diri? Atau kebanyakan kita memandang dosa itu seperti lalat yang hingga di hidung, dikuis pergi terus?
Manusia tidak tahu satu perkara. Dosa sebenarnya ibarat rantai untuk menghalangnya menjadi hebat, menjadi kuat. Dosa itu melemahkan. Apabila seseorang insan melakukan dosa, maka akan ada bintik hitam di dalam hatinya. Jiwanya akan kurrag peka, dia akan kurag sensitif, lantas hubungannya dengan Allah akan tergegar, disiplin mu’minnya rosak, dia tidak akan mampu mejaga masanya lalu terheretlah dia ke lubang neraka.
Sesiapa yang berbuat dosa semasa siang, malamnya tidak akan mampu dibangunkan untuk Allah. Sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, siangnya tidak akan mampu berjalan kerana Allah. Dosa menganggu interaksi komunikasi antara hamba dengan Allah.
Maka siapakah yang bergerak apabila diseru:
“Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ‘taubat nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” Surah At-Tahrim ayat 8.
Siapakah yang bergerak? Atau dosa telah merantai sehingga tidak rasa terpanggil?
Pengajaran 5: Niat dan Matlamat Yang Jelas
Kelemahan insan yang paling besar sekali, adalah di titik permulaan gerakan mereka. Mereka tiada niat yag jelas, tiada matlamat yang kukuh. Sebab itu apabila tersungkur di tengah jalan, mereka teerkapai-kapai dan tidak mampu bangun. Di tebing mana mereka hendak berpaut kalau mereka sendiri tidak tahu jalan apa yang mereka sedang lalui?
Mereka terlupa, Rasululla SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amal itu dikira dengan niat, setiap orang itu adalah apa yang diniatkan olehnya” Riwayat Bukhari.
Bermula kenapa? Matlamat akhirnya ke mana?
Manusia yang tidak menyedari perkara ini, tidak pula bersungguh-sungguh selepas menyedarinya, tidak akan ke mana-mana. Kerjanya tetap terbengkalai, masanya tetap terbazir, dia tetap menjadi orang yang merugi.
Sebab dia tidak tahu sebenarnya apa yag sedang dia lakukan. Dia tidak tahu apa-apa.
Maka apabila dia diuji, terjatuh, teersembam ke bumi, dia tidak menemui punca untuk kembali bangkit.
Maka, kita belum terlambat lagi memperbaharui niat dan matlamat kita. Bergerak kenapa? Matlamatnya hendak ke mana? Nak capai apa sebenarnya? Tanyalah diri kita, dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Penutup: hamba Allah kena serius
Hamba Allah perlu serius untuk menjadi hamba.
Dia sedang menjadi hamba kepada Yang Mencipta Sekalian Alam, Yang Maha Esa Perkasa Tiada Yang Mampu Menandingi-Nya. Maka apakah pantas hamba kepada TUHAN ini bermain—main dalam kehidupannya?
Hamba kepada Allah sentiasa berhubungan dengannya, sentiasa berdisiplin, sentiasa menjaga masa, sentiasa berusaha meninggalkan dosa, ada matlamat yang jelas. Itu yang menjadikan seorang hamba Allah kuat, semua kerjanya selesai, dia tidak tergugah, dia terus meningkat dan meingkat, kalau terjatuh dia naik seula dengan penuh semangat.
Sebab itu, semua perkara yang dilakukan oleh hamba Allah yang beirman ini, semuanya baik.
“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya ,dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya” Riwayat Muslim.
Inilah pengajaran yang saya dapat sepanjang pertapaan saya.
Nampak macam perkara biasa. Tetapi kali ini saya berjaya memahaminya.
Memahaminya dengan sebenar-benar kefahaman.
Kenapa saya lemah? Kerana lima perkara ini tidak benar-benar berasimilasi dengan saya. Pengetahuan sahaja tidak cukup. Cakap-cakap sahaja tidak cukup.
Kena faham, kena buat, terjemah dalam amal.
Baru muncul kekuatan.
Di dalam pertapaan ini juga, saya telah merancag satu projek jangka panjang. Projek ini akan bermula di Jordan kemudian merebak ke Malaysia. Nak tahu projek apa, doakan agar projek ini berjaya peringkat awalnya, baru anda akan dapat melihat ini projek apa.
Saya nak jadi lebih kuat, saya nak jadi lebih hebat, saya tidak peduli tidak diiktiraf manusia, saya tidak kisah ditinggalkan sahabat,saya hanya kira hidup saya, dan apa yang Allah pandang pada saya. Selain itu, saya tidak peduli apa-apa.
**********
Aku
hamba TUHAN
ingin menjejak awan
mengucup langit
sehinggalah daripada aku, dikira kehidupan
~laksamana angkasa
selesai pertapaan
bukan diri yang sama





salam.. hurm..pengajaran yg amat brmakna~
smoga brjaya dgn projek itu~
dengan izin Allah~
[Reply]
alhamdulillah..semoga Allah memberkati kamu,.
semoga Allah mebuka hatiku seperti mana Dia membuka hati kamu.amin..
[Reply]
Sesiapa yang berbuat dosa semasa siang, malamnya tidak akan mampu dibangunkan untuk Allah. Sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, siangnya tidak akan mampu berjalan kerana Allah. Dosa menganggu interaksi komunikasi antara hamba dengan Allah
salam.boleh terangkan ayat ini?
[Reply]
Salam..
Semoga projek jangka panjang yg dirancang berjaya..
Hilal,Remaja Mulia dah kluar ke belum?
[Reply]
ya, utk mnjdi baek smuanya brmula dgn niat, muhasabah diri, tgkatkn ksedaran… diikuti perbuatan yg slari dgnnya !dlm bidang kaunselingnya dipanggil kenali real self dlm mncpai ideal self… brulah x tmbul konflik.
[Reply]
Salam.
Prnh mendgr kata2 dr seorang shbt..
“Biar dibenci seribu manusia.. asalkan tidak kehilangan cinta Yang Esa..”
Dan satu quote dr seseorg yg ana tak igt siapa beliau..
“I don’t care what other people think.. all I care is His.. ”
Wallahu’alam.
[Reply]
salam…
know you popular among the people,
but behind many of the envious, jealous of the advantage is with you.
other meaning, you will be friendly with people you really know.
I think of you satisfied.
some of you really nice.
words, you never said gently against me.
ordered on myself and all those …
>> Do not terllau ripple and arrogant.
Slave of Allah ..
[Reply]
MasyaAllah..perkongisan yg cukup hebat!
terima kasih atas post ini..
saya cukup terasa akan kebenaran kata2 ini..
Manusia banyak kerja. Kerja lebih banyak daripada masa. Sampai Imanm As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata: “Wahai saudaraku, kerja itu lebih banyak dari masa”
benar..kesibukan yg menerpa membuatkan saya merasakan hampir seluruh diri ini hanya diabdikan kpada urusan dunia..
dan hanya sedikit waktu ditempiaskan untuk bersama Allah..astaghfirullah.
moga masih ada ruang utk saya perbaiki…
[Reply]
salam,
respon untuk solehah
“Sesiapa yang berbuat dosa semasa siang, malamnya tidak akan mampu dibangunkan untuk Allah. Sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, siangnya tidak akan mampu berjalan kerana Allah. Dosa menganggu interaksi komunikasi antara hamba dengan Allah”
berdasarkan pengalaman peribadi, if malam sebelum tidur saya tonton cerita korea, persembahan nyanyian atau pape rancangan yg tak bermanfaat…pagi esoknya mesti saya tertinggal qiamulail.
walaupun dah set alarm clock sebelah bantal…siap pengang lagi tu…akhirnya x bangun juga..
tiba-tiba terjaga…alahai baru lepas subuh 2 3 minit…
ehmmm…menyesal sangat..pastu muhasabah diri balik…dan saya sedar saya dah buat apa yg Allah x suka sebelum tidur… saya buat Allah marah, sebab tu DIA tak kejut saya.
sekarang…bila saya tonton sesebuah rancangan, bila rasa tak sedap hati…saya akan try u tingglkan. kadang-kadang kecundang juga… then, taubat balik…cmtula hati saya…mudah berbolak balik..anyway saya tetap akan berusaha….
walaupapepun terima kasih ya ALLAH..harap KAU dapat berikanku “perasaan” ini hingga ke hujung nyawa…hingga ke syurga..sampai bila2..
[Reply]
tahniah syeikh cz anta dapat apa yg anta cari…
mg ini baek untuk smua..=)
[Reply]
masya-Allah..
thanks for the sharing..
smg Allah mredhai kamu..
Keep moving 4ward!
[Reply]
alhamdulillah,,
pertapaan yg mmberi manfaat..
project??merebak ke malaysia??
mcm wabak pulak bunyinya..he3
~may Allah bless~
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada ariffah9
Alhamdulillah. Syukur ada orang mendoakan.
Kita harap, Allah lancarka segala perjalanan dan rancangan.
- kepada sedang mencari
Semoga Allah membuka hati kamu, dengan lebih luas dan lebih baik lagi, dari apa yang Dia bukakan pada hatiku…
- kepada solehah
Boleh.
Kata-kata ini membawa maksud bahawa apabila kita berbuat dosa, maka keimanan kita terganggu sebenarnya.
Rasulullah SAW bersabda:
Seorang penzina itu tidak akan berzina jika ketika dia berzina itu dia beriman.
Nah, apabila melakukan dosa, keimanan seseorag itu sedang tiada sebenarnya. Keimanannya terganggu. Lenyap ketika itu.
Sebab itu, apabila kita berbuat dosa, tubuh kita akan berat melakukan kebaikan. Dua perkara yang tidak akan tercantum di dalam dunia ini, salah satunya adalah baik da buruk.
Semakin banyak kita melakukan dosa, semakin hitam jiwa kita. Lama kelamaan, diri kita tidak akan lagi sensitif dan peka terhadapan apa yang Allah arahkan kepada kita.
- kepada Rieha
Alhamdulillah.
Entah la ya.
Saya tak tanya pla GISB.
Nanti saya tanya.
- kepada hakima
Ya, terima kasih atas perkongsiannya….
- kepada hambamencari
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsiannya.
Amat bermakna….
- kepada slave of Allah
Saya tidak faham apa yang kamu cakap pada saya.
Kalau kamu maksudkan bahawa selama ini saya tidak pernah bercakap baik-baik pada kamu, kamu boleh minta saya minta maaf.
Saya fikir, kalau ini masalah peribadi, kamu boleh terus ke e-mail saya.
Kalau saya salah, saya minta maaf.
- kepada theserikandi
Masa itu cukup sebenarnya. Tidaklah Allah ciptakan 24 jam kalau bukan 24jam itu tidak memadai. Yang membuatkan 24jam itu tidak cukup adalah kita.
Kita banyak membazir masa.
Sebab itu kita merugi…
- kepada iman
Semoga Allah bantu kamu.
Bila buat dosa, memang hati akan rasa lemah.
Kelemahan ini, tidak akan memampukan manusia untuk bergerak lebih tinggi.
- kepada dina muhammad
Alhamdulillah… ana muda lagi. Syeikh di dalam bahasa arab bermaksud tua. ha3…
- kepada muhammad
Amiiin….
Doakan agar Allah kurniakan saya kekuatan dan istiqomah.
- kepada ‘adny
Ya. Memang wabak.
Wabak yang insyaAllah memberikan manfaat.
Wabak untuk membawa keimanan.
Terima kasih kepada semua atas sokongan kalian.
InsyaAllah, ana akan usaha lagi kuat.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salaam.
wah tiba2 rasa gerun pula. huahua.
may Allah guide you and all of us always..
kita ini Dia yg punya~
wallahua’lam
[Reply]
erm,kesedaran yg kdg2 hy dtg sebentar..
how i can find the booster to improve myself?
nk bertindak,tp seakan-akan ade yg mhalang diri ni utk bangun berubah.
jatuh,bangun,jatuh,bangun bersilih ganti..
aku mencari solusi..
[Reply]
Salam Hilal..
Mudahan perasaan pertapaan kamu itu sampai kepada kami …Ingin juga mencicip nikmat itu walau sedikit..:) Semoga Allah beri ketabahan pada kamu yang sedang berjuang..Moga Berjaya!
[Reply]
salam akh…
tepat nye sgala yg dsebut mngena diri yg mmbace…
syukran ats perkongsian..
ayat plg zouq, “Sesiapa yang berbuat dosa semasa siang, malamnya tidak akan mampu dibangunkan untuk Allah.”
refleksi utk kite renung, hri smlm Allah redha ke x.
teruskn mnulis utk islam.
hanye kata2 dr hati mampu mnembus hati.
moge kata2 terus d izinkn Allah mnembus hati2 mnusia yg akan, sdg mahupun tlh karat.
jzzkk
[Reply]
iman..
sekarang dah paham ..betul jugak..ada logik atas kata2 anda..=)
terima kasih.
[Reply]
Salam,
syukran bt saudara di atas perkongsian pengajaran yg cukup mberi kesedran bt semua. t’utama buat dri ini yg sdg di uji oleh Nya,terasa daif & kerdilnya diri ini..t’lalu byk kekurangan & kekhilafan yg tlh dilakukn. insyllah,dgn pengjaran yg dkongsi m’buatkn kita smua melakukn perubhn & istiqomah dlm ape jua yg dilakukn..moga2 niat saudara tmakbul serta p’juagan saudra diberkati Allah hendknya…
[Reply]
assalamualaikum…
selamat kembali saudara hilal…
wah jelas sekali pertapaan saudara menjadi saudara seorg y berbeza.. terima kasih di atas perkongsian saudara di atas… hrmm xsabar nk tggu projek saudara tu… ana doa kan semoga ia berjalan lancar dan semoga andai ia ke malaysia ana ingin jua terlibat di dalam nya… walau hnya sbg peserta… ana doakan saudara..
ikhlas
serikandi..
[Reply]
Assalamu’aalaikum,
- kepada syaimaa’
ish, gerun apanya syaimaa’.. ada gaya godzilla ke ana ni?
hu3..
thanks sis…
great to have you as my sahibah.
- kepada ummu muhaymin
Booster?
Booster terampuh hanyalah Allah.
Jadi, kita kena duduk sebentar, muhasabah dan koreksi diri kita.
Bina semula hubungan kita dengan Allah SWT.
InsyaAllah kita akan mampu memboosterkan diri kita.
- kepada sis hajia
Mudah-mudahan, Allah berikan yang lebih lagi perasaan kesedaran itu kepada kamu, dari apa yang saya perolehi…
- kepada belas_kasihan16
InsyaAllah. Terima kasih atas tembakan doa dan lambaian sokongannya.
Saya kuat, kerana orang macam anda berada di sisi saya.
Semoga Allah limpahkan rahmat dan maghfirah-Nya kepada kita semua.
- kepada solehah
Alhamdulillah. Sama-sama kita ambil manfaat dari perbincangan2 dalam komen2 ini…
- kepada nurfirqah
Ya. Kita harapkan hanya yang terbaik.
Tetapi berharap tidak cukup.
Perlu ada gerakan usaha.
Semoga Allah redha pada kita semua…
- kepada jadikan aku serikandi
Amiin… semoga doa orang seperti anda, Allah makbulkan.
Saya perlukan doa sedemikian.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]