Hari ini saya tidak mahu panjang-panjang.
Sekadar ini berkongsi sesuatu yang ringkas.
Apa yang ringkasnya?
Sekadar mengajak diri saya dan diri anda semua memerhatikan tiga soalan.
Apa dia soalannya?
1. Dari mana kita datang?
2. Kenapa kita didatangkan?
3. Ke mana kita akan pergi?
Ya, saya ada ungkapkan perkara ini di Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Saya senang kita muhasabah semula tiga soalan ini.
Muhasabah ringkas bersama. Antara sifat tarbiyah adalah berulang-ulangan. Hal ini kerana, manusia itu fitrahnya lupa. Dinamakan manusia atas sifatnya yang pelupa.
Saya nampak, selepas pertapaan saya, kita kenaa bermula pada titik baru. Kita tidak boleh ada di tahap yag sama lagi.
Saya mahu, kita bersama2 bergerak dengan kefahaman.
Sampai pada ketika ini, saya suka kalau pelawat Langit Ilahi faham kenapa tema kita adalah Mari Menjadi Hamba. Kenapa saya bersungguh-sungguh menyatakan perihal kehambaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT. Saya mahu anda datang, masuk ke Langit Ilahi ini dengan kefahaman.
Di titik ini, saya ingin semua memahami.
Mari, kita perhatikan tiga soalan itu dan menjawabnya dengan hati kita.
Muhasabah sepenuh jiwa.





Mumtaz!
[Reply]
Thanks for this sharing..
[Reply]
soalan yg mengingatkn sy, yg sering leka dgn duniawi~~
perkongsian yg menarik
[Reply]
Salam..
Tiga soalan yg cukup untuk menyedarkan sy yg leka dgn hal duniawi..
Syukran
Semoga sentiasa dirahmati ALLAH
[Reply]
TErima kasih..soalan yang menyedarkan
[Reply]
a very good reminder.
[Reply]
assalamualakium saudara hilal,
ana mahu bertanya, boleh?… ana agak kurang pengetahuan berkenaan ini, kerana sebelumnya ana kurang menitik beratkan soal ini, tp ana dalam proses mengubah diri menjadi lebih baik, jd ana ingin tau y sebenarnya bagaimana…
1) ana punya seorg shbt lelaki, sering kali bekerjasama dalam bnyak hal, adakalanya mkn berdua, keluar berdua (ke shopping mall bkn ber”dating” tp sekadar menemankan dia membeli brg). jd bagaimana ana mahu membataskan persahabatan kami tanpa dia berkecil hati sdgkan ana tidak mahu di murkai oleh allah…
2) tgk wayang xboleh ye? kerana ada yang memberitahu kalau tgk wayang nnt 40 hr amal x diterima.. betul ke?
[Reply]
salam.
sekadar ingin berkongsi dgn ‘jadikan aku serikandi’..
afwan saudariku krn saya bukanlah orang yang layak untuk membalas persoalan ukhti.em tapi ALLAH bukakan hati ini untuk berkongsi sekadarnya… dlm soalan ptame ukhti.
mungkin dia kawan yg terlalu baik pd ukhti, yg mungkin juga sekadar kawan.saya tak tahu apa erti sahabat baik buat ukhti. tapi bila ukhti terdetik untuk membataskan pergaulan itu, bermakna ukhti tidak senang bukan dengan pergaulan sebelum ini? maaf jika tidak benar jangkaan saya ini..
tapi alhamdulillah, bila sudah terlintas begitu,bererti hati ukhti masih jernih, kerana ukhti sedar itu… em… ukhti ingin membataskan pergaulan tetapi tidak mahu dia berkecil hati, bermakna ukhti sayang dia.. mungkin sekadar kawan.. tidak salah menyayangi kawan lelaki. ape lagi kawan perempuan. dan, tidak salah juga menyayangi kawan lelaki, yang mungkin lebih daripada kawan. bahasa mudah, orang yang kita cintai.
tapi, jangan kita sempitkan makna cinta itu. makna sayang… ape makna sayang bagi saudari?
bila saya amati perkataan2 dari ukhti itu, ukhti menyayanginya, kerana ukhti tidak sanggup membuatnya terluka/ terasa hati. benar? bermakna, ukhti sanggup berkorban di situ…. cinta = korban ( dalam situasi ini).
so…. ukhti ingin si dia lapang dalam hati bukan? ukhtiku, ketahuilah, ukhti benar2 menyayanginya jika ukhti menjaga hatinya baik2, terselamat dari titik hitam… bagaimana menjaganya? dengan membatas pergaulan seperti yang ukhti inginkan… mudah saja, jaga hatinya dari memikirkan perkara2 yang boleh menyebabkan ALLAH murka padanya, dunia akhirat… dan jika dia benar2 menyayangi ukhti juga, dia akan jaga hati ukhti daripada memikirkan tentang dirinya pun, iaitu melebihi batasan daripada mengingati YANG MAHA MENCIPTA dirinya sendiri. dan kita semua…
ukhti, tidak salah menemaninya, tapi jika ukhti merasa tidak senang atau ragu- ragu takut ada orang nampak ke, hum jadi ada samting wronglah kat situ. hati ukhti tidak dapat menerima situasi itu kerana ternyata hati ukhti masih suci… jadi, usahlah ukhtiku tidak mengendahkan rasa itu, kerana jika tidak mungkin ALLAH tidak akan datangkan lagi perasaan rasa tak senang berada dalam situasi itu di lain masa. jika ukhti bertindak jadi lebih baik selepas ini, bermakna, ukhti sangat inginkan kebaikan. dan insyaALLAH. ALLAH akan datangkan kebaikan itu pada ukhti… cuma, bersabar… tahanlah. kerana, terdapat hadis, hamba ALLAH yang menahan diri daripada jatuh cinta yang boleh membinasakan hati dan dirinya, dan jika hambe itu meninggal dunia dalam keadaan menahan perasaan itu, maka dia mati syahid.. boleh rujuk buku tulisan Fatimah Syarha bertajuk PEMILIK HATIKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL…
em, sudah panjang, tapi rasenya seperti masih belum terjawab persoalan ukhti itu. namun, harapan saya, agar ALLAH bagi kefahaman dan bagi jalanan yang jelas lagi suci buat ukhti…
afwan..
[Reply]
ukhti boleh suka explore dan hayati perkongsian/ motivasi dalam laman langit ilahi ini, berkenaan cinta. semoga saudari mendapat tunjuk.. rajin2 membaca dan mencari ilmu ALLAH untuk menambah bekal, ok.
[Reply]
assalamualaikum..
afwan saudariku aisya… terima kasih y tak terhingga di atas perkongsian saudari… ana bersyukur kerana ada insan y sudi berkongsi ilmu dgn ana… alhamdulillah… ana akan praktikkan pesan saudari… sekali lagi terima kasih dan syukur tak terhingga…
alhamdulillah sekarang ana mmg sedang menambah ilmu allah… mudah bg ana kerana ana mmg suka membaca.. cuma adakalanya ingin benar2 mengikuti setiap sesuatu itu penuh cbrn… tp insyaallah ana akan terus berusaha… terima kasih saudari sekali lagi..
ikhlas
serikandi
[Reply]
alhamdulillah… smoga ukhti dikuatkan semangat… dan istiqamah… ALLAH menyayangimu…
[Reply]
sy selalu terluper..nak muhasabah diri…padahal sng jer..tp kenape berat sgt nak buat??mcm x de penghayatan
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Hazri
Syukur…
- kepada Jurutera Perisian
Semoga perkongsiannya bermanfaat…
- kepada anim
Ya. Kita leka. Kerna kita lupa kita akan pulang ke mana.
Kita bongkak, sebab kita lupa kita datang daripada siapa.
Kita tidak bergerak, sebab kita tidak tahu apa tujuan kita di dunia.
- kepada Rieha
Alhamdulillah. Alllah jugalah yang memberikan hidayah-Nya kepada siapa yang Dia suka.
- kepada solehah
Alhamdulillah. Beryukurlah…
- kepada sufiyyah
Dan peringatan itu hanya berguna untuk orang yang beriman….
- kepada jadikan aku serikandi
Berkenaan soalan pertama,
Pada saya, kalau kamu cakap elok-elok dengan lelaki itu, dia tidak akan berkecil hati. Malah mungkin menyedarkannya.
Saya tidaklah kata apa yang kamu buat sekarang ini - keluar bersama-sama dalam keadaan terjaga, bukan couple, ada urusan kerja - itu salah. tetapi benda ini kalau kita tak jaga awal-awal, kemungkinan akan meleret ke satu lurah yang lebih dalam.
Jadi sebaiknya kamu cakap dengan dia, kamu dengan dia sudah tidak boleh demikia lagi.
Atau, kalau memang terpaksa keluar, kamu sahaja yang dia ada, saya sarankan kamu bawa dua tiga orang rakan.
Kamu pun sebenarnya boleh minta dia mengajak sahaja teman2nya yang lain. Kenapa kamu - seorang perempuan - perlu menemaninya?
Apa-apapun, saya sarankan kamu cakap dengan dia dalam keadaan yag teerbaik bahawa apa yang sedang kamu lakukan itu tidak digalakkan oleh Islam.
Berkenaan soalan kamu yang kedua, kamu boleh rujuk perbincangan di dalam forum Langit Ilahi di link berikut:
http://ms.langitilahi.com/forum/persoalan/menonton-movie-di-panggung-wayang/
- kepada aisya
Kepada aisya, penerangan kamu sangat panjang. Mungkin saudari serikandi ini perlu kita beri secara perlahan-lahan, bukan terus menumpahkan itu dan ini.
Namun pertolongan saudari sangat saya hargai.
Semoga Allah redha dengan saudari.
- kepada safiah25
Tak muhasabah diri, tanda ada masalah di dalam hati. Bagi mereka yang rasa keterhubungan dirinya dengan Allah SWT, pastinya akan bergerak sentiasa untuk memperbaiki diri. Sebab itu muhasabah menjadi rutin.
Kamu boleh mula dengan duduk-duduk, kemudian mengira berapa banyak dosa yang kamu lakukan.
Kemudian fikirkan azab Allah SWT atas apa dosa yang telah kamu lakukan…
Di situ, sudah ada muhasabah…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
3 persoalan yang begitu meyentuh jiwa…
Dari mana kita datang?
Kenapa kita didatangkan?
Ke mana kita akan pergi?
……………………………………………………
aku ingin semuanya kerana Allah… tapi, aku hanyalah seorang hamba yang lemah.. kdg2 aku tergoda dgn godaan makhluk laknat itu… aku hanyalah hamba yang takkan pernah terlepas dari dosa… Astargfiruallah… kpdMu aku mahon keampunan sesungguhnya Kau MAha Pengampun lagi Maha Penyayang…
…………………………………………………..
sedikit perkongsian…
sabda Rasullluallah…
“Allah tlh membahagi akal kpd 3 bahagian, siapa yang cukup mempunyai 3 bahagiannya, sempurnalah akalnya,kalau kekurangan walau sebahagian, tdklah ia tergolong orang yang berakal…
sahabat bertanya:” Ya Rasulluallah, manakah bahagian yang 3 macam itu?”
kata Baginda…
1)baik makrifatnya dgn Allah
2)baik taatnya bagi Allah
3)baik pula sabarnya atau ketentuan ats ketentuan Allah..
Wallahualam…
[Reply]
Salam.
Bila ana came across these 3 questions ms bace buku nta, membuat ana terpk sekejap. Syukran krn sering mengingatkn kami, pembaca nta..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada aku milikNya
Terima kasih atas perkongsiannya.
Harap saya diizinkan untuk bertanya.
Hadith yang kamu sertakan ini riwayat siapa?
- kepada hambamencari
Alhamdulillah. Saya pun mengingatkan diri saya juga.
Sama-sama kita bergerak menjadi hamba-Nya…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
assalamualaikum saudara,
terima kasih …
ana sedar ana perlu segera mengubah keadaan y sedemikian itu…
sejak dr mula ana berhasrat melakukannya, ana takut sekali untuk mengecilkan hatinya.. bukanlah dia tiada teman lain y dia boleh minta pertolongan.. tp katanya… ana shbt terbaiknya dan dia selesa meminta pertolongan ana… because i understand him most than other people…
tp sekarang andai ana terpaksa mengecilkan hatinya dengan tindakan ana.. ana akan tetap melakukannya…. ana perlu istiqamah… kerana ana lebih takut jika allah murka dan tidak meredhai ana… dan ana percaya seperti kata saudara andai ana memberitahunya sebabnya kepada dia, dia akan memahaminya…
ya, smmg nya kami tidak couple bahkan cuma bersahabat… namun benar kata saudara.. ia harus di bendung segera… bimbang melarat…
thanks a lot…
salam ikhlas
serikandi
[Reply]
maaf saudara… hadis kat atas saya tak tahu riwayat siapa.. saya baca daripada http://sabdaislam.files.wordpress.com/2009/11/tasauf7.jpg
sekali lagi.. asif…
[Reply]
salam akh..
betul tu..kite nie pelupe sebenarnye..perlu perhatian dalam pengulangan soalan2 yang dapat memuhasabah kite semule..~
[Reply]