Semalam adalah hari yang agak besar buat saya dan ahli PERMAI. Satu program bernama Adha 1430 telah berlangsung di kalangan komuniti pelajar melayu di Irbid, Jordan sempena Aidil Adha kali ini.
Saya telah menjadi host untuk tiga sesi sepanjang program itu, yakni sesi lakonan, video dan akhir sekali sesi luahan perasaan hati ke hati.
Semalam pada saya adalah malam yang hebat. Baru saya tahu, bawah cahaya spotlight, saya ni kelam kabut juga. Susah nak kekalkan ketenangan, tambahan kalau ada benda-benda luar perancangan berlaku.
Tak mengapalah. Cukup-cukuplah fasal saya. Saya nak kongsi cerita berkenaan pengorbanan dalam persahabatan, yang telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar melayu yang menawarkan diri dalam sesi luahan perasan hati ke hati. Tema kami adalah pengorbanan, maka dia menceritakan kepada saya satu pengorbanan yang pada saya amat besar.
Dia bercerita berkenaan sahabat-sahabatnya, dan pada saya, sahabat-sahabatnya adalah sahabat yang terhebat. Saya sendiri, belum pernah berjumpa sahabat seperti itu dalam hidup saya. Dan ia memberikan pengajaran terhebat buat saya.
Dia
Dia adalah seorang perempuan, akak dalam erti kata yang lebih hormat untuk saya. Akak Nor Faiza, pelajar tahun enam perubatan di Jordan University of Science and Technology. Dia dahulunya pernah memegang jawatan Ketua Helwi PERMAI, dan selepas itu pernah juga menyandang jawatan Timbalangan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.
Kisah yang dikongsikan
Dia menceritakan, pada salah satu tahun pengajiannya di Jordan sebelum ini, dia pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kakinya patah. Dari ceritanya, dia memerlukan kerusi roda, tongkat untuk memudahkan pergerakannya dari satu tempat ke satu tempat.
Pada saya yang tinggal di Jordan, saya mengetahui betapa azabnya hidup di negara ini dalam keadaan kaki yang patah. Hal ini kerana, rumah pelajar melayu biasanya di tingkat yang tinggi, kemudian untuk pelajar JUST mereka perlu ke universiti menaiki bas, itu belum dikira lagi dengan urusan-urusan lain yang perlu berebut dengan orang lain, ditambah pula dengan kekasaran arab dan sebagainya.
Dia menceritakan, ketika itu dia memang seolah-olah mengalami kesukaran hidup yang teramat sangat.
Saya, kalau berada di tempatnya, pasti sudah meminta cuti dan balik ke Malaysia.
Tetapi, dia tabah. Dan antara sebab ketabahannya, dia mempunyai sahabat terhebat.
Sahabat-sahabatnya
Dia menceritakan, di dalam kesusahannya itu, sahabat-sahabatnya bergerak membantunya dalam segenap segi urusan hidup.
Kawannya membantu mengangkat kerusi roda dan membantu dirinya turun dari atas ke bawah rumah. Sahabat-sahabatnya sentiasa bersamanya, berjalan di universiti membantu pergerakannya. Walaupun saya maklum, pelajar JUST perlu bergesa dari satu dewan ke dewan lain kerana jaraknya yang kadangkala jauh. Namun sahabat-sahabatnya tidak meninggalkannya.
Dia menceritakan: “Dalam keadaan akak yang sukar itu, hendak menaiki coaster(satu kenderaan seperti bas di sini) adalah amat payah, hendak berebut dengan arab lagi. Jadi masa tu, kawan-kawan akak berpakat menyewa van, dan mereka dengan akak naik van itu sama-sama”
Sampai begitu sekali. Mendalam sungguh kasih-sayang sahabat-sahabatnya terhadap dia. Tidak meninggalkan langsung, malah membantu sokong dirinya dalam semua urusan.
Akak Nor Faiza menceritakan lagi, satu ketika, dia jatuh sakit dan terpaksa berbaring sahaja di atas katil. Ketika itu pula, musim peperiksaan.
Sahabatnya membantunya, malah sanggup membacakan buku peperiksaan di sebelahnya.
Akak Nor Faiza berkata: “Waktu tu akak tak tahu dah apa yang dia baca, tapi yang akak tahu, air mata mengalir di pipi akak”
Sungguh hebat sahabat-sahabatnya. Sampai sanggup membacakan buku peperiksaan.
Di mana saya boleh mencari sahabat sebegini hebat?
Sahabat-sahabat Kak Nor Faiza, ketahuilah bahawa peribadi-peribadi kalian, saya hanya jumpa di buku sejarah dan di dalam novel sahaja. Sukar sungguh melihatnya di alam realiti.
Kita?
Bagaimana dengan kita? Bagaimana hubungan kita dengan sahabat kita? Adakah kita menghargai mereka? Apakah yang telah kita lakukan kepadanya?
Jangan kata hendak bersamanya sepanjang waktu kesusahannya, kadangkala tidak menghubunginya berhari-hari, berbulan-bulan pun kita tidak kisah. Bila kita dengar sahabat kita demam, tidak sihat, kita boleh sahaja biarkan dia di dalam bilik walaupun kita serumah. Kita sanggup membiarkan sahabat kita memasak, basuh pinggan, kemas rumah hari-hari tanpa kita sedikit pun meraikannya, ucap terima kasih, malah kadangkala kita tambah kekotoran rumah.
Hari ini, ukhuwwah sehebat hubungan sahabat-sahabat Kak Nor Faiza tadi telah hilang. Kita rasa tidak berbaloi berkorban untuk sahabat kita. Kita rasa sahabat kita adalah orang lain dan bukan keluarga kita.
Tidak hairanlah masyarakat hari ini tidak mampu membina satu kesatuan yang kukuh. Tidak kisahlah hari ini, ummah hidupnya benci membenci, dengki mendengki, penuh hasad dan dendam.
Kenapa?
Kerana kita tidak membinanya, kita tidak bersedia menjalankannya.
Kita rasa, kita hidup sendiri sudah mencukupi. Kita senang begini. Sedangkan, Islam itu terbangun atas kesatuan, bangsa yang hebat itu bergerak atas kebersamaan.
Lihat Israel, bagaimana mereka boleh menjadi sehebat hari ini walaupun mereka hanyalah negara kecil sahaja, membuatkan arab-arab kaku walaupun negara-negara arab yang besar mengelilinginya. Apa resepi mereka?
Kesatuan. Di mana sahaja orang yahudi berada, mereka telah berjanji untuk bersatu dan bergerak ke arah matlamat yang sama. Di mana sahaja mereka berada, mereka akan jadi yang terbagus, memegang ekonomi, melobi pemimpin, mengkaji pelbagai kajian, semuanya untuk kelangsungan survival mereka. Mereka bersatu, bergerak bersama, dan akhirnya kita lihat mereka hari ini. Pada saya mereka telah berjaya.
Kita?
Penutup: Bukan cari, tapi jadi
Artikel ini, perkongsian ini bukan untuk anda mencari sahabat terhebat. Saya lebih kepada mengajak anda menjadi sahabat terhebat. Sesungguhnya, menjadi sahabat yang baik itu juga merupakan kayu ukur keimanan kita.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu bersaudara” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Dan tidakkah kita inginkan apa yang dijanjikan Allah dalam sabda Rasul-Nya:
“Akan ada tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya…. Dua lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT” Al-Hadith.
Kita bukannya kuat qiamullail, kita pun agak malas baca Al-Quran banyak-banyak, ibadah kita sedikit, dosa kita banyak, maka kenapa kita tak usahakan diri kita menjadi sahabat terbaik? Ini salah satu lubang menggapai syurga!
Maka, siapa antara kita yang bergerak terlebih dahulu untuk menjadi sahabat terhebat?
Bukan untuk sahabat kita sebenarnya, tetapi untuk menggapai redha Allah SWT.






salam…ingtkan awk main2 je nak wat post psl nie..tgk2 serius rupanya…tp mmg sgt terharu dgn pengorbanan sahabat2 kak faezza tu..hanya Allah shj yg dpt balas..
bkenaan dgn point awk bukan cari,tp jd tu, mmg tepat. sbbnye manusia nie slalu nak mencari yg sempurna je..tp diri sndiri tak pernah nak menjadi yg terbaik..so,point tu mmg tepat sgtlah..kalo nak dpt yg terbaik,kita sendiri yg kena jd terbaik dulu
berPERMAI hingga ke syurga~
[Reply]
SubhanAllah…Moga Allah sentiasa merahmati kalian (sahabat-sahabat kak faezza) semua…Kalian bukan sahaja sahabat terhebat, tetapi kalian juga qudwah terhebat…Sama-sama kita belajar untuk MEMBERI yang terbaik dan terhebat sesama hamba Allah…
Salam
[Reply]
salam..
Allah x mnta kita jadi mnusia terbaik..
Dia hanya nak kita lakukan yg terbaik..
kan ?
[Reply]
wah. bestnye dpt kawan macam tu.
susah ye nk jumpa
dah macam ala ala citer 1 litre of tears pulak, kawan tolong angkat kerusi roda.
[Reply]
Memang terasa seperti dalam kisah one litre of tears.
Terasa hebat sangat ujian Allah ketika itu. Namun masih sentiasa mengingatkan diri bahawa ada lagi hambaNya yang lain yang lagi teruk diuji.
Hidup memang umpama roda. Kadang kita senang, kadang kita susah.
Bersyukur dikurniakan sahabat yang sanggup berkorban dan membantu.
Semoga kejayaan milik kita bersama.
Terima kasih kepada owner langitlilahi.com juga kerana sudi merakamkan kisah yang tak seberapa ni dalam blog anta. Semoga boleh jadi motivasi buat semua untuk melatih diri jadi sahabat terbaik!!
Nur Faezza Mohd Mohtar
JUST 2010
[Reply]
it’s hard to find a good friend..
but it’s not that hard to be one..
jadi..mari jadi sahabat yg hebat
[Reply]
salam…
SubhanAllah…sungguh kak Faezzah neruntung punya sahabat yg sebegitu kuat tali ukhuwahnya…Ana doakan ukhuwah sebegitu akan kekal hingga ke Jannah..
Kita hanya akan tahu ukhuwah yg kita bina kerana Allah @ sebaliknya bersama teman2 kita apabila kita berada dalam kesempitan…kerana Allah mahu uji hubungan kita itu….
“Ukhuwah itu indah bila berkasih kerana Allah..Manisnya pertemuan seandainya tiada kuntuman mazmumah yg bersarang…Tiada harta yg lebih bernilai dari apa yg kita tanam ini melainkan sebuah PERSAHABATAN yg di redhai dan di pandang olehNya….”
~ waAllahua’lam…
[Reply]
‘rase mcm Aya dalam 1 litre of tears’. smg saye boleh jadi mcm sahabat2 akak, dan smg kita semua pun.
sblum kita semua dpt sahabt2 yg gitu, pastinye kita sendiri yg perlu usaha jadi sahabat yg gitu.
[Reply]
salam.perkongsian yang menarik..saya juga pernah merasainya..ukhwah sesama perempuan memang begitulah lazimnya..semasa demam, ada kawan yang sanggup basuh baju kita, dan begitulah sebaliknya, ketika kesusahan, dialah yang paling awal menghulurkan bantuan..tidak kira di mana pun kita berada. saya juga pernah menyaksikan sepasang suami isteri yang diuji dgn sakit, mula2 suaminya sakit, si isteri jaga dgn sabar, kemudian Allah sembuhkan suaminya dan uji isterinya pula..sesungguhnya mereka adalah pasangan pilihan Allah untuk membuktikan keimanan masing-masing. Apapun, tahniah buat kawan2 kak faeza dan of course kak faeza sendiri..hanya yang menyayangi akan disayangi:)..kenang2lah kebaikan kawan,dan lupakanlah kebaikan kita pada orang.pasti akan rasa mudah untuk berkorban:) manisnya ukhwah jika disandarkan semata2 kerana Allah
[Reply]
salam..subahanallah..
perkongsian yg sgt2 bermakna..
hope kt sume pn jd cm shbt2 kak faiza..
[Reply]
saya selalu berpikir..
bila saya buat baik pada kawan saya..
adakah dia akan membalas baik buat saya?
tp bila membaca di atas..
krbaikan yg kita lakukan bukan untuk mendapat balasan balik..
tapi menggapai keredhaan Allah..
teruknya saya dulu…
[Reply]
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
TAHNIAH UTK SAUDARA!kerana dapat mengacarakan program dengan jayanya.cuma nampak kurang keserasian sedikit antara kedua2 pengacara.Boleh diperbaiki lagi di masa hadapan, insya Allah
TAHNIAH JUGA UTK SAUDARI Nur Faezza Mohd Mohtar.Memiliki ketokohan dan sahabat2 yang terhebat!
Andainya ummi terpilih, pastinya becerita ttg pengorbanan suami isteri dalam mengejar ilmu di bumi yang penuh berkat ini. dan sewajibnya ttg pengorbanan ibu bapa yang mendidik anak2 dlam menjadi insan berjaya dunia akhirat!( ummi di hujung dewan melayan buah2 hati beraktiviti kreatif!)
TAHNIAH sekali lagi utk kedua2 pengacara.Kami balik awal sedikit berbanding yang lain memandangkan buah2 hati dah menyanyikan lagu merdu untuk beradu..acaranya sudah tamat, namun acara makan jer yang belum..
saudara, nak dapatkan kat mana buku2 tukisan saudara ni?ada bawa stok kat sini.Maaf, masih baru di sini.
SEMOGA KITA MAMPU MENJADI SAHABAT TERHEBAT DI DUNIA DAN AKHIRAT!
[Reply]
sahabat terhebat sukar dicari…
namun…
sekali ia hilang
pasti sukar diganti…
[Reply]
salam perkongsian…
bismillahhirrahmanirrahim…
teman..mmmm…
teman adalah cerminan diri kita
makna kata,
cara terbaik utk mlihat siapa kita maka lihatlah rakan/teman/shbt kita…
baik teman kita maka baiklah kita n klu buruk teman kita maka buruklah kita…
apabila brcakap tntg pengorbanan…
berkorbanlah utk shbtmu n jgn sesekali mengorbankan sahabatmu utk diri sendiri
mmg bnr..setiap daripada kita suka klu org buat baik pd kita tp kita pula bagaimana?..adakah berbuat baik kpd org lain??….
pa2 pun..ingat,semuanya brmula dgn kita…jgn tunggu org lain utk memulakan tp kitalah yg mnjadi pemula/pencetus…
wallahualam..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada akhawat_just
Hilal Asyraf, kalau cakap pernah main-main ke? hu3…
Saya kalau cakap fasal nak letak dalam website, mana pernah main-main. Tinggal masa je menentukan.
Ya, fasal mencari dan jadi tu, saya sendiri alami.
Kalau mencari memang sukar jumpa. Kita kena jadi dulu. Baru terasa.
- kepada Noor Faiza
Sememangnya, mereka perempuan Islam terakhir, kalau saya tak keterlaluan berkata. hu3…
Contohi mereka, insyaAllah, keluarga dan ummah akan jadi solehah.
- kepada Nur cahaya
Menjadi manusia terbaik adalah target untuk menggerakkan kita berusaha sehabis baik.
Hanya yang mengejar nombor 1 sahaja akan berusaha macam orang nombor 1. Mustahil hendak dapat nombor 100, berusaha dengan terbaik?
Begitulah…
Allah henak kita jadi hamba-Nya yang terbaik, berusaha menjadi yang terbaik!
- kepada nazihah
Alhamdulillah. Tu yang bagus. Tengok movie dan amalkan yang baik dalam kehidupan. Bukan bazir masa tengok movie, haa ha, habis. takleh la..
Tahniah kepada rakan2 akak faezza.
- kepada fez
Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada akak yang sudi berkongsi.
Hilal minta maaf kerana tatau apa-apa fasal akak sebelum ni. Nama pun salah tulis. hu3…
Kenal Abang Dzul je, tak kenal penolongnya sapa. Jenis tak ambil tahu langsung saya ni.
Namun saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Terima kasih atas perkongsian, dan tahniah kerana berjaya membumikan ukhuwwah atas keimanan.
- kepada ‘adny
Tidak sukar, andai kita bina ukhuwwah kita atas keimanan kepada Allah SWT.
- kepada alHumaira91
Alhamdulillah. Sebab itu ada kisah sahabat yang beriman, boleh mensyafaatkaan sahabatnya yang lain.
Kita berusaha menadi yang memberi, bukan yang diberi!
- kepada fahaba
Ya, pastinya bermula dari diri kita…
- kepada misna
Lelaki ada juga. Tapi lelaki ni ego besar. hu3…
Sayang tapi tak nak tunjuk(satu konsep yang saya rasa kena tukar)
control macho banyak.
Tapi insyaAllah, wujud je lelaki macam itu juga.
Kita sama-sama contohi apa yang baik yang ditunjukkan oleh kak faeza dan rakan2…
- kepada nur
Amiiin….
- kepada syah
Sebenarna, kebaikan kita kepada kawan kita, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Maka itu urusan kita, kita perlu usaha.
Kebaikan sahabat kita kepada kita, adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT. Maka, itu urusan dia, kita tak payah susah2.
Kita tak harapkan balasan dalam bersahabat. Tapi kita harapkan sahabat kita mengerti erti persahabatan….
- kepada UMMUFAQEH
Terima kasih makcik…(panggil makcik boleh?)
Memang kurang keserasian, sebab….(ada la sebabnya.. ha3)
InsyaAllah, boleh diperbaiki.
Terima kasih atas komentarnya.
Nanti, kalau ada peluang, kami akan minta zaujah-zaujah pelajar Yarmouk naik ke hadapan.
Habis makcik dapat makan tak pulang awal tu?
Boleh claim.. hu3..
- kepada ibnu_ajed
Maka, jangan kita hilangkannya sebelum Allah menghilangkannya daripada kita. Kita kena hargai.
- kepada melukut
Terima kasih atas perkongsiannya, memang begitulah resminya persahabatan yang terbina atas dasar keimanan.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
entry mcm ini ana tunggu-tunggu hilal.ana kenal manisnya ukhuwwah selepas berada di jordan. kenalan di jordan mmg lain dan lain. terima kasih sahabat
[Reply]
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…perkongsian yg baik sekali…
sungguh tersentuh jiwa ini membaca nya…
tergerak hati ini untuk menjadi sahabat yg baik kepada sahabat² keliling…
moga termampu…Insya’ALLAH…
terima kasih.
[Reply]
salam persaudaraan..
indahnya ukhuwwah jika dasar dan pelaksanaannya kerana Allah…kisah kak faiza tu ckup2 menyentuh hati…
Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya,
“Sesungguhnya Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai saudaramu krana Allah..”
[Reply]
kawan u bergembira begitu ramai..
tp sahabat tika suSah…suSah nk dapat…
~sama2 kt baiki dr kita dlu..
kita syg org,
ALLAH syg kita..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada mun
Ya, memang lain daripada lain. Komuniti melayu terhebat yang pernah ana saksikan dalam hidup ini adalah komuniti PERMAI.. hu3…
- kepada AiMaN
Alhamdulillah. Hidayah dan kesedaran itu daripada Allah SWT juga datangnya ia. Bergeraklah, berusahalah. Kita hendak jadi hamba Allah SWT yang terbaik.
- kepada anahabibullah
Mereka, memang patut kita contohi.
- kepada ♥airkoS0ng~
Maka marilah kita yang bergerak menjadi kawan ketika susah terlebih dahulu.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
assalamualaikum saudara hilal..
sahabat terhebat…
seringkali sy tnya kan pd diri sy..
kenapa dan mengapa susah benar hendak mendapatkan sahabat sebegitu..
seringkali sy rasa mrh dan menyalahkan mereka bila mereka tidak berlaku adil..
namun,
bila sy muhasabah diri sy..
sy sedar,
bukan mereka lah y salah,
bukan mereka y kekurangan,
bahkan sy lah..
kerana dalam mencari sy terlupa,
sy alpa,
sebetulnya sy belum boleh dikatakan shbt y terhebat,
masih lagi bnyak pincangnya,
dan masih bnyak lagi y perlu sy betulkan..
terima kasih sekali lagi saudara untuk entry y begitu membina..
teruskan usaha
p/s: mungkin tidak keterlaluan sy katakan bhw, shbt saudara itu (kak faezah) adalah shbt terhebat juga.. kerana itu dia punya shbt terhebat di sisinya.. =p
salam
[Reply]
assalamualaikum
baru terbaca post ni, lama ketinggalan
bila membaca entry ini, dan membayangkan semula kenangan kami satu batch ketika itu, bergenang air mata
sebak, bukan sebab rasa susah membantu dia. sebak, sebab sampai macam tu sekali dia menghargai kami sahabatnya, sedangkan kami rasa kami tak buat apa2 yang istimewa sangat pun untuk dia. Hanya kewajipan sebagai insan dan saudara seislam.
Tapi kami seronok.
Kami sebatch berapa keratlah sangat, tak ramai, dan mungkin itulah kelebihan.
kami sahabat2 terhebat? saya anggap itu sebagai satu doa, semoga berpanjangan ukhuwwah persahabatan yang Allah ikat antara kami membawa hingga ke syurgaNya.
p/s- Untuk “jadikan aku serikandi”- ya, kak faezza juga adalah sahabat terhebat kami! (Walaupun kami tidak pula merasa kami terhebat untuk dia) Semoga dengan itu Allah sentiasa kurniakan sahabat2 yang terhebat untuk berada di sekelilingnya selamanya, membantu dalam susah dan senang, berkongsi air mata dan kegembiraan.
Kawan, kita bukan seperti pantai, kan? datang ombak memukul, sekelip mata berubah, sangat mudah.
Tapi sahabat, kita semua matahari. Tetap ada di sana, walaupun dalam gerhana…..
[Reply]