Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Saya dan Penulisan

Semoga Allah redha dengan apa yang saya tulis.

Semoga Allah redha dengan apa yang saya tulis.

Ada beberapa soalan sebelum ini di shoutmix berkenaan bagaimana saya boleh menulis, bagaimana saya boleh termotivasi untuk menulis, bagaimana saya boleh bahagi masa antara belajar dan menulis dan sebagainya.

Di sini, saya mungkin kongsi sedikit kut.

Moga ada manfaat kepada semua.

Bagaimana boleh menulis

Kalau mengikut sejarahnya, saya boleh menulis dengan baik(at least lepas la untuk SPM) adalah hasil didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh Ummi Halimaton. Dia sudah meninggal dunia pada tahun lepas. Tapi sentiasa hidup di hati saya.

Di akhir tahun 2006, selepas saya tamat SPM, ramai orang ketika itu sibuk membicarakan berkenaan karya Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu karangan Fatimah Syarha yang tersebar di internet.

Ada seorang senior berkata kepada saya: “Apa kata enta menulis juga? Fatimah Syarha tu perempuan. Enta lelaki. Mesti ada pandangan berbeza”

Berbekalkan sekadar semangat, ilmu penulisan tahap SPM, dan pengalaman hidup, saya menulis di masa lapang ketika saya bekerja di Sekolah Agama Ghufran, Simpang Renggam. Saya bekerja sebagai guru sementara di sana, mengisi cuti SPM saya.

Karya pertama saya – Relasi.

Perjalanan menjejak hari ini

Selepas saya menulis Relasi, saya melalui satu jangka masa yang panjang sebagai pelajar tingkatan enam di MATRI. Ketika itu, saya sempat menulis novel Terasing, dan sekitar 10 buah cerpen. Saya cuba menulis satu novel bernama Takdir. Tetapi terbengkalai di pertengahan.

Allah izin, tiada buku saya yang terbit ketika itu. Hal ini kerana, saya tidak pernah terfikir hendak menghantar ke syarikat buku.

Ketika saya tingkatan enam inilah, saya memulakan Langit Ilahi. Pada pertengahan tahun 2008, saya mula berkongsi karya-karya saya di blog. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketika itulah, GISB(Galeri Ilmu Sdn Bhd) menjemput saya untuk menulis Buku Motivasi selepas mereka singgah di blog saya. Saya mengambil kesempatan itu dengan menunjukkan juga cerpen saya bertajuk Matahari. Allah izin, Encik Zakaria Sungib, Editor GISB berminat dan dari situ Novel VT pula dihasilkan.

Di situ langkahan saya bermula dengan lebih panjang.

Setelah menulis

Semasa menulis VT, saya mula menetapkan kepada diri saya bahawa saya patut menjadi penulis yang memberikan sumbangan kepada ummah. Saya mahu menjadi penulis yang membina masyarakat. Saya mahu menjadi penulis yang mengisi jiwa manusia. Saya mahu membentuk gelombang penulisan yang mengubah peribadi manusia kepada mentaati Allah SWT.

Saya mula faham ketika itu, Allah tidak memberikan saya medan penulisan ini untuk menjadi penulis. Tetapi medan penulisan adalah pemanjangan tangan saya dalam medan dakwah. Penulisan meluaskan teritori capaian saya. Medan ini diberikan Allah kepada saya, maka saya tidak akan menggunakannya dengan sia-sia.

Menulis untuk ummah.

Itu prinsip saya.

Membawa diri dan masyarakat, untuk tunduk menjadi hamba-Nya.

Apa yang memotivasikan untuk menulis?

Banyak perkara memotivasikan saya. Kadangkala, senyuman manusia juga memberikan motivasi kepada saya.

Mungkin tiada motivasi yang lebih membuatkan saya gigih dalam medan penulisan ini, selain saya melihat medan penulisan adalah saham akhirat saya. Itu sahaja.

Saya pernah membaca seorang ulama’ berkata: “Amal jariah terbesar adalah penulisan”

Hal ini kerana, buku saya akan terus dibaca, dibaca, dibaca. Segala manfaatnya akan terus berjalan.

Kalau saya menulis untuk membina ummah, semestinya motivasi saya adalah yang boleh membantu saya membina ummah itu sendiri. Maka motivasi apakah yang lebih baik untuk saya melainkan janji-janji Allah SWT dan kasih sayang-Nya?

Ada orang menganggap, penulisan itu bisnes. Ya, di mata saya juga ia adalah bisnes. Tetapi ia adalah bisnes saya dengan Allah SWT. Itu juga antara motivasi yang berharga untuk diri saya.

Motivasi inilah yang buat saya tidak bosan, sukar untuk letih, dan tidak pernah melihat penat. Sebab Allah sudah janji, segala amal kebaikan itu akan dibayar oleh-Nya, walaupun sebesar zarah. Penulisan, adalah amal kebaikan yang mampu saya usahakan.

Formula penulisan

Saya ada satu formula. Yang ini sering saya cuba usahakan.

Formula saya adalah seperti berikut:

Penulis———————-Allah———————-Pembaca

Pada saya, hendak menghasilkan penulisan yang menyentuh hati pembaca, maka seorang penulis itu mestilah menjaga hubungannya dengan Yang Mampu Membolak Balikkan Hati pembaca.

Yang menyampaikan penulisan kita, kepada manusia, hanyalah Allah SWT.

Itu yang saya percaya.

Itu yang menjadi formula saya.

Pembahagian masa

Saya ada dua jenis penulisan.

1. Penulisan buku.

2. Penulisan website Langit Ilahi.

Saya akan menulis untuk website Langit Ilahi setiap kali lepas subuh pada hari belajar. Pada hari tiada kelas, saya mungkin akan menulisnya sekitar pukul 9.00 pagi.

Bagi penulisan buku, saya akan menulisnya pada bila-bila masa yang saya lapang. Tetapi kebanyakannya mengikut musim la.

Sebagai contoh: VT. Saya menulisnya semasa cuti. Justeru, saya menulisnya setiap hari tanpa ada masa tetap. Bila saya rasa saya nak tulis, saya tulis. Namun saya tetapkan pada diri saya, sehari saya perlu siapkan 1 bab.

Contoh lain: Sinergi. Saya menulisnya semasa belajar. Maka saya menulisnya setiap kali selepas Solat Subuh. Selepas itu baru saya menulis untuk Langit Ilahi. Saya tetapkan pada diri saya, sehari saya perlu siapkan 1 bab.

Namun kadangkala, biasanya saya mudah tidak berpuas hati dengan penulisan saya. Saya kadangkala akan menulisnya semula seperti Terasing dan Sinergi.

Contoh penulisan semula: Sinergi. Saya menulisnya lima bab sehari. Selepas subuh, selepas kelas, selepas asar, selepas isya’ dan sebelum tidur. Ketika itu, saya tetapkan bahawa dalam masa 10 hari, saya sudah siap menulis semula Sinergi. Alhamdulillah, dalam masa 6 hari, Sinergi baru telah berjaya disiapkan.

Mudah ceritanya, saya ada jadual untuk hidup. Saya bahagikan jadual saya kepada empat perkara: 1. Penting dan utama, 2. Utama tapi tak penting, 3. Penting tapi tak utama, 4. Tak utama dan tak penting.

Saya dahulukan yang penting dan utama, kemudian baru saya buat yang utama tapi tak penting, seterusnya baru saya selesaikan yang penting tapi tak utama, akhir sekali kalau saya masih ada masa baru saya buat perkara yang tak utama dan tak penting.

Begitulah saya mengatur jadual saya.

Namun saya manusia. Ada masa, kadang-kadang terbarai juga jadual ini.

Tapi saya usaha untuk disiplin. Yang saya tahu, masa saya ikut jadual ini, hidup saya tak serabut. Dengan jadual ini, saya boleh hidup macam ada 48 jam sehari.

Penutup: Saya bukan penulis sebenarnya

Ya, saya bukan penulis sebenarnya.

Saya hanya penyeru. Penyeru kepada diri saya, dan manusia semua, untuk kembali kepada Allah SWT.

Oleh kerana penulisan mampu memanjangkan seruan saya, sebab itu saya menulis.

Hari ini, saya menulis kerana itu. Dan saya harap, Allah redha dengan saya, membimbing saya, memandu saya atas jalan ini.

Apa-apa sahaja sebab lain, itu membuatkan penulisan saya tidak bermakna.

Sekian perkongsian daripada saya.

Harap ada maknanya.

Print This Post Print This Post

15 Comments

  1. alhasanah Pembaca says:

    Salam’alaik..

    AlhamduliLLAH~
    Moga akh Hilal terus disiplin dengan masa dan jadual dan apa yang Allah hadiahkan buat akh.

    “Oleh kerana penulisan mampu memanjangkan seruan saya, sebab itu saya menulis.

    Hari ini, saya menulis kerana itu.”

    Betul,kita adalah muslim yang menulis. bukan penulis yang muslim.
    Muslim dulu baru menulis. :D

    Wassalam

  2. tulip says:

    “Harap ada maknanya”..stiap ap yg anta tulis mmg bermakna..mabruk ilaika..moga trus berdakwah..dan trus succes..

  3. Salam alaik,

    Saya tertarik dengan ayat saudara : ‘Saya bukan penulis tetapi penyeru. Penyeru….kembali kepada Allah’.

    Tidak syak itulah peranan kita. Kita menyeru manusia daripada kegersangan jiwa kepada keindahan agama Allah melalui penulisan.

    Penulis yang mukhlis, Allah kurniakan kepadanya pelbagai ganjaran yang tidak disangka-sangka kerana apa yang dipinta hanya redha Allah.

    Semoga terus thabat dalam perjuangan seni ini.

    Wslm

  4. salim wahab says:

    salam..abang hilal.ana juga ingin jadi penyeru.penyeru kpd diri ana,msyrkt dan ummah.
    ana juga ingin menulis untuk ummah…
    kalau ada sesuatu yg boleh bantu ana dalam bidang penulisan,bantulah.
    ana tak nak nta sorang saja yang kutip saham akhirat,ana pon nk kutip gak.

    ana nak tanya.nta pernah rasa jemu tak bila nk menulis??
    atau rasa macam nk berhenti sja dari menulis??

  5. Ariffah9 says:

    Syukran utk perkongsiannya..
    Sgt brmakna dan mmbantu.
    Ya, medan pnulisan juga mdan dakwah klu kna dgn caranya..

  6. wani says:

    semoga Allah redho dan mempeluaskan lg hidayahNya…amiin…

  7. sy pernah skali je buat cerpen dan pernah tersiar dlm majalah anis. tapi lupa thn bila. myb penghujung thn 2005/06. Kisah tu kisah benar jadi bila dah dipublishkan, timbul macam-macam spekulasi drp kawan-kawan..uhuk2.
    lepas tu terus malas nk menulis dh walaupun majalah anis ada mintak sy buat cerpen lg…
    hmmm bkn sng sebenarnya nak jadi penulis. kena tahan kritikan. sekarang ni pn menulis utk syok sendiri je…haha..sendiri tulis, sendiri baca :razz:

  8. Iman Aisyah says:

    Teruskan menulis!

  9. Assalamualaikum akhi,
    niat di hati memang teringin menulis buku,apakan daya belum berkesempatan. Sekadar menulis di blog orang :wink:

  10. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada Pembaca

    InsyaAllah. Terima kasih atas doanya.
    semoga Allah memakbulkan doa kamu.

    - kepada tulip

    Alhamdulillah. Daripada Allah jugalah datangnya hidayah petunjuk.

    - kepada Ibn Abd Rahim

    InsyaAllah. Jazakallah atas perkongsian kata dan nasihat.
    Semoga Allah izinkan kita untuk terus istiqomah atas medan ini.

    - kepada salim wahab

    Rasa jemu itu tidak pernah.
    Cuma letih itu pernah. Itu pun lepas banyak sangat menulis dalam sehari, atau terlalu banyak kerja lain yang menghimpit.

    - kepada Ariffah9

    Alhamdulillah. Semoga Allah redha.

    - kepada wani

    Amiiin ya robb…

    - kepada Fira Ya Hilwa

    Sebenarnya, kalau benar niat kita menulis, insyaAllah kita akan tabah.
    Semoga Allah redha dengan usaha yang kita lakukan, dan membersihkan pula niat kita.

    - kepada Iman Aisyah

    InsyaAllah, selagi penulisan mampu menjadi medan dakwah yang baik.

    - kepada muhammad fakhruddin

    Semoga sampai satu masa, kamu mampu melakukannya.
    Teruskan usaha wahai sahabat.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  11. q.a says:

    moga allah permudahkan jalan
    terus bekerj auntuk islam dan ummah

  12. nur-naajah says:

    salam..
    terima kasih atas post kali ni..
    semua soalan telah terjawab..
    gitu rupanya kisahnya.
    semoga lebih berjaya pada masa akan datang.

  13. hmm btul2..
    tp niat masa tu xdelah nak serius mcm Hilal. tu yang tak teruskan tu..hehe

    utk Hilal, keep it up! moga terus sukses dlm berdakwah melalui penulisan k.
    kitorang kat sini akan sntiasa sapot kamu dr jauh :grin:

  14. Hazri says:

    salam..

    Hilal, ana rasa enta patut tulis buku mengenai teknik penulisan kreatif yang berkesan. Sebab enta memang berbakat dalam medan ini. kemudian enta pun pernah adakan seminar penulisan. Apa salahnya enta tulis pula. Boleh ana beli. Minat ni..^^

  15. zahra says:

    salam…

    anda bertuah..diberikan bakat menulis dan mampu untuk menulis.. ada orang minat menulis, tp belum mampu untuk menulis, kadang-kadang tak yakin dengan penulisan mereka..pendek kata..menulis kene ada matlamatnya, agar kita tak terpesong dari matlamat utama kita menulis.. semoga kurniaan ini menemui matlamatnya..InsyaAllah..

    wassalam.

Leave a Reply