Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Surat berantai. Saya hairan dengan sikap kalian.

Mimpi. Bukan dalil kita. ~ picture by ambientdream of deviant art

Mimpi. Bukan dalil kita. ~ picture by ambientdream of deviant art

Surat berantai. Isu lama. E-mail Yang diforward berkali-kali dari e-mail ke e-mail. Beberapa mesej nampaknya sangat bagus untuk disebarkan. Tetapi, saya telah melihat satu kerosakan yang berlaku dalam penciptaan surat berantai.

Dimasukkan unsur-unsur syirik, yang terkeluar dari syara’, dan disertakan ugutan-ugutan atau ramalan masa hadapan yang melampau serta tidak berasas.

Saya bangkitkan hal ini, kerana beberapa orang bertanya kepada saya, apakah mesej yang mereka terima itu patut disebarkan?

Dikatakan penjaga makam Rasulullah bermimpi bertemu baginda SAW, dan baginda berpesan itu dan ini, kemudian ada ugutan pula di akhir e-mail, siapa tidak menyebarkannya akan celaka, siapa yang menyebarkannya akan mendapat sesuatu yang berharga.

Oh pemula/penyebar/yang mempercayai surat berantai, saya hairan dengan sikap kalian.

Perlu ada asas

Saya tidak menyalahkan surat berantai. Saya menyalahkan surat berantai yang isinya merapu dan terkeluar dari kebenaran. Malah pada satu tahap menganggu aqidah.

“Ala, kan baik tu? Nak sebar kebenaran dan peringatan” Ini alasan yang orang suka pakai, apabila saya tegur secara personal berkenaan surat berantai yang dia hantar.

Perkara kebaikan, perlu ada asas yang sohih. Bukan boleh pakai taram sahaja. Tambah pula jika kita kaitkan dengan nasib seseorang, celaka atau berjayanya dia. Apakah surat itu punya kuasa tertentu untuk menjadiikan seseorang celaka atau cemerlang? Saya tidak pernah jumpa sesuatu yang berkuasa daripada Allah SWT. Hatta Rasulullah SAW pun tidak boleh memberikan kecelakaan pada seseorang. Apatah lagi makhluk lain, dan juga sekadar satu e-mail.

Apa asas surat itu?

Adakah sekadar bergantung “mimpi bertemu Rasulullah”? atau bergantung kepada khabarnya yang dikatakan disampaikan oleh “Syeikh Ahmad Penjaga Makam Rasulullah”?

Saya akan terangkan berkenaan mimpi bertemu Rasulullah dalam sub topik yang seterusnya. Tetapi di dalam sub topik ini, saya ingin bertanya, siapakah Sheikh Ahmad? Ada sesiapa boleh tunjukkan pada saya orangnya.

Dan hairannya, dia membawa berita yang sangat besar, sehingga yang tak sebar akan mengalami kehilangan benda berharga/kecelakaan, yang menyebar akan mendapat kejayaan, keuntungan, tetapi dia ini tidak pula pernah disebut oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ke, Syeikh Wahbah Zuhaili ke, Sheikhul Akbar Al-Azhar ke. Guru saya yang sangat sangat hebat dalam pelajaran Aqidah, Dr ‘Ala Hilat atau Ulama’ Jordan Dr Mahmud Malkawi pun tak pernah sebut dia ini.

Siapa Syeikh Ahmad yang dikatakan bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan memberitahu berita ini?

Silap haribulan, Syeikh Ahmad itu pun hanya rekaan oleh mereka yang memulakan rantaian e-mail.

Bertemu Rasulullah dalam mimpi

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku”. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .

Di dalam riwwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar” { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.

Ini adalah dalil yang manusia suka gunakan untuk membenarkan kata-katanya bahawa dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Kemudian dengan dalil ini, dia berkata bahawa apa sahaja yang dia sebut, dengan dinisbatkan kepada Rasulullah SAW adalah benar.

Saya tidak pernah meragui kebenaran hadith itu. Tetapi saya meragui orang yang menceritakan bahawa dia bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Hal ini kerana, sekiranya apa yang diperkatakan tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah, maka dia dan mimpinya itu layak saya ragui dan tidak percayai.

Hal ini kerana, kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Mauqiful Islam Minal Ilham wal Kasyaf wa Ra’yu waminat-Tama’im wal Kahanah war-Ruqaa’:

“Seseorang yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam tidurnya, lalu Nabi menyuruh atau melarangnya dari melakukan sesuatu, atau menzahirkan kecintaan kepada sesuatu atau kepada peribadi atau kepada kumpulan tertentu atau menunjukkan kemurkaan dan kebenciannya kepada seseorang atau jemaah atau sesuatu pendirian atau amalan, semuanya ini tidak boleh diambil kira dan tidak mensabitkan sebarang hukum syarak baik hukum wajib, sunat haram, makruh dan juga harus atau memberikan ketuanan, pembebasan mahupun permusuhan. Semuanya perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada syari’at yang sabit lagi maksum. Jika bertepatan ia boleh diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap syari’at. Mimpi hanya untuk menggembirakan atau menjinak-jinakkan hati sahaja.”

Tambah Dr Yusuf Qaradhawi lagi : “Perkara yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”

Allah SWT telah berfirman:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” Surah Al-Maidah ayat 3.

Islam sudah lengkap dan sempurna. Maka adalah mustahil Rasulullah SAW akan mendatangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam itu sendiri. Apatah lagi kalau sekadar jumpa ‘orang tua berjanggut putih dan berpakaian jubah serba putih berpesan itu ini itu ini” Lagilah tertolak.

Menurut Abu Dzar al-Ghifari r.a: “Rasulullah s.a.w meninggalkan kami dan tidak ada seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya.”

Dia berkata: Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak tertinggal sesuatupun yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada syurga dan menjauhkannya dari neraka melainkan aku telah jelaskan kepada kamu semua.” [Hadis sahih riwayat al-Tabrani]

Jadi, boleh ke kita ambil mimpi bertemu Rasulullah sebagai petanda itu dan ini, sebagai pengkhabaran masa hadapan itu dan ini, sebagai tanda keuntungan atau kecelakaan itu dan ini, sebagai tanda kesohihan dan kebatilan itu dan ini?

Tidak boleh. Benar atau salah, buruk atau baik, untung atau celaka, semuanya kita ukur dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Mudah ceritanya, kalau anda claim, anda bertemu Rasulullah dan Rasulullah suruh anda buat sesuatu yang tidak ada dalilnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka yang anda mimpikan itu bukan Rasulullah SAW.

Jadi, boleh terima ke e-mail berantai Syeikh Ahmad itu?

Celaka, berjaya, untung, rugi, semuanya ketentuan Allah.

Kenapa saya katakan surat sedemikian mempunyai kesyirikan di dalamnya? Hal ini kerana, surat itu berkata bahawa, jika tidak sebar maka akan mendapat kecelakaan. Jika sebar mendapat keuntungan.

Diceritakan di dalam surat itu berkenaan beberapa orang yang tidak menghantar dan mereka mendapat kecelakaan. Ada pula diceritakan yang menghantar/sebar dan mendapat keuntungan.

Di sinilah syiriknya. Surat memberikan kebaikan? Surat memberikan kecelakaan?

Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang memberikan itu dan ini. Maka kenapa perlu diugut kalau tidak disampaikan sesuatu perkara maka akan celaka, kalau sampaikan mendapat untung?

Hatta kecelakaan yang menimpa orang yang tidak menghantar surat ini, pada saya bukan kerana surat itu. Itu hanyalah kehendak Allah SWT yang ingin dia mendapat kecelakaan sebagai ujian dalam kehidupannya. Yang mendapat untung juga demikian.

Saya suka nak bertanya, apakah yang mendapat kecelakaan itu, tiada langsung kebaikan di dalam hidupnya? Apakah yang mendapat keuntungan itu, tiada langsung kecelakaan did alam kehidupannya?

Jawab.

Saya tak nampak kenapa satu surat boleh memberikan untung celaka.

Jika demikian, Allah sudah lama mengazab manusia-manusia yang tidak menyebarkan Al-Quran yang memang 100% sohih. Kenapa Allah nak mengazab orang yang tak menyebar surat, sedangkan Dia tidak pernah mengazab direct orang yang tak sebarkan Al-Quran? Kalau yang tidak menerima kebenaran, tidak melaksanakan tanggungjawab, pun Allah bagi masa hingga mati, dan pembalasannya adalah pada hari akhirat nanti.

So…

Amacam Surat Syeikh Ahmad dan sekutu-sekutu surat berantai yang agak-agak sejenis dengannya?

Ada back up ke?

Penutup: Orang mudah tertipu. Bangunlah, belajar.

Saya hairan. Hairan dan sangat hairan. Surat pendek, dalilnya pun tidak berasas, sekadar berpaut pada ‘mimpi bertemu Rasulullah’, diberitahu oleh ‘syeikh’ ‘penjaga makam Rasulullah’, ditutup dengan ugutan ‘sebar untung, tak sebar celaka’, kemudian berbondong-bondong orang sebar.

Yang artikel-artikel dari blog-blog yang bagus macam SaifulIslam.com, Zaharuddin.net, dan yang sepertinya tidak ada pula yang semangat nak jadikan forward mesej. Ayat-ayat Al-Quran yang terang-terang sohih, di dalamnya ada ugutan, ancaman, keuntungan, keberjayaan daripada Allah secara direct, tiada pula yang nak buat mesej berantai.

Saya hairan dan sangat hairan. Inilah dia mentaliti sebahagian kita.

Suruh belajar direct dengan sumber dalil tak mahu. Bila mimpi benda pelik sikit, mula bising sana sini nak kata itu petanda untuk itu dan ini. Bila nampak tulisan Allah atas langit, mula cakap itu petanda untuk sekian-sekian perkara.

Sedangkan, mimpi tidak boleh dijadikan dalil. Apa-apa perkara ‘menakjubkan’ bukan boleh kita jadikan petanda itu dan ini, melainkan kita pulangkan kepada kebesaran Allah SWT dalam menciptakan awan/pokok kaktus/dll berbentuk nama-Nya. Lainlah perkara ‘menakjubkan’ itu ada nasnya, ada penerangannya, untuk dikaitkan dengan dekatnya hari kiamat dan sebagainya.

Pesan saya, belajar lah. Kalau kamu bukan pelajar agama pun, rajin-rajin lah sikit buka Al-Ahkam.net ke, atau tanya mereka yang memang pakar dan dipcercayai dalam dunia Islam.

Jangan mudah percaya dengan perkara yang tiada asas.

Dan nasihat ringkas saya pada yang memulakan/terfikir nak mulakan/sebarkan/terfikir nak sebarkan surat-surat berantai merepek ni, harap boleh hentikan. Kalau dah terhantar, dah termula, sila cepat-cepat minta maaf pada orang yang anda hantarkan itu.

Print This Post Print This Post

22 Comments

  1. BroHamzah says:

    Salam, pencerahan yang sangat baik. Isu ini sudah lama dan alhamdulillah anta telah bangkitkan kembali dengan dalil yang jelas serta huraian yang mudah difahami.

    [Reply]

    farah Reply:

    alhamdulillah….slame ni mmg sy hnya bce msg2 cni….

    [Reply]

  2. darin.ulfah says:

    kalau dpt email cam nie..selalunya delete terus..baca pun tidak..

    [Reply]

  3. lutfihafifi says:

    kupasan yang cukup menarik. Mentaliti kita harus diubah.
    Tidak yang akan menerima bala seperti mati/dapat celaka dan lain-lain perkara yang buruk melainkan ianya hanya ketentuan Allah semata-semata.

    [Reply]

  4. nur-naajah says:

    salam..

    ya… terima kasih atas postnya..

    [Reply]

  5. eemaan says:

    Alhamdulillah,betul kata brohamzah.dh terlalu lama dipersoalkan.

    Penjelasan lengkap dgn dalil,alhamdulillah,syukran.

    Ada satu mesej yg ana bbrpa kali juga dapat,msgnya lebih kurg(x ingat msg penuh)

    “Jangan sebut mosque,sebab mosque=mosquito.Sebutlah masjid.Jangan tulis Mecca,tp Makkah….”

    Lebih kurang begitu mesejnya.Lebih pnjg sebenarnya,tapi ana tak ingat.Mesej ni juga dikaitkan dengan organisasi Islam.Hanya disebut ada organisasi Islam menyatakan begini,tidak disebut organisasi apa.

    Pendapat ana,itu hanya perbezaan bahasa.Jadi ana x sebarkan.Tapi ana pernah timbulkan tentg perkara ni pd sahabat ana,dan katanya ada kebenarannya jugak,sebabnya juga ana tak ingat.Tapi katanya jgn sebarkan kalau xpasti.

    Mungkin saudara boleh jelaskan tentg perkara ni?Syukran.

    [Reply]

  6. Fatimah says:

    tringat ada 1 mesej, modus operandi lebeh kurang same la.. tp yg ni berkaitan ngan result pekse, kalo tak forward kpd 10 org ke 20 org, kegagalan menunggu.. ish ish ish…

    [Reply]

  7. salam. mmg, sy pn plik. konon surat berantai dr mekah la, dr keturunan sedara rasulullah la. mcm2. bnd2 mcm gni sy ignore je. bkn menolak org utk berdakwah, tp ianya slh. smoga dgn artikel ni membuka lg mata mereka2 yg slalu duk forward msg2 ni.

    [Reply]

  8. ariffah9 says:

    salam,
    ana pun prnh dpt yg surat psal Syeikh Ahmad penjaga ka’abah ..
    Ana buat tak tau ja. Pelik juga. Sjak bila surat blh mmberi kecelakaan.
    Anyway, artikel yg sgt brmanfaat..

    [Reply]

  9. alin alin says:

    salam…

    mmg sblm byk mesej berantai sy terima…
    mle2 sy ragu2 pastu sy msj us sy bertanyakan perihal ini…
    us sy ckp jgn percaya itu cuma msj beratai…
    mmg teruk…ade tu kalo x sebarkan dye tulis anda akn mndpt kecelakaan…
    Ya Allah
    niy sy de dpt msj beratai lg..
    mesej tu sbnrnya satu doa…(doa kami bersama utk kecemerlangan spm nnt)
    akhir msj tu de lah dye tulis suh forward ala2 mesej beratai…
    sy padam tulisan yg terakhir
    sy forwardkan yg doa tu jer

    kalo mmg betul2 nak berjaya tiap2 hari kene doa…betul x???
    bkn nk dpt result jer baru sebok2 nk berdoa….
    siap kasi msj beratai lg….

    [Reply]

  10. adisg2 says:

    salam. sudah acap kali saya mendapat surat berangkai seperti ini dan bukan saja di email malah melalui pesanan ringkas juga .
    sama ada pekara itu benar atau tidak ALLAHualam .saya sekadar membacanya dan tidak pula terlintas untuk forwardkannya .

    kenapa mereka melakukan pekara sebegini?

    adakalanya mereka memberi fakta2 yang benar dengan hujah2 yang boleh dipercayai pada pengakhiranya dengan ugutan seperti andai tidak 4wardkan anda akan mendapat itu ini .agama islam diajar secara hikmah dan bukan memaksa ..?that all sukran …

    [Reply]

  11. syumul says:

    yes, the same thing i’ve thought before

    kasihan pada mereka-mereka yang kurang faham ni

    terima kasih atas pencerahan, moga lebih ramai yg berfikir selepas ini

    [Reply]

  12. nur_cahaya says:

    salam trma kasih atas postnya.. sy pun prnah mgalaminya sblm ini..
    Ustaz sy pernh mnergkan srba sdikit.
    slps itu jka sy dpt surt spt itu, sy abaikan..
    kini sy lebh fhm…(”,)

    [Reply]

  13. amal says:

    salam . syukran.. dah lame mencari kupasan lanjut tntg isu ni . Alhamdulillah..

    msg berantai ni mmg makin menjadi2 esp tym result nak keluar ni..

    ramai yang masih tak tahu tntang bende ni, same2 lah kite sebar2 kan ye . insyaAllah…

    [Reply]

  14. fzl mhmd says:

    salam…
    myb ade yg masih pcaya pkara magic2,tahyul,fantasi tanpa pedoman AQ+AS
    sgt tepat ttg ‘knapa xsebar AQ’ em…baru nk buka mulut pasal AQ dah kene cop sesat…Ya Allah bantulah utk mberi ksedaran…TQ entrinya… :idea:

    [Reply]

  15. srikandi says:

    salam..sekadar perkongsian..
    surat berantai pertama saya terima ketika berada di sekolah, darjah 4, pada hari jumaat.

    pada waktu itu, tidak tahu apakah tindakan yang sewajarnya saya ambil..
    “Wajarkah saya melakukan apa yang di sarankan atau abaikan sahaja kandungan surat berantai tu..?”
    utk tidak terpengaruh dengan isi kandungan surat tersebut..saya lantas menelefon rumah ntuk mendapat pandagan dari abang saya..

    alhamdullilah saya hanya mengabaikan kandungan surat tersebut..
    tetapi..rakan-rakan saya yang lain seolah-olah tidak boleh duduk diam memikirkan kandungan surat tersebut..

    anak kecil yang telah mula memahami perkara di sekelilngnya memerlukan bimbingan daripada orang yang lebih dewasa agar tiak goyah iman dengan perkara seperti ini..

    wassalam..

    [Reply]

  16. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada BroHamzah

    Alhamdulillah. Isu lama, dan kalau tak dicerahkan betul-betul, akan ditimbul semula.

    - kepada darin.ulfah

    Delete terus pun tak kena juga. Sebab itu ada orang yang tertipu. Hal ini kerana, orang yang bijak tidak mahu ambil tahu.

    - kepada lutfihafifi

    Ya. Benar. Itu yang manusia suka lupa.

    - kepada nur-naajah

    Alhamdulillah.

    - kepada eemaan

    Tidak. Itu bukan masalah. Mosquito adalah mosquito. Tiada kena mengena dengan Mosque. Melainkan ada pakar bahasa yang membuktikannya, baru saya percaya.

    Macam tulisan 4JJI yang mereka claim For Judas bla bla or what so over, macam tulisan bye dikatakan fi hafzil baba, jangan kata askum kerana ia membawa maksud bla-bla..

    Semua itu tiada signifikannya, tiada dalil, dan malah terbukti tidak benar. Sebagai contoh, saya pernah bertanya kepada seorang syeikh pakar bahasa arab. Saya bertanya akan maksud Bye.

    Dia kata, sekadar bye. Ucapan selamat tinggal. Saya tanya, ada kena mengena dengan fi hafzil baba(di bawah penjagaan paderi)? Dia ketawa. “Mana ada. Kamu dapat dari mana?”

    Nampak?

    Malah pada saya, mesej2 sebegitu merosakkan imej Islam pada masyarakat.

    - kepada Fatimah

    Niat baik, tidak menghalalkan cara.

    - kepada
    راتو شهادة

    Ya. jangan sekadar ignore, tetapi perlu juga berusaha memberitahu kepada yang tidak tahu.

    - kepada ariffah9

    Boleh ajarkan kepada yang tidak tahu.

    - kepada alin alin

    Niat tidak pernah menghalalkan cara.

    - kepada adisg2

    Ini adalah permasalahan ilmu.

    Nak salahkan pun tak boleh.

    Sebab itu artikel saya muncul memberikan pencerahan.

    Dari sini, kita boleh mencegah sesuatu yang tidak elok dari berlaku.

    Dari sekadar menuding jari dan kata: “Apa nak jadi la dengan diorang tuh”, lebih baik kita berikan tunjuk ajar dan jalan keluar.

    - kepada syumul

    Kalau kasihan, kena la bergerak beri tunjuk ajar. Kasihan sahaja tidak merubah apa-apa.

    - kepada nur_cahaya

    Kalau dah faham, boleh usaha ajar orang lain.
    Simpan untuk diri sendiri sahaja pun tiada makna.

    - kepada amal

    Ya. Dari sebar mesej berantai, baik sebar artikel saya ini. hu3…

    - kepada fzl mhmd

    Sebar Al-Quran sesat? hu3…
    Ini kena dekati masyarakat dengan lebih rapat lagi ni.
    Kena faham apa masalah mereka sebenarnya.

    - kepada srikandi

    Maka, sekarang ini kalau kamu jumpa orang yang tunggang langgang akibat surat berantai, maka apa kata kamu rantaikan surat saya ini pada mereka?

    Lebih bermakna.

    hu3..

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  17. syajaah says:

    Salam
    Peringatan yg bagus, buat mereka yang suka fwd email/msg berantai sebegini. Sejahterakan aqidah kita, hadith 19, Jagalah Allah, Allah Menjagamu. Sila antum semak semula. Mungkin ramai yg terlupa..ketahuilah seandainya seluruh umat bersatu untuk memberikan keburukan/kecelakaan padamu, mereka tidak akan mampu kecuali dgn izin Allah. Dan ketahuilah sendainya seluruh umat bersatu utk memberi kebaikan kpdmu, mereka tidak akan mampu kecuali dgn IZIN ALLAH…seluruh umat, apatah lagi dgn rantaian email atau msg, semuanya atas keizinan Allah, Zat Yang Maha Berkuasa. Sekadar perkongsian.

    Wallahua’lam

    [Reply]

  18. out of darkness says:

    salam..
    sy ada nsihat kwan psal sms brantai nie,
    tp dia ckp yg dia xprcaya pon content sms tu, cma suka2 je nak frward..
    sy xthu apa yg dia fkir tp sya rsa kalu ada org yg prcaya dan msg yg dia frward tu, dia pon akn dpt ’saham’ jga coz seolah-olah try nak mrtadkan org lain plak. tp sya xtau mcm mna nk ckp dkt dia.. :sad:
    sya xmau kwn2 sy rosak akidah..huhu.. :!:

    [Reply]

  19. Batu Kopi says:

    Alhamdulillah… ada jgk org kupas pasal isu lama nie… kdg2 mmg bosan gak org anta msg brantai nih.. Neway, gud work!! :smile:

    [Reply]

  20. intan says:

    assalamualaikum…alhmdulillah… ana memg tercari2 pndpt, pndngn or artikel tntg surt berntai ni… ramai gak tanya ana, tp ana nk jwb pun, ase x ykin ngan ilmu di dada, lgpun ana xde sumber yg jls dn nyata…thanks anyway..

    btw, wanna to ask u… askum tu bukn mcm/menyerupai السم عليكم…. ke?
    lau xsilap ada hds tntg amln org kfir yg mengejek slm dlm klgn org islm ngn mengatakan السم عليكم. as 4 me… kalau nk ringks pun jgn lah smpai nk menyerupai mksud yg xbaik… ’slm’ lg rgks n x bercggh mksud n better i think…

    ….??wat ur comment?

    [Reply]

    ilman Reply:

    bagi ana, askum mmg xbaik, sbb ubah makna expression yg mulia dlm islam that is assalamualaikum.

    but, that’s that. kita galakkan org gunakan salam sbb itu lebih baik, bukan sebab askum tu maksudnya begini begini… mereka-reka fakta atas nama dakwah pun dikira bohong.

    [Reply]

Leave a Reply