Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Tahun demi tahun berlalu…

tahun baru, apakah kita telah persiapkan perancangan untuknya?

tahun baru, apakah kita telah persiapkan perancangan untuknya?

Ah, sudah masuk tahun hijrah 1431.

Ramai orang kecoh sambut awal muharram. Adakah anda salah satu daripadanya? Saya yakin kebanyakan blog dan website juga sedang penuh dengan artikel berkenaan tahun baru Islam ini. Mungkin rakan-rakan di iLuvIslam pun giat membuat wallpaper-wallpaper menarik berkenaan 1 Muharram, hijrah.

Sudah berapa kali anda menyambut Ma’al Hijrah?

Kalau saya, sudah 20 kali – termasuk masa bayi –

Tahun demi tahun berlalu, maka apakah yang telah kita lakukan?

Tahun-tahun Yang Telah Berlalu

Anda umur berapa?

Berapa tahun telah berlalu di belakang anda?

10? 20? Atau mungkin 50? 60?

Soalan mudah daripada saya untuk kita semua – Apa yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang telah berlalu? Apakah ia bermakna? Apakah ia boleh dikira sebagai kehidupan? Atau anda adalah jenis manusia yang tidak memandang masa-masa lalunya untuk diambil pengajaran?

Imam Al-Ghazali ada berkata bahawa: “Yang paling jauh adalah masa yang telah berlalu”

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-‘Asr yang sangat masyhur:

“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian”

Ketahuilah, tahun-tahun yang lepas itu langsung tidak akan kembali. Maka kenapa kita tidak memandagnya dan mengambil pengajaran agar kesilapan sama tidak berulang lagi?

Tahun Yang Sedang Kita Lalui

Anda sedang berada pada tahun apa?

Adakah kita membina perancangan untuk menjalani kehidupan kita pada tahun yang sedang dilalui? Adakah kita faham bahawa tahun yang anda lalui ini adalah satu kenyataan? Adakah kita nampak bahawa tahun yang sedang kita lalui ini adalah satu-satunya peluang yang realitis, yang wujud di hadapan kita kali ini?

Tahun-tahun yang telah berlalu tak akan kembali. Tahun-tahun yang mendatang belum pasti lagi. Tetapi tahun yang sedang kita berjalan, hidup di atasnya adalah realiti. Ini peluang daripada Ilahi, tanda kasih-sayang-Nya kepada kita, hamba-Nya yang berdosa. Masa untuk pengampunan, masa untuk taubat, masa peningkatan diri, masa pembersihan hati masih terbuka dengan luas.

Maka dengan sikap yang bagaimanakah kita melayan peluang yang realitis ini?

Dengan terus bermalas-malasan? Dengan merasakan masa masih banyakkah?

Atau menggapainya dengan penuh kesungguhan, mengisinya seakan-akan inilah kesudahan?

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Tepuk dada, tanyalah iman.

Tahun-tahun Yang Mendatang

Agak-agak, berapa tahun lagikah yang anda akan tempuhi dalam hidup?

Rata-rata jawapannya adalah tidak tahu.

Di sinilah kita perlu melihat betapa tahun-tahun yang mendatang belum berubah dari fantasi kepada realiti untuk kita. Tetapi, apakah salah merancang?

Tidak. Malah untuk saya, adalah baiknya seseorang itu merancang perjalanan kehidupannya sekitar 10 tahun ke hadapan. Dia hendak jadi apa, bila hendak berkahwin, nak belajar macam mana, pada sekian peringkat hidup apa akan dia lakukan, pada sekian peringkat hidup apa yang perlu dia capai.

Merancang masa hadapan bukanlah sama dengan apa yang dikatakan dengan berangan-angan. Merancang kehidupan adalah untuk kita lebih kemas dan sistematik dalam mencapai matlamat kehidupan. Jika hendak menjadi pelajar yang hebat perlukan perancangan, apatah lagi hendak menjadi hamba Allah SWT yang baik?

Maka, sekarang apa?

Sengaja saya timbulkan persoalan-persoalan. Tahu apa masalah manusia?

Masalah manusia adalah memandang ringan akan kehidupannya. Adakah kehidupan kita ini untuk bermain-main sahaja? Kita hakikatnya akan dikembalikan kepada Allah SWT.

“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja? Sedangkan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminuun ayat 115.

Adakah hakikat itu satu perkara kecil yang boleh kita pandang entengkan?

Pernahkah anda membayangkan, kita yang kecil ibarat kuman, kerdil tersangat kerdil ini berdiri di hadapan TUHAN Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Berkuasa, di akhirat nanti? Masa itu agaknya apakah yang akan kita suarakan, apabila Dia Yang Maha Suci itu bertanya:

“Masamu dahulu, apakah yang kau telah lakukan dengannya?”

Mengingatkan ini, jiwa saya terasa sempit.

Maka sekarang apa? Sekarang kita masih hidup. Dipanjangkan umur merentas tahun. Maka siapakah antara kita yang dosanya dia hitung? Maka siapakah antara kita yang amal kebaikannya digiat tambah?

Atau kita rasa kita dalam zon yang selamat, dan kehidupan kita adalah kehidupan yang gerenti melepaskan kita daripada neraka Allah SWT?

Penutup: Bukan sekadar pesta

Maka saya doakan anda, juga diri saya, agar kita merentasi tahun ini dengan rentasan penuh muhasabah. Rentasan penuh kesedaran.

Kita tidak mahu tahun baru ini lebih buruk dari tahun yang telah berlalu.

Tidakkah kita merasakan, jika kita melakukan demikian maka kita telah melakukan satu pengkhianatan?

Bergeraklah wahai jiwa-jiwa yang mengakui bahawa dirinya adalah hamba Allah.

Bergeraklah mencapai redha-Nya.

Apakah kamu menyangka, kita akan dimuliakan hanya dengan sikap bermain-main kita? Menyambut Awal Muharram dengan nasyid-nasyid, perarakan, beberapa program di televisyen, beberapa semarak artikel di akhbar, dan kita merasakan itu semua mencukupi sebagai satu manifestasi bahawa kita hendak melakukan yang terbaik?

Mustahil. Saya menggeleng kepala. Awal Muharram bukan pesta untuk kita. Kita perlu mendalami diri kita, kehidupan kita, memandang semula ke belakang, melihat pula masa hadapan, dan memerhatikan apa yang patut kita lakukan sekarang.

Seriuslah kita dalam menjadi hamba-Nya.

Semoga 1431H ini, satu tahun reformasi untuk kita sebagai hamba Allah SWT yang terbaik.

Print This Post Print This Post

24 Comments

  1. arnamee says:

    Salam saudara hilal.

    erm, betul2, kadangkala kita mengambil mudah dalam sesuatu yang berkaitan diri kita dan agama . Sempena maal hijrah ni, semoga kita benar-benar mendalaminya, bukan hanya ucapan, laungan , dan sambutan.

    Ikhlas, serius, cari redha Dia.

    p/s; Hilal, semua, mari terus menjadi hamba.:)

    [Reply]

  2. ice says:

    selamat tahun baru hijriah 1431…
    learn from yesterday, action for today, n plan for future

    tak ada yg sia2 kalo kita bisa belajar dr itu dan tidak jatuh ke lubang yang sama untuk kedua kalinya..

    [Reply]

  3. adar says:

    syukran ya hilal..
    sungguh-sunnguhla menjadi hamba..

    [Reply]

  4. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada arnamee

    Harap dapat hidup dengan graf kebaikan yang berkadar terus dengan kehidupan.

    Harap diizinkan Allah untuk terus menjadi kuat.

    - kepada ice

    Ya. Masalah manusia adalah, dia tidak mengambil pengajaran masa lalunya, dia tidak pula bertindak untuk apa yang sedang dia laluinya, tidak pula dia merancang masa hadapannya…

    Maka dia tidak akan ke mana-mana, melainkan mengalami kejatuhan sahaja…

    - kepada adar

    Alhamdulillah.

    Sama2 kita berusaha, menjadi hamba yang Allah SWT redha…

    ~seorang hamba….

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  5. hambamencari says:

    Salam.

    Betul kata nta, manusia perlu perancangan sekitar 10 thn. Dan ana kekurangan dlm bab itu.
    Moga kita semua dpt merancang sebaik mungkin..berusaha sehabis baik dan sebaik mungkin..bertawakal juga sebaik mungkin

    Wallahu’alam..

    [Reply]

  6. solehah says:

    “Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

    adakah olongan yang dikatakan adalah golongan manusia di akhirat nanti.saya pernah dengar yang di akhirat nanti manusia akan digolongkan dalam 13 golongan.

    terimakasih artikel di atas.=)

    [Reply]

  7. hamba Allah says:

    salam…
    betul apa yang dikata oleh anta…
    marilah kita sama-sama mencari dan menggapai cinta yang kekal abadi iaitu cinta Ilahi…insyaAllah..syukran saudara hilal.

    [Reply]

  8. 'adny says:

    yesterday is a history,,
    tomorrow is a mystery,,
    and today is gift,,
    that’s why it is called present,,
    *skrip kungfu panda yg agak melekat dlm ingatan..

    [Reply]

  9. jadikan aku serikandi says:

    assalamualaikum,

    terima kasih saudara hilal…

    entry saudara di atas membangkitkan semangat ana untuk lebih berusaha berubah ke arah y lebih baik…

    biarlah ana pasak kan permulaan impian dan perjalanan baru ana pada maal hijrah tahun ini… semoga allah mmberkati ana, saudara dan kita semua…

    syukran ya hilal

    ikhlas
    serikandi

    [Reply]

  10. anum says:

    Salam Maal Hijrah buat akh Hilal,

    Satu pengisian yang benar2 bermakna. Alhamdulillah,berasa beruntung dpt membacanya. Buat apa pun bersungguh-sungguh!

    [Reply]

  11. pyut says:

    urm.. slmt menyambut thn baru hijrah!! hope sume nye baek2 belake… urm.. sye nk tanye 1 ques.. hope bley di jwb..
    ques : sye ade 2 org kwn!! sye nm kn a n b… a n b ney slalo la jugak gado.. so, sye cam kat tgh2 la.. 1 day, c a ney buat sumthing bad kat b!! ade sorg kwn sye gtau sye, then sye g la tnye a!! tp, a kate sye kene janji yg sye x gtau org len kalo nk tau.. so sye janji lar.. slps tau ape yg a da wat kat b, sye teros gtau b… sye nk tanye, ape hkm nye mungkir janji tuk slmt kan org yg teraniaya??
    thanx

    [Reply]

  12. qusyairi says:

    salam akhi..

    menarik2..
    tertanya2 juga..
    kenapa banyak saja yang rai awal tahun dengan status2 d fb..

    juga mohon kemaafan..

    sebagai permulaan y baru di yang buku baru

    rai awal tahun itu tak salah kan?
    tapi dgn cara apa itu persoalannye..

    satu soalan untuk sedara..
    apa dorongan kuat untuk tunaikan apa yang kite cakap?
    selalu kite dengar..orang cakap itu ini dengan berapinye..
    tapi pada perbuatan..hampa..

    jadi..untuk sedare sendiri..
    apa daya tolak untuk terus memastikan yang sedare akan buat ape yang dicakapkan..

    erm..
    apa-apa pun..
    sy doakan yang terbaik buat anda..

    =)

    salam alaik…

    [Reply]

  13. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada hambamencari

    InsyaAllah, sama-sama lah kita bergerak mencari redha-Nya…

    Kebatilan yang bersistematik akan menewaskan kebenaran yang tidak sistematik.

    - kepada solehah

    Kamu dengar dari mana?
    Tetapi yang saya ceritakan ini tiada kena mengena dengan apa yang kamu nyatakan.

    - kepada hamba Allah

    Hendak mencapai cinta yang abadi itu, cinta Allah itu, tidak cukup dengan teori dan kata-kata sahaja.

    Perlu diterjemahkan kefahaman kepada amal.

    Barulah cinta itu akan tertuai…

    - kepada ‘adny

    Minat juga dengan kungfu panda

    - kepada jadikan aku serikandi

    Alhamdulillah. Kesedaran itu datangnya daripada Allah juga sebenarnya.
    Kitalah yang kena bertanggungjawab apabila diri kita disapa kebenaran. Adakah kita hendak berinteraksi dengannya atau sekadar melupakan sahaja?

    - kepada anum

    Alhamdulillah, semoga Allah redha…

    - kepada pyut

    Tidak mengapa, andai yang menyuruh kamu berjanji itu memang berniat jahat kepada yang kamu hendak pecahkan janji itu kepadanya.

    - kepada qusyairi

    Menyambut tahun baru tiada masalah. Betul kata anda, masalahnya bagaimana kita menyambutnya.

    Disambut dengan yang melalaikan, atau disambut dengan muhasabah yang menyedarkan?

    Itu persoalannya.

    Bagaimana saya membuatkan diri saya melaksanakan apa yang saya katakan? Mungkin dengan meningkatkan hubungan dengan Allah SWT, baru saya akan mampu mengingatkan diri saya sedemikian.

    Ya, manusia tidak mampu melihat saya 24 jam. Tapi, Allah melihat saya setiap masa tanpa alpa. Justeru, jika saya adalah orang yang beriman kepada hal ini, apakah pantas saya tidak melaksanakan apa yang saya katakan?

    Allah SWT berfirman:

    “Amat besar kemurkaan Allah, bagi mereka yang berkata apa yang mereka tidak lakukan”

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  14. miss~ says:

    sye tertarik dgn entry neh..huhuhu.
    ada soalan nk tye..
    kdg2 kita futur..nabi muhammad saw sdiri beruban memikirkan manusia susah utk beristiqamah..
    jadi mcm mana ye nak elak dr futur? :roll:

    [Reply]

  15. Iman Aisyah says:

    Salam..betul2..kita kdg2 mengambil mudah dan remeh hidup ini sehingga berlaku sesuatu berlaku barulah tersentap..

    teruskan berjiwa hamba..

    p/s:nak copy sebahagian post di atas utk letak di blog saya :mrgreen:

    [Reply]

  16. pyut says:

    assalamualaikum..
    thanx 4 the ans

    [Reply]

  17. wani says:

    salam ma’al hijrah..moga azam pada thn ni diterima n diberkati oleh Allah..smoga Allah redho…=)

    [Reply]

  18. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada miss~

    Saya ada dua soalan hendak bertanya kepada miss…

    1. Mana anda tahu Rasulullah sampai beruban memikirkan ummat? boleh berikan saya rujukannya?

    2. Siapa yang pernah beritahu anda, Rasulullah SAW sukar untuk istiqomah?

    Futur hanyalah ada satu sebab sahaja - tidak jelas niatt dan matlamat di titik permulaan perjuangan.

    Kita jika hendak istqomah, hendak tabah, perlulah memperjelaskan niat dan matlamat kita, dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.

    Sepanjang pengajian saya dalam bidang Sirah, Rasulullah SAW ubannya sangat sedikit ketika umurnya meningkat 60 sebelum kewafatan. Boleh baca buku Sirah Nabawiyah Raheeq Al-Makhtum karangan Mubarak Furi untuk rujukan hal ini.

    Berkenaan Rasulullah SAW susah untuk istiqomah, pada saya ini satu perkara yang sangat tidak tepat. Mana kita tahu Rasulullah SAW susah atau tidak untuk istiqomah? Memang ada pada zaman Makkah, Rasulullah SAW bersedih hati dan kecewa, tetapi itu tidak menganggu istiqomah baginda.

    - kepada Iman Aisyah

    Alhamdulillah. Dipersilakan…

    - kepada pyut

    Semoga Allah redha…

    - kepada wani

    Amiiin….

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  19. miss~ says:

    salam..

    sbenarnye,bukanlah sy ckp Rasullullah saw xberistiqamah..baginda istiqamah dlm prbuatannya.
    begini sbenanye.baginda risau memikirkan umatnya yg susah utk beristiqamah..

    Dalam usrah sbelum2 ni,sya bersama sister2 bertadabbur 2:112.
    menurut apa yg sy pelajari,dr ayat tue,baginda sgt risau memikirkan umat2nya kerana istiqamah tue bknlah bnda yg mudah utk dilakukan dan sbb memikirkan perkara ini,baginda beruban(beruban disini bukanlah mksudnya uban yg byk)

    afwan jika sye silap~

    [Reply]

  20. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’aalaikum,

    kepada miss..

    oho, itu maksud kamu.

    maka maafkan saya salah faham akan pertanyaan kamu.

    Jadi, berdasarkan kata2 kamu yang baru, saya ada pula soalan yang baru,

    1. Dari mana kamu tahu Raslullah SAW beruban kerana memikirkan masalah orang susah nak istiqomah?

    2. Macam mana kamu boleh relatekan ayat 2:112 dengan baginda memikirkan manusia sukar untuk istiqomah?

    Harap sudi berkongsi biar saya lebih jelas.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  21. miss~ says:

    afwan sgt2

    bukan 2:112 but 11:112..afwan~

    sye bukannya taw sgt ceritanya.betulkan sye if sye salah..

    Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Abu Juhaifah r.a. dikemukakan bahwa
    para sahabat berkata:
    “Wahai Rasulullah, kami melihat anda sungguh telah beruban!”
    Rasulullah saw. bersabda Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya (telah
    menyebabkan aku beruban)”.
    Dalam suatu riwayat lagi,

    Ibnu ‘Abbas r.a. mengemukakan:
    Abu Bakar r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!’
    Rasulullah saw. bersabda: “Surah Hud, surah al-Waqi’ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa’alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban”

    dan dr ayat yg sye bgtaw..surah Hud,ayat 112

    perkataan “tetapkan” dlm ayat tersebut,dalam bhs arabnya, “fastaqim” yang juga b’maksud, “Istiqamah”.

    Kenapa agaknya sbb word “tetaplah/ istiqamah” m’buatkan Rasulullah b’uban? Sbbnya, istiqamah tue satu bnda yang susah.

    kita nie sbg hamba Allah,cubalah utk tetapkan niat kita..mcm yg saudara bgtaw..insyaAllah.

    [Reply]

  22. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kpd miss,

    sekarang baru saya nampak apa kamu katakan.

    Tetapi izinkan saya berbicara.

    Selepas apa yang kamu terangkan, tetaplah kenyataan bahawa menyatakan Rasulullah beruban kerana memikirkan kesukaran manusia untuk beristiqomah adalah tidak tepat.

    Mari sama-sama kita perhatikan hadith2 berikut:

    “Aku tidak mendapatkan lebih dari empat belas lembar uban yang tumbuh di kepala dan jenggot Rasulullah saw.” RIwayat Bukhari dalam Bab Keutamaan.

    Seterusnya kita perhatikan hadith2 berikut pula:

    Dalam suatu riwayat, Ibnu ‘Abbas r.a. mengemukakan:

    Abu Bakar r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh anda telah beruban!’

    Rasulullah saw. bersabda: “Surah Hud, surah al-Waqi’ah, surah al-Mursalat, surah Amma yatasa’alun dan surah Idzasy-Syamsu Kuwwirat, menyebabkan aku beruban”. Hadith ini terdapat di dalam Sunan Tirmidzi

    (Diriwayatkan oleh Abu Kuraib Muhammad bin al-A’la,dari Mu’awiyah bin Hisyam, dari Syaiban, dari Abi Ishaq, dari Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.).

    Dalam suatu riwayat yang bersumber dari Abu Juhaifah r.a. dikemukakan bahwa para shahabat berkata:

    “Wahai Rasulullah, kami melihat anda sungguh telah beruban!”
    Rasulullah saw. bersabda Surah Hud dan beberapa surah sebangsanya (telah menyebabkan aku beruban)”.

    (Diriwayatkan oleh Sufyan bin Waki’, dari Muhammad bin Basyar, dari ‘Ali bin Shalih, dari Abi Ishaq, yang bersumber dari Abi Juhaifah ra)

    Baik, beerdasarkan hadith2 yang telah saya lampirkan, di sini kita lihat betapa Rasulullah SAW tidak beruban kerana memikirkan kesukaran manusia beristiqomah. Tetapi ubannya adalah kerana beratnya isi2 surah yang telah diturunkan tadi, yang mana membincangkan azab2 kaum terdahulu, hari kiamat dan sebagainya.

    Bukan semata2 satu ayat di dalam Surah Hud, membuatkan Rasulullah SAW beruban.

    Di ini kita perlu perhatikan ya, jangan kita pantas mentafsirkan sesuatu keadaan itu begitu sahaja. Ya, istiqomah memang penting. Tetapi janganlah kita katakan tanpa asbab yang kukuh, Rasulullah SAW beruban kerana memikirkan istiqomah manusia.

    Mungkin kamu boleh maklumkan hal ini kepada sister2 yang kamu katakan itu.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  23. miss~ says:

    alhamdulillah..

    jzkillah saudara~

    afwan sbb mnyusahkan saudara.
    :smile:

    [Reply]

  24. miss~ says:

    alhamdulillah..

    jazakillah saudara.

    dan afwan sbb mencuri masa saudara utk meng reply kn komen2 nie.

    [Reply]

Leave a Reply