Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Takutlah untuk tidur, menyesal lah ketika bangun

mari muhasabah sebelum dan selepas melelapkan mata...

mari muhasabah sebelum dan selepas melelapkan mata...

Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?

Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok la taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.

Menyesal lah ketika bangun

Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?

Kenapa perlu semua ini?

Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenyarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Penutup: Hidup ini, untuk persediaan ke sana

Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.

Print This Post Print This Post

11 Comments

  1. Ariffah says:

    salam…
    smoga Allah ampunkn sgala dosa2 hamba -Nya..

    [Reply]

  2. na says:

    ramai manusia yang hanya membuat persiapan utk menghadapi kelahiran berbanding kematian. kain lampin lebih popular berbanding kain kapan! muhasabah jom~

    [Reply]

  3. musafir hina says:

    salam
    takala ana membaca artikel anta
    ana teringat pada satu ayat QURAN
    sekadar perkongsian bersama:
    surah al-zumar ayat 42

    Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

    [Reply]

  4. inas inas says:

    teringat quote “dunia itu jambatan ke akhirat”..

    ..Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya

    MASA. mmg benar lah senang sungguh berada dalam kerugian!

    :sad: :neutral: :???:

    [Reply]

  5. afiqah says:

    Alhamdulillah..untuk itu kita sebelum tidur harus ingat kembali segala kekhilafan yang telah kita lakukan dan berazamlah supaya hari esok akan lebih baik dari hari semalam..
    dengan itu, sucikan diri dengan wuduk sebelum tidur dan maafkanlah segala kesalahan orang lain terhadap kita dan kesalahan kita pada org lain..insyaAllah..sblum tidi jgn lupa baca syahadah.. :smile:

    [Reply]

  6. solahusna says:

    Ya Allah..tunjukkanlah kami jln yg benar!!

    [Reply]

  7. SiapalahAku says:

    salam…
    jwpn pd soalan no 1.
    ya bmuhasabah, tp ada miss juga :sad:

    jwpn pd soalan no 2:
    pernah menyesal. sb azam untuk buat sesuatu utk hari tersebut tk tlaksana dbuat..bahkan pelik kemana masa tlh dibazirkn… :cry:

    terima ksh utk pkongsian.o Allah, Show me the way….

    [Reply]

  8. athirahwani says:

    salam.
    ermm,btul.
    lg2 lps exm..
    sy byk membazir masa.
    patotnya blh wat bnda yg lebih berfaedah.huhuh.

    [Reply]

  9. 'adny says:

    salam..
    sebiasanya akn rse tkut nk tido n menyesal mse bangun is slps pegi program motivasi..
    semangat nk amal tu membara..tetapi..
    makin hari makin pudar..betullah kan..
    ‘masa itu umpama pedang..kalau tak potong dia..dia potong awakk..’ :shock:

    [Reply]

  10. Hamba Allah says:

    slm.. semoga ada manfaatnya utk diri ini….
    masa yg Allah beri… hari2 yang berlalu pergi… tanpa terisi takutkan Allah dalam hati… sungguh banyak tak terbilang dek jari… oleh itu mari sama2 perbaiki diri… kerana mati itu pasti..

    [Reply]

  11. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada Ariffah

    Amiiin….

    - kepada na

    Semestinya. Kelahiran satu kegembiraan. Kematian satu kesedihan. kain lampin, perlu ditukar-tukar. Kain kafan, guna sekali sahaja.

    Ini fitrah. Yang pentingnya, kita beringat2.

    - kepada musafir hina

    Alhamdulillah. Semoga allah rahmati kamu…

    - Kepada inas

    ya. Maka apa yang kita lakukan apabila berhadapan dengan krugian ini?

    - kepada afiqah

    Dan bukan sekadar maafkan. kalau boleh pergi mencari maaf pada orang yang kita dah buat silap…

    - kepada solahusna

    Amiin…

    - kepada SiapalahAku

    Sama-sama, semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua…

    - kepada athirahwani

    maka apa yang telah kita lakukan dengan pembaziran masa kita? Terus membazirkan masa?

    - kepada ‘adny

    Dan artikel ini datang mengingatkan kita kembali…

    - kepada Hamba Allah

    Mari kita isi hidup kita dengan mencari keredhaan Allah SWT…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply