Ah… 14 Februari mendekat. Hari yang sering diagung-agungkan manusia sebagai hari cinta sedunia, hari kekasih, hari untuk saling cinta mencintai. Ramai orang memilih tarikh ini menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka. Tidak kiralah untuk kali pertama dating, untuk melamar, untuk bertunang, untuk berkahwin dan sebagainya.
Perayaan yang datangnya daripada orang agama lain, akhirnya diikuti oleh masyarakat sedunia. Tidak terkecuali rakyat Malaysia yang saya cinta.
Namun hakikat yang kita terlepas pandang adalah, apakah benar Valentine itu cinta? Hari kekasih?
Saya kira, Valentine ini mencemarkan erti cinta yang sebenar.
Kita pulang pada sejarah
Ramai orang, bila Valentine datang, mereka akan menceritakan kisah orang Islam teraniaya dan ditipu, maka hari itu diangkat menjadi Hari Valentine. Hakikatnya untuk menyambut kejatuhan orang Islam.
Em… Saya telah mengkaji sejarah dan saya tidak menjumpai maklumat yang sah berkenaan hal itu.
Tetapi yang saya jumpa, adalah tiga versi berikut yang dikatakan mendekati sohih:
1. Versi pertama adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.
2. Versi Kedua menceritakan bahawa Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah surat yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.”
3. Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan: “Dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu surat ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “dengan nama tuhan Ibu” dengan kalimat “dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.”
Apa Valentine?
Pokoknya, sama ada versi cerita orang Islam teraniaya, atau versi kisah Valentine dari katolik yang tiga itu, tetap penghujungnya adalah sama: Valentine bukan perayaan orang Islam.
Valentine itu sendiri muncul dari nama seorang paderi Kristian.
Di sini saya ingin bertanya: Di manakah hak muslim menyambutnya?
Kalau ada yang bertanya kepada saya, maka apakah boleh seorang Islam menyambut Valentine? Maka saya akan nyatakan bahawa hukumnya adalah tidak boleh. Kita boleh menghormati orang agama lain menyambutnya, tetapi kita sebagai orang Islam tidak menyambutnya.
Tambahan pula, bagaimana sambutan Valentine itu? Cuba terangkan?
Valentine hanya membuka pintu kepada kemungkaran, agar terkuak dengan lebih besar. Hubungan lelaki perempuan yang tidak terkawal dan akhirnya mengheret kepada kehancuran moral, nasab keturunan dan diri.
Valentine itu merendahkan cinta
Saya sentiasa menganggap bahawa cinta itu bersih, suci dan menyenangkan. Cinta itu menyembuhkan, memberikan kelapangan dan ketenangan.
Dengan cinta dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga, kita masih hidup diberi peluang untuk bertaubat, di samping di beri nikmat tidak terkira banyak. Dengan cinta dan kasih sayang Rasulullah, kita hari ini dapat mereguk nikmat iman dan Islam hasil perahan keringat dan darah baginda. Dengan cinta dan kasih sayang ibu bapa, hari ini kita dapat hidup dan membesar menjadi seorang manusia. Dengan cinta dan kasih sayang guru, hari ini kita dapat berdiri di mana kita berdiri.
Cinta antara dua kekasih yang bersih, tidak melaksanakan apa yang Allah larang, menjaga segala hukum hakam agama, berhubungan dengan baik dan cantik, memahami bahawa cinta mereka itu dibina untuk membina ummah yang baik, mereka menjaga cinta mereka sebegitu cantik adalah kerana faham akan tarbiyah anak itu bermula semenjak dari perjalanan mencari pasangan, maka itu adalah cinta yang agung dan bersih. Manusia yang tidak berada atas jalan cinta yang betul, tidak akan memahami keagungan cinta ini, dan kemahalannya.
Tetapi Valentine, merosakkan cinta. Menghapuskan kebersihan di dalamnya. Mengisi cinta dengan perkara-perkara tidak bermakna. Lantas cinta dipandang kotor, jijik dan menggelikan. Hari ini, kalau dikatakan cinta, orang akan melihat itu adalah sesuatu yang murah. Jika diletakkan di dalam novel, dikatakan pop. Jika ditulis, dikatakan benda murahan.
Kenapa? Kerana cinta itu telah dimurah-murahkan dalam kehidupan insan.
Hubungan bebas itu cinta? Sentuh-sentuhan sebelum halal itu cinta?
Apakah namanya cinta jika membawa ke neraka?
Saya tidak mengerti.
Hukum menyambut Valentine
Usul penyambutan Valentine adalah terang-terangan haram. Sebagaimana haramnya menyambut tahun baru, christmas, deepavali dan apa juga perayaan yang lain.
Kita orang Islam tidak sesekali menyambutnya. Cuma kita hanya menghormati sesiapa yang menyambutnya dengan penghormatan sebagai manusia dengan manusia. Tetapi menyambutnya? Kita tidak sesekali menyambutnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut” Hadith riwayat Tarmidzi.
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil yahudi dan nasrani itu menjadi pemimpin-pemimpin kamu. Sebahagiam mereka memimpin sebahagian yang lain. Barangsiapa antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk pada mereka yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 51.
Perayaan Valentine ini sah-sah bukan daripada Islam. Rasulullah SAW tidak merayakannya. Para sahabat juga tidak merayakannya. Para tabi’in dan tabi’ tabi’in juga tidak merayakanna. Ditambah lagi perayaan ini membuka pintu kepada maksiat seperti ikhtilat dan zina, maka sesungguhnya perayaan ini menjadi satu perayaan yang terkeluar dari sambutan orang Islam.
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32.
Islam mendidik kita bercinta dengan cinta yang bersih. Bercinta atas paksi keimanan. Bercinta dengan lunas-lunas dan peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi Valentine mengajar kita apa?
Tetapi saya menyambut 14 Februari.
Saya tidak menyambut Valentine. Saya kira, orang yang saya cinta juga akan marah kalau saya ajak dia sambut hari Valentine. Lebih besar, Allah murka. Dan itulah yang paling saya tidak mahu dalam kehidupan saya.
Tetapi saya tetap menyambut 14 Februari sebagai antara hari penting dalam setahun kehidupan saya.
Hal ini kerana, hari itu menjadi tarikh lahir kepada sahabat karib saya – Muhammad Sahel Nordin dan juga guru saya – Ustaz Khairul Azhar bin Bashiron.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki daripada Allah untuk mereka berdua.
Sesungguhnya, saya mencintai mereka berdua.
Penutup: Sampai bila kita hendak mengotorkan cinta?
Saya sentiasa percaya bahawa cinta itu tidak sekotor yang manusia selama ini anggap. Saya sentiasa percaya cinta itu bersih dan menyenangkan.
Sebab itu saya amat membenci perbuatan-perbuatan yang mengotorkan cinta. Saya amat membenci pada ruang-ruang yang merendahkan harga cinta.
Ketahuilah, saya tidak pernah mengiktiraf apa-apa sahaja bentuk ‘cinta’ yang terkeluar daripada batas-batas yang telah Allah SWT tetapkan. Tidakkah kamu berfikir akan zuriat kamu selepas ini?
Saya tidak faham. Kamu bercinta kerana apa sebenarnya? Main-main?
Sampai bila kita hendak mengotorkan cinta?
Sampai bila?





bg sy, tiada apa pd valentine. juga seperti hari2 biasa yg sy lalui.
xpyh nk angp hr ni nk sambut kasih syg. bg sy, setiap hr pun hari kasih syg sesama kita.
smoga artikel kali ni blh menyedarkn mereka2 yg taksub sgt nk sambut valentine’s ni~
[Reply]
cinta itu urusan Allah
cintakan Allah itu urusan kita…
cinta kan dia sampai ke mana
cintakan Allah hingga ke syurga~
[Reply]
salam,
ya, cinta itu suci. tapi yang megotorinya adalh makhluk yg brgelar insan..
[Reply]
salam akhi,,
artikel yang bagus…
silalah lawat blog saya dan kalau tak keberatan add ym saya..
teruskan menulis fisabilillah
~~terima kasih~~~
[Reply]
SALAM HILAL…
besar pengorbanan enta untuk mengingati hati sahabt2 enta…jazakallah,,,
[Reply]
salam..
“cinta itu cahaya sanubari kurniaan tuhan fitrah insani,
jangan pula kerana bercinta kita pn leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama,
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan”
sama-sama kita memperingati antara satu sama lain..
[Reply]
CINTA itu tinggi nilainya
Jika mudah sahaja dilafaz, sana cinta sini cinta
macam tak cinta saja lagaknya…
[Reply]
doa sentiasa dititipkan utk mu & dan rakan rakan
[Reply]
hurm…hai..kalu org yang dah kawin pun..xperlu kot sambut..
..barulah umah tangga sentiasa bahagia..hihi..
hari berkasih sayang ni..bukan 14 feb jew..sepatutnye hari2 adalah hari utk berkasih syg dgn isteri or suami
[Reply]
Cinta antara dua kekasih yang bersih, tidak melaksanakan apa yang Allah larang, menjaga segala hukum hakam agama, berhubungan dengan baik dan cantik, memahami bahawa cinta mereka itu dibina untuk membina ummah yang baik, mereka menjaga cinta mereka sebegitu cantik adalah kerana faham akan tarbiyah anak itu bermula semenjak dari perjalanan mencari pasangan, maka itu adalah cinta yang agung dan bersih. Manusia yang tidak berada atas jalan cinta yang betul, tidak akan memahami keagungan cinta ini, dan kemahalannya.
hilal,maaf saya bertanya,tapi macam mana kalau kehidupan lepas,adalah hitam,dan keesokan harinya bertemu dgn seorang yang seolah2 dapat memberi jalan kepada saya supaya lebih dekat kepada Allah,adakah cinta itu di anggap suci?
[Reply]
Jangan mencemar cinta..nice!
Salam ziarah dari Kaherah.
[Reply]
Satu yang saya dpt belajar dari artikel ini serta komen-komen sebelum saya ialah
matlamat tidak pernah menghalalkan cara walau Hari Valentine itu memang masyhur di dlm sejarah dunia secara amnya.
Semua dapat lihat kesannya jika yang haram itu dianggap biasa,cthnya kes-kes buang bayi di Malaysia secara khusus..dan pelbagai lagi masalah sosial yg timbul jika tak dibendung hubungan yg dianggap cinta itu..
Moga saudara penulis dapat terus berjuang menulis artikel-artikel dan karya-karya yang mampu menggalakkan pemuda pemudi ke arah yg betul dan tidak terjebak ke arah yang salah.
[Reply]
say no to valetine day…
untuk menghancurkan orang islam,,,
agenda kafir
marilah bersama2 berdoa agar umat islam seluruhnya di lindungi rahmat ALLAH S.W.T..
[Reply]
so,bcinta hanya stlh kawin….
[Reply]
Assalamu’alaikum,,,
Benar. Sungguh benar. Valentine sememangnya pencemar cinta.
Kita tidak perlukan satu hari yang khas untuk meraikan cinta kepada pasangan apatah lagi jika dilihat hari perayaan itu boleh meruntuhkan ummah. Tidakkah kita merasa bahawa cinta yang suci dan bersih perlu disemai sentiasa tidak kira waktu dan tempat?
Moga, perkongsian kali ini dapat membuka mata hati dan akal fikiran kita agar dapat memahami erti sebenar cinta yang suci dan bersih yang merupakan anugerah Allah dan cara sepatutnya kita menyemai cinta itu agar sentiasa berada dalam redha Allah.
Marilah kita berusaha untuk mencari dan memiliki cinta yang halal kurniaan Allah…
Teruskan perjuangan,,,
Salam ukhuwwah mahabbah fillah…
[Reply]
Askm,
Saya sentiasa bertanya, mengapa Allah menganugerahkan kepada manusia cinta dan siapakah yang paling layak mendefinasikan cinta?
Dan akhirnya saya menemui bahawa definasi cinta akan hanya kita faham jika kita tanyakan kepada siapa yang menganugerahkan cinta itu-iaitu Allah. Cinta tanpa Allah di dalamnya adalah penuh dengan nafsu dan sia-sia.
Nice artikel.
[Reply]
pernah bc artikel2 psl valentine…zmn skulah dulu2 slalu classmates tmpal dlm kelas…ade 4 versi yg penah sy ingat….same dgn yg hilal tulis…satu versi lagik psl 14 feb adalah hari burung mengawan mngikut kpercayaan org2 Inggeris. hari istimewa bg mereka mungkin….sy rasa bdk2 skarang tahu sngt psl x boleh smbut valentine…stiap tahun diingatkan, cuma buat2 lupa.buat2 tak peduli…btw, satu usaha hilal yg sangat murni memurnikan insan lain.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada
راتو شهادة
Semoga Allah berikan kesedaran pada diri kita semua.
Kita yang faham, ada tanggungjawab untuk memahamkan orang lain.
- kepada kodok hodoh
Alhamdulillah, terima kasih ats perkongsian kata-katanya yang menarik.
- kepada Ariffah9
Ya, kitalah pengotor cinta.
Maka tanggungjawab kita adalah untuk membersihkannya.
- kepada Tyrahanim
Terima kasih atas ajakannya. Harap boleh diberikan link.
Dan harap maaf, saya tidak add YM perempuan melainkan ada urusan penting.
- kepada ibnuLan
Alhamdulillah. Memperingatkan diri sendiri juga sebenarnya.
- kepada nur-naajah
Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsiannya,
- kepada Che Kiah
Dia bukan terletak pada mudah lafaz atau selalu lafaz atau tidak.
Rendah mahalnya cinta, terletak pada kefahaman manusia yang menyebutnya.
- kepada ay srih
Alhamdulillah. Semoga Allah redha.
- kepada firefly…
Ya, itu betul.
Saya pun tidak kata kena sambut untuk suami isteri.
Cuma saya agak kelakar dengan remaja yang belum berkahwin yang lebih-lebih dalam hal ini.
- kepada Nurul
Dia bukan masalah kamu jumpa siapa.
CInta yang suci dan agung, dikira dengan bagaimana kamu bercinta.
Harap difahami maksud saya ini.
Kalau kamu jumpa dengan orang yang solehnya hebat, agamanya bersih, tetapi dia dengan kamu berhubungan dengan perhubungan yang Allah larang, tetap cinta itu bukan agung.
- kepada Hazwan Salleh
Alhamdulillah. Terima kasih atas ziarahnya Hazwan.
Semoga Allah redha.
- kepada son
Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan kekuatan.
- kepada shifaqalbi_92
Bercinta kalau sebelum kahwin pun, kalau betul caranya, tiada masalah.
Dan kita tidak menyambut 14 Februari bukan kerana orang kafir bercinta sehari sahaja.
Kita tidak menyambutnya, kerana kita faham itu perayaan agama mereka. Bukan Islam yang anjurkan.
Harap difahami kata-kata ini sebaiknya.
- kepada mujahidah cinta Ilahi
Semoga Allah memberikan kefahaman yang benar kepada kita, dan menyelamatkan kita dari kerosakan tubuh badan dan jiwa.
- kepada shah
Alhamdulillah.
Semoga Allah rahmati kefahaman kamu.
- kepada maza ismail
Kita harap, usaha ini dikira oleh Allah SWT, dan Allah memberikan kesannya pada hati-hati yang membaca.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam…
click saja di nama saya maka anda akan dibawa terjun ke blog saya.
Saya hanya ingin bertanya tentang penulisan..
Hanya itu yang terlintas.. Terima kasih:)
[Reply]
memang ramai dh tahu y hari valentine x boleh smbt.. betul kate maza ismail.. msyrkt Islam skrg buat2 lupe..jd,ingat2 la wahai sahabat2 sekalian.. bynk lagi tarikh2 penting dlm Islam boleh kite smbt… Maulidur Rasul dh dekat.. ssmbut la jgn x sambut ye.
[Reply]