Melihat-lihat gambar semasa kecil, meningkat remaja, dan remaja membuatkan saya rasa rawan. Saya sentiasa berkata kepada diri saya sendiri, bahawa kalau diberi pilihan, saya akan pulang ke masa dahulu untuk mengubah diri.
Memang, manusia dalam meneruskan kehidupan, ada kalanya dia melakukan perkara-perkara bodoh.
Bila teringatkan perkara bodoh yang dia lakukan, dia akan terasa ingin kembali untuk pada waktu sebelum dia melakukan kebodohan.
Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.
Sekarang untuk dia hargai, dan membuat peningkatan diri.
Ramai tidak menghargai
Kita menjalani hidup sehari-hari tanpa gusar. Seakan-akan semalam itu boleh kita kutip kembali bila-bila masa. Seakan-akan juga esok itu 100% pastinya ada. Sepertinya kita amat yakin, hari ini kita mampu kita tamatkan dengan baik.
Ramai tidak menghargai kehidupan, lantas mengisinya dengan perkara yang sia-sia.
Saya tidak mengira sia-sia itu dengan apa yang manusia lihat sia-sia. Tetapi saya mengira sia-sia itu dengan apa yang Allah SWT katakan sebagai sia-sia.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.” Ayat 103-105 Surah Al-Kahfi.
Saya tidak peduli kalau kita lakukan sesuatu, dan manusia tidak menilainya, atau manusia tidak memberikan perhatian terhadapnya. Sebagai contoh – ikhlas, niat yang bersih, amalan qiam di malam hari, berapa helai bacaan Al-Quran kita, berapa zikir kita wiridkan, berapa rapatnya hubungan kita dengan Allah SWT.
Sebab saya hanya peduli, apa yang Allah kira pada kita. Apa yang Allah nilai.
Dan saya sentiasa yakin, apa-apa sahaja yang Allah katakan baik untuk kita lakukan, itu semestinya baik untuk hubungan kita dengan manusia sekeliling. Allah tidak pernah menyuruh kita melakukan sesuatu yang membawa mudarat pada diri dan juga orang ramai.
Cuba fikirkan.
Namun. Ramai yang tidak menghargai. Waktu-waktu diberikan, dihabiskan untuk memenuhi kehendak manusia semata-mata. Untuk memenuhi tuntutan mereka sahaja. Sebab itu, hendak dapat banyak A, atau mendapat pointer yang tinggi, atau mendapat laba yang besar, atau hendak menyenangkan hati manusia lain, manusia sanggup berbohong, menipu dan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Nanti Allah akan tanya
Adakah saya rasa rugi dengan masa belakang saya, rasa ingin kembali, hanya kerana kenangan-kenangan yang berharga? Hanya kerana rasa rindu dengan suasana-suasana yang ada pada waktu-waktu dahulu?
Itu bukan masalahnya. Yang membuatkan saya rasa rawan, terkilan, dan kadangkala terasa hati, adalah kerana apabila saya melihat waktu-waktu belakang saya, maka saya akan terfikir, bagaimana Allah SWT akan bertanya pada saya akan hari-hari yang telah saya lalui itu.
Dan saya sudah tidak boleh memperbaikinya.
Adakah sesiapa yang dapat kembali kepada semalam?
Jadi bagaimana? Bagaimana kalau Allah tanya?
“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”. Surah An-naba’ ayat 40.
Sebab itu, sekarang adalah amat berharga
Manusia tidak nampak, bahawa dia akan pulang kepada Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Bijaksana. Yang Maha Memerhatikan. Yang Maha Mengetahui.
Sebab itu, waktu sekarang, mereka salah gunakan dengan hidup untuk perkara lain. Kebanyakan perkara, atau kesemua perkara yang dilakukan, tidak dihubungkan dengan Allah SWT. Kerja, tidak dihubungkan dengan Allah. Studi, tidak dihubungkan dengan Allah. Canda, tidak dihubungkan dengan Allah. Makan minum, riadhah, kehidupan seharian, langsung tidak dihubungkan kepada Allah SWT. Sebab itu, perkara-perkara tidak syara’ menembus masuk dan menyerang kehidupan manusia dari segenap arah.
Sedangkan, sekarang adalah berharga. Sebelum ia bertukar menjadi masa lalu, semalam, minggu lepas, bulan lepas, setahun lepas, 10 tahun lepas.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.
Tidakkah manusia benar-benar faham, bahawa mereka hanya mempunyai sekarang?
Sekaranglah masa memohon ampun, sekaranglah masa memperbaiki diri, sekaranglah masa mengubati hati, sekaranglah masanya untuk menggerakkan diri ke arah Yang Kekal Abadi.
Kita hanya ada sekarang.
Tidakkah manusia memerhatikan?
Penutup: Nanti bila Allah berpaling…
Allah SWT adalah Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mencintai, Maha Pengampun. Tiada yang mampu menandingi kasih-sayang-Nya. Tiada siapa yang mampu menandingi cinta-Nya. Tiada yang mampu menyaingi keampunan-Nya.
Tetapi akan wujud satu hari, di mana Allah SWT tidak lagi membuka kasih sayang-Nya, melainkan kepada mereka yang telah mendapat kasih sayang-Nya. Akan tiba satu hari di mana Allah menutup ampunan-Nya melainkan untuk mereka yang telah diampunkan-Nya. Akan sampai satu hari di mana Allah menutup cinta-Nya melainkan untuk mereka yang telah dicintai-Nya.
Itulah dia Hari Akhirat.
Allah akan murka semurka-murkanya pada mereka yang telah diberi peluang tetapi mensia-siakannya. Allah akan marah semarah-marahnya, pada mereka yang telah diberi peringatan tetapi tidak mengendahkannya.
Hari itu Allah akan berpaling.
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Lalu berkatalah orang yang berdosa: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.” Surah Toha 124-126
Dan kita hanya punya kehancuran. Ketika itu kita tidak punya lagi ‘sekarang’ atau ‘hari esok’. Yang kita hanya ada adalah apa-apa yang telah kita lepaskan.
Tergantung di neraka. Di tengah-tengah kematian dan kehidupan.
“Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” Surah Al’A’laa ayat 11-13.





Maka benarlah hadith Nabi ..
«Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat, dan sesungguhnya bagi setiap individu apa yang dia telah niatkan.>>Sahih Al-Bukhari
[Reply]
bila ana baca intro post ini, begitu terkesan. Menyusup sampai ke ceruk hati.
kita semua nak kembali ke masa lampau, untuk ubah… dalam keadaan kita lupa yang kita ada hanya sekarang.
Ya, sekarang - nak berubah, nak mengubah - hanya sekarang.
Syukran atas perkongsian. teruskan menulis. Moga tulisan enta jadi saksi di hadapan Allah kelak.
[Reply]
Allah..
terbayang-bayang mati yang mendekat
Ketika ini saya teringat kata-kata saiyidina Umar yang terdapat dalam kitab risalatul mustarsyidin nukilan Imam Haris al-Muhasibi,
Saiyidina Umar dalam peringatannya pernah menyebutkan, “dikatakan telah mati si fulan dan si fulan,maka tidak dapat tidak akan datang satu hari yang dikatakan padanya,telah mati Umar!”
kita masih mampu senyum??
[Reply]
Apa yang Allah nilai terhadap kita,
itu yang paling penting..
[Reply]
itulah pentingnya taubat…kerana masa silam kita terkadang alpa dan leka. Apa yang perlu diteruskan adalah hidup untuk hari ini dan masa akan datang untuk menggapai redha Allah~wallahua’lam..
[Reply]
Masalah Utama : Tidak menghargai SEKARANG kerana merasakan akan ada lagi waktu untuk HARI ESOK
[Reply]
ya…ana sendiri pun selalu terkenangkan masa silam
dan berfikir bgaimana nk menjawab di hdpn Allah jika Dia bertanya segala soalan yg tidak mgkin lg terjawab.
moga taubat kita diterima.
[Reply]
Subhanallah.. Jzkk ats perkongsian yg amat berguna ini.. =)
“Namun, manusia tidak mempunyai semalam. Juga manusia belum tentu menghadiri esok. Dan manusia belum tentu meghabisi hari ini. Yang manusia ada hanyalah sekarang.”
Masalahnya, ramai yg xsedar akn hakikat ini..
Bla dberi peringatan atau mndpt kesedaran utk melakukan perubahan, mereka suka bertangguh.. Alasannya, blum bsedia, xnk hipokrit, blum dpt hidayah (??), blum ad kkuatan…..
Ssungguhnya, kkuatan itu perlu dbina, bknnya ditunggu..
The power to change ourself is in our hands~
Allah give the power to us..
“… Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…”
-Qs. 13:11
Wallahu’alam
p/s: peringatan uk diri sndiri yg slalu lupa dn leka akn hakikat ini..
[Reply]
smg Allah mengampuni dosa kt semua n membimbing kt dalam menjalani kehidupan harian…ameen
[Reply]
salam,
setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya;
1. walau apa sahaja yang berlaku, setiap saat dalam hidup ini, setiap apa yg saya lakukan, saya harap supaya dapat lakukannya kerana Allah
2. memohon kepada Allah supaya diri ini sentiasa bersyukur dan tidak dikurniakan nikmat atau ditimpakan musibah yang boleh menyebabkan saya kufur..
3.merayu kepada Allah supaya pasakkan dalam jiwa raga saya akan “rasa” keberadaan Allah dalam diri sampai bila-bila dan jangan cabut nikmat itu tak kira sekarang, masa akan datang, dan sampai bila2.
sekarang saya amat bersyukur kerana berada dalam kondisi dan masyarakat sekeliling yang hidup dalam ruh islami . tetapi pada masa yang sama saya amattttttt takut jika Allah cabut indahnya “perasaan ini” dari saya. rasanya saya sanggup mati daripada ditarik nikmat Islam dan iman ini. Ya Allah bantulah saya untuk sentisa ingat dan sayang kepadamu.. . semoga Allah bantu saya dan kita semua.. LOVE ALLAH, FOREVER
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada Cache
Indeed…
- kepada aeisyulillah
InsyaAllah.
Semoga Allah redha.
Kita perlu merasai bahawa peluang kita hanyalah sekarang.
- kepada naimul firdaus
Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”
- kepada karipap sardin
Semestinya…
Masalahnya, siapakah lagi manusia yang berpandangan sedemikian?
- kepada peacemaker
Ya. Taubat pula tidak boleh ditangguh.
Sebab hari ini mungkin belum tentu mampu dihabisi. Esok belum tentu mampu dihadiri.
- kepada Yuana
Maka, perlulah menghargai sekarang.
sesunggunya, kewujudan kita pada SEKARANG adalah salah satu dari rahmat kasih sayang Allah.
- kepada baru kenal
Maka, bersungguh-sungguhlah menghargai sekarang.
- kepada sLave_oF_Almighty
Ya. Terima kasih atas peringatannya.
Bermakna juga buat saya.
- kepada wany
Amiiin…
- kepada iman
Semoga kamu ikhlas berada di dalamnya, semoga kamu benar berada di dalamnya.
Semoga Allah kongsikan perasaan yang kamu ada itu ke dalam hati semua manusia.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Allahu akbar..
sshnyee nk menjage hati..
kdg2 ingat, tp ble leka je, terus terlupa…
ana da fhm, tp msh buat pkare yg lagha’
ana sgt perlukan Allah…
tkt sgt ble bc surah al-mukninum ayat 108
Allah berfirman tinggal lah dengan hina di dalamnya, dan jgnla engkau berbicara dgnku..
MasyaALLAH, nauzibillah…
moge dikuatkan hati dgn dugaan2 di dunia
[Reply]
mengenang saat ketika diri masih lagi tidak tahu apa-apa… rasa ingin menangis
kerana menyedari bertapa diriku begitu banyak khilaf di hadapanNYA yang Esa….
kini ana harus hargai kehidupan sekarang dan membina kehidupan yang lebih diredhaiNYa…
YA Allah, bimbnglah aku ke jalanMu….
[Reply]
Ana rasa banyak masa2 lalu ana dibuang begitu sahaja sepanjang 24 tahun di muka bumi ALLAH ini…. adakah ALLAH akan mengampunkan dosa ana yang terlalu banyak ini…. Ana membuatu kesilapan dalam kehidupan ini dengan kehidupan yang ana lalui ini, kemahuan diri,kemampuan diri… Ana banyak sangat rasa bersalah pada diri ini kerana tidak seorang hamba yang bersyukur di atas nikmat yang diberikan….
Ustaz…. bagaimanakah ana nak menguatkan diri godaan nafsu khususnya… ana ingin berubah tetapi godaan nafsu+ syaitan semakin menghimpip ana… Harap anta dapat memberi pandangan…Syukran
[Reply]