
Red pill, or blue pill....
Saya menonton cerita The Matrix. Pada awal cerita, watak bernama Morpheus telah berjaya menyelematkan watak utama bernama Neo. Sebelum membawa Neo ke dalam kumpulannya, Morpheus terlebih dahulu mengajukan dua pil kepada Neo. Satu berwarna merah, dan satu berwarna biru.
Morpheus berkata:
“Buat pilihan, pil biru, kau akan bangkit dan merasakan hari-hari ini berlalu seperti biasa, dan kau akan terus hidup dalam suasana palsu yang membuatkan kau menyangkanya satu keselesaan. Pil merah pula, kau akan mengikuti aku, dan aku akan tunjukkan kau dunia yang sebenarnya”
Pil Biru ke arah menafikan bahawa dunia di dalam filem itu memerlukan perubahan, manakala pil merah pula ke arah perjuangan untuk menyelamatkan dunia dari masalah besar di dalam cerita itu.
Perasan atau tidak, kita dalam kehidupan realiti juga begitu.
Satu persimpangan yang perlu kita lihat semula.
Apa pilihan kita?
Mari kita lihat sebentar dunia kita. Apa pandangan anda terhadap dunia hari ini? Apakah anda berpuas hati?
Bagi sesiapa yang sensitif, mereka akan perasan bahawa dunia ini semakin hari semakin tenat. Kita dapat melihat kadar jenayah, masalah sosial, semakin meningkat dengan mendadak. Baru-baru ini, saya menonton berita di televisyen arab, menyatakan bahawa kadar kelahiran anak luar nikah di seluruh dunia semakin meningkat.
Saban waktu, kita tidak merasakan keselamatan. Kita risau akan diri kita, dan ahli keluarga kita. Tiada siapa suka, keluarganya terjebak dengan masalah seperti jenayah, dan hubungan bebas.
Tidak cukup dengan itu, akidah Islam pula diserang dari pelbagai sudut. Konspirasi Yahudi dan Nasrani berjaya menimbulkan perasaan islamophobia di dalam kehidupan ummah. Akibatnya, Islam dipandang sebagai agama teroris, dan kebanyakan ummahnya sendiri tidak lagi yakin dengan Islam. Kita dapat melihat hakikat ini dengan semakin hari, semakin ramai manusia meninggalkan Islam. Murtad, kerana hilang kepercayaan kepada Allah SWT.
Dunia, semakin tenat.
Apakah kita melihat?
Di sinilah kita bertemu dengan persimpangan kita.
Bagaimana? Apa tindakan kita?
Kalaulah saya ini boleh menghulurkan dua pil seperti Morpheus, saya akan berkata kepada anda begini:
“Ambil pil biru, dan hiduplah macam biasa, tidak perlu hiraukan keadaan dunia. Kau akan rasa hari-harimu adalah hari bahagia, walaupun hakikatnya bukan. Sampai waktu, kau akan dibaham oleh musuh. Kalau ambil pil merah pula, kita akan bersama-sama memperbaiki dunia ini, hidup dalam perjuangan, sukar tetapi insyaAllah di hujungnya adalah kebaikan. Hidup mulia, atau mati dalam berusaha”
Ummah hari ini perlu memilih. Sama ada hendak terus kekal dalam dunia yang sebegini rupa, ataupun berusaha melakukan perubahan.
Perubahan yang saya maksudkan bukanlah revolusi. Perubahan yang saya maksudkan boleh bermmula dengan sekecil-kecil mempertingkatkan diri, dan mengajak manusia lain mempertingkatkan diri mereka. Perubahan tidak semestinya terus kepada perubahan dunia, dengan membina pasukan penentang, gerila dan sebagainya. Perubahan yang saya maksudkan, boleh bermula dari diri sendiri.
Kita sebenarnya, perlu membuat pilihan ini. Mula melakukan perubahan dari diri sendiri, seterusnya keluarga, menular pula kepada masyarakat dan seterusnya merebak kepada seleuruh alam, atau terus tidak menghiraukan keadaan dunia, tidak membuat perubahan, akhirnya menjadi hamba-hamba sistem yang merosakkan kehidupan insan.
Anda hendak memilih yang mana?
Sebenarnya, pembinaan kekuatan ummah, perubahan ke arah kebaikan, peningkatan ke arah yang lebih tinggi itu adalah amat dituntut. Allah SWT berfirman:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi, dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya”(Al-Anfal : 60)
Kita sebenarnya perlu melihat bahawa pembinaan kekuatan iman, syakhsiyah, ukhuwah, ilmu, perancangan dan organisasi itu adalah penting untuk merubah keadaan dunia. Di samping kita juga perlu membina kekuatan-kekuatan yang lain seperti berfikiran kritis, memahami keadaan semasa, berinovasi, kreatif, berkemampuan menyelesaikan masalah, kemahiran berkomunikasi, kualiti pengurusan diri dan pentadbiran organisasi.
Pembinaan kekuatan-kekuatan tersebut pula mesti dikawal oleh syara’ dan tidak terkeluar daripada adab-adabnya. Ini bermakna fikiran yang kritis tidak akan mengeluarkan seseorang daripada keta’atan kepada Allah SWT, inovasi tidak berarti melakukan pembaharuan di luar batas yang dibenarkan Allah SWT, kreatif tidak sewajarnya mengeluarkan seseorang membuat sesuatu yang tidak diredhai Allah SWT dan berkomunikasi dengan orang bukan Islam tidak berarti bercampur-baur dengan ma’siat yanng dilakukan mereka.
Dalam membina kekuatan, kita perlu sentiasa berhubung dengan Allah Subhanahuwata’ala. Firman-Nya:
“(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali Imran : 191)
Seandainya kita benar-benar bangkit, bersama-sama, melakukan perubahan, bermula dengan perubahan diri kita, dalam keadaan penuh bersungguh-sungguh, maka pastinya Allah Subhanahuwata’ala akan memberikan jalan keluar untuk membebaskan diri kita dari segala kesempitan, seterusnya membantu kita untuk mengubah dunia ini, ke arah yang diredhaiNya. Firman-Nya:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.” (Al-Hajj : 78)
Bagaimana?
Pil merah, atau pil biru?





pilihan:merah rasanya.
tapi
jika dicampurkan merah dan biru dalam pembacaan dalam web ini
http://www.enchantedlearning.com/crafts/Colormixing.shtml..dapat ungu:)
salam
emmmm…pasti dan dikunci ayat ini ….pil merahhhhh
hidup ini suatu yg realiti.. dan bukan seperti suatu bayangan palsu yg kita sendiri fantasikan ia..hidup perlukan pengorbanan dan usaha dalam perjuangan ,,biarpun kita berasa pahit menjalani hidup ini dgn likunya,sabarla akan ia,insyaAllah..pasti kebaikan akan menjelma…merah itu berani….
salam saudara hilal,
I am half sure you are able to relate to this, but I think most ‘commoners’ are unlike the character of neo in the Matrix, but most people are like the rest of the people ‘in the Matrix’ which neo would like to try to ‘unplug’.
I would like to share a little bit more about this but my baby is crying, so maybe next time =)
ummimusa
Hidup satu perjuangan….kita berjuang apa yang kita yakini. Pilihan adalah satu kemestian, kerana ia akan membawa kita ke arah mana yang kita inginkan. Syurga dan Neraka ada satu pilhan, tetapi 100% memilih ke Syurga. Tapi yang sedih jalan yang dilalui dan apa yang dilakukan tidak mencerminkan jalan ke Syurga….Semoga perjuangan kita meletakkan Islam ke tempat tertinggi terlaksana.ALLAHU AKBAR!
mula ana baca..agak penin…
tapi masya Allah..terima kasih sahabat..
ayat Al-Quran yang pertama tuh boleh jadi MOTO kumpulan yang ana rancang sem nih..
thanks..
semoga kita tak tersalah pilih.
alhamdulillah…
Artikel ni banyak menyedarkan ana…
Rase cam nak nangis pun ade..
Jzklh khair..
-Life is full with choices, but Allah always lead us to the right path-
Thank u Allah
Assalamu’alaikum,
kepada kembar,
pilihlah dengan keyakinan…
berkenaan campuran warna tu, rasanya Islam tidak membenarkan percampuran di dalamnya. Yang kita mahu hanyalah warna Islam yang asli, tanpa percampuran yang merubah keasliannya…
kepada kak sal,
ya, saya juga memilih pil merah…
kepada edar,
merah itu berani.. ya, hebat anda. Sama-sama kita harungi dunia ini dengan perjuangan!
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
Assalamu’alaikum,
kepada ummi musa,
ya. Kebanyakan orang hari ini adalah seperti orang-orang di dalam MATRIX yang cuba diunplug oleh Neo and the gang. Neo, bukan hanya bersama Morpheus, dia bersama beberapa orang yang faham, meyakini, bahawa perubahan perlu dilakukan.
Maka, orang yang faham bukannya tiada di dunia kita sekarang. Justeru, orang-orang yang faham inilah target saya dalam penulisan ini, untuk mereka bergerak meng’unplug’ manusia-manusia lain.
insyaAllah…
kepada Zayu Hisham,
Allahuakbar,
sama-sama kita perhatikan, wasilah yang kita ambil ini benar-benar wasilah daripada Rasulullah SAW…
kepada Ihsan,
semmoga bermakna,
kepada fobia,
semoga. Jadi kita perlu ada kefahaman, dan ilmu, untuk memilih yang benar.
kepada sahabat,
segala keberkesanan itu datang daripada Allah juga. Bersyukurlah kepadaNya.
Semoga Allah benar-benar redha kepada kita…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
wa’alaikumsalam
terasa.dan dengan yaQin memilih merah.
terimakasih,kerana menegur.
cuma sedikit pelik membaca akhbar seharian,terutama harini,tentang pernikahan campur antara syi’ah dan sunnah.mungkin revoluzi intelektual di kalangan mereka.
Allah lebih tahu:)
*revolusi
salam ..
ianya mengingatkan sya tntg keadaan ummah masa dajjal membawa bygn syugrga dan neraka di tangannya.. sbg tester siapa pgikutnya.. itu jika sya x salah baca tntg kewujudan dajjal kelak.. betul kan jika sya slh.. ummah mmg kna buat pilihan ..
salam,Hilal..
sya tertarik ngn komen ummimusa -I am half sure you are able to relate to this, but I think most ‘commoners’ are unlike the character of neo in the Matrix, but most people are like the rest of the people ‘in the Matrix’ which neo would like to try to ‘unplug’.
kalau Hilal x keberatan sya ada link utk dikongsi pasal pil merah n biru ni. http://www.youtube.com/watch?v=jWnACKZBc9M
siri the arrival ni mencungkil rahsia pertubuhan Freemason dlm menghancurkan Islam.Matrix ada klue tersebut.