Langit Ilahi Rotating Header Image

Projek: Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog

Poster...

Poster...

Beberapa waktu yang lepas, saya ada bercakap perihal projek yang nantinya akan merebak ke Malaysia. Maka, suka saya maklumkan di sini bahawa, saya akan mula melaksanakan projek itu bulan hadapan.

Projek asal masih rahsia. Tetapi projek besar ini akan bermula dengan Program Bengkel Penulisan Cerpen Islamik dan Pengurusan Blog yang akan berlangsung pada 5&6 Januari 2010 di Jordan.

Maka, di sini, saya hendak sedikit gambaran berkenaan perjalanan bengkel ini.

Slogan Bengkel

Slogan bengkel yang akan diadakan ini berbunyi:

“Membina Gelombang Penulis Islam”

Ya, nampak macam cita-citanya sangat besar. Mustahil dicapai dengan satu bengkel. Em… Ya, kalau satu bengkel. Tetapi saya tidak kata ini bengkel terakhir. Juga bengkel ini bukan satu-satunya wasilah yang dalam perancangan untuk merealitikan slogan tadi.

Saya sudah kata, projek asal masih rahsia.

Kalau apa saya buat ini terikat dengan peraturan permainan chess, maka bengkel yang akan dijalankan ini ibarat pawn sahaja.

Tetapi, pemain catur yang baik, akan menggunakan pawnnya sebaik mungkin untuk memutuskan kemenangan di akhir perlawanan. Saya fikir, bengkel ini juga begitu.

Perjalanan bengkel

Bengkel ini akan diadakan di Bayt Mus’ab bin Umair.

Saya simpulkan, perjalanan bengkel sederhana sahaja. Atau kata lain, biasa.

5 Januari 2010:

5.30 malam – Mukaddimah

6.30 malam – Teknik Penulisan

7.30 malam – Menjemput Ilham

8.15 malam – Penutup

6 Januari 2010:

5.30 malam – Membumikan Idea(praktikal penulisan)

7.00 malam – Pengurusan Blog

8.00 malam – Pendedahan terhadap Kumpulan Karyawan Islam Jordan dan Penutup

Ya, biasa. Tetapi pengisiannya insyaAllah luar biasa. Apa pengisiannya? Juga rahsia.

Selepas Bengkel

Selepas bengkel ini, saya akan menubuhkan sebuah kumpulan karyawan bernama Kumpulan Karyawan Islam Jordan atau nama pendeknya KKIJ untuk menyatukan semua penulis-penulis yang berminat dalam genre Islam di Jordan.

Seterusnya, akan dijalankan satu projek antologi cerpen. Yakni, semua ahli KKIJ akan membuat cerpen dan kemudian disatukan lalu dibukukan. Ini pusingan pertama KKIJ untuk tahun 2010.

Pusingan seterusnya?

Rahsia.

Kenapa ada pengurusan blog?

Mungkin ada yang nak tanya soalan ini. Saya jawab pendek:

“Mempunyai teknik pengurusan blog yang baik, adalah satu bonus kepada seorag penulis”

Ini berdasarkan pengalaman saya. Tak setuju, tak megapa.

Dan pasti ada yang lebih dari itu ingin saya kongsikan.

Apa dia?

Rahsia juga la.

Kenapa buat semua ini?

Mungkin ada yang tanya saya, kenapa saya buat bengkel ini, kenapa buat projek ini, kenapa?

Saya jawab dengan jawapan terpendek yang saya boleh.

“Saya nak membina masyarakat”

Dan insyaAllah usaha saya tidak tersekat setakat penulisan sahaja.

Penutup: Dulu ada orang ketawakan saya

Dulu, sebelum saya menulis novel, ada ramai orang ketawakan saya masa saya cerita bahawa saya akan buat satu novel. Mereka kata saya ini berangan panjang, tak nampak realiti, dan pelbagai lagi bla bla bla.

Hari ini, tahun 2009, saya sudah ada lima buah buku. Allah izin, saya bukan sahaja menjadi seorang penulis novel, tetapi juga penulis buku motivasi.

Saya kira, projek ini juga sama. Nampak besar.

Tetapi Salahuddin Al-Ayubi berjaya menawan Jerusalem.

Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinopel selepas ummat Islam 800 tahun mencuba.

Saya Hilal Asyraf, hanya ingin membuka hati-hati manusia, dan juga jiwa saya, agar lebih ramai lagi berusaha menjadi hamba yang diredhai Allah SWT.

Sebelum saya mati, saya akan keringkan usia saya untuk itu sahaja.

Boleh ketawa. Saya pun tidak tahu jadi atau tidak usaha ini.

Tetapi paling kurang, saya berusaha.

Allah juga yang memberikan natijahnya. Dan saya yakin, Allah SWT tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang berusaha.

Sekarang saya tanya.

Siapa hendak bersama saya?

Print This Post Print This Post

15 Comments

  1. farihah12 says:

    em..saya!!!!hehehe..

    [Reply]

  2. insyirah says:

    Alhamdulillah. Tidak banyak yang mempunyai visi seperti akhi, moga niat murni untuk MEMBINA MASYARAKAT akan diredhai Allah. Insya Allah, saya juga sedang menulis sebuah buku, untuk ummah. Insya Allah.

    Semoga thabat.

    [Reply]

  3. amin says:

    i’m with you..

    [Reply]

  4. Ariffah9 says:

    salam.. bengkel itu di jordan?? huhu, tringin nk pergi..
    alhamdulillah~ bkn snang nk jumpa bengkel utk novel islamiah..
    (ke ana yg xtau??)

    [Reply]

  5. theserikandi says:

    tak sabar nak menunggu bengkel di malaysia..=)

    [Reply]

  6. solah says:

    di Jordan, insyaAllah kalau di Malaysia saya berminat untuk menyertai

    [Reply]

  7. adisg2 says:

    As salam..

    saudara hillah silalah maklumkan kepada kami sekiranya bengkel ini sudah sampai ke Malaysia.

    [Reply]

  8. ainun safiah says:

    Bayaknya rahsia…semoga berjaya dengan “rahsia2″ enta!!Ana pon ada cita-cita nak berkecimpung dalam bidang penulisan jugak,semoga diizinkan Allah…

    [Reply]

  9. alin alin says:

    salam…
    moga diberkati dan berjaya apa yang dirancangkan..
    ermmm….

    p/s:tak ada ciri2 seorang penulis ataupun orang sastera
    insyaAllah saya akan terus menyokong!!!
    ganbate ne!!!

    [Reply]

  10. Assalamualaikum akhi,
    ada juga cita-cita nak mengarang cerpen,apakan daya yang terhasil biasanya puisi biasa-biasa.

    Insya Allah mencuba menulis cerita.BTW,excited tang slot pengurusan blog tu,he3x :cool:

    [Reply]

  11. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada farihah12

    Kamu serius?

    - kepada insyirah

    Semoga Allah redha penulisanya…

    - kepada amin

    i’m with you too…

    - kepada Ariffah9

    Mungkin ada je yang lain…

    - kepada theserikandi

    Doa-doakan…

    - kepada solah

    Maka doakan agar semuanya berjalan lancar.

    - kepada adisg2

    Itu semestinya.

    - kepada ainun safiah

    Amiiiin….

    - kepada alin

    Saya tidak rasa hendak menyebarkan Islam perlukan ciri-ciri seorang penulis atau seorang sastera.

    - kepada muhammad fakhruddin

    Puisi yang biasa, jika dihubungkan dengan Allah SWT, akan menjadi luar biasa juga…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  12. jadikan aku serikandi says:

    assalamu’alaikum..

    maaf seandainya saudara kurang suka apa y ana mahu katakan…. tetapi… seribu penghargaan bt saudara… malah ana rasakan seribu itu terlalu sedikit.. maka apa y boleh ana katakan… semoga Allah memanjangkan usaha dan langkah dakwah saudara… dan semoga setiap usaha saudara membuahkan kemanisan… bukan sahaja didunia.. bahkan di syurga… insyaAllah….

    ayuh… usah gentar… ana bersama saudara…

    P/s: segera2 kanlah projek itu ke Malaysia… ana semakin teruja untuk meyertainya… ana percaya bnyak y ana boleh belajar… insyaAllah…

    salam
    ikhls
    serikandi

    [Reply]

  13. srikandi dataran syam says:

    salam,ayuh kita mengorak langkah bersama2…akk pun bersama2 hilal..

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada jadikan aku serikandi

    Semoga Allah redha dengan kamu.
    Semoga Allah makbulkan segala doa kamu.

    - kepada srikandi dataran syam

    Ya. Terima kasih akak.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. dina says:

    teruskan usaha kamu hilal..kami menyokong penuh..
    mg sentiasa berjaya..insyaallah..=)

    barokallah

    [Reply]

Leave a Reply