Langit Ilahi Rotating Header Image

Projek Soifi - Sinergi

akan terus melakar langit sejarah diri...

akan terus melakar langit sejarah diri...

Semester Soifi sudah bermula. Soifi adalah perkataan bahasa arab yanng membawa maksud musim panas. Selepas 3 minggu bercuti, termasuk di dalam 3 minggu itu adalah umrah saya, maka bermulalah sem musim panas ini.

Untuk semester ini, saya mempunyai satu projek mega.

Projek itu bernama Sinergi.


Semester Soifi akan berjalan sekitar sebulan setengah. Bermula pada penghujung bulan 6 dan berakhir sekitar awal bulan 8. Malah, pelajaran semasa semester soifi adalah sedikit berbanding pelajaran semasa semester 1 atau 2, memandangkan semester soifi adalah sem pendek.

Jika semester 1 dan 2, pelajar mempunyai kebebasan hendak memilih berapa banyak subjek yang ingin diambil, dari 3-6 subjek, semester soifi pula hanya memberikan pilihan kepada pelajar untuk mengambil 1-3 subjek.

Saya sudah menyusun waktu pembelajaran saya dan saya rasa, ia adalah yang sesuai dengan saya. Saya mengambil tiga mata pelajaran dan kelas saya bermmula pada pukul 8.00 pagi kemudian berakhir pada jam 11.30 pagi. 3 jam belajar, dan setengah jam rehat.

Mata pelajaran yang saya ambil pada semester soifi ini adalah:

1. Qawa’id Lughawi

2. Riadhah Fi Hayatina

3. Lughatul ‘Arabiah 1 khuttah jadidah

Kalau semasa semester 1 dan semester 2, jadual dibahagikan kepada dua jenis. Jadual jenis Ahad, Selasa, Khamis dan jadual jenis Isnin, Rabu. Tetapi semasa semster soifi, jadual setiap hari adalah sama.

Saya juga telah menyusun jadual hidup saya dan ternyata semasa semester soifi ini, saya ada banyak masa lapang. Saya telah isi masa lapang itu dengan studi dan penulisan.

Seperti yang saya nyatakan, saya ada projek mega semasa melalui semester soifi ini.

Projek mega saya itu adalah sebuah novel bertajuk Sinergi.

Sinergi adalah kisah berkenaan dua orang pelajar University of Yarmouk Jordan, yang merupakan sahabat yang amat akrab. Kisah berkenaan ukhuwwah islamiyah, digabung dengan kisah menghadapi cinta. Menyentuh perasaan bagaimana rasanya jika perempuan yang kita cinta, dicintai sahabat kita yang paling kita sayang. Sinergi akan saya tulis sehingga mampu menjadi buku panduan untuk sesiapa yang ingin datang ke Jordan. Di dalam Sinergi akan saya selitkan maklumat berkenaan Negara Jordan dan Universiti Yarmouk, kehidupan pelajar melayu di dalamnya dan suasana pembelajaran di sana.

Saya akan menulis Sinergi secara perlahan-lahan, teratur dan kemas. Tidak seperti Terasing yang agak rushing. Saya akan kurangkan lagi kadar kesalahan tulisan perkataan dan keserabutan jalan cerita. Saya harap, Sinergi akan menjadi lebih baik daripada VT.

InsyaALLAH, Sinergi akan diterbitkan oleh Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya sudah menghantar sinopsis penuhnya kepada Syarikat GISB sebaik sahaja habis peperiksaan akhir semester dua tempoh hari.

Sinergi menjadi harapan saya untuk menghidupkan rasa ukhuwwah dalam jiwa manusia, ukhuwwah yang sebenar yang berdiri di atas dasar keimanan kepada ALLAH SWT. Bukan ukhuwwah kerana harta, bukan ukhuwwah kerana dunia. Saya hendak tunjukkan, satu hubungan manusia yang nyata berbeza. Berbeza kerana meletakkan ALLAH SWT sebagai matlamat ukhuwwah mereka.

Saya tidak menjanjikan Sinergi ada adegan jiwang lelaki perempuan, tetapi saya berjanji akan membahaskan perihal cinta lelaki perempuan di dalamnya. Mungkin saya akan menyentuh isu ikhtilat di dalamnya dari kaca mata pandangan saya.

Saya akan berusaha untuk menulis kisah Sinergi ini sebaik mungkin, memandangkan, saya dapat merasakan bahawa, manusia memerlukan chemistry ‘Sinergi’ ini dalam kehidupan mereka. Idea menamakan Novel terbaru saya sebagai Sinergi, datang dari kata-kata kawan saya. Katanya, 1+1=3 dipanggil Sinergi.

Justeru saya suka, kerana ukhuwwah dua manusia kerana ALLAH, akan menghasilkan sesuatu yang lebih dari dua manusia semata-mata.

Doakan saya, agar saya dapat melalui semesteri Soifi ini dengan sebaik mungkin. Hebat dalam pelajaran, dan hebat pula dalam penulisan. Saya hendak terus meningkat dan meningkat, bergerak jauh dan lebih jauh, terbang tinggi dan lebih tinggi.

Semoga ALLAH SWT redha dengan segala usaha kita yang bergerak kepadaNya untuk menjadi hamba…

Print This Post Print This Post

8 Comments

  1. darin.ulfah says:

    ” Menyentuh perasaan bagaimana rasanya jika perempuan yang kita cinta, dicintai sahabat kita yang paling kita sayang”

    Kalau perasaan ini yg di tanya pada darin..maka ia agak kompleks di ceritakan.
    Spt yang darin lalui..tapi ukhwah sahabat sejati adalah paling utama dari cinta semata, bukan kerana apa-apa tapi kerana ukhwah itu terjalin kerana cinta pada NYA, maka ku pilih sahabat . Dan alhamdulillah sahabat itu masih kekal sebagai sahabat sejati sehingga saat ini dan cinta itu bertukar menjadi sahabat. Alhamdulilah. Senergi itu susah di cari tapi pasti kalau mencuba…

    Moga..novel yang Hilal cuba garapkan dapat membangunkan hati-hati yang gersang dalam mencari ukhwah semata-mata kerana Dia. InsyaAllah..

    [Reply]

  2. imansyauqina imansyauqina says:

    assalamualaikum..

    ustaz, semoga terus berkarya hingga sampai dihati manusia.. semoga usaha berkekalan ..

    keep it up

    [Reply]

  3. Noor Faiza says:

    Salam Ziarah

    Minta izin utk link kan website ini di blog saya

    Salam Maju Jaya…semoga segala urusan saudara di permudahkan oleh Allah SWT…Semoga sentiasa berada dibawah limpah rahmat dariNya….Ameen

    Salam dr Preston,Lancashire UK

    [Reply]

  4. akufobia says:

    perghh.macammacam ada.

    [Reply]

  5. rasydan rasydan says:

    salam hilal.
    amboi, banyak projek shbt ana yg satu ni. relasi, terasing, sekarang…sinergi pulak ya. tajuk2 novel nta unik, sbb buat pembaca fikir..ambil cth vt. masa mula2 tahu dulu, fikir2 jugak ape kebenda la vt ni kan. skrg tertarik dengan konsep sinergi 1+1 lebih besar dari 2 yg nta sebutkan tu. biar org tahu, yg kalau hubungan manusia kerana Tuhan nilainya lebih besar berbanding hubungan hanya kerana manusia.

    btw, ambil bhs arab sem ni ye? alamak, dah lama tinggal arab, lupa…kalau ade peluang nk belajar blik!

    *alhamdulillah, exam dah habis. ye ye!

    [Reply]

  6. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada darin.ulfah,

    Semoga ALLAH mengizinkan saya untuk menulis novel yang mampu menyentuh hati manusia hendaknya….

    kepada imansyauqina,

    teruslah kamu menembak doa…

    kepada Noor Faiza,

    tafaddali, semoga ALLAH redha…

    kepada akufobia,

    alhamdulillah… semuanya rezeki daripada ALLAH…

    kepada Rasydan,

    sebenarnya, flow pembaca juga yang banyak memberikan ana idea, apa yang ana hendak berikan kepada masyarakat dengan tulisan ana. Secara tidak langsung, pembaca-pembaca juga ada saham dalam sumbangan idea.

    Semoga pembaca/sahabat macam enta ni, tak putus-putus mendoakan ana rasydan…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  7. Assalamualaikum akhi,
    tepat namanya,begitu jua pengisiannya.Cerita pasal Jordan terkenang pula buku Ustaz Hasrizal,Rindu Bau Pohon Tin(eh,tersilap blog hehehe).

    Apa pun projek akhi,semoga hidupmu bererti dengan terus memberi & berkongsi :wink:

    [Reply]

  8. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada muahmmad Fakhruddin,

    jazakallah atas sokongan dan doa.

    Semoga ALLAH berikan saya kekuatan.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply