Bagi yang mengikuti website Langit Ilahi, setiap hari sabtu, mereka akan disajikan dengan cebisan karya saya. Yang terbaru, Remaja Mulia. Sudah sekitar 7 minggu, Remaja Mulia disiarkan secara online di website ini. Sambutannya juga amat menggalakkan.
Kini, untuk pengetahuan semua, saya mengumumkan bahawa Remaja Mulia sedang dicetak di kilang percetakan.
Gambar di atas merupakan cover Remaja Mulia yang sebenar.
Ada beberapa perkara saya ingin kongsikan dengan pembaca berkenaan Remaja Mulia.
Bilangan bab
Apabila Remaja Mulia tamat dionlinekan di Langit Ilahi, ia berakhir di bab 6. Ramai yang bertanya apakah itu benar-benar pengakhirannya. Dan jawapannya mestilah tidak.
Remaja Mulia sebenarnya mempunyai 13 bab, bersama satu prolog dan satu Epilog, menjadikannya 17 bab kesemuanya. Maka bagi yang mengikuti Remaja Mulia online sebelum ini, anda mempunyai 7 bab lagi untuk dibaca bersama satu epilog.
Cerita Remaja Mulia masih banyak untuk anda baca dan mengambil manfaatnya insyaAllah.
Tarikh terbit
Saya tidak diberitahu akan tarikh tepat penerbitan Remaja Mulia. Namun, pihak syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd telah menyatakan kepada saya bahawa Remaja Mulia kini sudah dihantar ke kilang percetakan, dan insyaAllah akan terbit sekitar awal bulan 12 2009.
Ada orang tanya, boleh beli online tak?
Saya rasa boleh kut. Sebab pihak http://bukuonline2u.com pastinya akan berusaha untuk mendapatkan buku-buku saya. Sebelum ini, semua buku saya dijual oleh mereka secara online, termasuk lah Relasi yang sukar didapati di kedai-kedai.
Jadi, tunggu-tunggu la Remaja Mulia sekitar bulan 12 2009 ni. Kepada adik-adik, ini masanya nak baca buku Abang Hilal, sebab buku tu terbit masa cuti sekolah. Ibu-ibu, ayah-ayah, abang-abang, kakak-kakak, jangan lupa jadikan Remaja Mulia sebagai hadiah istimewa anak-anak dan adik-adik anda.
Kesesuaian
Remaja Mulia ni, sesuai dibaca oleh siapa?
Aha… Mudah ceritanya, semua.
Namun saya khaskan cerita ini untuk pelajar sekitar umur 12 tahun dan tingkatan satu. Itu umur yang saya khususkan. Berkenaan mengambil manfaat, saya rasa, semua boleh baca. Berdasarkan penyiaran Remaja Mulia secara online di Langit Ilahi sebelum ini, orang tua-tua pun suka baca Remaja Mulia.
Jadi, ibu-ibu, ayah-ayah, abang-abang, kakak-kakak, jangan segan baca, walaupun covernya ala-ala Majalan Asuh gitu. Kebaikan ni, kita kena kutip di mana sahaja kita jumpa.
Kelainan Versi Cetak dengan Versi Online
Apa lainnya ya?
Pertama, versi Online dalam website, versi cetak dalam buku. Memang la kan? Ha3…
Kelainan yang paling besar adalah, nama watak utama. Abdul Haq akan bertukar nama kepada Irfan Hakimi, manakala Syah Iskandar akan bertukar nama kepada Rasyid Zakwan.
Macam pernah dengar je dua nama tu?
Ya, dua nama tu adalah nama dua watak utama dalam Sinergi.
Dengan ini, rasminya saya mengumumkan bahawa Remaja Mulia merupakan prekuel kepada Sinergi.
Terima kasih.
Hajat dan niat saya menulis Remaja Mulia
Ini part paling penting sekali dalam promosi ni.
Encik Zakaria satu hari, bertanya kepada saya apakah saya berminat untuk menulis Novel Awal Remaja. Saya berfikir panjang juga ketika itu, memandangkan saya agak sibuk. Saya fikir, ketika itu, saya hanya mahu fokus kepada Sinergi sahaja.
Tetapi, dalam fikir panjang saya, saya teringat berkenaan pembinaan anak-anak sedari kecil.
“Apa salahnya aku usaha sumbang sedikit dalam pembinaan pemikiran anak-anak?”
Ketika ini, saya teringat akan sahabat saya, Abdul Haq, yang amat matang semasa kami sama-sama Darjah Enam dahulu. Maka saya datang dengan watak Abdul Haq pada mulanya. Seterusnya saya reka cerita pelajar darjah enam yang mempunyai kematangan yang baik, akhlak yang soleh dan peribadi yang mulia. Tidak cukup setakat itu, karakter itu memberikan kesan pula pada sahabat-sahabatnya.
Kenapa? Kenapa saya menulis Remaja Mulia?
Ini hanya percubaan sahaja. Saya sebenarnya ada matlamat yang lebih besar. Saya mahu anak-anak kita disajikan dengan pengisian macam Remaja Mulia. Anak-anak kita dimanjakan dengan karakter-karakter tarbawi, karakter-karakter baik yang mereka boleh contohi. Agar mereka membesar dengan karakter-karakter ini.
Saya muak dengan kelalaian kita membiarkan Power Rangers menjadi ikutan anak-anak, dengan Pokemon menjadi mainan mereka hari-hari, dengan 1001 rancangan televisyen yang menyediakan contoh-contoh tidak matang kepada anak-anak kita. Sebab itu, kalau kita perhatikan dengan baik, anak-anak hari ini semakin lama semakin tidak matang. Hatta di universiti, kita boleh lihat akan pola kematangan yang semakin menurun ini.
Maka pada saya adalah perlu, anak-anak kita dididik dengan bahan bacaan yang baik, diberikan semangat untuk menjadi matang dari kecil, agar mereka membesar menjadi anak-anak yang berisi dengan kematangan, seterusnya mampu membuat keputusan dengan baik, sekaligus menjadi hamba Allah SWT yang terbaik.
Saya masih ingat macam mana guru-guru saya membesarkan saya dahulu. Mereka sering mengeluarkan contoh-contoh seperti Usamah bin Zaid, Umar Al-Khattab, dan saya dilambakkan dengan karakter-karakter dari zaman sahabat itu, membuatkan saya amat bersemangat untuk membesar dan menjadi hebat seperti mereka.
Anak-anak, kita kena bina mereka dari kecil, bukan manjakan mereka dengan mengikut arus masyarakat hari ini.
Remaja Mulia, adalah salah satu usaha saya untuk mendidik anak-anak. Dan saya tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan anda. Maka saya harap, anda menyokong perjuangan ini, kalau tak mahu membeli Remaja Mulia pun, tidak mengapa asalkan anda membangunkan anak-anak anda dengan kematangan yang dia perlukan bagi mengharungi dunia ini dengan baik.
Harapan saya, akan lahirkan satu generasi yang matang dalam fikiran, serius dalam amalan, untruk sama-sama bersatu menegakkan Islam di dalam diri, seterusnya menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
Penutup: Saya mohon doa
Akhir sekali, saya mohon doa-doa anda.
Saya tidak anggap kerja saya menulis novel ini adalah untuk cari makan. Jika ya, saya sudah berhenti belajar. Pada saya, saya tidak menulis novel kerana saya ada bakat menulis novel. Jika ya, saya sudah tinggalkan segala perkara dan fokus kepada novel sahaja.
Saya menulis, hanya kerana Allah, dan mengharapkan penulisan saya menjadi saham saya di akhirat, serta menjadi saham kepada mereka yang berusaha untuk kembali pada Allah SWT. Saya menulis, kerana tangan saya tidak cukup panjang untuk mencapai semua orang, saya menulis kerana saya tidak larat untuk pergi satu persatu kepada semua manusia. Saya menulis, kerana saya nampak, di sinilah medan sumbangan saya pada Islam.
Ini usaha saya. Ini amal ibadah saya. Ini kerja saya yang saya harap sangat agar Allah kira.
Maka saya harap, anda mendoakan saya. Agar Allah berikan saya niat yang ikhlas, kekuatan untuk istiqomah, dan kelancaran dalam semua gerak kerja.
Moga-moga, apa yang saya tulis, apa pun karya yang saya cipta, semuanya mendapat redha Allah, dan mampu menyentuh hati-hati manusia.







Waa…
Teruja!
[Reply]
maan taufik wa najah!
tak sabar nak bagi adik
[Reply]
aslmkm..
bagus2..
insyaAllah akn cari remaja mulia utk adik
alhmdulillah, 3 buku anda sudah sy bc.
garapan yang kena pd selera~
bersahaja tp ada makna.
syukur pd Allah
[Reply]
alhamdullillah…
[Reply]
salam.
moga terus dikurniakan ilham utk menarikan pena & menghasilkan bahan bacaan yang mendidik
wassalam.
[Reply]
salam…wah!!menarik la cover die..dapat menarik perhatian utk org membeli…yeay!!!good luck ek…terbayang klu cover buku warna hijau utk buku2 saudara yang akan datang..walaupun tak taw ape tajuknyer…^_^v
[Reply]
Salam
cover die cantik la…x sabar nak bli
ana umur 13 sesuai la kan?!brape harge
lps ni teruskan menulis buku untuk remaja mcm ana lg tau
[Reply]
salam…
dh bc n x sabar nk beli…nk hadiah kat adik…sedangkan diri sendiri yg baca pun terkesan, ade pengajaran buat diri sendiri
moga segala urusan kamu dimudahkan Allah n may Allah bless us with jannatul firdausi.amin
[Reply]
insyaAllah,sgala karya2 yg saudara hasilkan dpt mndekatkan dri seseorg itu kpd pnciptanya..sy hnye smpat mmbce remaja mulia ni bab 6,iaitu bab yg terakhir utk online..nmun critenye amat mnarik dan bes,hrap2 dpt bli nvel ni nnti..xbercadang ke nk wat nvel untuk pljr umur 15 thn keatas??he2,sekadar mmbri cadangan..
[Reply]
salaam.
alhamdulillah. mabruk2!
semoga segala urusan dipermudahkanNya.
honestly, tak baca lagi yg nta post dlm web ni.
hehe.
notify us when the book is released eh.
mendoakan yang terbaik~
~intansurullaahayansurkum wa yuthabbit aqdaamakum~
wallahua’lam
-syaimaa’-
[Reply]
jadi sinergi akan diterbitkan lepas remaja mulia…
[Reply]
salam hilal
Sayangnya, susah nak beli remaja mulia ni nanti…nak beli online postage mahal pulak. moga2 berpeluang dapatkan nanti. Semoga terus cemerlang dalam penulisan ya.
*em, hilal, ana rasa maksud nta, remaja mulia tu prekuel sinergi, bukan sekuel.
[Reply]
jgn risau
saya yakin mesej anda mmg smpai pada org2 yg membaca
karya yg menyentuh dan realistik
insyaAllah ada sahamnya di sana
tq
-saya selalu promote buku2 anda pada kgkwan juga
[Reply]
“Ini usaha saya. Ini amal ibadah saya. Ini kerja saya yang saya harap sangat agar Allah kira.
Maka saya harap, anda mendoakan saya. Agar Allah berikan saya niat yang ikhlas, kekuatan untuk istiqomah, dan kelancaran dalam semua gerak kerja.
Moga-moga, apa yang saya tulis, apa pun karya yang saya cipta, semuanya mendapat redha Allah, dan mampu menyentuh hati-hati manusia.”
AMIINN…..
[Reply]
Ahaa…akhirnya tjawab kemusykilan mahu hadiahkan buku apa untuk adik-adik di musim cuti ni.
[Reply]
salam.. ana dah tempah kat bukuonline2u tu. Tapi reply nya tak dapat2. Dah 2 hari dah… MAcam mana ye?
[Reply]
mengapa nama watak utama ditukar???
[Reply]