Langit Ilahi Rotating Header Image

Puisi: Aku Bukan Sahabatmu

Sayangilah sahabat anda, walaupun dia melukakan. - gambar tiada kena mengena dengan puisi. Syazwan dan Sahel sangat baik dengan saya. hu3

Sayangilah sahabat anda, walaupun dia melukakan. - gambar tiada kena mengena dengan puisi. Syazwan dan Sahel sangat baik dengan saya. hu3

Manusia kadangkala bersengketa. Dan kadangkala kita tidak sabar dengan sahabat kita. Namun kita terlupa, kesabaran kita ke atasnya adalah satu tanggungjawab sebenarnya. Jika kita faham bahawa hubungan kita terbina kerana-Nya.

Satu puisi saya reka untuk menghiburkan jiwa-jiwa yang katanya terluka dengan sahabatnya.

Agar kalian kembali berpimpinan tangan.

Menghubungkan semula talian persahabatan dengan keimanan.

Aku bukan sahabatmu

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku.

~angkasa
5.43am
4 Mac 2010
Azan Maghrib
Menjejak Mu’tah
Puisi Aku bukan Sahabatmu

Print This Post Print This Post

16 Comments

  1. humaira' says:

    nice! best.. kalo x clap sy syazwan 2 org pulau pinang kn?

    [Reply]

  2. layarkan ku ke cinta illahi.. says:

    assalamualaikum, saudara hilal.. tahniah.. ouisi yg sgt bermakna..moga Allah selamatkan kedua2 shbt..insyAllah..

    [Reply]

  3. salam..siapa-siapa tolong komen puisi saya :smile:

    [Reply]

  4. di blog saya( http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/03/dengan-nama-allah-yang-maha-pemurah.html)

    [Reply]

  5. iMa says:

    assalamualaikum,

    saya sangat sayang teman-teman saya. erm, saya ingin minta pendapat saudara hilal.

    saya punya teman yg pelbagai. yes, they enjoy their life very much. erm, tapi saya pernah rasa yang the way they want to seek for happiness to cheer up themselves macam ada yang tak kena. contoh: pergi karaoke itu biasa, tengok wayang itu biasa dan socialize with other genders itu biasa. apa yang buat saya paling sedih, saya hanya melihat saja keadaan sebegini. ada di kalangan mereka terdiri daripada bekas pelajar sekolah agama. saya bukan pelajar sekolah agama. saya selalu rasa rendah diri bila mana saya tak mampu nak ajak teman-teman saya untuk tidak menjejakkan kaki ke tempat-tempat yg hanya sekadar membuang masa dan tiada faedah. erm, teman-teman saya baik. adakah saya harus membisukan diri saja? sebab saya pernah terfikir, kita masing-masing dah besar. tahu beza mana yang baik dan mana yang tak baik. tapi sometimes, i aint supposed to think like that. erm, bagaimana cara yg terbaik ya?

    terima kasih.

    [Reply]

  6. aina says:

    Salam hilal,
    selalu aja kita dengar, org selalu berkata jgn bersahabat dengan org yg punyai sikap2 yg tidak baik, punyai masalah dan pelbagai….kita tinggalkan mereka kerana takut dipengaruhi, takut terikut…malu bersahabat dengan org yang punya pelbagai masalah social yang begitu cintakan dunia..
    hmmm…
    sepatutnya kita sayangi mereka, dekati mereka dengan cara yang berhikmah….jika kita sayang seseorang kita tidak patut tinggalkannya terbelenggu dalam apa jua keadaan sekalipun..
    apa pendapat hilal tentang perkara ini…
    ^_^

    [Reply]

  7. am says:

    tak tahu macammana perasaan bila berpisah dengan senior2 kesayangan nanti,dengan naqib terchenta juga…yang dah macam satu keluarga….hidup berpaksikan iman,islam dan takwa…Ya Allah,tidak pernah aku jumpa UkHuwWah sebeginmi indah. Semuanya hanya keranaMu ya Rabb…SayYYaaanngggg Antuuumm…enta juga ya akhiiiiiiiii…..Uhibukafillah…teruskan perjuangan!!!!!!!

    [Reply]

  8. ariffah9 says:

    salam,
    yep, tak patut klu kita tinggalkn trus shbat kita klu dia ada buat salah..
    Bimbing n tgur..
    nice!

    [Reply]

  9. Hamba Allah says:

    Adakah salah kalau kita membiarkan sahabat kita dalam maksiat couple, sedangkan kita sentiasa di sampingnya…bukan xsayang..bukan xpernah menegur salah dia….tapi, tidak mahu mengeruhkan keadaan..mungkin mudah je untuk diungkapkan di bibir,nasihat3,,, tapi sebenarnya sukar nak menegur, niatnya nak jaga hati dia… kerana dia memang kawan yang baik….

    [Reply]

  10. Salam..
    Lumrah alam akn ada shj mrk yg membenci, tdk suka akn apa yg kita cuba bawa.. w/pun ia mngkin kita lakukan begitu demi kbaikn mereka juga..

    Itulah sunnah perjuangan yg turut terpamer pada perjuangan agung junjungan besar kita, Muhammad b. Abdullah.. peace be upon him..

    Biar apa2pn yg berlaku, persoalan yg sentiasa utama dr apa2 yg lbih utama.. adakah Allah redha?

    Wallahu’alam..

    Katakanlah, “Imbalan apa pun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu. Imbalanku hanyalah dari Allah, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
    -Surah Saba’ (34):47

    [Reply]

  11. wani says:

    salam… sy trasa dgn puisi ni… sy praktikal, n duduk dgn 1 bilik kwn sy..kami mmg kawan since dr sem 1.. bile da mule praktikal ni, tak sgka dapat 1 tmpat yg sama..akhirnya, tggl dlm 1 rumah, n bilik yg sama… mslh kwn sy yg sorg ni, ego die sgt2 tggi.. baru2 ni, die ade wat sy trasa hati… mmg sy sgt2 trasa…smpai menitis air mata sy dibuatnya… tp, dia buat tak taw jer..mcm dia tak de wat salah apa2.. sdgkan, dia taw yg dia ada wat silap.. tp, perkataan maaf lgsg tak de dr die…malah, dia sggup mendiamkan diri… rasa geram n sedih..sy tak sgka kawan yg sy knal dah nk hmpir 3 thn punya perangai mcm tu.. slah sy kah sbnarnye??? :sad:
    tp, sy wat biasa2 jer dgn dia skrg.. ckp bila perlu jer..sbb sedih tu msh ada lg.. :sad:

    [Reply]

  12. misz nisa' says:

    salam..saya punya seorang sahabat..sy gelarkannya seorang sahabat kerna dikala saya kasusahan..beliau pernah membantu saya..dan mulai detik itu, persahabatn mulai terjalin antara kami..terus-terang saya katakan..sepanjang tempoh saya mengenalinya..banyak suka dan duka serta hati ini tergores dengan sikapnya..saya bersabar dan pernah saya meluahkan layanan beliau terhadap saya yang menyebabkan jiwa ini tergores..tetapi…hari ini..di ketika ini..ukhuwah antara kami sudah tidak wujud kerana dia kembali mengores jiwa saya dan saya sudah penat unutk bersabar dengannya kerana saya tahu tiada penyelesaian antara kami..dan sekarang saya sedang melatih jiwa saya untuk melupakan beliau seorang sahabat saya..wajarkah tindakan saya ini?..kerap kali saya bersabar…saya merasakan betapa diri saya tidak dihormati..dan saya dengan berat hati melepaskannya sabagai seorang sahabat..jika itu yang dia pinta..sedih hati ini..hanya Allah sahaja yang tahu

    [Reply]

  13. nur_cahaya says:

    salam..nice sajak..
    terkenang pd rkn sy…kami sudh smkin renggang..
    xtau mana silpnya…trasa diri terlalu asing..
    smg Allah tunjukkn jaln pnyelesaian…(”,)

    [Reply]

  14. wany says:

    salam….
    terasa lega rsnye lps bc puisi ni…
    hrni ana mengalami keadaan spt dlm puisi ni…
    ape pun…terima kasih… :)

    [Reply]

  15. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada humaira’

    Ya. Dia orang pulau pinang.

    - kepada layarkan ku ke cinta illahi..

    Amiin…

    - kepada Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib

    InsyaAllah, ada yang berminat nanti.

    - kepada iMa

    Kamu boleh baca artikel saya yang ini:

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh%e2%80%a6/

    moga membantu.

    - kepada aina

    Betul. Jangan bersahabat itu betul.

    Apakah maksud bersahabat dalam arahan tegahan itu? Kita ambil dia sebagai contoh kita.

    Tetapi dalam umumnya, dia tetap sahabat kita yang kita sayang kerana Allah, dan kita ingin menyelamatkannya.

    - kepada am

    Semoga Allah ikhlaskan hubungan antum. Dan saya rasa, berbanding ditulis di sini, lebih baik kamu tulis di satu kad, dan hadiahkan pada mereka.

    - kepada ariffah9

    ya. Harapnya dibuktikan dengan amalan.

    - kepada Hamba Allah

    Kamu kena baca artikel saya:

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh%e2%80%a6/

    hakikatnya, tidak menegur itu lebih mengeruhkan keadaan.

    - kepada sLave_oF_Almighty

    Terima kasih atas perkongsiannya.

    - kepada wani

    Kesilapan kamu adalah, kamu tak tegur dia.
    Itu sahaja.

    - kepada misz nisa’

    Pada saya, dia adalah tanggungjawab kamu kepada Allah SWT. Justeru, kamu tidak ada hak memutuskan hubugan dengan dia.

    Berkenaan layanannya yang buruk, itu tanggungjawab dia kepada Allah SWT. Bukan urusan kamu sebenarnya.

    Tanggungjawab kamu adalah, bersama dengannya. membantunya untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik, seterusnya sahabat yang baik.

    - kepada nur_cahaya

    Silapnya adalah, kamu redha dengan kerenggangan kamu dengannya.

    - kepada wany

    Kalau sekadar mengalami, kemudian tidak melakukan apa-apa, pada saya di situ ada masalah yang besar.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  16. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada humaira’

    Ya. Dia orang pulau pinang.

    - kepada layarkan ku ke cinta illahi..

    Amiin…

    - kepada Mohd Naimul Firdaus bin Abd Latib

    InsyaAllah, ada yang berminat nanti.

    - kepada iMa

    Kamu boleh baca artikel saya yang ini:

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-dia-budak-agama-dia-pergi-usrah-dia-pakai-tudung-labuh%e2%80%a6/

    moga membantu.

    - kepada aina

    Betul. Jangan bersahabat itu betul.

    Apakah maksud bersahabat dalam arahan tegahan itu? Kita ambil dia sebagai contoh kita.

    Tetapi dalam umumnya, dia tetap sahabat kita yang kita sayang kerana Allah, dan kita ingin menyelamatkannya.

    - kepada am

    Semoga Allah ikhlaskan hubungan antum. Dan saya rasa, berbanding ditulis di sini, lebih baik kamu tulis di satu kad, dan hadiahkan pada mereka.

    - kepada ariffah9

    ya. Harapnya dibuktikan dengan amalan.

    - kepada Hamba Allah

    Kamu kena baca artikel saya:

    Perkongsian: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia bertudung labuh.

    hakikatnya, tidak menegur itu lebih mengeruhkan keadaan.

    - kepada sLave_oF_Almighty

    Terima kasih atas perkongsiannya.

    - kepada wani

    Kesilapan kamu adalah, kamu tak tegur dia.
    Itu sahaja.

    - kepada misz nisa’

    Pada saya, dia adalah tanggungjawab kamu kepada Allah SWT. Justeru, kamu tidak ada hak memutuskan hubugan dengan dia.

    Berkenaan layanannya yang buruk, itu tanggungjawab dia kepada Allah SWT. Bukan urusan kamu sebenarnya.

    Tanggungjawab kamu adalah, bersama dengannya. membantunya untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik, seterusnya sahabat yang baik.

    - kepada nur_cahaya

    Silapnya adalah, kamu redha dengan kerenggangan kamu dengannya.

    - kepada wany

    Kalau sekadar mengalami, kemudian tidak melakukan apa-apa, pada saya di situ ada masalah yang besar.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply