Langit Ilahi Rotating Header Image

Puisi: Atau Aku Ini Tiada?

sahabat, aku juga manusia...

sahabat, aku juga manusia...

Asal entry Islam sahaja, ramai tak komen.

Saya pun tak faham. Nak kata pelawat menurun pada hari entry Islam, tak juga. Masih macam itu juga. Tapi hairan kenapa tak ramai komen. Tak berminat kah?

Apa-apa lah. Tak ada orang komen pun, saya tetap teruskan juga. Sekurang-kurangnya, ada yang membaca.

Ini saja-saja saya kongsi satu puisi.

Puisi ketika keseorangan…

- Atau Aku Ini Tiada -

sahabatku,
aku terluka
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?

sebanyak pasir di pantai
lebih banyak cintaku di hati
semua untukmu sahabat
tetapi di mana diriku ini?

aku menangis
terluka
sebahagiannya keranamu
sebahagiannya kerana deritaku
tetapi di mana kamu?

sahabat,
aku tahu kau bukan tuhan
yang sentiasa ada dikala ujian
yang disisi bila hati kesenangan
kau manusia
tapi tahukah dikau…
aku ini manusia juga…

hilang dalam sepi
sunyi sedu sendiri
tanpamu sahabat kucinta
tahu kah dikau?
atau aku ini tiada?

~angkasa

Disember 4 2009,
Bilik
Lagu Callin U,
Makan roti,
Puisi -Atau aku ini tiada-

Print This Post Print This Post

27 Comments

  1. wani says:

    salam hilal…=) moga chat2 selalu…erm..pasti awk sedang dilanda masalahkan…kot…1 konflik dalaman..kot…sbb dlm post awk sekadar peringatan buat diri tu, mcm awk sedang berbicara something…dlm puisi atau aku ini tiada pun mcm tu juga…pa pe pun sbar, ea… pasal komen tu, mgkn pembaca tgh berfikir… ana pun mcm tu juga..tak pnah komen klu post berkaitan islam…sbb takut nak komen pun ade..memandangkan ilmu pengetahuan ni sgt2 cetek..

  2. sedang mencari says:

    great puisi.
    mendalam.
    bukan tanak komen kalau pasal islam.tapi betul kate wani tu.
    kadang2 ilmi tak cukup mendalam,dan ada benda yang disampaikan tak medapat pembaca ilham untuk komen.

  3. iman says:

    salam,
    hilal…jgn sedih…x pe la..at least ada org yg baca kan?

    kepada wani dan sedang mencari…jgn la rasa camtu…pada saya, walaupun saya sedar, saya pun memang x da byk ilmu nak compare dgn hilal dan sahabat yg lain..tapi saya just suka la nak share idea, pengalaman dan apa yang saya rasa dengan semua org..

    dan….. blog hilal ni saya jadikan platform saya untuk share semua tu…SEBAB…blog hilal ni ramai pembaca (ambil kesempatan sbb saya tak da blog sendiri- hu3…pecah rahsia saya)..

    papepun Hilal thanks la ye…(tanpa awak x sedar…actually awak dah bantu saya)

  4. nazihah says:

    salam

    asal entry islam x ramai komen? bukan sume post dalam ni memg islamik ke? huhu

    actually, mungkin sebab terlalu setuju dengan isi entry sampai speechless xtau komen ape. macam saye selalu macam tu la. or mungkin time tu tak dtg idea. just like “wani” and “sedang mencari” said.

    apepun nice entry, puisi best. like like

  5. nur nur says:

    salam..ye hilal..
    sy pn mcm wani ngn sedang mencari..
    i2 la kekangan nye..
    tp trme kash byk at hilal sbb kn post2 hilal nie..sy byk brfkr..ke arh yg lbh baek..
    trime kasih sgt..sy pn berkongsi ngn teman2 sy..
    :smile:

  6. faiq zaini says:

    salam bang hilal~

    ari ni jumaat.. cuti..
    minda2 pon take rest kot..

    smart ar.
    mkan roti pon bley wat 1 poem.
    puyo.. :mrgreen:

  7. syaimaa' says:

    salaam.

    cuba dengar lagu maher zain ‘always be there’ dan ‘inshaAllah’..

    teringat kat kata2 kawan ana, keikhlasan itu pasti diuji.

    of the low number of comments, nta boleh take it as a chance to improve your style of writing.
    bukan maksud ana penulisan nta tentang Islam tak menarik, tapi just to take it positively :)

    verily, after every hardship will come ease (asySyarh)

    semoga kembali tenang~
    wallahua’lam

  8. nuaeman says:

    Tidak komen bukan bermakna tak suka..

    Mungkin hilang kata-kata kerana apa yang disampaikan telah menusuk ke jiwa..

    Yang penting objektif dari sesuatu penulisan entri islam tu sampai kepada yang membaca..

    Maka

    Yang menulis peroleh ganjaran Pahala manakala yang membaca peroleh ilmu yang tak ternilai harganya..

    Teruskan menulis dan berkarya wahai sahabat..

  9. jadikan aku serikandi says:

    assalamualaikum saudara hilal,

    tahniah, satu lagi karya y indah terhasil dr saudara,
    sungguh mendalam bait2 puisi saudara…
    sungguh bermakna,

    namun, pembuka entry saudara lebih menyentuh rasa,

    ” Saya pun tak faham. Nak kata pelawat menurun pada hari entry Islam, tak juga. Masih macam itu juga. Tapi hairan kenapa tak ramai komen. Tak berminat kah?”

    mungkin bukan mereka tidak berminat, mungkin sahaja mereka kekurangan kata, kekurangan idea, bak kata sahabat saudara di atas, barangkali mereka sedang berfikir, iya seperti katanya juga, kekurangan ilmu di dada membuat pembaca sukar bersuara, bimbang terkhilaf kata, (mungkin)

    tak mengapalah, teruskan usaha saudara, kerana pastinya, sesiapa y mengenali saudara, peminat2 buku saudara akan terus membaca, dan membaca…

    salam,
    serikandi

  10. adn' says:

    Hmm…
    Selama 4 tahun saya bersekolah, kawan saya sering berganti kerana saya tukar kelas atau dia. Apabila perkara ini berlaku setiap tahun dan perkara yang sama berlaku, saya rasa amat keseorangan. Saya tekadkan diri bahawa PASTI ada hikmah yang tersembunyi.

    Puisi ini mengambarkan perasaan saya kepada kawan saya :neutral:

  11. mAsih_mEncAri says:

    maaf.bukan xminat.tp xtahu nk k0men ape.[entry agm]
    teruskan3~

  12. Sunyi
    Tanpa ulasan
    Bukan bererti tidak suka
    Bukankah akhi selalu berkata
    Teruskan menembak doa
    Walau sekadar pembaca cuma…

    Salam Ketabahan buat akhi :!:

  13. cucutokjanggut says:

    nilai entri enta bukan terletak pada banyaknya komen yang diberi

  14. pencintaNya says:

    kadg2 org x komen kerana apa yg dibaca menusuk di jiwa
    ada juga kerana hilang idea nk kata apa
    anta tak patut krg smgnt kerana ini
    krn
    kdg2..
    mgkn anta x sedar
    ada saja kawan2 yg linkkan artikel2 anta melalui ym
    sebarkan ia…
    xsemestinya komen
    walaupun ya..ia mmberi pransang pada kita
    tp artikel anta bergerak tnpa anta ketahui
    Allah knows best
    teruskan menulis!
    Wallahu’alam

  15. Ummu 'Ali says:

    Salam Hilal,

    Orang tak komen bukan tak suka. entri Islamik memang orang susah nak bagi komen. Sebab takut nak komen, nanti tersilap komen, susah. Makcik pun pernah terbaca artikel Hilal dalam e-mail group makcik. Ada seorang pakcik yang rajin buat copy, paste dan dia ada sebut dia ambil dari website langitilahi.com Sebenarnya usaha Hilal sangat-sangat dihargai. Percayalah.
    Moga Allah redha.

    Ummu ‘Ali

  16. wani says:

    keluarga langit ilahi akan terus memberi semangat kpd saudara..tak kira susah ataupun senang….insyaAllah..moga Allah redha…=’)

  17. Nik Nadiah says:

    very good one… impressive

  18. ♥airkoS0ng~ says:

    ~salam hilal..

    sy stuju dgn semua kmgkinan2 y dberi oleh ahli keluarga langit ilahi tu.. :wink:

    sy p0n bc en3 en3 iSlam anta,
    dgn k0men2 ahli y len p0n habes sy n adek3 bc..
    tp mmg xthu nk k0men apa.. :cry:

    btw,
    keep on writing..
    spread e beauty of iSlam ya!

    *suka sgt3 puiSi tu ^^

  19. GuESt says:

    Assalamualaikum.
    wahai sahabatku, usah bersedih hati.
    teruskan perjuangan kamu.
    Selamat berjaya+Semoga berjaya= :cool:

  20. Nur says:

    Salam Hilal yang dimuliakan,

    Moga-moga Hilal kembali tenang, insyaAllah.

    Ah Hilal, menulis mahu dikomen kah? Bukan kah Hilal menulis untuk mendapatkan redha Allah swt? :razz:

    Jangan risau Hilal, seperti kata pembaca-pembaca diatas, sebenarnya amat banyak artikel Hilal telah di copy paste dan disebarkan melalui e-mail, telah di perbincangkan semasa lunch atau santai-santai. MasyaAllah, betapa banyaknya pahala Hilal! :D

    Take a good rest, bermunajatlah pada Sang Maha Pengasih itu.

  21. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada wani

    Pertamanya, terima kasih kepada wani kerana mengambil berat fasal saya.
    Keduanya, konflik yang dinyatakan tu, tak ada sebenarnya. Puisi ini rekaan semata-mata. Hanya idea yang datang daripada pengalaman yang lama. Seterusnya, post peringatan buat diri itu, itu muhasabah saya agar bertenang. Namun, jujurnya, hidup mana yang tidak dilanda badai? Hendak tidak hendak, manusia perlu belajar bersabar dan bertenang.
    Ketiganya, fasal komen. Saya bukan bermaksud kalau tak komen orang tak baca. Cuma saya takut, kalau tak komen maksudnya orang tak faham. Itu sahaja. Bila orang tak faham apa saya tulis, tak tersampai la hajat saya menulis. Jadi saya kena tahu, baru saya boleh tingkatkan penulisan saya, agar Allah bantu sampaikan di dalam hati manusia…

    - kepada sedang mencari

    Fasal puisi, alhamdulillah. thanks.
    Fasal komen, sebenarnya, dalam ruangan bernama comment, tidak semestinya kita letakkan ‘komentar’. Kita boleh kongsikan sikit pandangan berdasarkan situasi kita. Itu bukan salah atau masalah. malah ia membantu sebenarnya. Jadi, saya boleh fikirkan cara untuk membantu. Dan kalau ada pembaca lain yang berilmu melihat ‘perkongsian’ kamu, mungkin dia pun akan berkongsi peerkara yang boleh membantu kamu.

    - kepada iman

    Fasal sedih, - saya tak sedih. Saya cuma takut orang tak faham saya tulis apa.

    Fasal blog - kantoi kamu. hu3… Saya tak kisah pun. langit ilahi memang tempat berkongsi. Kalau orang nak rasa ini website dia pun, tak kisah. Asalkan jangan lupa tuan website yang sebenar sudah la ya… hu3

    - kepada nazihah

    Berkenaan entry Islam, ya semua di dalam Langit Ilahi islamik insyaAllah. maksud saya, berkenaan dengan entry di bawah tag Islam. Yang khusus punya untuk penyampaian kefahaman agama.

    Berkenaan speechless… em… saya tak rasa penulisan saya sampai boleh buat orang speechless. Saya juga tak berapa gemar orang pandang saya tinggi. Langit Ilahi website perkongsian, bukan website orang lebih berilmu mengajar orang kurang berilmu. Saya baru umur 20, belajar baru tahun 2. Jadi saya harapkan perkongsian dari semua. Di sini, kita boleh belajar untuk lengkap melenkapi.

    - kepada nur

    Maka, angkat lah kekangan itu. hu3…

    - kepada faiq zaini

    Fasal mind take rest - bila masa otak manusia berehat wahai doktor faiq? hu3

    Fasal sambil makan roti - sebab otak tak ada masa rehat la, masa makan roti pun bleh keluar puisi. hua2…

    - kepada syaimaa’

    Thanks syaimaa’. What a sincere comment you gave.

    Ana bukan kisah fasal berapa orang komen sebenarnya. Tidak juga ana letakkan komen itu dengan populariti. Cuma di sini, ana takut apa ana tulis tu tak sampai. Orang tak faham sampai tak tahu nak cakap apa. Sebab tu ana bangkitkan fasal komen. Ana takut orang tak faham sebenarnya.

    Btw, thanks for your ambil berat. Rasa macam ada bidadari melihat. kwang2..

    - kepada nuaeman

    fasal komen - boleh baca apa saya jawab di atas.

    fasal pesanan kamu - teirma kasih sangat2. Saya amat hargai pembaca macam kamu yang sudi memberi pesan kepada saya. Beginilah sepatutnya insan yang beeriman. Lengkap melengkapi gayanya.

    Thanks bro. Ana akan usaha lagi.

    - kepada jadikan aku serikandi

    fasal puisi, thanks. semoga ada maknanya…

    fasal komen, sila kamu baca apa saya jawab pada orang lain.

    fasal ambil berat kamu, terima kasih wahai jadikan aku serikandi. Semoga Allah redha pada kamu.

    - kepada adn’

    Alhamdulillah. Ada juga yang merasa makna puisi ini.

    Semoga Allah redha…

    - kepada mAsih_mEncAri

    Alhamdulillah. Semoga Allah redha. Tak perlu komen sebenarnya. Saya hanya inginkan perkongsian, pandangan. Itu semua untuk kita sama2 tingkatkan diri kita….

    - kepada muhammad fakhruddin

    hu3…
    fasal komen, boleh baca pada jawapan orang lain ya.
    ambil berat kamu, puisi semangat kamu, terima kasih sangat2.
    saya baca sambil tersenyum2 hingga.

    - kepada cucutokjanggut

    indeed…

    - kepada pencintaNya

    Alhamdulillah.
    Fasal komen, saya dah jelaskan.
    Fasal kawan2 link, saya sedar itu, sebab antara hobi saya adalah menaip nama Hilal Asyraf dan langit ilahi di google(hobi kelakar)

    Saya jelaskan sekali lagi. Fasal komen, itu bukan penafian saya terhadap perhatian yang diberi. Itu sekadar peertanyaan saya, memandangkan ia entry Islam yang saya sampaikan khusus kefahaman Islam di dalamnya. Maka suka saya agar entry itu diisi dengan perkongsian, pandangan agar sama2 kita boleh tingkatkan kefahaman kita.

    Komen, memang saya tak pandang ia berkait dengan populariti. Dan sebenarnya, saya bukan nak ‘komen’. Saya nak ‘perkongsian’ agar kita sama2 mampu membina jambatan hati, bantu membantu…

    - kepada Ummu ‘Ali

    Thanks makcik…

    Hilal dah jelaskan fasal komen di atas.

    dan Hilal tahu, lagi2 Abu Ridhwan. memang dia suka copy paste.

    Terima kasih kerana menjenguk makcik dan memberikan kata semangat.

    Rasa diperhatikan oleh seorang ibu yang sangat penyayang…

    - kepada wani

    Terima kasih. Tersenyum lebar saya dibuatnya…

    - kepada Nik Nadiah

    Alhamdulillah…

    - kepada ♥airkoS0ng~

    fasal puisi - thanks…
    fasal komen - terharu bila kamu kata kamu dan adik-adik kamu baca semuanya.

    Semoga Allah redha…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  22. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikm,

    kpd nur,

    perihal komen, telah saya jelaskan dalam jawapan2 saya kepada pembaca di komen di atas.

    Teriima kasih…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  23. naurah says:

    salam,,,
    syukran ‘ala hazihi qalam,,,
    amat menyedarkan ana,,,
    syukran kasiran,,,

  24. solehah says:

    SaLm pErJuAnGaN

  25. unknown says:

    salam…
    mgkin sj org tak bg komen..
    tp yg kita harapkan org yg mmbaca itu trdetik hatinya ntk menuju perubahan..
    harap enta teruskan perjuangn..
    pesan ana, pa pown yg d lakukan mstilah berpaksi kn krn Allah…
    jgn dikira bilangan yg yg mghadirkan diri dlm blog enta, tp kenali siapa yg inginkan pengisian jiwa..ana rasa enta lg maklum tntg ini…
    asif andai kata2 ana memwat kan enta terasa hati, tp ini lah pesanan yg ana ingn smpaikan..
    shuqron..

  26. laksamana laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada naurah

    Alhamdulillah. Sama-sama menuju kepada kebaikan…

    - kepada solehah

    Salam perjuangan…

    - kepada unknown

    Em… Ana rasa, bab bilangan komen ke, berapa ramai orang hadir ke, ana dah terangkan kat jawapan2 ana pada komen orang lain.

    Ana tak kisah berapa ramai orang datang. Ana bangkitkan fasal komen, adalah atas kerisauan ana takut mereka tidak faham apa yang ana sampaikan.

    Itu sahaja.

    Terima kasih atas ingatannya…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

  27. My Sufic says:

    :grin:

    i love this one..

Leave a Reply