Mengikut sumber-sumber yang sohih, Israel sudah bergerak hendak meruntuhkan Al-Aqsa. Sama ada ini hanyalah gimik daripada Kerajaan Israel, atau memang benar hendak dilakukan, ia tetap adalah sesuatu yang tidak boleh kita berikan toleran.
Tetapi, saya tidak akan menuding kepada Israel yang menunjukkan kekejaman.
Sudah tugas mereka menjadi saingan.
Saya hanya akan menuding jari pada mereka yang bergelar ISLAM tetapi mendiamkan dirinya dari memberikan bantuan.
Sebab sepatutnya tugas mereka adalah membantu saudara mereka dalam kesempitan.
Puisi: Bila Aku Betul Diroboh
Bila aku betul roboh: Luahan Sebuah Al-Aqsa
Bila aku betul diroboh
masa itu baru aku akan mendengar
esak teriak manusia bodoh
yang selama ini membiar
aku dirogol si pembunuh
Bila aku betul diroboh
baru hendak tersedar
akan ketidak perdulian
yang 6 dekad sudah bergegar
Bila aku betul diroboh
masa itu baru diperhatikan
di manakah kesilapan
apakah selama ini telah dilakukan
namun tika itu sudah terlambat ditinggal zaman
Bila aku betul diroboh
sudah tiada guna segala sesal
bukannya aku tidak mungkin dibina semula
tetapi kerobohan aku bukti kesengetan akal kamu semua
Atau lebih sedih lagi
bila aku betul diroboh nanti
kalian tetap diam membisu
bodoh terus tuli membatu
seakan tiada harga langsung pada diriku.
Ternyata,
kondisiku
adalah kayu ukur paling pantas
untuk menilai keadaanmu
Sama ada benar, atau telah terpesong dalam dunia yang menipu
~angkasa
10.23malam
16 Mac 2010
Lagu Through The Dark
Puisi Bila Betul Aku Diroboh





aku ingin membina.
[Reply]
mohon izin untuk mengambil post ini untuk di pamerkan di blog ana sebagai iktibar semua.
[Reply]
assalamualaika…
apa saranan hilal sendiri?
apa yg perlu KITA semua lakukan?
@menghantar delegasi menyuarakan bantahan?
@membuat demo besar2an?
@mendesak PBB [yg tunduk sujud bertuhankan kuasa besar AS] untuk menghentikan israel?
@pengeboman berani mati?
@sekadar sebar2kan berita via mel,ym, blog, sms?
@berdoa semata2?
kalau jawapannya ‘kamu fikir sendiri’ itu sangatlah mengecewakan.
kerana sy memang tidak ‘nampak’
kerana sy yakin masyarakat islam kita tidak ‘nampak’
terlalu dangkal diasak hedonisme
hanya menjerit beria2 meminta manusia bangun bersama berjihad
hanya kata2 bersemangat berkobar2
hanya ada saranan idea, itupun bagi yg hendak berfikirkan idea
itu sahaja yg ‘boleh’ dibuat
itu sahaja yg selama ini saya ‘nampak’
tapi strateginya hanya ada HABUK
minta maaf jika tersinggung, atau menyinggung perasaan sesiapa, tidak saya tujukan soalan ini pada sesiapa secara khususnya, bahkan lebih kepada menyuarakan apa yg terawang2 di benak saya selama ini.
minta semua melapangkan hati sebesar2nya untuk sama2 kita bincangkan APA YG BOLEH/PATUT KITA BUAT serta ADAKAH APA2 YG SEPATUTNYA KITA BUAT. harapnya yg dicadangkn itu betul2 bermanfaat, bukan sekadar teori.
segala kekasaran bahasa didahulukan dengan ucapan maaf.
————————————————————————-
“Siapa nak mulakan, dari mana nak bermula?”
ini soalan sy tadi.
Ia perlu bermula dari diri kita. Biarkan pun kita keseorangan di dalam seruan ini, kita tetap akan sampaikannya.
Jika tidak ada kesan di dalam masa kita hidup sekalipun, kita harapakan ajakan ini akan disambut oleh anak cucu kita. Tidak di zaman kita orang Islam akan bersatu sekalipun, kita harapkan zaman anak cucu kita nanti.
Tapi seruan ke arah itu perlulah dimulakan.
Bersatulah di dalam perkara yang kita dapat bersatu dan berlapang dadalah di dalam perkara khilaf. Kalau memang dah tak boleh, bertegaslah, tapi tetap kita harapkan agar Allah bimbing kita.
jadi kepada Hilal yg turut sama2 melaungkan seruan, syabas, moga Allah redha. kepada yg lain, jom kite sama2 menyeru, fikir strategi, dan sama2 BUAT.
-insan yg masih berdiri di pinggiran sungai ilmu&kehidupan-
[Reply]
apa yg kamu buat? slain sajak ni,
[Reply]
ya, sy stuju sangat dgn pandangan Farhanem…
manusia yg matang, manusia yg mampu bfikir, bkn bdasarkan usia dan geraklaku…bkn bdasarkan rasa diri matang berbanding yg sekitar, atau rasa diri hebat melebihi yg lain..bkn yg rasa diri tua menunduk menghina yg muda..tp manusia matang mampu BERTINDAK dengan wajar dan rasional bila berhadapan dan bersemuka dengan sesuatu masalah yg di luar jangka…yg bila terpaksa berhadapan dgn keadaan sulit, dia masih tenang dan tidak gelabah…bkn hanya dengan kata2 motivasi dalam keadaan kita tidak bermasalah, tp matang bila kita sendiri terjepit dalam keadaan bermasalah dan misery..bkn dgn kata2 perangsang pembangkit semangat org lain dgn obor2 yg montok perjuangan kita dikatakan matang…tp matang mendidik diri berfikir dgn waras dan bertindak selari dengan keadaan..
benar apa yg dikata farhanem…kita sibuk memperjuangkan itu ini…tp kita tak berfikir akan penyelesaian masalah..kita hanya mencari akar umbi punca…seperti org bergaduh, menjegil mata menuding2 salah lawan, penyelesaian tidak dicari.spt menggali punca budak2 keciciran pelajaran, cara membasmi kelemahan tidak dimuafakat…maka keciciran semakin membengkak..apalah guna menuduh2, menggasak2 yg lain tidak peduli sedangkan cara untuk mencari penyelesaian tidak ada….bkn kita tidak tahu AS meluluskan berbilion2 USD membantu Israel, sbg bekalan sepuluh tahun akan dtg…bermulanya israel menandatangani perjanjian damai dgn mesir dlm 40 tahun lalu..bkn kita tidak tahu betapa susah dan panjangnya masa Salahuddin Al-Ayubi memerdekakan Palestin setelah tersungkur di kaki Crusaders…bukan tidak sedih mengenangkan peristiwa sabra shatilla…
kita yg kecil ini, memg perlu bercita2 besar..perlu bersemangat..tp hal sebesar memerdekakan Palestin, kita perlu berpijak di tingkat kita berada sekarang ini. kita yg tidak mampu utk pergi berperang dalam keadaan kita sebagai pelajar, yg bekerja….bkn kata tidak peduli…tp berpijak pd kondisi kita dan status kita…yg belajar , belajar bersungguh2…tidak salah mengejar A..tidak salah mengejar akademik ke peringkat tertinggi, sbb org2 yg berilmu akan dihormati..bkn kata mengejar penghormatan, tp bila kita berada di tahap org mendengar suara kita, maka obor2 kita dan tindakan mahu memperjuangkan deen akan lebih efektif…usaha kita lebih meluas mahu meninggikan darjat hidup org sekitar dgn seimbang kedua2 cabang…kejarlah akademik setinggi mungkin, seiring dgn intipati dn pemahaman dan amalan agama…semakin luas kemahiran, semakin banyak cabang kita mampu kuasai, semakin nmpk jalan dan lorong meluaskn jajahan agama.
itu yg wajib dulu kita dahulukan..masalah Palestin, jangan tidak dipedulikan…cuma utamakan yg kita termampu dan wajib..
[Reply]
.kalo benda tu dh roboh..bru nak angkt…
knpe skrg ni kita x buat pa2 pun? semntara blm roboh, mari kita cegah..sblm nasi menjadi bubur….
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada naimul firdaus
Bermula dengan diri sendiri, tersebar kepada keluarga, masyarakat seterusnya seluruh dunia.
- kepada mujahidah saifulmujahidah
Silakan…
- kepada farhanem radziah
Saya tak berapa nampak kepada siapa kamu tujukan ‘bahagian pertama’ komen kamu itu.
Tapi saya bersetuju dengan ‘bahagian kedua’ komen kamu itu.
Cuma pandangan saya terhadap ‘bahagian pertama’(disebabkan kamu bertanya saya apa yang saya lakukan, strategi dan sebagainya) maka saya akan menjawabnya.
Saya nampak bahawa, permasalahan Palestin bukan permasalahan negara lain. Ia bukan isu kaum lain. Jauh sekali isu agama orang lain.
Bilakah bermulanya masalah Palestin?
Semenjak dahulu lagi, Palestin merupakan tanah rebutan. Di situ wujudnya Yahudi menyatakan ia adalah Haikal Sulaiman. Di situ wujudnya Kristian yang menyatakan di situ adalah tempat lahi Nabi Isa. Di situ juga terdapat kita, orang Islam yang menyatakan bahawa Baitul Maqdis adalah tempat Isra’ Mi’raj Rasulullah SAW.
Kalau kita lihat, keadaan Palestin dan keadaan ummat Islam amatlah berkembar. Kalau keadaan Palestin sihat, maka keadaan ummah juga sihat. Ini boleh dilihat pada zaman Umar Al-Khattab RA. Bagaimana sihatnya ummat di zamannya, sehingga Palestin mampu ditawan dan dikembalikan haknya sebagai rumah Allah SWT.
Kita dapat melihat lama selepas zaman itu, ummat Islam berpecah dan tikam menikam sesama sendiri. Akhirnya Palestin jatuh kembali.
Selepas itu, kita dapat melihat ummat di zaman Salahuddin Al-Ayubi, bagaimana sihatnya mereka dan bagaimana Palestin itu kembali ke tangan yang berhak.
Dan kita lihat semula pada kejatuhan Palestin yang hingga ke hari ini tidak mampu dibebaskan, bagaimana kondisi ummat kita.
Saya tidak mahu ulas jalan-jalan yang kamu berikan.
Saya percaya bahawa, masalah Palestin ini akan selesai apabila kondisi ummat itu berjaya diperbaiki. Apabila wujud satu kumpulan manusia yang benar-benar Allah redha dan Allah cintai, di situ Allah akan membenarkan pembebasan Palestin.
sebagaimana Umar Al-Khattab telah lakukan, sebagaimana Salahuddin Al-Ayubi telah lakukan.
Menghantar delegasi, buat desakan, mengangkat senjata, semua itu perlu pada saya. Saya tak kata benda itu tak kena buat. Bagi pihak-pihak berkuasa yang mempunyai kuasa, sepatutnya dilakukan semua itu dengan giat, segera dan bersungguh-sungguh.
Tetapi pada masa yang sama, kita yang tidak mampu berbuat seperti pihak berkuasa, perlu menggunakan segala kuasa dan tenaga yang ada pada kita untuk mengislah diri, keluarga, masyarakat dan ummah.
Ini adalah jalan utama untuk membebaskan palestina.
Ini strategi saya. Strategi nafas panjang. Yang mungkin hari ini manusia tidak akan dapat melihat hasilnya. Sebagaimana Rasulullah SAW di awal dakwahnya. Tiada siapa percaya manusia yang dipijak, diseksa, dibaling najis, dituduh gila itu akan menguasai semenanjung arab. Tiada siapa juga menyangka apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu akan tersebar ke seluruh alam.
Namun kita lihat, selepas itu apa yang terjadi. Dengan usaha baginda berdakwah dan mentarbiyah, kita dapat melihat, bukan sahaja Palestin dibebaskan pada zaman Umar. Tetapi 2/3 dunia tersimbah dengan keberkatan Islam.
Saya, hanya melakukan apa yang Rasulullah SAW lakukan dahulu. Dan saya mengajak manusia ke arah apa yang Rasulullah SAW lakukan dahulu.
Jadi bagaimana dengan jawapan saya?
Seingat saya, dalam banyak2 komen sebelum ini, saya tidak pernah menjawab: “Itu kamu fikir sendiri” melainkan benar soalan itu memerlukan si penyoal memikir sendiri.
- kepada uh
Apakah saya patut cerita?
Detailnya mungkin tak boleh.
Tapi umumnya, saya telah ceritakan dalam menjawab komen Farhanem.
- kepada maza ismail
Maaf. Ini kali kedua (akak?) Maza Ismail memberikan komen. Kedua-duanya di bawah isu Palestin. Dan kedua-dua mesejnya kelihatan serupa.
Saya tidak mahu kupas isu komen akak kepada saya. Saya kira, dengan saya bertolak ansur pada komen lepas dengan hanya menyatakan: “Terima kasih”, maka akak akan bertenang dan memandang rasional tulisan saya.
Tetapi nampaknya tidak.
Saya tidak faham sebenarnya apa yang akak ingin tunjukkan pada saya. Adakah kupasan isu Palestin ini, atau saya menjadi isunya.
Jadi, saya hendak bertanya, apakah yang akak nampak dalam penulisan saya? Apakah yang akak lihat, bila saya berbicara perihal Palestin?
Hendak ajak pergi menyerang israel terus?
Saya suruh berhenti belajar kah?
Adakah saya kata: “Pengislahan ummat sudah tidak perlu. Semua kena bangkit menghujani Israel dengan peluru” ?
Begitukah?
Adakah dengan saya berkata: “Mari bangun berjuang!” Itu bermakna: “Mari mengangkat bazooka, mari keluarkan kereta kebal” ?
Adakah apabila saya berkata: “Saya menuding jari kepada…” Bermaksud saya menyalahkan semua peringkat?
Pada siapakah saya menuding jari?
Kenapakah saya menuding jari kepada mereka?
Adakah dengan ayat menuding jari, bermaksud: “Itu salah dia lah. Aku tak salah apa-apa”
Adakah begitu maksud saya?
Akak nampak tahu banyak perihal sejarah.
Mungkin akak boleh hurai dalam blog akak, bagaimana Israel itu betul-betul mampu masuk ke Palestin.
Kalau bukan kerosakan ummah yang menyebabkan kejatuhan khilafah, seterusnya membuka pintu kepada penjajahan Palestina, maka tunjukkan pada saya sebab-sebab yang lain.
Saya sentiasa melihat bahawa, hendak menyelesaikan masalah, perlu kembali kepada akar. Kita tidak mahu memotong cabang. Kita hendak mencabut akar terus sekiranya akarnya tidak elok. Tetapi, apakah akar umbi yang difahami?
Saya faham bahawa, masalah palestin, akarnya adalah masalah keimanan masyarakat, masalah hubungan masyarakat dengan Allah SWT. Maka, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah mengembalikan masyarakat ini kepada AllahSWT.
Adakah saya ini terburu-buru?
Akak boleh melihat post-post saya sebelum ini, cerpen-cerpen saya, novel-novel saya, ke arah mana saya bawa pembaca-pembaca saya?
Adakah meninggalkan pelajaran, berteriak “Bebaskan Palestin, bebaskan Palestin”, mengangkat sepanduk, tuding jari salah dia, tuding jari salah itu, mengangkat senjata pergi memberontak…
Adakah itu penulisan saya selama ini?
Atau saya sedang melakukan apa yang akak kata: “Berdiri di peringkat kita” ?
Saya harap, kita sama-sama melihat perkara ini dengan telus.
Sama ada akak tujukan komen akak atas penulisan saya, atau komen akak memang ditujukan untuk permasalahan Palestin, saya kira kita sama-sama kena rujuk semula.
Dan akak akan nampak bahawa saya memilih jalan panjang. Sebab saya yakin, jalan panjang, maka kesannya akan lebih panjang. Mungkin, saya ambil jalan panjang yang lebih panjang dari apa yang akak fikirkan.
Akak boleh menilai kata-kata saya.
(adakah dengan menjawab komen akak ini bermakna saya telah memandang diri saya lebih matang dari suasana? Tidak beradab pada orang tua?)
Saya manusia, akan terus belajar dan belajar.
Semoga Allah redha…
~seorang hamba..
Hilal Asyraf
[Reply]
ermmm..nampak gayanya kes ini sudah jadi lebih panjang…rupanya hilal menganggap akak tidak bertenang selepas isu lepas (isu lepas mungkin membengkak di hati hilal sehingga terjadinya perdebatan mcm ini..sbb akak sudah lupa apa yg ditulis isu lepas)..akak menulis komen tanpa rasa marah, berdendam atau berunsur khianat…hilal maksudkan hilal bertolak ansur dlm isu lepas bermakna ada sesuatu yg tak kena di lubuk hati hilal…menyimpan sesuatu.sedangkan komen akak menghinakah???akak komen berdasarkan pendirian akak. cuba balik baca dlm keadaan TENANG.
menjawab persoalan hilal:komen itu ditujukan pd hilal atau isu palestin?kalau komen itu ditujukan pd hilal atas rasa benci atau apa saja yg dianggap tidak baik, maka akak tidak akan komen “like” pd status2 hilal di fesbuk…tidak akan memuji hilal atas artikel2 menarik…corak penulisan org tak sama..kenapa perlu akak mengkritik?akak menyarankan hilal membaca buku2 tokoh2 besar supaya membuka dan meluaskn lagi corak pemikiran…supaya lebih tinggi perginya..dalam komen di atas, akak tidak cakap akar dan punca itu tidak perlu digali….akak maksudkan selepas mencari akar, cabang dan cantas juga perlu…selepas mencari punca, penyelesaian juga perlu..baca balik;
“benar apa yg dikata farhanem…kita sibuk memperjuangkan itu ini…tp kita tak berfikir akan penyelesaian masalah..kita hanya mencari akar umbi punca…seperti org bergaduh, menjegil mata menuding2 salah lawan, penyelesaian tidak dicari.spt menggali punca budak2 keciciran pelajaran, cara membasmi kelemahan tidak dimuafakat…maka keciciran semakin membengkak..apalah guna menuduh2, menggasak2 yg lain tidak peduli sedangkan cara untuk mencari penyelesaian tidak ada….”
hidup tak semua yg kita rasa betul, betul juga di pandangan org lain.kalau sama pandangan, maka dunia ini hanya akan bjalan lurus.tidak ada perkongsian idea.tidak ada ciptaan yg pelbagai. akak tidak kata hilal mahu berhenti belajar, akak tulis tu pesanan utk pelajar dan juga yg sudah bekerja..cube baca balik;
“kita yg tidak mampu utk pergi berperang dalam keadaan kita sebagai pelajar, yg bekerja….bkn kata tidak peduli…tp berpijak pd kondisi kita dan status kita…yg belajar , belajar bersungguh2…tidak salah mengejar A..tidak salah mengejar akademik ke peringkat tertinggi, sbb org2 yg berilmu akan dihormati..bkn kata mengejar penghormatan, tp bila kita berada di tahap org mendengar suara kita, maka obor2 kita dan tindakan mahu memperjuangkan deen akan lebih efektif…usaha kita lebih meluas mahu meninggikan darjat hidup org sekitar dgn seimbang kedua2 cabang…kejarlah akademik setinggi mungkin, seiring dgn intipati dn pemahaman dan amalan agama…semakin luas kemahiran, semakin banyak cabang kita mampu kuasai, semakin nmpk jalan dan lorong meluaskn jajahan agama.”
salahkah?ada akak menghentam hilal?ada akak menghina hilal???baca komen dalam kondisi tenang dan terbuka, impak bacaan akan lebih meluas…kalau terasa hati artikel kita dikomen, maka kita perlu tingkatkan lagi jati diri kita terhadap provokasi org..yg akak pernah baca biografi org, untuk berjaya org berjaya pernah lalui mcm2 provokasi..pengkhianatan..berdepan dgn segala kritikan org…yg perlu kita buat, TENANG…jangan mahu artikel2 kita dipuji saja (mungkin ini pengulangan)…
akak menulis coretan sejarah itu di blog hilal dgn niat mahu berkongsi..dgn hilal juga pembaca blog ni.akak boleh tulis sejarah itu di blog akak sendiri.tp ada sebabnya untuk tidak itu.akak mengungkit sejarah sikit di sini, berdasarkan tajuk ini..isu palestin.kalau rasa tidak sesuai akak selitkan apa2 di sini, itu akak tidak kisah.dtg ke sini niat mahu berkongsi, disalah erti lebih baik mengundur diri.
isi yg sama mengikut kata hilal:isu lepas memang tajuknya palestin…tp ade isu lepas akak komen perihal punca?ade akak komen perihal kematangan?kalaulah isinya berulang, bukankah pengulangan sesuatu yg penting itu baik?kalau tidak, tak perlulah org mengulang menyuruh solat…mengulang menyuruh mengingati mati.kalaulah akak ini punya rasa benci, tak perlu akak mendedahkan identiti nama sndiri di sini.org mahu menghentam, akan menyembunyikan profile diri.
satu kita kena ingat, jangan syak wasangka pada orang.kebalkan jati diri. hidup kita masih pjg. masih bnyk liku2 yg terpaksa berdepan dgn org.tambah bila dah kerja nanti.berdepan dgn tahap pemikiran yg x sama dgn kita. perlu terbuka. kita manusia lemah yg tak sempurna semua.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada Akak Maza,
Saya senang dengan komen akak ini.
Saya hanya menulis, berdasarkan apa penulisan akak.(adakah ini syak wasangka?)
Akak baca komen akak yang ini dan komen akak pada isu palestin yang lepas, kemudian akak lihat pula isinya.
Tidakkah komen akak terkeluar dari hadaf penulisan saya?
Sebab itu saya mula menilai. Apa sebenarnya yang akak mahu daripada komen akak. Akak menuju kepada saya, atau itu memang pandangan akak terhadap Palestin?
Saya risau itu adalah ditujukan kepada saya, maka saya bertolak ansur untuk tidak memanjangkan. Yang mana saya faham, kalau saya panjangkan, ia akan menajadi panjang macam apa yang menjadi panjang hari ini.
Jadi, adakah saya berusaha menjawab komen akak. Adakah ia bermakna saya ini tidak tenang?
Maka bermakna, semua penulis yang menjawab komen berbentuk provokasi adalah penulis-penulis yang tidak tenang.
Adakah dengan menjawab komen akak bersama soalan-soalan juga, bermaksud saya tidak tenang?
Saya katakan, sama ada akak menujukan kepada saya, atau akak menujukan komen akak kepada Palestin, kedua-duanya perlu dirujuk semula.
Sebab saya tak pasti, akak menujukan komen akak kepada siapa.
Saya kah? Atau isu Palestin kah? sebab saya lihat akak muncul dengan dua komen yang lebih kurang sama dalam isu yang sama.
Maka saya tak pasti. Akak menuju kepada saya kah, atau akak menuju kepada Palestin.(apakah ini syak wasangka?)
Jadi, saya menjawab komen akak dengan soalan.
Biar kalau isunya adalah saya, ia terjawab. Biar kalau isunya adalah Palestin, ia juga terjawab.
Saya suka kalau ia isu saya maka ia jadi clear kenapa saya tulis sedemikian. Saya suka kalau ia isu Palestin, maka ia jadi clear kenapa saya tulis sedemikian.
Jadi, kalau isu akak bukan saya, isu akak dalah Palestin serta teguran pada orang ramai, saya tak nampak kenapa akak perlu membalas dengan komen menyatakan saya perlu membaca dengan tenang, dan sebagainya. Kalau akak nampak saya salah faham dengan komen akak, saya rasa, yang akak perlu jawab adalah begini: “Hilal dah salah faham ni. Sebenarnya akak maksudkan begini”
Jadi, apakah saya boleh katakan bahawa akak juga bersyak wasangka pada saya kerana akak tersalah interprestasi komen saya? Adakah saya boleh menyatakan akak supaya perlu bertenang bila membaca komen saya kerana saya nampak akak tersilap faham komen saya di atas.
Mungkin silap saya, sebab menjawab komen akak dengan sesuatu yang mudah disalah interprestasi.
Saya budak baru belajar. Dan akan terus belajar.
Ini pengajaran yang baik untuk saya.
(Adakah dengan ini, saya dikatakan sentiasa merasakan diri saya betul? Adakah saya tidak terbuka?)
Semoga hubungan kita tidak terganggu dengan perbincangan ini.
Pada saya, ini perbincangan yang baik.
Untuk saya terutamanya, dan untuk akak juga.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
biarlah apa2 pun tak perlu hal ini jadi besar.mcm akak kata tadi “corak pemikiran kita tak sama”…kalau jwpn hilal utk soalan itu begitu..mungkin cara jwpn akak utk soalan itu begini…kalau blh akak rasa tak perlulah mengharap org akan jwb soalan spt yg kita bayangkan cara jwpnnya mcm mana.sebab kita akan mula jadi slh faham dan benda akan berlarutan.
kita pendekkan di sini dan tak perlukan pertelagahan.mungkin ada perkara lebih penting utk hilal selesaikan dan urusan lain utk akak utamakan..cuma, sama2 kita ingat mungkin hal sekecil2 zarah, boleh jadi perdebatan yg blh merenggangkan keadaan dn takut2 nanti padahnya terputus tali ukhuwwah..bkn untk hal ini saja, tp utk hal2 lain..dn kita perlu bersedia, kdg2 pandangan tidak hanya merangkum tajuk itu saja, kdg ia boleh berkait dgn isu2 lain yg dibawa org..maka di situ, kita kena terbuka menerima…dan sekaligus ilmu lbh bertambah kerana hadap isu kita lain, tp ditambah pula masuk isu lain yg kita dpt intipatinya dalam satu masa…
akak juga tidak mengatakan bila org tidak tenang diprovokasi tidak blh menjawab, akak cuma kata kita perlu tenang menerima provokasi utk berjaya.jgnlah kerana ayat2 yg mcm ini, pertelingkahan berlaku.mungkin akak lebih berumur dr hilal dan tidak bermakna akak kata hilal tidak matang.akak sendiri dlm kelompok guru muda yg hanya br 4 tahun bkhidmat, dlm kelompok beberapa org saja yg sebaya…the rest smuanya guru2 bpengalaman yg berpuluh2 tahun mengajar..yg bekerja dan kdg2 menganggap kita mentah dn kurang pengalaman…wpun kdg2 kita terasa kerana kurgnya diberi kepercayaaan, tp kita faham mereka memg berpengalaman dan pengalaman itu bkn sedikit….sabar dan raih sbnyak mungkin dr org lbh tua.
tak kiralah isu itu dikaitkan dgn palestin atau hilal…yg penting kita dpt isi dn mesejnya..tak perlu kerana palestin, yg di sini pula bertelagah kerana hal kecil…apapun, u have the smart brain n may ur hard work will bear fruits.salam.
assalamualaikum.
[Reply]
hmm..nice work..
[Reply]
salam..
maza ismail-hilal
hilal-maza ismail
sudah2 la ye.. jgn gaduh2……………….
[Reply]
hmm…mungkin 2 buah cerpen ini dpt membantu apa yang perlu diketahui dalam isu Palestin…
http://ms.langitilahi.com/cerpen-penyelesaian/
http://ms.langitilahi.com/cerpen-wahai-ummah-aku-memanggil-manggil-kamu/
[Reply]