
Gambar tak ada kena mengena. Tapi kenalkan, ni namanya Faiq. Dia junior saya, merangkap sahabat. hu3
Ah, nak akhir tahun. Hari ini tangan saya kepanasan pula walaupun suasana Irbid sangat sejuk hari ini. Tapi bukannya sesejuk Russia(Syed Ahmad Fathi) dan Korea(Tengku Muhammad Fahmi) sampai turun salji. Jadi saya fikir, selagi diri saya tak terbeku, selagi itu saya boleh buat macam-macam kerja.
Satu puisi yang muncul ketika hampir-hampir maghrib.
Enjoy.
Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga diriku ini
Kau hanya memandang dari jauh
Dan mendengar-dengar kisah dari yang lain
Atau kau melihat senyum tawaku yang menjelekkan hati
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Buruk buruk itu sahaja yang kau ulang sehari-hari
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan juga deritaku ini
Kupalsukan segala sakit dengan senyuman
Menanam segala sengsara dengan tawa kegembiraan
Kejayaan demi kejayaan
Aku capai dengan pengorbanan
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak pernah ingin mengenali
Itu ini itu ini kau lihat pada zahirku ini
Hanya nilaian kau dari jauh dan cerita-cerita orang lain
Kau tidak faham
Dan kau tidak mengenali
Aku, aku dan kehidupanku ini
Kau ungkit semua dosaku yang lalu
Kemudian kau maki aku yang kini
Kau lemparkan kepadaku semua kesilapanku yang dahulu
Lalu kau caci aku yang hari ini
Buruk itu buruk ini kau ungkit berkali-kali
Seakan-akan aku ini langsung tidak berubah dan tidak meningkat seinci
Kau tak akan memahami
Kerna kau tidak bergerak untuk mengenali
Itu ini itu ini kau ungkit atas zahirku kini
Hanya nilaian kau dari emosimu sendiri
Ketahuilah
Kalau kau tahu apa yang aku lalui sehari-hari
Maka kau akan sedikit ketawa
Dan banyak menangis di dalam hati
Tetapi kau tidak memahami
Kerna kau tidak bergerak mengenali
Sedang aku
Bergerak mendekatimu
Dan berusaha memahamimu
Walaupun aku gagal hingga ke hari ini
~angkasa
30 Disember 2009
4.30 petang
Hampir maghrib
Aku rapuh saat kau pergi
Puisi Kau Tidak Faham, Kau Tidak Mengenali
Ps: tiada kena mengena dengan realiti saya. Tapi siapa ada gaduh dengan kawan ke, kawan salah tuduh ke, isteri tiba-tiba marah ke, suami tiba-tiba mengamuk ke, anak tak fasal-fasal kurang ajar, ha… boleh bagi puisi ini kat dia. Tapi kena pastikan situsi diri seperti ‘aku’ dalam puisi la. Kalau tak, tak jalan.





assalamu’alaikum
“memahami aku,
xsemudah membaca kata2 ku,
kerana aku adalah aku,
yang takkan kau kenali,
tanpa menyingkap kisah-kisahku”
huu.. syabas saudara…
entah sudah kali keberapa ana memberi kan penghargaan.. maaf.. cuma , ini lahir dr rasa bangga seorg insan terhadap seorg insan lain… mungkin juga.. dr seorg hamba kpd seorg hamba…
tp sesungguhnya… saudara sememangnya berbakat besar.. kalau ana, cukup sukar sekali mahu menari2 kan pena, dan mencurah ilham ttg sesuatu y bkn ttg ana… selalu nya… (kalau ada puisi2 y ana nukilkan) … semuanya berkenaan ana.. perasaan ana.. cerita dan kisah ana… dan kalau mencuba mahu mengatakan y bukan ana.. maka akan ada kejanggalan pada penulisan ana… dan bukan setiap kalinya ana boleh menulis… ada masa2 nya… kalau ada ilham… ada mood… baru lah minda ni boleh bergerak… tambahan kalau tgh mood sedih.. haish bnyak la kata2 ana… dan disebabkan itu ana mendoakan bengkel penulisan dan projek rahsia saudara itu segera ke malaysia… siapa tahu , ana bisa sahaja menulis seperti saudara (walau tidak sebagus saudara
) … semoga segera ke malaysia, ye…
P/s: doa dan terus berdoa… utk ana, saudara dan mereka semua
~amin~
salam
ikhlas
serikandi
[Reply]
salam,puisi nie sgt berkait rapat dgn akk..malah inilah yg akk rasakn saat nie..hilal2,sering sje post awk berkait dgn prsn akk…
jgn slh phm statment sy(sering sje post awk berkait dgn prsn akk)…tp mmg i2lah yg b’laku..hihi..
[Reply]
Alhamdulillah, maksud tersirat blh jadi byk tafsirannya bergantung kpd org yg membaca..err nak tanya,
Bolehkah muslimah mendeklamasikan sajak/puisi/syair di khalayak?
Cthnya ketika dalam pertandingan puisi.
Jzk
[Reply]
puisi ini sama dengan apa yang saya lalui skarang…manusia memang xkan memahami dan mengetahui..Hanya ALLAH yang lebih mengetahui…persoalan “kenapa” “apa” “bagaimana” tidak perlu kita ketahui kerana manusia lemah mengetahui segalanya….. (wallahu’ alam)
[Reply]
great poem hilal!!! tersentuh baca puisi ni. :’(
[Reply]
alhmdulillah…
menarik… satu puisi di petang hari…
cuma nak tambah sikit je… saudara hilal ada berpesan yang kita kena pastikan situsi diri kita seperti ‘aku’ dalam puisi tersebut. Kalau tak, tak jalan.
mungkin tak salah jugak kalau kita letak kan diri kita di tempat ‘kau’ sebagai peringatan dan muhasabah diri…
mana la tahu kita rasa diri kita ni sebagai ‘aku’ pada realitinya kita bersikap seperti ‘kau’
kerana di saat kita melafaz kan bait2 puisi ini telingat yg paling dekat mendengar kata2 antara kau dan aku.. adalah telingat kita sendiri…
jadi tepuk dada tanya iman~~
^_^
[Reply]
tq
puisi ini memberi sentuhan hati yg parah ini
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada jadikan aku serikandi
Dan saya hanya mampu mengharapkan, Allah mengurniakan saya kebaikan demi kebaikan dari bicara kamu.
Semoga Allah redha dengan kita semua…
- kepada srikandi dataran syam
InsyaAllah, tiada orang akan salah faham. Akak adalah akak hilal. Sama aja macam akak Syarifah Nurul Hidayah, akak Ruqayyah, akak Aisya dan akak-akak lain yang ada dalam hidup Hilal.
- kepada Yuana
Tidak salah jika kena adabnya.
Tidak bertabarruj, tidak pula sengaja mendayu2kan suara.
pakaian semestinya menutup aurat.
- kepada Bulan
Saya rasa, kita perlu tahu apa, kenapa dan bagaimana. Baru tahu hendak bergerak dengan apa, kenapa bergerak dan bagaimana cara hendak bergerak.
hanya perkongsian pandangan.
- kepada Layang2
Alhamdulillah….
- kepada nurhujjatul_iman
Ini satu point of view yang cantik.
Terima kasih.
- kepada hamba allah
Alhamdulillah. Kita harapkan keredhaan Allah SWT daripadanya…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]