Hari ini sepatutnya hari cerpen.
Namun memandangkan hari ini masih musim orang beraya di kampung, jadi saya rasa, cerpen boleh kita tangguhkan ke sabtu minggu hadapan.
Tetapi, sabtu hari ini tidak akan berlalu kosong sahaja. Saya ada puisi untuk semua.
Terima lah - Kembali Kepada-Nya
Kembali kepada-Nya
Berlari,
mencari erti
dalam gelita yang menyelubungi
untuk mendekati Ilahi
Rasa sempit,
perlukan ketenangan,
terhimpit,
perlu sesuatu yang mampu melepaskan
tiadalah kebenaran
melainkan dijumpai pada puncanya
andai tidak kembali
sampai kiamat nanti terus mencari
sujudlah di atas sejadah hamba
melututlah di hadapan Yang Menguasai Segala
lepaskan segala tali-temali yang menyeksa
kembalikanlah dirimu kepada-Nya
seikhlas jiwa
sebersih hati
agar hidup mendapat ketenangan
yang abadi
~angkasa
6.30pg
11 Zulhijjah, 28 November 2009
bilik
nasyid opick sedang berkumandang
sejuk






Salam.
Ini ana lalui smlm.. Tenang, sgt tenang..
[Reply]
Saya dah lama menceburi perniagaan forex diinternet, dan dengan tidak semema semena seorang ustaz telah memberi komen kepada saya bahawa forex melalui interternet adalah haram, atas alasan sesuatu perniagaan perlukan ijab dan kabul. Oleh itu saya mohon penjelasan tuan dalam perhara ini.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada hamba mencari,
ya kah?
Alhamdulillah…
kepada wan malik,
saya sebenarnya tidak faqih dalam bidang usul fiqh dan bisnes islam. Pegajiaan saya dalam bidang Usuluddin. Maka senang saya katakan agar anda merujuk pakar bidang ekonomi Islam seperti Ustaz Zaharuddin untuk jawapan sebegini.
Tambahan, saya tidak mengkaji, mahupun terlibat sama sekali dengan apa-apa perniagaan di internet. Forex tu pun saya tak tahu apa dia.
Semoga Allah redha anda.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]