Sempena penerbitan Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi, saya ada puisi khas yang saya dedikasikan untuk seorang yang amat istimewa dalam hidup saya.
Anda dijemput membacanya untuk berkongsi rasa.
****
Puisi khas untuk dia…
Hari ini hari bertuah,
17hb April 2009 penuh rahmah,
dalam hari jumaat penuh barakah,
hari aku menyiapkan lakaran langit sejarah,
satu puisi istimewa kucoret,
untuk mengenang dia yang setia di sisi,
walau seringkali diri dicabar perit,
dia tetap bersama walau sukar membelit.
tiada sahabat yang sebaik dia pernah aku jumpa
dialah yang terakrab denganku sebagai manusia
tidak pernah sekali kami berjauhan
tidak pernah sekali kami bermusuhan
zaman lalu zaman gelap
semua manusia mencaci maki menjauhkan diri
tetapi dia di sisiku sentiasa tetap
terus memberi nasihat memperbaiki diri
masa berlalu bukanlah sepantas cahaya
sebelum mampu berlari, merangkak-rangkak jua
dan dialah yang tenang bersamaku sentiasa
berdikit-dikit meningkatkan kekuatan bersama
satu waktu,
dunia menjadi sempit
manusia semua membenci
tidak kurang juga yang memandang sinis
dia tidak berpaling
malah dipelukku yang sedang menangis
” tenang, tenang”
bagaimana mata tidak terus bergenang?
dia tetap bersamaku susah dan senang
” Aku, walau seluruh dunia membencimu, tetap akan bersamamu selalu”
” Kau, yakinlah pada kekuatan diri, dan palingkan wajah dari penghina-penghinamu”
” Aku, sentiasa akan memberi semangat, agar kau menjadi lebih hebat dari masa dahulu”
” Kau, bergeraklah, dan pijaklah hinaan-hinaan yang dilemparkan kepadamu”
” Aku, yang bersama dan tidak akan meninggalkan. Aku, yang sentiasa dekat dan tidak akan berjauhan”
” Kau, bangkitlah. Bersama, kita lakarkan kejayaan”
membara,
api hangat membakar hawa semangat,
kata-katanya sukma jiwa,
lantas kulakarkan tarahan sejarah,
awan impi kubina,
kupijak hina segala caci maki manusia,
aku palingkan wajahku dari segala pandangan nista insan nestapa,
kuharung segala halangan yang menghalang,
aku patahkan segala ancaman yang menghadang,
bersama dia kujejaki segala harapan dalam lontaran kaca,
dengan keyakinan bahawa,
segalanya menjadi pasti atas kehendakNya.
Hari ini hari indah,
17 April 2009 penuh rahmah,
jatuh pada hari jumaat penuh barakah,
hari aku menyiapkan lakaran impian yang pernah ditarah.
dan tiadalah dia kutinggal dalam lipatan sejarah
terima kasih kepada dia yang sentiasa bersama,
yang kuat dalam keadaan diduga,
yang benar atas segala bicaranya,
yang ikhlas dalam segala tegurannya,
yang teguh dalam bersama,
yang lebih rapat dari seorang ibu,
yang lebih mesra dari seorang ayah,
yang lebih memahami dari seorang sahabat,
yang senang mendidik dari seorang guru,
yang jujur mengkritik dari seorang musuh,
yang segala-galanya lebih kepadaku, sebagai manusia,
dia memang bukan DIA,
DIA adalah DIA,
dia adalah dia,
DIA adalah ILAH,
dia adalah manusia.
terima kasih dia,
terima kasih,
dan puisi ini dedikasi untuknya,
tanda sayang, kasih dan cinta untuk yang terpilih.
untuk dia yang berselirat rahsia.
~ laksamana angkasa,
bilik yang baru dikemas,
2.46 pagi,
17hb April 2009,
Irbid,
Jordan.




Mabruk..akhirnya hari ini tiba jua..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada sinar,
akhirnya… ALLAH memakbulkan juga doa hamba-hambaNya..
~yang terus dalam keadaan berharap,
Hilal Asyraf
[Reply]
tahniah
[Reply]
laksamana Reply:
April 17th, 2009 at 10:10 pm
Assalamu’alaikum ana,
Terima kasih. Semoga ALLAH mengganjari kamu.
[Reply]
Puisinya bagus pak sangat menyentuh sekali, anda orang yang pinter dalam membuat puisi yah kapan2 saya bole belajar neh sama anda, salam kenal dan terima kasih
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada keadah mimpi,
anda ini dari Indonesia?
Rasa bertuah dikunjungi anda.
em, sebenarnya tiadalah saya ni pinter sangat.
Masih banyak perlu diperlajarin..
Jazakallah..
Salam kenal kembali, senang kenal dengan anda.
~mengharap redhaNya..
Hilal Asyraf
[Reply]
subhanallah,, maha suci allah,,
menciptakan mahluknya dgan segala kesempurnaan dan kelebihannya,,
saya sangat salut terhadap anda,,
setelah membaca puisi anda yang sangat luar biasa,,,
semoga ini adalah wacana buat kita,, memotivasi hidup nii, untuk lebih baik lagi,,
amin, amin, ya roball alaminn….
[Reply]