Saya ada satu puisi pendek.
Tajuknya: Perang Kepada Cinta.
Saya petik dari Novel Sinergi saya.
Saya juga harap, kita dapat mengisytiharkan perang kepada cinta.
Cinta palsu yang mengabui jiwa.
Puisi: Perang Kepada Cinta
Kami mengisytiharkan perang kepada cinta
Cinta palsu yang direka manusia
Memurahkan makna cinta yang sebenarnya
Cinta palsu ini,
kami ingin menghapuskannya
Biar cinta yang mahal berpaut Rabb itu,
kekal atas dunia
Agar manusia kembali bercinta
Bercinta dengan sebenar-benarnya
~angkasa
Petikan puisi dari Sinergi
Cerita 21: Perang Kepada Cinta
ps: Mengulang baca Sinergi, terasa ingin berkongsi puisi ini.





[Reply]
ya, perang kpd cinta palsu. yg mengabui kebenaran dan yang hak.
[Reply]
nice one!
[Reply]
exactly ! pergilah pergi cinta yg penuh pura2. cinta yg melebihkan kebatilan. cinta palsu dari manusia yang hipokrit. Semoga hanya cinta Rabb yang mengisi hati & jiwa ini. Cinta munafik, jgn hampiri sy lg..
[Reply]
hilal biar cinta berputik pada manusia sebagai perangsang utk segunung cinta RAbb
[Reply]
nice one! exactly!
erm..kire dlm novel sinergi ade jugak puisi,ea?? menarik…=)
[Reply]
Perang bukan cinta,
berbuah daripada benci & hina,
cinta yang salah dibaja.
Jangan kau bunuh cinta
bajailah,dilentur Lillah Taala
[Reply]
salam..
kita perang kepada cinta!!
-Cinta palsu yang direka manusia
Memurahkan makna cinta yang sebenarnya-
[Reply]
salam..
cinta manusia bermula dari mata turun ke hati.cinta Ilahi pula tumbuhnya di hati yang suci dengan penuh rasa keinsafan dan kerendahan diri.cinta manusia boleh berubah pergi, namun cinta Ilahi kekal menanti. cinta manusia boleh memabukkan diri, tetapi cinta Ilahi membuatkan kita sentiasa sedar akan realiti.
Semoga kita semua beroleh cinta yang kekal abadi…..
2 orang yang apabila kita ingin menasihatinya sukar untuk dia mendengarnya;
i) orang yang sedang sakit
ii) orang yang sedang mabuk bercinta
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada nurul
Semoga senyuman itu, ada kebenaran cinta di dalamnya.
- kepada ar9
Ya, sama-sama kita peranginya, bermula dari dalam diri kita.
- kepada zaira
Alhamdulillah.
- kepada
راتو شهادة
Semoga Allah berikan kekuatan kepada kamu.
- kepada Rahman D
Ha ha…
Takut nanti orang tersilap. Mencari cinta RABB semata-mata untuk mendapatkan cinta manusia.
- kepada wani
Alhamdulillah.
Dalam novel Sinergi, setiap permulaan bab akan ada puisi pendek.
- kepada muhammad fakhruddin
Perang bukan cinta?
Rasulullah SAW amat mencintai ummat baginda. Tetapi baginda tetap memerangi mereka yang membelakangkan Allah SWT.
Perang baginda itu juga satu manifestasi cinta.
Perang itu yang sedang kita lakukan sekarang.
- kepada nur-najah
Ya. Kita perang.
- kepada aishairdina
Terima kasih atas kata-kata dan perkongsiannya.
Semoga Allah redha dengan kita.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam…
huhuhu..mabruk..tapi sayang belum berkesempatan nak beli novel 2.cam menarik ja bunyinya.doakan ye supaya dmurahkan rezeki.
[Reply]
salam akhi.
cinta bukan untuk kita perangi tapi untuk kita arahkan. Cinta yang batil adalah cinta yang tidak terarah.
Dakwah juga memerlukan cinta kerana tanpa cinta dakwah tidak boleh kita laksanakan dengan sebaiknya.
Dakwah itu seni dan cinta juga seni dan penyelesaiannya adalah dengan kesenian bukan dengan peperangan.
Minda kita sebenarnya telah dimindsetkan supaya memusuhi cinta dan dinegatifkan dengan kemaksiatan tanpa kita memberi jalan keluar dan jalan alternatifnya.
sebab itu kita selalu berkasar dengan cinta dan anak anak remaja yang tidak ada fikrah islam biasanya lari dari islam ini kerana para daienya menghukum tapi tidak memberi mereka jalan keluar dari kebiasaan itu!
Akhi sebagai remaja yang punya fitrah jiwa pastinya tidak dapat lari dari situasi ini dan seperti yang saya katakan tadi …kita arahkan cinta yang batil ini kepada yang diredhai Allah.
Dan ini yang perlu anta selitkan didalam buku2 dan penulisan anta agar ianya dapat dimenfaatkan oleh remaja seusia anta dan jangan disebabkan cinta yang tidak terarah ini melarikan remaja remaja dari memahami deen ini!
bro muharrikdaie
[Reply]
kpd bro muharrikdaie n hilal
mcmne nk arahkn cinta yg batil seseorg itu kpd yg dredhai Allah?..
[Reply]
puisi ini agak hebat!
mengkategori cinta,menyedarkan jiwa..
Peperangan terhadap Cinta Ber”kulit” Palsu@Batil..semoga kita dilengkapkan senjata ampuh menghalang kedurjanaan cinta typo itu.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada fa
Em.. novel Sinergi belum terbit lagi. Bulan 3 ini nanti baru terbit.
Semoga Allah redha.
- kepada muharrikdaie
Sebenarnya bro, enta dah salah faham ni.
Kalau enta baca ana punya artikel fasal cinta, ana tidak memeranginya. Ana mengarahkannya selama ini.
Cuma ini adalah puisi. Dalam erti kata lain, penggunaan bahasa di sini memainkan peranan dalam mencantikkan makna.
Harap enta pun faham ya.
- kepada insan
Dengan mengajaknya memperbaiki keimanan.
- kepada 94057
Alhamdulillah.
Semoga Allah redha.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]