Langit Ilahi Rotating Header Image

Puisi Sampai Kapan(sehingga bila)

Kita perlu menuding, pada diri kita sendiri.

Kita perlu menuding, pada diri kita sendiri.

Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu mengambil sunnah sebagai ikutan.

Kita tuding jari kepada dia di sana, kepada dia di sini, kepada benda itu dan benda ini. Semua salah kita letakkan pada mereka. Sehingga kita terlupa melihat diri kita sendiri.

Ya kah mereka adalah punca?

Atau kita sebenarnya adalah penyebab utama?

Sampai bila agaknya kita hendak menuding jari kepada orang lain, sedang kita tidak pernah melihat diri kita sendiri. Kemungkinan besar, dosa-dosa kita, maksiat kita, adalah yang menjadi penyebab mereka itu tidak mahu menerima Allah SWT, dan Allah SWT melewatkan kemenangan kepada kita.

Bacalah puisi saya ini, dan fikir-fikirkannya.

Enjoy!

Sampai Kapan

Kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
masalah itu masalah ini kau memeri
merekalah segalanya

sampai kapan
kau memanjangkan tipuan
semua kekacauan
bukankah kau yang memulakan?

kau tuding yahudi
sedang menyaingi kita adalah tugas mereka
kau tuding nasrani
sedang memerangi kita adalah takdir mereka
kenapa tidak pernah kau tepuk diri sendiri
sedang mentaati Allah adalah tugasan kita

sampai kapan
kau menjadi celaka yang membawa kerosakan
hanya menyalahkan
tidak pernah pandai membuat perubahan

mereka tidak gagah
tetapi kita yang lemah
mereka tiada pertolongan langit hingga mampu megah
tetapi kita tidak pernah sujud pada Yang Tidak Terkalah

Sampai kapan
kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
sedang hakikatnya
kaulah penyebab kepada kekalahan kita.

~angkasa
7 Mac 2010
12.00 tgh Malam/pagi
Ummat itu tidak menyedari diri mereka
kotor
Puisi Sampai Kapan

Print This Post Print This Post

13 Comments

  1. auniazita says:

    Salam………..puisi diatas ditulis pada waktu berapa?…saya baca waktu 5.36am pd 7/3/2010..tp saya rasa waktu ditpt saudara belum pukul 12 tghmlm…11.30 mlm 6/3/2010…”Kapan”..adalah bahasa indonesia…klau dlm bm”Sampai Bila”.. ok apa?..kenapa digunakan bahasa jiran walaupun saya tahu xsalah..tp mendahulukan bahasa malaysia…lbh diutamakan.Maaf atas teguran ini.Wassalam

    [Reply]

  2. salam..

    saya cadang kita jangan memandang salah untuk dipersalahkan.

    sebaliknya sebagai sempadan diri agar selalu beringat.

    jemput ke artikel saya (http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/03/muslimin-dijemput-baca.html) :grin:

    wallahu’alam

    [Reply]

  3. qdeeni says:

    komen berbentuk short poem;

    engkau beriya mahu syurga..
    tapi kau cinta dunia..
    kau sayang pada agama..
    tapi kau tidak mengangkatnya..
    setakat fardhu yang kau laksana..
    kau dah rasa sempurna..
    kemudian engkau boleh kata..
    yang haram itu tak apa..
    sikit saja.
    sampai kapan mahu di takuk lama?

    [Reply]

  4. baru kenal says:

    tepat sakali…inilah yg terjadi bila dakwah tak bergerak. manfaatkanlah segala wasilah yang ada untuk dakwah.jika terlihat sesuatu maksiat,usah malu2 untuk menudingkan jari kepada diri sendiri…kita yg salah kerana tidak bertindak,tidak menegur, tidak berdakwah

    [Reply]

  5. kain kafan says:

    Puisi ini terbaik!

    sungguh beremosi jika membacanya,dan mencuba menilik maksud tersirat didalamnya.

    Namun,harapan agar pemahaman puisi ini ditujahkan berdasarkan maksud hadis dan al-qur’an.

    Wallahu A’lam.

    Dua buah hadis untuk renungi,dan muhasabah.

    “Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
    “ Ketika akhir zaman nanti kamu akan dikerumuni oleh musuh – musuhmu bagaikan satu hidangan didalam talam yang dikerumuni oleh mereka yang kelaparan” Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW “ Adakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah” Rasulullah Bersabda “ Tidak, kamu ramai, kamu umpama buih – buih dilautan yang pecah bila dipukul badai dan terbang bila ditiup angin ”

    ””””’vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv””’

    Bila seorang Muslim berwudhu, ketika membasuh muka, maka keluar dari wajahnya dosa-dosa yang pernah dilakukan matanya bersama tetesan air yang terakhir.
    Ketika membasuh kedua tangannya, maka keluarlah setiap dosa yang pernah dilakukan tangannya bersama tetesan air yang terakhir. Ketika membasuh kakinya, maka keluarlah dosa yang dijalani oleh kakinya bersama tetesan air yang terakhir, sampai ia bersih dari semua dosa. (HR Muslim)

    [Reply]

  6. Yuana says:

    Bahasa indonesia pun indah juga

    [Reply]

  7. uTube says:

    http://www.youtube.com/watch?v=s-xyRpPcs3M

    url video untuk dikongsi.

    Lirik dlm video tersebut:

    My Only Wish ft Musarrat Karim - Sami Yusuf

    All your armies
    All your fighters
    All your tanks
    And all your soldiers
    Against a boy
    Holding a stone
    Standing there
    All alone
    In his eyes I see the sun
    In his smile I see the moon
    And I wonder, I only wonder
    Who is weak and who is strong
    Who is right and who is wrong
    And I wish I only wish that the truth has a tongue

    [Reply]

  8. dalili says:

    puisi yg indah, subhanallah…

    sekadar memberi komen, bagi sy bahasa itu indah, permainan kata yg membuatkan manusia berfikir dan menyelami perasaan org lain, sekaligus meresap dlm jiwa kita. jadi di ‘hati’ sy mana-mana bahasa baku yang membuatkan org lain mampu menjiwai, itulah ‘bahasa’ sejati. tak kira lah bahasa malaysia atau indonesia, keindahan pada keduanya ada kelebihan tersendiri. ada sesetengah puisi yg lebih indah ditulis dalam bahasa malaysia, ada yg lebih indah ditulis dalam bahasa lain. sepertimana bahasa Al-Quran memanah hati ini, sy mahu sekali lagi ‘merasakan’ perasaan itu…

    wallahualam…

    [Reply]

  9. mumtaz says:

    nice…

    [Reply]

  10. mawaddah says:

    sangat setuju dengan pndapat dalili.
    bukan tujuan untuk mengagungkan bahasa luar,tetapi untuk lebih dijiwai oleh jiwa-jiwa yang menjiwainya..[sekadar pndapat sy]

    [Reply]

  11. ika says:

    Yes it’s easy to blame everything on the west
    When in fact all focus should be on ourselves
    awaken by maher zain.

    btw kepada auniazita, apa lebihnya bahasa ibunda dari bahasa seberang?
    mereka saudara kita muslims juga. sifat nasionalisma diperkenalkan oleh non muslims. ketika pemerintahan khalifah dan zaman nabi, kaum tidak pernah dibeza-bezakan.

    [Reply]

  12. syajaah says:

    salam
    puisi yg bagus utk direnungi
    betul, lihat diri kita..cermin diri kita. bagaimana? tanya hati kita, adakah ia masih mampu membedakan hak dan batil. kalau jawapannya hampir tidak, ayuh teman bersihkan hatimu!!!Jangan sampai “Raja” jiwa kita itu terus dikotori titik hitam, sampai nnti kita merasa indah berbuat dosa, merasa bangga melanggar perintahNya…Nauzubillah..

    p/s: tak usah pertikai bhsnya, yg penting isinya. Islam itu kan syumuliyyah. lagi bgus kalau dpt ditranslate pd english, lagi ramai yg dpt dalami isinya, insyaAllah. sekadar pendapat dai hamba Allah yg serba kekurangan.

    [Reply]

  13. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada auniazita

    Mungkin saya silap tengok jam.

    Berkenaan bahasa, saya ini jenis yang tidak pernah ada boarder dalam hidup. Namun saya masih ada rasa hormat pada bahasa Melayu. Justeru, saya tak pernah rojakkan karya saya dengan BMBI. Tetapi Bahasa Indonesia juga dikira Bahasa Melayu. Justeru pada saya, tiada masalah. Sebab saya berkarya sebagai orang Islam, dan saya tidak melanggar tatacara Bahasa Melayu.

    Anda faham?

    - kepada naimul firdaus

    Silap.

    Bagaimana kalau orang salah tafsir ‘kesilapan’ orang lain?

    aha…

    - kepada qdeeni

    Ya. Terima kasih.

    - kepada baru kenal

    ya. semoga Allah berikan kekuatan untuk membumikan puisi ini dalam bentuk amalan.

    - kepada kain kafan

    Moga-moga, Allah memberikan kefahaman kepada kita.

    - kepada Yuana

    Mana-mana bahasa indah, sekiranya digunakan untuk mentaati Allah.

    - kepada uTube

    Iya. Thanks.

    - kepada dalili

    Saya dah terangkan permasalahan bahasa di atas.
    Pada saya, ia bukan masalah.
    Indonesia pun orang melayu, Malaysia pun orang melayu.

    - kepada mumtaz

    Alhamdulillah.

    - kepada mawaddah

    Semoga Allah redha…

    - kepada ika

    Maher zain… nice.

    Saya dah cakap di atas.

    Nak rojak BMBI, BMBA, BIBA, pun tak kena juga. Tapi dalam permasalahan di atas, saya guna BM sahaja. BM di sini adalah Bahasa Melayu. Indonesia ada Bahasa Melayu, Malaysia pun ada Bahasa Melayu.

    Justeru, tiada masalah.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

Leave a Reply