Langit Ilahi Rotating Header Image

Puisi: Selamat Hari Lahir Ibu

Semoga Ibu diredhai Allah...

Semoga Ibu diredhai Allah...

Izinkan saya memulakan tahun ini dengan melayangkan sebuah puisi. Kepada seseorang yang saya panggilnya dengan panggilan ibu, walaupun antara saya dengan dia, tiadalah ada apa-apa hubungan darah sebenarnya.

Sekarang, dalam hidup saya, saya sudah ada satu mak, dua ummi dan satu ibu. Mungkin satu hari nanti, Allah akan kurniakan saya seorang mama pula. Saya senang punya wanita-wanita yang baik ini sebagai penjaga-penjaga saya. Jiwa keibuan mereka banyak membantu saya dalam perjalanan hidup saya.

Semoga Allah redha mereka semua.

Baik, ibu, terimalah puisi Hilal ini.



Selamat Hari Lahir Ibu


Hidup ini terlengkap dengan hadirmu

Terima kasih Allah yang mendatangkan Ibu

Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku


Kulihat kau amat sederhana ibu

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjejesan air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu


Hari ini hari lahirmu

Di pagi negeriku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus


Orang lain menyambut tahun baru

Tetapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu

Dengan tembakan-tembakan doa

Aku sujud kepada Tuhan

Yang memberikanku dikau wahai ibu


Selamat hari lahir

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai ibu


-


khas untuk ibu,

Hilal Asyraf sendiri berpuisi

Laksamana Angkasa hanya duduk di tepi

1 Januari 2010

8.30 pagi

Lagu Ungu – Doa

Puisi Selamat Hari Lahir Ibu


Ps: kepada sesiapa nak guna puisi ni untuk birthday ibu dia, boleh. Cuma tukar ayat berikut: “Orang lain menyambut tahun baru” dengan “orang sibuk dengan dunia mereka”. Boleh test tukar, dan kamu semua akan nampak puisi ini tetap stabil gayanya. Hadiah saya untuk anak-anak yang mencintai ibunya.

Print This Post Print This Post

12 Comments

  1. jadikan aku serikandi says:

    assalamu’alaikum…

    nanti pnjam ya hilal… ana nk dedicate kan pd ibu ana… between ibu kamu juga pasti merasa bersyukur punya anak seperti kamu… semoga kamu dan ibu mu senantiasa dalam redha Allah SWT…

    ~amin~

    p:s/ menusuk kalbu… kalau ana seorg ibu.. pasti air mata ana akan berjuraian membaca puisi ini… sekalung tahniah bt kamu…

    salam ikhlas
    serikandi

    [Reply]

  2. myst says:

    Hilal Asyraf? Laksamana Angkasa? Ada beza ya>>>

    [Reply]

  3. amin says:

    Sungguh..ana yg lelaki juga tersentuh tatkala membacanya..

    [Reply]

  4. ibnuLan says:

    sungguh teharu membacanya

    [Reply]

  5. faten muhamad faten muhamad says:

    menitis air mata membaca…

    [Reply]

  6. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    - kepada jadikan aku serikandi

    Silakan. Semoga Allah redha…

    - kepada myst

    Hilal Asyraf, dia penulis novel. Laksamana Angkasa, dia penulis puisi.
    Muhammad Hilal Asyraf, dia adalah yang mempunyai dua-dua identiti ini.
    Hakikatnya orang yang sama aja.

    - kepada amin

    Alhamdulillah…

    - kepada ibnuLan

    Alhamdulillah….

    - kepada faten muhamad

    Semoga titisan air mata itu bermakna….

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  7. nurul safura rosli says:

    best la baca puisi tadi..nanti boleh share lagi

    [Reply]

  8. nurul safura rosli says:

    tersentuh hati saya membaca puisi tue..mcm ada kelainan daripada puisi-puisi yang pernah saya….salam perkenalan daripada saya.. :smile:

    [Reply]

  9. dakwatbiru says:

    Salam..
    hari ni 28 mac besday ibu sy..minta copy paste puisi ni ye..jazakallah in advance.

    [Reply]

  10. modulus says:

    salamalaik..

    mohon copy puisi ni,nak dedicate 4 my mum,
    syukran

    [Reply]

  11. yasmin says:

    Salam hilal…

    nak minta izin ambil puisi ni ye… ringkas, mudah dan penuh erti…

    nak letak kat blog n hadiahkan pd ibu saya ^^

    terima kasih ye…

    [Reply]

  12. qaseh qhaliff says:

    salam,..

    mohon izin utk kirim pd ibunda yg bakal menyambut hari kelahiran 25 ogos nie…sgt indah…

    terima kasih…

    [Reply]

Leave a Reply