
Allah. Apabila hari nanti Dia tidak memberikan belas kasihan. Apakah pada hari itu baru kita memohon belas?
Kita manusia, sering rasa sakit bila ditinggalkan manusia. Sering rasa kecewa dengan ketidak endahan manusia terhadap kita. Kita terlupa bahawa kita ada Dia. Tidak kita sedar bahawa kita masih mampu untuk tabah kerana kekuatan-Nya. Tetapi kita tidak mendekati-Nya. Sedikit pun tidak mengingati-Nya. Bayangkan, Dia meninggalkan kita, berpaling dan tidak lagi mahu menghadap wajah kita.
“Berkata mereka, Wahai Rabb, kenapa kau membangkitkan aku dalam keadaan buta? Sedangkan aku di dunia dahulu dapat melihat?”
“Berkata(Allah), sebagaimana ketika datangnya ayat-ayat Kami dan kau melupakannya(tidak mengendahkannya), maka begitulah pada hari ini(hari kiamat yang dasyat) kau dilupakan(oleh Allah)”
Surah Toha, ayat 125-126.
Dengan siapa pula kita mahu bergantung jika Dia berpaling daripada kita? Dengan siapa kita mahu meminta jika Dia tidak mengendahkan kita?
So, enjoy puisi saya terbaru ini.
tanpamu, tanpaMu.
Tanpamu, tanpaMu
ditinggalkanmu,
aku masih punya harap.
untukmu, pasti punya ganti bagiku
walau dunia kecil seketika
tetap nyawa itu masih berharga
ditinggalkanMu,
gelap seluruh dunia putus segala harapanku
untukMu tiada wujud ganti
walau dunia seluas semesta
tetap rasa sempit seakan tiada esoknya
tanpamu, aku tetap meneruskan hidup
bersama luka yang terpahat
aku mampu meneruskan perjalanan
walau pahit berselirat,
hingga tiba waktu sakarat
tanpaMu, aku suka memilih kematian
kerna tiada ertinya kehidupan
tanpa redha kasihMu wahai Pencipta Insan
takkanku mampu meneruskan permusafiran
walau nyawa panjang berlimpah kegemilangan
tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.
Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa.
Kau kekuatanku
Kau sumber kasih sayangku
Kau nyalaan harapanku
kepadaMu aku bergayut
melutut melukut merayu
ditinggalkanMu adalah mimpi burukku,
tanpa redhaMu, hilanglah makna kewujudanku.
~angkasa
1 Mac 2010
8.04pm
Teringat Allah
Puisi tanpamu, tanpaMu




syabas! ana suka puisi itu..
mari ke notes ana..
[Reply]
kalau ada button ‘like’
saya dah like!huhu.
mintak tunjuk ajar.=]
[Reply]
Saam…ana pun suka puisi ini..
ada pngajarn yg terlindung..
jazakallah…
[Reply]
syahdu…bagaimana saudara byk idea utk menulis….bagaikan airterjun idea saudara ni…
[Reply]
salam ziarah,
wah, mnarik2..
puisi yg xprnh trfikir blh pula buat mcm ni.
ahsanta/
[Reply]
Alhamdulillah,,,
Memberi kesedaran pada jiwa.
Moga kita dapat manfaatkan inti di sebalik puisi ini.
[Reply]
kne pd ana..syukran
[Reply]
Hari ini Hari sedih…sedih dgn akhirat saya…
terima kasih untuk puisi ini..ia menjelaskan segala kesedihan di dalam hati ini
[Reply]
Sesungguh… bila disedari :
tidak mengapa ditinggalkanmu,
kerna aku bisa lagi punya harapan walau tanpamu.
Tetapi ditinggalkanMu,
tersepit aku di hujung dunia
kerna segalanya menjadi kelam tanpaMu wahai Yang Esa…
Jangan tinggalkan aku ketika aku gundah, hulurkan tanganMu ketika aku rebah!
Terima kasih Hilal! Moga dirahmati Allah selalu…amin!
[Reply]
ana suke sgt puisi ni. mohon copy,,,,..
[Reply]
salam.
mohon copy
[Reply]
Wow,A nice poem!
I just watch Sami Yusuf ’song Without You,and at the same time i read this Poem.
Really meaningful.Thanks A Bunch!
[Reply]
SUbhanAllah… indah sungguh bait2 puisi nie… selalu melupakanNya… selalu juge meninggalkan suruhanNya.. tapi Dia tetap Ada dan sedia Mendengar rintihan hambaNya… SubhanAllah…
[Reply]
salam.
menyentuh+tersentuh
(T_T)~
jzkllh
[Reply]