Allah SWT menurunkan para rasul untuk menjadi contoh realiti kepada kita.
Contoh kepada kita bahawa Islam itu mampu dibumikan.
Sebab itu Allah tidak menghantarkan Malaikat sebagai Rasul manusia.
Namun, siapakah antara kita yang memandang kepada mereka?
Puisi: Tidakkah Kamu Memandang kepada Mereka?
Mari hayati bersama
Tidakkah kamu memandang kepada mereka?
tidakkah kamu memandang kepada Nuh
kala dia menerus perjuangan 950 tahun
langsung tidak mengeluh
malah berusaha hingga ke akhirnya
percaya dan terus percaya
hingga Allah membalas usahanya
tidakkah kamu memandang kepada Musa
kala dia tersekat antara firaun dan lautan
walau pengikut sudah takut tidak keruan
dia terus yakin tanpa keluhan
hingga Allah memberikannya kekuatan membelah lautan
tidakkah kamu memandang kepada Ibrahim
kala dia dilempar ke api menggunung tinggi
langsung dia tidak ketakutan
menolak Jibril memilih Tuhan
hingga Allah membiarkannya di dalam api dengan kesejukan
tidakkah kamu memandang kepada Isa
kala dia tenang dengan halangan
walau ditangkap dia terus dengan kepercayaan
hingga Allah mengangkatnya ke langit dan menjadi penantian
tidakkah kamu memandang kepada Muhammad(SAW)
kala dia diseksa pada awal perjuangan
bukankah dia bersabar dan meneruskan kecekalan
malah dengan lapang dada terus memaafkan
tiada dendam yang tersimpan
hingga Allah membalas kecantikan akhlaknya dengan kejayaan dalam perjuangan
Tidakkah kamu memandang kepada mereka?
Atau musuh tuhan yang kamu gilakan?
~angkasa
3.29pm
30hb Mac 2010
Lagu Someday
Puisi Tidakkah Kamu Memandang Kepada Mereka






memandang dengan mata yang di dalam hati,
melihat melalui mata yang ada pada muka,
hidup ini, bukan milik kita?
[Reply]
Subhanallah..
Selawat dan salam ke atas nabi-nabi Allah..
Di situlah kehebatan org2 mukmin.. mmg ada perkara yg mustahil buat manusia, namun tiada yg mustahil bg Allah.. Dn mrk, org2 mukmin memilih utk meletak kyakinan mrk kpd Allah..
Jd, perkara yg dianggap mustahil, sudah tdk mustahil lg apabila Allah mmbenarkan..
~When Impossible is Nothing~
[Reply]
subhanallah~
believe in Allah…
Allah knOws da best fOr us…
juz lOok at Rasulullah n others anbiya’
they always believe in Allah ~
they’re our rOle mOdel…
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada naimul firdaus
Hidup ini adalah milik-Nya…
- kepada sLave_oF_Almighty
Iya, kelebihan mu;min adalah keimanan…
- kepada dhiya_izzah
Amiin…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]