Ah, 31 Disember.
Esok satu januari. Maaf, saya tak sambut tahun baru. Tetapi saya sedar saya sedang melangkah ke tahun baru.(bila la Islam nak naik biar boleh guna tarikh Hijri sebagai tarikh dunia?)
Ketahuilah, dalam hidup-hidup saya, saya paling sayang 2009.
Pertama: Langsung tak jumpa keluarga, tak duduk dengan keluarga dalam tahun ini. Rekod.
Kedua: Allah izin, saya jadi penulis tahun ini. Sekarang, sudah ada 5 buku di pasaran.
Ketiga: Ada kegembiraan yang teramat sangat dalam tahun ini, ada juga kesedihan yang teramat sangat dalam tahun ini.
Keempat: Tahun ini titik yang cantik. Saya umur 20. Macam signifikan aja.
Kelima: Saya memang minat sangat nombor 9. Yang ini, saya pun tak tahu kenapa.
Jadi, esok dah tahun 2010. Saya pun ada 16 hari je lagi sebelum meninggalkan umur 20. Maka, saya hadiahkan sebuah puisi untuk tahun yang berbagai rasa ini, sebagai tanda kenang-kenangan saya kepadanya.
Semoga, 2009 boleh menjadi peguam kepada saya di akhirat kelak, dan tidak jadi peguam ke atas saya di akhirat kelak.(puisi ini bukan satu rasuah… ha3)
2009, selamat tinggal.
Untukmu 2009
Sembilan
Itu nombor kegemaran
Yang diberikan kepadaku oleh Tuhan
Aku tidak memilih
Tetapi ia didatangkan dalam kehidupan
Aku tidak mampu memandang masa hadapan
Aku hanya perancang bukan yang menentukan
Dua Ribu sembilan
Memang tahun ingatan
Gembira di sana sini
Buku diterbitkan
Ada website sendiri
Nikmat demi nikmat datang membanjiri
Seantero Malaysia mengenali
Brunei, Singaapura, hatta Indonesia sekali
Ramai kenalan Allah beri
Derita juga mencuit sekala sekali
Hati remuk menangis sendiri
Setiap kali jaya, ujian mengiringi
Ibarat kembar tidak boleh dipisahkan lagi
Melengkapkan perencah kehidupan ini
Kini aku hendak meninggalkan
Kamu wahai Dua Ribu Sembilan
Kau tak akan kembali lagi
Datang dalam hidupku hanya sekali
Kalau kau benci aku
Maka jangan risau
Kerna pertemuan kita hanya ini
Selepas ini tidak akan ada lagi
Aku juga tidak pasti
Sama ada kau telah aku gunakan
Atau jadi persiaan.
Tetapi aku berjanji
Kepada kamu wahai Dua Ribu Sembilan
Pergi aku dengan peningkatan
Dan aku akan terus meningkat hingga mengucup awan
Selamat tinggal Dua Ribu Sembilan
Kau makhluk Tuhan Yang melengkapkan
Perjalanan hidup seorang insan
Yang nama Hilal Asyraf terpahatkan
Atas dirinya dalam takdir Tuhan
~angkasa
31 Disember 2009
7.30 pagi
Taubat
Hingga Ujung Waktu
Puisi Untumu 2009
ps: apsal ada rasa syahdu? macam nak tinggalkan sahabat karib pula






cantek! cantek puisi “untukmu 2009″ ni! Allahuakram.
syabas. keep it up for next 2010.
[Reply]
‘Dan aku akan terus meningkat hingga mengucup awan’
suka ayat ni..
[Reply]
salam hilal
Allah, dah lama betul tak komen entri2 nta. mujur sempat juga baca sikit2 dalam kesibukan belajar ni. apapun, tahniah buat nta. jalan baik-baik ya, dalam medan penulisan. dan terus istiqamah..
Allah yusahhil alaik.
[Reply]
assalamualaikum…
like it so much…
the poem is great…
well i just got one question..
someone told me… (a msg actually)
that celebrating new year… is actually celebrating the christian’s God..
and termasuk dalam dosa besar bg y xthu… dan murtad bg y thu dan celebrate… so, penjelasan please…..
~yang ingin penjelasan~
serikandi
[Reply]
salam..
ha, cantik2 puisi ni~
ana pun tak tau knpa minat no 9 ni..
tulah, nama blog pun ariffah9..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada alwafiy
Alhamdulillah. Sama-sama kita mengharap yang terbaik untuk tahun hadapan.
- kepada kisasian
Thanks. Kita harapkan peningkatan dalam kebaikan.
- kepada rasydan
Yeah. kind of miss you.
Apa khabar sekarang Rasydan?
Enta pun, belajar rajin-rajin.
Semoga Allah jaga enta.
- kepada jadikan aku serikandi
Saya tak tahu la menyambut tahun baru tu ada kena mengena dengan Trinity atau Ayah, anak, dan Ruhul Qudus yang diclaim sebagai ilah(tuhan) oleh kaum kristian. Saya rasa tidak.
Tarikh geogrian diambil dari peredaran matahari. Itu sahaja. Tarikh hijriah diambil dari peredaran bulan.
Cuma, menyambut tahun baru adalah tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam kerana itu bukan tahun baru kita. Lebih-lebih lagi apabila kita menyambutnya dengan maksiat dan pembaziran.
Tetapi hendak kata menyambut tahun baru itu kafir, saya tidak pasti.
- kepada ariffah9
Semoga Allah redha…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Salam Hilal,
Puisi yang hebat!. Memang Allah beri pada Hilal bakat yang besar dalam bidang penulisan. Teruskan menggilap bakat. Terus terang makcik dah jadi peminat kepada hasil-hasil penulisan Hilal. Baik artikel, puisi mahupun novel. Gunakanlah bakat yang Allah anugerahkan itu sebaik-baiknya untuk membawa manusia ke arah hambaNya dalam ertikata yang sebenarnya.
Cuma satu pesanan makcik teruskan dengan keikhlasan niat dan tujuan menggapai redha Allah swt.. Jangan mabuk dengan populariti dan
gemerlapnya kemewahan dunia. Moga Allah redha.
[Reply]
slm..xtau la nape rase cam sayu ja thn 2009 ni..
tlh dipersiakan agaknya.rasa mnyesalla ,cana kalu dia jd peguam kt akhirat nnti..
doakan ana moga 2010 ni thn yg trbaik..pnuh dgn amalan2 soleh.!!
[Reply]
salaam~
saudara baru berumur 20 thn tp sudah berjaya menulis 5 buah buku?
subhanallah…
istiqamah.
penulis takkan pernah ‘mati’ sampai bila2.
InsyaAllah..
=)
[Reply]
Salam.
Bila tahun baru dtg hari tu, ana mcm x rase ape2.. mgkin tak biasa dgn meraikannya dan menyambutnya dgn keluar berseronok. Nmpk kuno di mata msykt sekarang, tp ana tak kisah. All I care is what HE thinks.
Mase tahun br dtg, baru selesai dr mesyuarat bersama sahabat utk satu program universiti akan dtg. Kami semua buat tak tahu je wlpn dgr mercun meletup sana sini.
Tp tak tahu kenapa, pada mlm itu juga, ana rs keadaan mesyuarat dan masa yg kami luangkn bersama sgt bmakna. Ada satu masa tu, ana duduk sekejap dan hanya memerhatikan gelagat2 shbt. Rase nak menangis pn ade. Sbb kami semua akan berpisah tak lama lagi. Merekalah yg menceriakn hidup ana di kampus. Mslh dan kegembiraan dikongsi bersama. susah payah dikongsi bersama.
-Sekadar perkongsian di mlm tahun baru hari tu-
CFS IIUM, P Jaya.
[Reply]
teruskan menulis krn pengetahuan,kefhaman dan pengalaman itu perlu disebarkan untuk manfaat bersama…
p/s:maybe enta minat torres kot.sbb torres pakai jersi no 9
[Reply]