
Muka depan cover Relasi, yang saya buat sendiri dahulu...
Bagi yang mengikuti saya dari zaman blogspot, sudah pasti akan mengetahui berkenaan Relasi.
Ya, Novel Relasi adalah novel sulung saya. Lebih tepat lagi, novel Relasi adalah karya sulung saya dalam arena penulisan ini. Saya telah menulisnya pada awal tahun 2007. Namun, atas sebab-sebab tertentu, novel ini lewat sungguh diterbitkan.
Namun, penyusunan Allah SWT itu amat cantik sebenarnya. Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita telah terbit dahulu secara kombo, sekaligus melonjakkan nama saya dengan mendadak. Syarikat GISB telah melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan saya kepada rakyat Malaysia, dan akhirnya saya nampak mereka telah berjaya.
Tetapi, Relasi, tidak saya tinggal begitu sahaja. Saya terus menerus berusaha agar penerbitannya menjadi kenyataan. Hal ini kerana, Relasi adalah karya yang amat saya sayang. Karya pertama la katakan. Walaupun gaya penulisannya tidak sebaik VT, namun saya yakin ada makna yang mendalam pada Relasi.
Akhirnya, Allah telah memakbulkan harapan saya, dan doa-doa manusia lain ke atas saya.
Relasi telah diterbitkan!
Syarikat YWJ Citra dengan berbesar hati telah menerbitkan Relasi.
Setelah mereka berusaha bertungkus lumus, melakukan pengeditan, saringan dan pembetulan, akhirnya Relasi muncul di pasaran.
Saya tidak tahu bagaimana cara penjualan Syarikat YWJ Citra ini, dan ke mana buku Relasi ini akan muncul terlebih dahulu. Namun kepada sesiapa yang mengenali ibu atau bapa saya, atau adik-adik saya di SRIH, maka kalian boleh bertanyakan mereka bagaimana hendak mendapatkan Relasi. Lebih best, kalau melalui keluarga saya, ada kemungkinan untuk mendapat murah.
Buat masa ini, ada tiga keluarga yang mendapat Relasi secara percuma. Pertama adalah keluarga saya, kedua adalah keluarga Warden MATRI, Ustaz Mahadzir. Keluarga ketiga, biarlah rahsia.
Bagi orang Johor, BADAN Bookstore di Plaza Angasana itu mungkin anda boleh jengah-jengah dalam masa sebulan dua ini. InsyaAllah, BADAN Bookstore pastinya akan menjadi sasaran Syarikat YWJ Citra untuk menjual Novel Relasi ini.
Harga bagi Novel Relasi adalah RM24.
Di sini, saya sediakan kulit novel ini sebagai tatapan:

Cover penuh Novel Relasi yang diterbitkan
Relasi sebagaimana namanya, menceritakan berkenaan hubungan. Ketika saya menulis Relasi, saya menulisnya dengan penuh kerinduan kepada sahabat-sahabat saya, memandangkan saya menulis Relasi semasa menunggu keputusan SPM. Di dalam Relasi, ada beberapa senario persekolahan yang saya sentuh. Di dalam Relasi juga ada kisah cinta, tetapi tidak terlalu dominan. Macam biasa, pada saya kisah cinta lelaki perempuan bukanlah yang utama untuk diketengahkan buat masa ini. Namun jangan kata Hilal Asyraf tak akan tulis kisah cinta. Ada je cerpen-cerpen saya yang membicarakan hal itu.
Beberapa komen yang saya dapat berkenaan Relasi adalah, kisah ini mengharukan dan mampu membuat air mata mengalir. Saya sendiri tidak berani hendak kata kalau anda baca anda akan menangis, tapi itulah yang diberitahu oleh beberapa pembaca percubaan semasa saya menyebar-nyebarkan hard copy Relasi pada tahun 2007.
Pada tahun 2008, saya ada buat satu print Relasi. Kemudian saya usung print tu ke hulur hilir sekolah. Saya bagi Warden saya baca, kemudian saya ada bagi satu print kepada seorang ustaz dan rakan baik saya, Ustaz Sufian. Ustaz Sufian memanjangkan pula kepada teman di sekolahnya. Saya juga ada menyebar-nyebarkan soft copy Relasi pada suatu masa dahulu.
Antara komen yang saya dapat adalah berikut:
Warden MATRI, Ustaz Mahadzir: “Lah, VT keluar dulu? Ana tunggu Relasi ni”
Salah seorang ibu pelajar MATRI, rakan kepada Ustaz Sufian, pada satu hari mencari saya di MATRI. Saya fikir, saya ada buat salah dengan anak dia. Rupanya, dia berkata: “Ni ke yang tulis Relasi? Alhamdulillah, buku tu bagus lah. Makcik menangis bila baca”
Salah seorang senior saya berkata: “Enta tulis Relasi ni macam mana? Bagus la Novel ni, sebab ana menangis bila baca”
Dan kalau anda nak tahu, Relasi lah sebenarnya yang membakar semangat saya dalam penulisan. Saya masih ingat, saya berhenti menulis pada awal tahun 2008. Saya fikir, tiada sambutan. Namun pada suatu hari, saya telah memprint Relasi di rumah, kerana ada kawan minta. Ayah saya ketika itu melihat saya sedang memprint Relasi. Dia bertanya:
“Apa ni?”
Saya jawab: “Novel”
“Siapa tulis?”
“Hilal la”
“Awak tulis banyak macam ni?”
“Ya la, kenapa? Tak percaya ke?”
Ayah saya terus memperkenalkan saya dengan mentor saya, Puan Hajah Maskiah, seorang penulis Johor, dan juga merupakan rakan kerja ayah saya. Daripada Hajah Maskiah, saya menerima saranan, dan kata-kata semangat.
Katanya: “Relasi ni menarik perhatian”
Saya jadi semangat hendak menulis. Hajah Maskiah ada berpesan lagi: “Teruskan menulis Hilal. Teruskan”
Dan saya terus menerus menulis, menulis, menulis dan menulis. Akhirnya siapa sangka, Syarikat GISB melangkah ke blog saya, dan menawarkan saya untuk menjadi penulis secara official?
Alhamdulillah.
Relasi amat bermakna kepada saya.
Harapanya, Relasi juga menjadi sesuatu yang bermakna buat kalian.
Anda boleh membaca sebahagian ceritanya di link ini:
Saya terus mengharapkan tembakan doa daripada kalian.
Moga-moga Allah SWT menjaga kita semua, dalam usaha kita mencari redhaNya, dan menjadi hamba-Nya!




Assalammualaikum…
Tahniah Hilal…
kt mana akak boleh dptkan Relasi kt KL ni..
dh ada d kedai2 buku kawasan KL?
Ada penjualan secara online?
Hope boleh mendapatkan nya secepat mgkin… (^_^)
[Reply]
salam..
rase xsabo nak bace RELASI…
dah ade kew kat bokk store dimelaka???
memang overboard x sbr nak membeli nie…..
[Reply]
um, kalau sudah ada online kan bagus. sng beli online. eh jap, terlupa…
..duit ana dah habis. duit biasiswa kan dah xde. oops.
[Reply]
tahniah..
semoga novel relasi ini akan mndpt smbutan..
semoga anta akan terus hasilkan penulisan yg mantap2..
kalau boleh beli online bgthu yer..skrg ni jdual packed sgt,nk kluar bli brg pun rase cm x sempat..huhu
[Reply]
ASSALAMUA’LAIKUM..Tahniah….alangkah bagusnye kalau semua karya anda boleh didapati di Doha ni… nak tunggu balik Malaysia tak tau bile…
[Reply]
Assalamualaikum,
Kena beli ni. Kat Pahang bookstore mana pulak jual?
[Reply]
tahniah Hilal!
[Reply]
salam ziarah….congrates for the new publish
i’ll get it one…insyaAllah
[Reply]
Tahniah.moga sempat beli dan baca.
[Reply]
tahniah..br bjy dptkan vt n langit ilahi…
& berjaya menarik minat kwn2 seofis utk dptknnya..
insyaAllah, yg ni ana akan order jgk..
[Reply]
Tahniah saudara Hilal…
Teruskan perjuangan anda dalam penulisan ini ya!
Doa kami semua sentiasa mengiringi anda…Semoga mendapat Redha Allah…
Salam Maju Jaya
[Reply]
Harap novel yang bermanfaat.
saya expect novel yang menarik untuk di baca.
Salam ukhwah…
[Reply]
wah x sbr nk bce..VT pun bg sy meletup inikan Relasi..teruskan menulis Hilal..sy kagum dgn Hilal..ingin jd seorg penulis versi English pula slps ni..
[Reply]
salam..
alhamdulillah.. satu lagi dakwah sampai kepada masyarakat…
[Reply]
salam
Akhirnya..keluar juga..
nampaknya banyak buku yang kena ana dapatkan..
tahniah..moga dipermudahkn dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya di arena ini
[Reply]
jgn biarkan bakat anda menjadi emas yang tidak berharga.
[Reply]
Mana p cover dlu? Xde dah muka abg fami n abg hilal… Tuh gmba sapa kt cover bru?
[Reply]
‘Alhamdulillah.”Ungkap ringkas,simple, mendalam dan penuh makna.(”,)
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada semua,
saya dengan penuh rendah hati, mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda. Saya harap, agar penulisan ini akan membawa makna dalam kehidupan kita bersama insyaAllah.
Berkenaan Relasi ini boleh dapat di mana, saya pun tidak tahu sebenarnya. InsyaAllah di seluruh Malaysia, tetapi tidak pasti di kedai mana.
Kalau saya ada maklumat, saya akan maklumkan.
Berkenaan pembelian online, saya pun tidak pasti. Tetapi saya jangkakan tiada. Kerana syarikat Citra bukanlah syarikat yang terlalu komersial seperti GSIB.
Apa-apa pun, segala maklumat terbaru jika ada, saya akan maklumkan di sini.
Berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi.
Semoga Allah redha dengan kita semua…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Hilal ayah nta bg free dkt ana relasi sebab tolong dia pindah rumah haritu,hehe,skang buku tu ada dekat abbas
[Reply]
tahniah sadiq…laka binnajah …
[Reply]
huhu… bace mus’ab punyer jer.. x yah bli.. huhu
pnjm..
[Reply]