
hargai bapa
Sudah sampai hari sabtu, maka Novel Remaja Mulia pun bersambung ke bab yang seterusnya.
Cerita 3: Dengan Bapa
Semoga mendapat manfaat
Cerita 3 :
Dengan bapa
Kini sudah masuk bulan yang kedua bagi sesi persekolahan tahun ini. Sebentar sahaja masa berlalu. Lagi tujuh bulan, peperiksaan besar bagi pelajar darjah enam, UPSR akan menjelma. Namun kebanyakan pelajar masih lagi seperti biasa, belajar dalam keadaan tidak bersungguh-sungguh.
Abdul Haq berbeza. Dia serius menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Malah dia sering berusaha melakukan latihan lebih dari apa yang diarahkan oleh guru.
“Orang beriman ni Haq, lebih tinggi dari orang lain. Jadi kita tidak boleh rendahkan diri kita dalam apa jua bidang. Tidak kira bidang akademik, mahupun agama. Tidak kita dunia, mahupun akhirat”
Itulah antara pesan ayahnya yang tersemat di dalam jiwa. Sebab itu Abdul Haq bersungguh-sungguh. Dia hendak menjadi yang terbaik, kerana orang Islam itu adalah yang terbaik di sisi Allah.
“Ada budak miskin tu, buat-buat rajin la” Suara sumbang Hariz kedengaran.
Ketenangan kelas terganggu. Cikgu Kartini, guru Matematik tidak masuk waktu ini kerana ada mesyuarat. Ahli kelas Darjah Enam Makrifah telah diamanahkan untuk membuat latihan yang telah ditinggalkan Cikgu Kartini.
“Kau jangan layan la diorang tu Haq. Menyakitkan hati je” Syaiful menepuk belakang Abdul Haq, memujuk.
Abdul Haq tersenyum. “Aku tak kisah”
Tiba-tiba bahu belakangnya dicuit. Abdul Haq memandang. “Kenapa Shah?”
“Hari ini kau bawa makanan apa?” Shah tersenyum simpul. Waktu rehat adalah selepas waktu matematik. Perutnya sudah berkeroncong.
“Hari ini nasi kosong sahaja.”
“Oh” Shah faham akan kekurangan Abdul Haq. Namun dia tidak kisah.
“Tapi aku ada letak kicap sikit” Abdul Haq menambah, membuatkan senyuman pada bibir Shah terukir.
“Shah, kau jangan berkawan dengan Haq tu. Haq tu miskin. Anak yatim pulak tu. Nanti berjangkit dengan kau pulak” Jaafar menyampuk dari belakang. Dia tidak tahu yang Shah itu kini sudah agak rapat dengan Abdul Haq.
Telinga Shah panas mendengar ejekan-ejekan tiga sekawan itu. Sudah sebulan dia bersekolah di sini, setiap hari dia mendengar ejekan tiga sekawan itu terhadap Abdul Haq. Yang peliknya, Abdul Haq tidak pula membalas.
“Ei…” Shah hendak menoleh ke belakang, untuk menegur tiga sekawan. Namun belum sempat suaranya keluar, ada satu suara lain memotong terlebih dahulu.
“Korang tiga orang ni, senyap boleh? Sakit hati aku dengan korang ni. Memekak aja. Aku nak buat kerja ni” Erham, pelajar terpandai dalam kelas Darjah Enam Makrifah. Dia agak panas baran orangnya. Amat pantang ketenangan pembelajarannya diganggu.
“Sejak bila pulak kau jadi pelindung Abdul Haq ni Erham?” Toriq kehairanan. Sebab semua orang tahu yang Erham tidak suka kepada Abdul Haq, kerana Abdul Haq adalah saingan Erham dalam mencapai markah tertinggi di dalam kelas. Cuma, Abdul Haq sering merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk.
Erham mencebik bibir. “Sejak bila pula aku jadi pelindung Haq ni? Aku peduli apa kalau korang nak kutuk dia? Tapi jangan la kacau aku nak belajar.”
“Alah, kau nak belajar senang, balik rumah la.” Jaafar membalas.
Tiga sekawan dengan Erham terus bertekak. Abdul Haq pula terus melakukan kerja yang diberikan. Dia langsung tidak berminat hendak masuk campur. Dari masannya dihabiskan atas perkara yang tidak penting, lebih baik dia laksanakan amanah yang diberikan oleh gurunya tanpa bertangguh-tangguh. Masa itu adalah kehidupan. Kalau terlepas, rugi.
Allah SWT berfirman:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…” Surah Al-‘Asr ayat 1&2.
Kriiiing!
“Aha” Shah menepuk belakang tubuh Abdul Haq.
Abdul Haq tersengih.
Rehat.
*****
Asap keluar berkepul-kepul dari mulut Shah.
“Tempat ni memang tak ada guru datang periksa ke?” Shah memandang Abdul Haq.
Abdul Haq menggeleng. Sudah lima tahun dia menghabiskan waktu rehatnya di sini, selama itu juga dia tidak pernah melihat ada orang lalu lalang di sini. Baik guru mahupun pelajar. Mungkin kerana tempat ini agak jauh daripada kantin.
Abdul Haq memilih tempat ini kerana tempat ini dekat dengan…
“Ah, aku rasa tenang pula duduk di sini” Shah menyandarkan belakang tubuhnya pada dinding. Dia melepaskan pandangannya pada padang sekolah yang terletak melepasi pagar di hadapan mereka.
“Surau tu lagi menenangkan” Abdul Haq menunjuk ke arah Surau yang berdekatan dengan tempat mereka duduk. Surau itu, pada waktu rehat begini, kosong. Nanti pada waktu pelajar hendak pulang ketika tengahari, surau itu akan dipenuhi pelajar-pelajar dan guru-guru kerana mereka melaksanakan Solat Zuhur sebelum pulang.
“Tu Rumah Allah. Pencipta kepada ketenangan” Abdul Haq menambah.
Shah memandang Abdul Haq. Abdul Haq angkat kening. Kenapa?
“Kau memang kalau cakap, asyik sebut Allah aja ya? Cakap fasal hidup kau kaitkan dengan Allah, cakap fasal pelajaran kau kaitkan dengan Allah, cakap fasal main pun kau kaitkan dengan Allah. Kenapa?”
“Dah Allah yang ciptakan kita. Kita datanng daripada Allah. Nanti di akhirat nak bertemu dengan Allah. Maka hidup ni, dan segala apa yang berkaitan dengan hidup ini, takkan tak ada kaitan dengan Allah?” Abdul Haq menjawab.
Shah senyap. Betul juga.
“Ni, aku nak tanya kau satu benda la. Tu pun kalau kau izinkan la”
“Ha, tanya la. Aku izinkan punya. Kita dah sebulan kenal. Dah sebulan aku tumpang makan dengan kau”
Abdul Haq tersenyum. Ya. Semenjak kali pertama bertemu, hinggalah ke hari ini, dia akan berkongsi bekal ndengan Shah. Walaupun bekal yang dibawanya sedikit, tetapi nampaknya Shah amat kesenangan dapat mengalas perutnya.
“Kenapa kau gaduh dengan ayah kau?”
Shah tidak terus menjawab soalan itu. Terkejut dengan apa yang ditanya oleh Abdul Haq.
“Maaflah kalau kau terganggu dengan soalan aku” Abdul Haq memandang bekas bekal yang telah licin.
Shah menggeleng. “Aku terharu sebenarnya. Ini kali pertama ada orang ambil berat fasal aku”
Abdul Haq tersenyum. “Orang yang beriman itu kan bersaudara. Mesti la aku ambil berat pada sahabat aku”
Shah pun tanpa lengah menceritakan. Rupanya, dia sedari kecil dididik dengan keras oleh ayahnya. Ayahnya telah menetapkan peraturan yang ketat untuknya, dan memaksanya untuk belajar. Masa bermain dan berehat hampir tiada. Hal ini kerana, ayahnya ingin Shah menjadi pelajar paling pandai di sekolah.
Shah tidak suka akan sikap ayahnya itu. Padanya, cara itu salah, dan membuatkan dia tertekan.
“Kau tahu, kawan-kawan aku yang suka melepak di bandar tu pun lebih baik dari ayah aku. Ayah aku tak pernah ambil tahu fasal aku, kecuali fasal pelajaran aku. Paling kurang, kawan-kawan aku ada la juga luang masa keluar dengan aku”
“Sebab itu la kau jadi macam hari ini?” Abdul Haq meminta kepastian.
Shah mengangguk. “Aku sengaja merokok, pakai tak kemas, langgar peraturan sekolah. Semuanya nak tunjuk pada ayah aku yang selama ini dia itu salah. Aku sengaja buat diri aku dibuang sekolah, agar ayah aku susah.”
Abdul Haq mengangguk. Kini dia faham. Rupanya, Shah mengalami tekanan hidup.
“Petang ni, aku nak ikut kau balik rumah la”
Kening Shah terangkat. Buat apa Abdul Haq nak datang ke rumahnya?
“Aku nak ziarah ayah kau.”
Kini mata Shah pula membesar. Seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Abdul Haq.
“Kau sahabat aku, aku mesti tolong kau. Aku tak rasa ayah kau benci pada kau. Cuma mungkin cara dia tak berapa sesuai. Arwah ayah aku tidak pernah memaksa. Dia banyak memimpin. Mungkin kalau aku sembang-sembang dengan ayah kau, ayah kau akan faham”
Terkoyak senyum pada bibir Shah, apabila mendengar kata-kata Abdul Haq. Dia menggeleng-geleng kepala.
“Haq, kau ni memang manusia luar biasa la. Tak macam budak darjah enam”
“Semua yang berusaha untuk jadi hamba Allah, maka dia itu luar biasa sebenarnya”
“Baiklah, petang ni kau ikut aku balik.”
****
Abdul Haq tenggelam dalam kekaguman.
“Macam istana” Kata-kata itu keluar dari mulutnya. Rumah Shah amat besar.
“Istana besar lagi la. Kau tak pernah pergi istana, mana kau tahu. Dalam buku teks memang la nampak istana tu kecil” Shah melangkah masuk, sebaik sahaja pintu pagar automatik terbuka.
“Ha, awal kau balik hari ini Shah” Satu suara yang tebal kedengaran dari dalam rumah. “Selalunya kau…” Kata-kataitu terhenti, sebaik sahaja empunya suara menjengahkan kepalanya keluar.
Mata Abdul Haq melihat seorang lelaki yang agak tinggi, berpakaian kemas, sedang memandang ke arahnya.
“Siapa ni?” Ayah Shah memandang Shah.
“Nama saya Abdul Haq pakcik. Saya datang nak berziarah. Saya kawan kepada Shah” Abdul Haq bersalaman dengan ayah Shah, dan mengucup hormat tangannya.
Ayah Shah sedikit terkejut melihat kesopanan Abdul Haq. Biasanya, rakan-rakan Shah agak kurang ajar. Abdul Haq berbeda. Bukan sahaja beradab, tetapi berpakaian kemas.
“Masuklah” Ayah Shah mempersilakan.
“Kau nak cakap apa dengan ayah aku?” Shah berbisik kepada Abdul Haq, ketika mereka melangkah masuk ke rumah.
“Ada la. Biarlah rahsia” Abdul Haq angkat kening dua kali.
Shah mencebik bibir. “Jangan bagi ayah aku naik angin sudah”
“Tak. InsyaAllah dia tak naik angin. Tapi dia naik sayang lagi pada kau ada la”
Shah tergelak kecil.
“Tengok la nanti” Shah mencabar.
“Tengok la nanti” Abdul Haq menyahut.
****
“Weh, apa yang kau cakap dengan ayah aku semalam?”
Abdul Haq mengukir senyuman lebar. “Kenapa kau tanya?”
“Ayah aku tiba-tiba minta maaf pada aku selepas isya’ semalam. Katanya, dia dah tersilap dalam membesarkan aku. Entah, aku pun tak faham sangat apa dia cakap. Tapi semalam dia peluk aku, menangis dan minta maaf berkali-kali. Hari ini, dia dah mula bagi duit belanja.”
Abdul Haq menggeleng kepala. Senyuman dia masih tidak lekang. Kini pandangannya menghala ke arah padang.
“Aku cuma nyatakan perasaan aku bahawa ayah kau itu amat beruntung kerana dia masih dipanjangkan umur oleh Allah, untuk melihat kau membesar.”
Shah diam.
“Ayah aku dah tiada untuk teman aku, untuk bantu aku, untuk lihat aku membesar. Tapi pada aku, ini ujian. Sekarang tugas aku adalah meneruskan kehidupan aku dengan baik. Aku adalah saham ayah aku di akhirat. Aku ada dengar ayah aku kata, yang Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila manusia itu mati, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang berterusan dan doa anak yang soleh.”
“Jadi?”
“Jadi aku cerita pada ayah kau akan keadaan kau. Anak orang kaya, tapi sanggup makan dengan orang miskin macam aku. Aku kata, yang kau ni hati baik sebenarnya. Cuma agak tertekan dengan cara ayah kau. Ayah kau awalnya tak percaya, tetapi lepas aku bersungguh-sungguh yakinkan dia, baru aku nampak wajah dia macam menyesal. Aku kata la, yang anak ni kita kena corak baik-baik, bukan toreh kasar-kasar. Kalau kita mati, anak tu nak jadi saham kita di akhirat nanti.”
Shah tidak mampu berkata apa-apa. Abdul Haq nampak teramat matang.
“Tapi aku pun nak nasihatkan kau. Kita sebagai anak, kena la lapang dada dengan ibu bapa kita. Kalau ada perkara yanng kita tidakk setuju dengan mereka, kita bagitahu elok-elok. Allah suruh kita hormat ibu bapa kita walaupun ibu bapa kita bukan orang Islam. Kau kena hargai ayah mak kau. Kau untung mereka masih hidup. Cuba kau bayangkan kalau kau jadi aku?”
Shah senyap. Terasa. Benar sungguh kata-kata Abdul Haq itu. Ah… Terasa banyak pula dosanya selama ini.
“Aku tak tahu nak cakap apa pada kau Haq. Yang kau cakap ni, biasa-biasa je sebenarnya. Tak la hebat sangat macam penceramah dalam televisyen. Tapi aku tak tahu kenapa kata-kata kau boleh mengubah ayah aku”
Abdul Haq tersenyum. Dia menepuk-nepuk belakang Shah. “Bukan kata-kata aku yang mengubah ayah kau. Aku usaha aja. Allah yang ubah ayah kau” Abdul Haq pun bangun, dan bergerak.
“Kau nak pergi mana? Waktu rehat belum habis” Memang Shah kehairanan. Sepanjang sebulan berkenalan dengan Abdul Haq, memang Ketua Pengawas itu akan bergerak lebih awal walaupun waktu rehat masih berbaki banyak masa lagi.
“Aku pergi solat dhuha.” Abdul Haq menjawab, kemudian terus bergerak ke surau.
Shah memandang sahaja Abdul Haq pergi.
“Haq, aku bersyukur sebab Allah jumpakan aku dengan kau”





Rasulullah SAW bersabda bahawa apabila manusia itu mati, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang berterusan dan doa anak yang soleh.”
semoga kita boleh menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat…amiin.. kagum dgn watak Abdul Haq… tersentuh hati ni dgn kata2 Abdul Haq..
[Reply]
post seminggu 2 kali x bleh ka??
x larat nak tunggu lama2
[Reply]
wah…bestnya!!menusuk ke jiwa…kan best kl dpt tarbiyah dr kcil lg…xsbr nk tggu cerita strusnya…rasa nk beli terus novel remaja mulia ni,hilal
hehe
[Reply]
salam,
~~
cara abdul haq terlalu matang. rasanyer bdak drjah 6 tidal sematang Abdul Haq.
itu mcm cara hilal jer..
xde k masa andul haq berhibur mcm kwn2 dia yg lain?
~~just pendapat jer
[Reply]
betulkn niat anda u menulis shbt
jgn biarkn anda mnulis dgn egomu
tulisla dgn terbuke
anda punyaI KELEBIHN.
matanglah dlm mmbuat sesuatu.
hnya perkongsian
[Reply]
kenapa cerita ni menyentuh hati?
[Reply]
Abdul Haq lebih matang berbanding kanak-kanak seusianya mungkin kerana dia tidak mempunyai ayah.Akhlaknya yang mulia tentula hasil didikan seseorang….adakah dia mempunyai ibu? Proses sosialisasi bermula sejak ibu dan bapa itu remaja lagi sehingga mereka berkahwin dan mempunyai anak. Seperti kata ibu Imam Syafie. Saya tak ingat pula katanya….tapi maksudnya untuk mendapatkan anak yang mesti cari ibu yang baik, baiknya ibu itu bermula dari dia remaja bukannya setelah berkahwin…apapun menjadi lebih baik mesti dimulakan bukan ditangguhkan…
Jom berusaha unt
[Reply]
Salam.
Siapakah kita utk mengatakan bhw tiada budak yg matang walaupun drjh enam? mungkin ada. Allah boleh cipta manusia dlm pelbagai bentuk dan cara yg dia nak. Anything is possible. Sy pun belum jumpa tp manalah tahu ade di pelusuk mana2 kan..
sekadar pendapat juga..
Wallahu’alam.
[Reply]
saya dah pernah jumpa budak macam tu..skrg baru masuk tingkatan satu.cuma dia budak perempuan, tgk wajahnya pun dah tenang..ni saya perempuan..kalau saya lelaki, sanggup saya tunggu dia..kalau kita tak jumpa org tu, jgn kata tak ada di dunia ni..:)
[Reply]
teruskan memberi kerana Allah..kalau citer imposible plus nonsence like bionik, doraemon, superman boleh diterima kanak2, padahal merosakkan akidah umat..so why not this story can’t be accepted by them? I think this story is the right alternatif to them.may God bless u!
[Reply]
salam..
cerita ni menarik…
btul kata penulis..
selagi ibu bapa kite masih hidup..
hargai la mereka…
nice story….
[Reply]
sangat bersemangat untuk meneruskan next episode! mana tahu ada remaja yang akan mencontohi sikap Abdul Haq setelah membaca cerita ni..Kalau novel seberat “…hati ” karya Fatimah Syarha boleh dinikmati oleh sekumpulan pelajar di sekolah rendah, why not this story? coz remaja mudah terikut mengikut sesuatu yang menarik perhatiannya.remaja/pemuda, sangat mudah dibentuk jika bertemu suisnya..cuma, harap jgn pula ada yg nak ikut watak jahat dalam citer tu dah la.
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada wani
Alhamdulillah, moga Allah gerakkan kita untuk berubah seperti apa yang dituntutin-Nya…
- kepada kawn lama
tak boleh.. hu3… biar lama, biar rindu…
- kepada cahayabijaksana
alhamdulillah. Memang indah kalau dapat tarbiyah dari kecil. Tapi ada juga yang tidak bersyukur ditarbiyah dari kecil. Dan ketahuilah tidak lewat juga memulakan proses tarbiyah pada mana pun titik telah andai lepasi…
- kepada saya
tak ada?
Siapa kata tak ada.
Dalam hidup saya, ada dua tiga orang saya jumpa, serupa gayanya dengan watak Abdul Haq. Matang sedemikian gayanya.
Sebab tu saya berani tulis.
Macam saya? Mungkin saya ni, hanya 1% sahaja daripada watak Abdul Haq, kalau nak kira masa saya umur 12 la…
- kepada kwnbaru jordan
terima kasih atas nasihatnya, semoga Allah redha…
- kepada mujahidah saifulmujahidah
tanyalah pada diri…
- kepada razimah
tulis tak habis ni…
dan ni mesti tak baca bab sebelumnya ni.
Abdul Haq anak yatim piatu. mak dia mati masa dia dilahirkan.
Dia jadi matang sedemikian, sebab ayahnya mendidik dia sedemikian.
- kepada hambamencari
bukan mungkin ada. Memang ada. Dan memang Allah boleh cipta apa sahaja Dia mahu, tapi saya tak mahu orang asyik kata begitu. Sebenarnya, anak-anak macam Abdul Haq, wujud aja dalam sejarah manusia.
Abdullah ibn Umar RA semasa kecilnya, dihormati sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang lain kerana kematangannya.
Abdullah ibn Abbas RA, semasa kecilnya, digolongkan setaraf dengan ahlu Badr kerana kematangannya, ilmunya yang luas.
Sebenarnya, semua ini berkait rapat dengan tarbiyah kepada anak-anak.
- kepada misna
mujur kamu perempuan…
dan Alhamdulillah, macam komen kedua kamu, saya memang harapkan ini menjadi pilihan kanak-kanak.
dan komen kamu yang ketiga…
harapnya, anak-anak mendapat kefahaman dengan membaca penulisan saya. bukan hanya berseronok sahaja…
- kepada saudari itri
semestinya…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
knapa pasa baca ni cam nak nangis ja..waaa
[Reply]
terharunyaa…betul2, rse cam nak menangis..
[Reply]