26hb Disember. Mungkin orang akan mengingati tarikh ini sebagai tarikh berlakunya Tsunami yang diiringi dengan gempa bumi sekitar 9.2 skala ritcher lima tahun dahulu. Tetapi 26hb Disember hakikatnya adalah tarikh lahir Anas Abdul Hadi, sahabat saya yang telah dilahirkan pada tahun 1989, 15 tahun sebelum berlakunya tsunami di kawasan asia tenggara itu.
Anas adalah antara sahabat pertama saya semenjak saya menjengah umur 13 tahun. Dia adalah antara yang pertama saya kenal rapat di MATRI.
Dia anak kepada tok guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi Othman.
Post hari ini adalah dedikasi untuk dia.
Sahabat saya yang saya cinta.
Pertama kali berkenalan
Bila ya kenal dengan Anas? Seingat saya, saya mula berkenalan rapat dengan dia apabila kami mengakhiri perkhemahan orientasi di Pantai Tengkorak Langkawi, semasa minggu kedua kami masuk ke MATRI.
Saya masih ingat yang saya bersembang mesra dengan dia ketika membeli belah di Pekan Kuah masa itu. Dia juga adalah yang duduk dengan saya semasa menunggu di jeti.
Kerapatan
Anas adalah antara yang terapat dengan saya di MATRI. Rapat dari segi selalu bersama. Dia teman sembang saya di awal zaman saya di MATRI. Hal ini kerana, saya amat suka menghafal Al-Quran dan dia juga merupakan penghafal Al-Quran juga. Jadi, ayahnya banyak menyebut saya dan kami berdua macam adik beradik lah juga.
Selain sama-sama menghafal Al-Quran dan belajar tajwid dari guru yang sama – ayah Anas, saya menjadi amat rapat dengan Anas adalah apabila kami sama-sama menyertai Hari Pendidikan Islam Peringkat Zon dan Negeri Perlis setiap tahun.
Jadi setiap tahun, kami akan bersama ke Hari Pendidikan Islam. Di situ satu lagi kunci keeratan Anas dengan saya.
Anas juga teramat selalu membelanja saya sepanjang pengajian saya di MATRI.
Saya sekelas dengan Anas dari tingkatan satu hinggalah tingkatan tiga, kemudian kami berpisah dengan arah masing-masing. Saya mengambil aliran sains dan dia mengambil aliran sastera. Tetapi kemudian, selepas dua tahun, dia dan saya bersama-sama memasuki tingkatan enam. Akhirnya, hingga ke Jordan dia bersama saya. Kami sama-sama ambil Usuluddin.
Kebaikan Anas kepada saya
Saya ini, banyak terhutang budi pada Anas.
Satu hari dulu, dia pernah bagi saya dan dua orang lagi kawan saya RM50. Dia kata:
“Habiskan, pergi makan kat kedai”
Saya punya la tak percaya masa itu. Tetapi dia bersungguh-sungguh. Dia memang suka belanja kawan makan. Kadangkala, waktu rehat, dia akan belanja saya makan.
Kebaikan Anas yang paling saya tak akan lupa adalah, kerelaannya menghadiahkan N-Gage kesayangannya kepada saya. Masih basah dalam ingatan saya, pada satu hari di masa peperiksaan SPM sedang berjalan, kami duduk bersama. Ketika itu, telefon bimbit saya sudah tiada kerana tercicir semasa raya sebelum itu.
Anas bertanya: “Mana handphone enta?”
“Tercicir la. Hilang”
Anas terus mengeluarkan N-Gagenya, mencabut sim cardnya, kemudian menghulurkan N-Gagenya kepada saya.
“Nah”
Saya amat, amat, amat tidak percaya. Tetapi itulah yang berlaku.
Sehingga hari ini, walaupun Allah izin saya ada rezeki yang melimpah, saya tidak pernah menkar telefon bimbit saya. Selama hampir empat tahun, telefon bimbit N-Gage yang ala-ala boomerang itu bersama dengan saya. Saya jaga dengan baik, dan menggunakan dengan baik. Sebab itu, kalau kalian perasan, watak Saifullah di dalam Terasing menggunakan N-Gage.
Saya janji, selagi N-Gage itu masih boleh dipakai, sampai mati pun saya akan pakai N-Gage yang Anas bagi itu. Kalau rosak tak boleh pakai, saya akan gantung pada dinding, dan cerita pada anak-anak dan cucu saya nanti, bahawa itu telefon bimbit hadiah sahabat karib saya – Anas Abdul Hadi.
Kenangan terindah
Banyak. Tetapi saya nak kongsi satu yang agak manis dan kelakar.
Semasa saya tamat pengajian tingkatan lima, Ustaz Abdul Hadi telah mengarahkan Anas untuk terus ke Jordan. Anas mengajak saya. Tetapi saya ketika itu bertegas untuk memasuki tingkatan enam terlebih dahulu kerana hendak meluangkan lebih masa dengan guru-guru saya di MATRI.
Maka, semasa saya pulang, Anas menghantar SMS. Di dalam SMS itu, Anas berkata:
“Hilal, walaupun ana dengan enta berpisah. Seorang ke tingkatan enam, seorang ke Jordan, tetapi ukhuwwah kita tetap bersatu”
Sekali, masa saya masuk pintu Tingkatan Enam itu, Anas terpacak duduk di kerusi mejanya. Saya nak tergelak pun ada kalau teringat-ingat benda ni. Last-last, kami pergi jordan sama-sama, tak pernah berpisah apa pun. Ha ha ha…
Tetapi SMS itu menunjukkan betapa murninya Anas.
Saya sangat sayangkan dia.
Sekarang
Pejam celik pejam celik, hampir 9 tahun kami berkenalan. Kini Anas Abdul Hadi, sahabat saya telah mencapai umur 20 tahun. Saya pula, tidak lama lagi hampir meninggalkan umur 20 tahun. Macam-macam kami lalui bersama. Dan kami tetap bersama.
Anas pernah tidur rumah saya – siap tidur hotel dengan saya lagi -, saya pernah tidur rumah dia. Anas pernah makan masakan ibu saya, saya pun pernah makan masakan ibu Anas. Kami sama-sama hafal Al-Quran, kami juga pernah sama-sama BBQ, kami belajar sama-sama, kami pernah duduk serumah, banyak sungguh yang kami lalui sama-sama. Anas adalah antara yang saya kongsikan sesuatu yang saya tak kongsikan dengan ramai orang. Ya, orang nampak saya banyak kongsi itu ini di Langit Ilahi. Kadangkala hal cinta saya sendiri. Tetapi ketahuilah, yang pernah saya ungkap di sini, tidak lebih dari 10% diri saya. Anas tahu lebih dari kalian semua. Dan Allah lebih tahu daripada Anas semestinya. Ha ha ha…
Jangan tanya fasal masalah dalam hubungan kami. Turun naik ukhuwwah itu ada. Ada aja perkara yang saya tidak sekepala dengannya. Ini bukan drama fantasi yang jalannya smooth aj(Sekarang drama, novel, movie pun orang suka buat twist). Ini realiti hidup. Kalau nak semua jalan baik, boleh balik tidur dan bermimpi.
Tetapi setahu saya, hubungan kami terbina atas keimanan kepada-Nya. Kalau Anas kurang, saya isi kekurangannya. Apa yang saya kurang, saya nampak Anas mengisi kekurangan saya. Jadi kami banyak bertoleransi, tolak ansur sesama kami.
Saya dah jarang dibelanja Anas apabila di Jordan. Saya kira, saya tak mahu lagi dia belanja saya apa-apa. Tetapi saya nak banyak belanja dia. Kebetulan, umur-umur saya sekarang ini Allah telah limpahkan rezeki yang mencurah-curah. Ini antara azam saya.
Anas gembira saya gembira. Anas susah hati saya susah hati. Anas adalah saya. Saya sayang Anas lebih dari diri saya sendiri. Macam mana saya sayang Fahmi, macam itu saya sayang Anas.
Penutup: Happy Birthday Anas. Sannah Helwah
Selamat hari lahir, selamat hari lahir. Kepada sahabatku wahai Anas yang takkan berakhir. Hingga ke syurga kita akan terus melafaz sayang di bibir.
Semoga Allah redha sahabat saya Muhammad Anas bin Abdul Hadi yang menjejak umur 20-nya hari ini. Semoga Allah panjangkan umurnya, murahkan rezekinya, lapangkan kehidupannya, mengampunkan segala dosanya, memberikan peluang kebaikan yang banyak kepadanya, menguatkan keimanannya, meningkatkan ketaqwaannya, dan memasukkan Anas ini antara hamba-hamba yang diredhai-Nya.
Wahai pembaca, katakanlah Amin. Anas ini sahabat saya.
Sahabat saya yang mana saya akan rasa kurang kalau dia tidak ke syurga bersama saya.
Sahabat saya yang mana saya akan rasa senang kalau dia tidak bersama saya ke neraka.
Ya Allah, redhailah Anas, melebihi keredhaanku kepadanya. Ya Allah, sayangilah Anas, melebihi kasih sayang aku kepadanya. Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Besar, lagi Maha Berkuasa atas hamba-hamba-Nya.
Terus hidup Anas.
Hidup menggapai redha-Nya.








selamat hari lahir.
smoga umurmu diberkati hingga menjadi mukmin sejati…anas
dan hilal…hehe
[Reply]
saudara anas psti mmberi impak besar dlm hidup saudara,
happy birthday en muhammad anas b abdul hadi..
may Allah bless..
insyaAllah~
[Reply]
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
[Reply]
..amin….
sahabat terbaik adalah sahabat yang sentiasa mendoakan sahabatnya…
syukur diberikan olehNya sahabat yang baik…
buat anas,happy birthday…
[Reply]
amin…
selamat hari lahir anas
moga pnjg umur n mrah rzeki
may allah bless both of you
dksmptn ini jga sye mhon kpd
smua untk mndoakn abg kpd kwn sye
yg tlh kmbli ke rhmatullah pg td
allahyarham xcdent dlm prjlnn plg
ke rmh menaiki bas xpress…
smga allahyarham trglg dantara
org2 yg dkasihi NYA
al fatihah
trima ksih dats doa kalian
jazakallah
[Reply]
salam hari lahir utk anas..
yg merupakan adik sahabat baikku juga..
emotional baca entri ni..
anta menulis dgn hati,hilal.
teruskan berkongsi..
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada onesaiful
Amiiin… thanks coach.
- kepada ‘adny
Sememangnya impak anas besar. hu3…
- kepada sufiyyah
Terima kasih atas perkongsiannya…
- kepada Liyana
Alhamdulillah…
- kepada aidan
Semoga Allah rahmati rohnya…
- kepada sensei
Alhamdulillah. moga Allah rahmati kita dan sahabat-sahabat kita.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
“Wahai pembaca, katakanlah Amin. Anas ini sahabat saya.”
amiin..amiin.. ALLAHumma amiin…
[Reply]
amin..
[Reply]
terharu ana…..
[Reply]
I miss my close sahabat so much
[Reply]