Saya pernah sebut fasal Tengku Muhammad Fahmi masa di era Blogspot dahulu. Saya buat satu post khas fasal dia. Saya juga ada ungkapkan selamat hari lahir pada dia di website ini pada bulan mac lalu.
Waktu ini, saya teringin menulis fasal dia. Sebab tadi saya baru sembang-sembang dengan dia. Entah kenapa, saya rasa rindu sangat dengan sahabat saya seorang ini. Walaupun selalu aja beryahoo messenger dengan dia. Anggaplah post ini dedikasi saya kepadanya.
Saya ada satu sifir fasal saya dengan Fahmi. Sifirnya mudah.
Sahabat terbaik saya = Tengku Fahmi. Tengku Fahmi = sahabat terbaik saya.
Mungkin kerana dia adalah manusia yang pertama dalam hidup saya, yang saya bangunkan ukhuwwah atas keimanan kepada Allah SWT.
Saya sangat teringat-ingat dia ketika ini.
Terbinanya atas iman
Apabila saya berjaya memahami makna ukhuwwah dalam hidup saya, saya telah berjanji kepada diri saya bahawa apabila saya menjalinkan hubungan dengan seseorang, maka saya akan bina hubungan saya atas keimanan.
Fahmi adalah antara sahabat terawal yang saya bina dengan janji saya itu. Walaupun masa itu tidaklah saya memahami ukhuwwah itu seperti hari ini. Tetapi saya usaha yang terbaik untuk hubungan saya dengan Fahmi.
Yang menarik berkenaan Fahmi dengan saya, adalah kami tidak rapat langsung masa awal perkenalan kami. Selalu ada salah faham. Dia geng lain dan saya geng lain. Tetapi ketika saya tingkatan empat dan dia tingkatan tiga, saya memperbaharui ukhuwwah saya dengannya. Itu adalah masanya saya mula memahami makna ukhuwwah.
Dan saya amat menghargai Fahmi.
Sampai satu tahap, saya rasa sakit bila dia sakit. Dan saya rasa amat gembira bila dia gembira. Tengok wajah aja sudah melapangkan dada. Apatah lagi melihat senyumannya. Begitulah. Macam couple bercinta pula.
Kenangan terindah
Kenangan-kenangan bersama Fahmi, tak banyak yang saya lupa. Banyak yang menarik untuk saya.
Antaranya adalah hari di mana saya barukan ukhuwwah saya dengan dia. Hari itu adalah semasa satu kem bernama PeWaris dijalankan di Sungai Congkak, Selangor. Fahmi telah lewat datang pada hari itu. Dia tiba selepas pembahagian kumpulan dijalankan. Saya pun tak pasti kenapa, tetapi ketika itu hati saya terdetik: “Ya Allah, bagilah Fahmi sekumpulan dengan aku”
Ajaibnya, sebaik sahaja saya habis berdoa begitu, seorang fasilitator menolak Fahmi masuk ke kumpulan saya. Masa itu, saya katakan pada diri saya, aku akan usaha menjadi sahabat Fahmi yang terbaik.
Antara Kenangan indah lain, adalah tangkap gambar. Satu hari, saya tidak ingat atas sebab apa, tetapi saya dengan Fahmi terserempak satu sama lain di asrama. Masa itu saya bawa kamera. Fahmi segera berkata:
“Hilal, jom tangkap gambar”
Dan gambar yang ditangkap hari itu, pada saya adalah gambar terindah sehingga hari ini.
Dia minat makan char kue tiaw. Masa saya tanya dia: “Fahmi, enta suka makan apa?”
Dia jawab: “Char kuew tiaw. Kalau enta bagi ana char kuew tiaw satu mangkuk pun, ana boleh habiskan” Semenjak hari itu, kalau saya keluar makan tanpa dia, saya akan bawa pulang Char Kuew Tiaw untuk dia.
Saya pernah juga bawa dia ke tempat saya menjadi imam tarawih, Masjid Padang Behor.
Saya juga beberapa kali pernah tidur di rumahnya. Pernah juga la round Bukit Bintang dengan dia, jalan kaki je, sama-sama.
Masa malam saya periksa Add Math, Fahmi sms saya. Dia tahu saya langsung tak power dalam add math. Dia mendoakan saya. Saya pun tak sangka dia akan sms saya malam itu.
Tadi, masa sembang dalam yahoo messenger, dia ada tanya saya fasal balik malaysia. Dia kata dia ada rancang nak balik. Dia ajak saya balik sama. Dia kata nak tangkap gambar sama-sama, dan pergi Johor sama-sama. Dia buat saya rasa macam nak nangis. Entah kenapa.
Banyak lagi kenangan. Teringat-ingat pula saya malam ini. Tapi takkan saya nak cerita semuanya.
Cuma satu perkara yang saya tahu, apa waktu pun saya bersama dengan Fahmi, itu waktu yang istimewa. Tak akan saya lupa sampai bila-bila.
Hatta terjun ke neraka
Saya sangat sayang Fahmi. Saya pernah cakap dekat dia sewaktu dia dalam keadaan bersedih hati:
“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”
Saya kasih dengan dia sampai begitu sekali. Kasih hingga nak bersama merentas syurga. Jadi kalau ada apa-apa yang menghalang perkara ini dari berlaku, maka saya akan berusaha bermati-matian untuk menghapuskannya.
Antara yang baik fasal Fahmi, dia selalu kongsi fasal saya berkenaan masalah dirinya. Itu membuatkan saya tambah kasih terhadapnya. Pada saya, seseorang sahabat itu, berkongsi masalahnya dengan sahabat yang lain, adalah tanda kepercayaan.
Tadi, semasa kami bersembang-sembang, dia bertanya akan keadaan wajah saya di dalam webcam.
“Enta ada masalah lal?” Lal adalah singkatan nama saya yang dia selalu guna bila bersembang.
“Masalah?”
“Muka enta nampak kusut”
Saya amat terharu. Saya fikir, saya nak aja cakap tak ada masalah langsung. Tapi saya teringat bagaimana dia berkongsi masalahnya dengan saya. Maka saya pun kongsikan hal saya kepadanya. Apa yang kami kongsikan, rahsia kami sahajalah. Tetapi saya dengan Fahmi, hampir tiada rahsia. Cuma kalau ada rahsia pun, sebab tak mahu salah seorang dari kami risau. Itu sahaja.
Dia menyempurnakan saya
Orang selalu cakap perkataan “You complete me” pada isteri. Tapi oleh sebab saya tiada isteri lagi, maka saya suka sandarkan perkataan itu pada Fahmi.
Memang, sepanjang ta’aruf saya dengan dia, dia banyak membuatkan saya melihat diri saya semula. Kami sangat berbeza sebenarnya. Saya pengawas, dia tidak. Saya pergi bidang agama, dia pergi bidang sains. Rumah saya dua tingkat, rumah dia setingkat. Dia tinggal di Gombak, saya tinggal di Skudai. Dia sambung belajar Korea, saya sambung belajar Jordan. Dia lahir tahun 90, saya lahir tahun 89. Tetapi, perbezaan-perbezaan kami ini membuatkan saya banyak merefleksi diri saya sendiri.
Tidak dinafikan, semenjak saya erat dengan dia, banyak perubahan berlaku pada diri saya.
Dia juga banyak bertanya kepada saya permasalahan fiqh, apa-apa yang bersangkut dengan Al-Quran, dan sebagainya. Membuatkan saya amat gigih mengkaji dan mempersiapkan diri. Kadang-kadang kena buat research khas untuk selesaikan permasalahan yang dia beri. Tambahan, dia kini belajar di Korea, pastinya banyak perkara agama yang dia perlukan rujukan.
Dia boleh menang anugerah – sahabat yang paling banyak berYM dengan saya – kalau saya buat anugerah itu. Ha ha.. At least, seminggu sekali mesti ada berhubung dengan dia. Kalau dia amat sibuk, saya akan sms nombor korea dia.
Fahmi buat hidup saya terisi.
Dia lebih saya sayang daripada diri saya sendiri.
Penutup: Tidak akan saya lepaskannya
Kalau orang tanya, tak pernah ada gaduh ke, salah faham ke, dalam hubungan kami ini?
Em… saya pun tak tahu nak jawab macam mana. Tetapi waktu-waktu ukhuwwah ini dingin itu ada la. Namun saya fikir, kalau seseorang itu faham bahawa dia membina hubungan hanya kerana Allah, maka kenapa kedinginan itu dipanjang-panjangkan? Tidakkah keimanannya bergetar apabila Allah SWT berfirman dalam bentuk arahan:
“Sesunggunya orang yang beriman itu bersaudara, maka satukanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Alhamdulillah, waktu-waktu dingin itu sudah berlalu. Turun naik ukhuwwah itu lumrah. Bagaimana berhadapan dengannya itu yang perlu kita pelajari.
Saya berjanji pada diri saya. Saya tidak akan melepaskan Tengku Fahmi daripada diri saya. Dia adalah sahabat saya, yang terbaik untuk saya. Sentiasa menceriakan, sentiasa menyenangkan dan melapangkan jiwa.
Kalau dia buat silap saya maafkan, kalau dia tersasar saya akan tarik balik, kalau dia buat baik saya balas, kalau dia gembirakan diri saya saya akan ingat. Apa-apa pun, tidak akan saya lepaskannya, tidak akan saya buat dia luka, tidak akan saya dukakan dia.
Saya dengan dia, saya dengan dia sahaja. Antara kami hanya ada Allah.
Saya amat cintakan Tengku Fahmi.
Semoga Allah redha dengan dia, seredha-redha-Nya.
Tadi semasa habis sembang, dia mengakhiri bicaranya dengan menulis:
“Dan aku pergi menyelitkan secebis cinta…”
Dan saya menghargainya. Cinta itu benar-benar terselit di dalam jiwa.
Fahmi, Uhibbukafillah.
Ps:- Dedikasi untuk Tengku Muhammad Fahmi bin Tengku Paris











nice! uhibbukafillah..
[Reply]
sungguh…persahabatan yang dibina dengan didasari cinta kepada Allah, keimanan dan ketaqwaan kepada-NYA membuahkan kemanisan yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata…
[Reply]
ana pun ada seorang sahabat yg amat ana cintai..
kadang2 kita terfikir, adakah kita akan bertemu dgn beliau lagi di akhirat kelak..
kerana masa kita di dunia dihabiskan lebih banyak bersama beliau..
kasih kpd sahabt adalah berbeza dari kasih kpd ibubapa…kasih kpd suami/isteri
pernah ada qoute saja2
“kekasih kita maybe akan tinggalkan kita..tetapi sahabt yg sejati tak akan tinggalkan kita..”
“A friend is one who believes in you when you have ceased to believe in yourself.” ..kadang2 bila kita futur..sahabat inilah yg akan bantu kita kembali ke jalan Allah semula..
alhamdulillah kerana dikurniakan seorang sahabat..semoga kelak kita dan sahabat akan dikumpulkan bersama2 semula di akhirat nan abadi..
[Reply]
sahabat yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah!!
[Reply]
sedih ana bc artikel di atas..
terhaaru sgt..
[Reply]
Alhamdulillah
[Reply]
Assalamualaikum..
sesungguhnya begitu murni persahabatan kalian berdua… semoga sahaja Allah memanjangkan usia persahabatan kalian hingga ke syurga… dan semoga senantiasa dirahmati dan diredahi Allah selalu…
Ana juga mulai hari ini ingin menjalin persahabatan atas nama Allah, semoga ana menemui persahabatan seperti kalian.. ~Amin~
salam
ikhlas
serikandi
[Reply]
Salam..
smlm sy ada sedikt slh faham dgn shbt sy.. sy sgt syg akan dia.
klu di suruh pilih antara keluarga dgn sahabat ini. sy akan ckp sy pilih dia. hatta org yang sy paling percaya dlm dunia ini pun adalah dia.
semalam, salah faham tu membuat kan sy tekad utk closed semua account internet, n tukar no.tel. sy berniat, bukan sy hendak memutuskan silaturrahim. mungkin menyepikan diri dri rakan2 sekeliling itu lebih baik.
dan sy mengharapkan pertolongan Allah utk memberikan iman yg sebenarnya sehingga sy tidak lagi gentar dan mengharap jasa dn pertolongan org lain. dan tanpa dia, sy bertekad akan berusaha sendiri bgi mendapatkan syurga Allah.
ketika solat, sy mohon ampun pd Allah seandainya sy memang betul telah menyakitkan hati dia. hingga tidur pun sy menangis sbb mungkin sy masi tidak memahami shbt sy ini. sy berdoa semoga Allah dpt menyelamatkan pershbtn kmi.
Pagi ni, sy tekad utk melaksanakan semua rancangan.. n b4 closed account2 internet, seperti biasa setiap pagi sy akan baca entry baru saudara terlebih dahulu.
dan sy sedar, dia telah melengkapkan hidup sy. dan dia adalah pemberian Allah utk sy.
Terima kasih kerana Allah mengerakkan hati saudara menulis entry ini.
Mungkin bagi dia, sy sahabat yg tidak memberi apa2 faedah @ manafaat utk dirinya… tanpa sy, dia masi memiliki shbt2 perjuangan yg sentiasa menginginkan shbt seperti dia. tapi bagi sy, dia adalah shbt yg menjadikan hidup sy ini bertujuan dan mengenalkan sy apa tujuan utk hidup di dunia. (Maafkan sy sahabatku, seandainya sy tidak memberi apa2 fungsi utk akhirat mu… )
Ya Allah, satukan hati kami kerana Allah dan Rasul.
[Reply]
Alhamdulillah dikurniakn sahabat yang ukhuwahnya kerana IMAN, dan Allah swt..
[Reply]
salam….
betul kata halimaton….
saya baca pun terasa sayu….
teringin mempunyai sahabat yg dbina atas keimanan..
p/s:masih mencari-cari……
[Reply]
Sungguh ikhlas saudara Hilal terhadap rakannya
Alhamdulillah .
Saya pernah mendengar seorang ilmuwan berkata ,
“Rakan bukanlah dalam hati kerana hati hanyalah untuk ALLAH ,
tapi rakan adalah mereka yang berdiri di sisi untuk membantu kita
bangun , membimbing dan menyedarkan diri kita kepada ALLAH…”
Semoga Allah mengasihi hamba-hambaNYA .
[Reply]
Assalamualaikum ..
Ternyata persahabatan saudara Hilal dan Tengku fahmi amat erat. Semoga mendapat naungan rahmat dan redha Allah (bertemu dan berpisah keranaNya).
Boleh bagi pebdapat tak..
sesungguhnya bagaimana yang dinyatakan sebagai bersaudara kerana Allah? sebab masalah saya ialah susah untuk menyayangi orang lain. Adakah ini disebabkan gelapnya hati?
Kadang2 saya berfikir sendiri siapa yang saya sayang dalam hidup ini. ternyata seolah2 tiada jawapan . yang ada hanyalah rasa tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, sahabat, adik beradik dll. Syukran. Jzzk.
[Reply]
Salam.
seikhlasnya, terharu sggh dgn entry ni.
Dulu ana tak tahu ape rs indahnya ukhuwah. Sehingga ade satu semester tu, ana seolah2 dpt faham ape itu ukhuwah sebenar bila dpt roommate yg mengajar ana erti seorg shbt yg sbnr.
Kalau diberi pilihan utk putar blk masa, ingin sgt2 ana pergi balik ke semester tu. Sbb byk perkara baru yg telah ana lakukan mase tu. Dan byk perkara yg ana tak pernah terfikir pun nak buat selama ana hidup di bumi Allah ni, ana buat dgn sahabat ana ni.
Ukhuwah yg dulu2 ana hanya tahu sbut shj, kini hanya Allah shj tahu betapa ana menghargai makna ukhuwah..makna shbt.
ana syg benar dgn shbt ana tu.
Sekadar perkongsian. Wallahu’alam.
[Reply]
salam saudara. selamat kembali saya ucapkan. dengan kembalinya saudara, saya harap banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. pertama sekali saya minta maaf jika kata-kata saya tempoh hari menyakitkan hati saudara. sahabat adalah cermin diri kita. saudara cukup bertuah kerana mempunyai sahabat seperti dia. semoga persahabatan saudara itu akan terus kekal selamanya. tahniah kerana saudara berani mengatakan cinta kepada seorang sahabat. cinta adalah sayang. sayang adalah kasih. kasih kita pada semua. tidak kira tua atau muda, tidak kisah kepada adam atau hawa, tidak terhad hanya untuk sesama manusia. tahniah sekalilagi saya ucapkan.
[Reply]
Apabila mempunyai ramai sahabat, untuk menyatakan seorang ini yang lebih kita sayang, adalah sukar.
[Reply]
smg antuma mendapat teduhan ‘Arasy di mana tidak ada teduhan lain pd Hari Akhir sepertimana hadis Baginda Rasul s.a.w. , ameen
[Reply]
salam,
perkongsian ttg sahabat. hadis rasulullah ni menjadi prinsip dan ciri-ciri sahabat saya
sabda Rasulullah ialah, sahabat itu ialah…seseorg yg apabila kamu memandangnya, kamu t’ingt akn Allah SWT, apabila kamu m’dgr p’cakapannya, pengetahuan kamu ttg islam bertmbah, apabila kamu melihat tingkah lakunya, kamu teringt kehidupan akhirat….
alhamdulillah dah jumpa…harap boleh jumpa banyak lagi
[Reply]
salam,
hilal…if ada kesempatan, post la gambar dr a’laa…saya nak “bersahabat” dengan dia. walau x pernah jumpa didpn mata…tp menerusi “wasilah” blog hilal…”kehangatan”nya amat terasa…
[Reply]
Ana pun nak ada sorg yg camtu!
Owh… sahabat sejati~
[Reply]
sahabat memang satu hubungan yg kental..
tidak kire sama ada pd wanita mahu pun lelaki..
seperti sy..dlm byk2 perhubungn dlm pergaulan sy..selain keluarge..
sahabat akn sy utama kn..
bagai air yg di cincang tidak akn putus..
bagai air dgn tebing..semoga setiap perhubungan sesama manusia diredhai allah..
salam muslim..
[Reply]
sgt terharu bc post ni,,smoga prshbtn kalian berkekalan,
sy msih mncari cari,,hrpnya brjumpa satu hari nnt,,
‘a friend in need is a friend indeed’
[Reply]
Sweet…
Moga Allah redha korang berdua.
Ukhuwwah kalian akan dicontohi insyaAllah
Tengku Muhammad Fahmi, anda sangat-sangat beruntung.
[Reply]
salam..
ketika saya baca post di atas, satu sahaja wajah yang ada dalam bayangan saya pada ketika itu,juga pada ketika ini.. saya tak pasti adakah dia sahabat saya..kerana dia, saya mengenal siapa tuhan saya.. kerana dia, saya mengenal diri saya sebagai seorang muslimah, kerana dia, saya mengenal saya sebagai seorang anak kpd ibu bapa saya.. dia sumber rujukan saya..dia semangat saya..bila terpandangkan wajahnya, saya rasa tenang..dan hilang segala resah saya.. namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa saya sedikit jauh dari dia..lantaran kesibukan yang mengejar membuatkan km kurang duduk bersama, contact pun jarang..sampai satu ketika, apabila berjumpa dgnnya, saya rasa biasa sahaja, dan ingin cepat akhiri pertemuan kami..saya tak faham kenapa dengan saya..saya tak mahu jauh dari dia..tapi, saya terpaksa jauh dari dia…dia pernah cakap dgn saya,
“anti tau tak apa ana rasa sekarang?ana rasa kurang bila anti tak ada dengan ana..”
saya mengaku itu..kerana apabila bersama dia, saya rasa bermakna..apabila dengan kawan2 lain, hidup saya kosong..adakah dia sahabat saya?
[Reply]
sahabat sejati mmg sukar di cari….
[Reply]
salaam ‘alayk.
kesempurnaan iman..
kasihi saudaranya melebihi kasih pada dirinya sendiri..
alhamdulillaah
semoga kita semua dapat menjadi sahabat yang baik.
bukan hanya mengharapkan kehadiran seorang sahabat yang baik.
tapi kita sendiri perlu menjadi si sahabat yang baik itu dulu.
sungguh, ruang untuk beramal sangat besaaaar! =D
wallahua’lam
[Reply]
salam kenalan
sy juga baru mengepostkan tentang sahabat saya..saya sangat menyintai beliau..Kalau diberi pilihan antara dua..antara kekasih dan sahabat..sya rela memilih sahabat..Saya menangis bila dia sedih,sy pinjamkan dia bahu jika dia kecewa..sy mahu ada di seiap hela nafasnya supaya saya dapat lihat dia baik baik saja.Dan tak mungkin akan saya putuskan talian ini jika badai sekali pun menimpa persahabatan kami..;)
assalammualaikum..
[Reply]
bismillah pembuka kata..memperoleh sahabat itu sesuatu yang indah..bagi hilal ,fahmi ada lah sahabat dan bagi saya kamu tak da beda nya dengan menjalankan ukkuwah seperti adk beradik..mencari ”SAHABAT” bukan sesuatu yang mudah..rentetan cerita saudara akan saya jadi kan panduan untuk mencari sahabat….
assalamualaikum maassalamah
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada kaZe
Alhamdulillah. Uhibbukafillah kaman…
- kepada Nabila_H
Indeed… hanya yang membinanya atas keimanan, mampu merasakan kemanisanya yang lebih tidak terhingga. Kerana, hubungan mereka tidak akan berpecah belah walau di akhirat sana…
- kepada ishiku
Alhamdulillah. Kita juga peerllu push diri kita untuk menjadi sahabat yang baik. Semoga Allah redha dengan kita semua…
- kepada silver
Itulah dia ciri mereka yang dinaungi oleh Allah SWT, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.
- kepada halimaton
Semoga terharu kamu itu Allah kira sebagai doa kepada saya dan fahmi.
- kepada darin.ulfah
Alhamdulillah….
- kepada jadikan aku serikandi
Amiiin…
Mulakan pencarian dengan menjadikan diri sendiri terlebih dahulu sebagai seorang sahabat yang baik. InsyaAllah, akan berjumpa nanti…
- kepada Layang2
Alhamdulillah Allah izin kamu tidak meneruskan rancangan kamu.
Saya sarankan kamu baca artikel saya yang satu lagi di link berikut:
http://ms.langitilahi.com/motivasi-kamu-sahabat-aku-tapi-aku-bukan-sahabat-kamu/
moga-moga membantu…
- kepada Iman Aisyah
Alhamdulillah. Syukur…
- kepada alin
Jangan risau. Pastinya ada. Mulakan dengan diri sendiri. InsyaAllah keimanan yang dibina akan bertindak ibarat magnet yang menarik.
- kepada Badariah
Terima kasih atas kata-katanya. Terima kasih juga atas perkongsiannya.
Kita harap Allah redha kita semua…
- kepada asrar
Persaudaraan kerana Allah itu bagaimana?
Persaudaraan kerana Allah itu adalah apabila kita senang dengan segala perbuatan baiknya, kita rasa risau dengan segala perbuatan buruknya, dan kita berusaha bermati-matian untuk kita dan dia bersama ke syurga Allah di sana.
Pada saya, itu dia persaudaraan kerana Allah. Boleh apply benda ini juga kepada guru, bos, keluarga dan lain-lain manusia.
- kepada hambamencari
Terima kasih juga atas perkongsiannya yang manis.
Semoga Allah redha kamu dan sahabat kamu, juga kita semua.
- kepada az-zahra
Kamu tidak peernah menyakiti hati saya. Malah saya senang dengan komen kamu sebelum ini yang menunjukkan rasa mengambil berat. Saya faham kamu hanya risau. Dan saya harap kamu juga faham saya hanya menjelaskan.
Terima kasih atas doanya.
Semoga Allah redha dengan kamu…
- kepada Yuana
Maka bersyukurlah kerana kamu ada sahabat setaraf Tengku Fahmi di sisi saya yang ramai di sisi kamu.
Semoga Allah redha dengan kamu dan sahabat-sahabat kamu.
- kepada Husna Sani
Amiiin…
Amat suka hadith itu.
Moga sahabat-sahabat kita adalah saham akhirat kita di nanti…
- kepada iman
Alhamdulillah. Semoga Allah redha…
- kepada iman
Gambar? Saya sukar. Hal ini kerana pensyarah-pensyarah di Yarmouk amat tidak berminat gambar mereka diambil. Maafkkan saya.
- kepada LittleCaliph
InsyaAllah, di sekeliling enta ada ramai. Jadikan diri kita sahabat yang terbaik terlebih dahulu. InsyaAllah, akan hadir ramai.
- kepada syahadah
Persahabatan memang indah, lebih-lebih lagi jika didirikan atas matlamat hendak mencapai keredhaan-Nya…
- kepada ‘adny
Moga ketemu…
- kepada peminat hilal
Hakikatnya, saya yang beruntung dipertemukan dengan Tengku Muhammad Fahmi.
- kepada theserikandi
Sahabat bukannya yang kita iktiraf dia dengan perkataan. Sahabat adalah apa yang hati kita akui dan kita layani dia dengan perbuatan kita sebagai sahabat. Hati akan tercedera kalau layanan kita tidak setaraf dengan apa yang hati kita rasa.
Jadi kamu boleh putuskan sama ada dia sahabat atau tidak apabila kamu membaca perkara ini.
Sahabat jangan ditinggal-tinggalkan. Lebih-lebih lagi yang mengasihi kita.
Kerana mungkin dia saham akhirat kita.
- kepada wani
Sememangnya sukar dicari. Sebab itu lebih baik kita yang menjadi sahabat yang terbaik.
- kepada syaimaa’
Thanks syaimaa’ atas perkongsian dan nasihat.
Saya ada Fahmi.
Kamu ada asma’ amatullah. Kombo berbisa. ha3…
- kepada shima kamal
Ya. Harap kamu membina hubungan kamu dengan sahabat kamu dengan talian keimanan.
Kita tidak mahu bersahabat di dunia, berbalahan di akhirat sana.
Mari sama-sama kita perhatikan firman Allah SWT:
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.
-kepada cahaya ALLAH hadiah buat soleha
Alhamdulillah. Moga ukhuwwah ini tidak terbatas antara dua manusia. Tetapi tersebar luas hingga ke penghujung dunia…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
menarik….sy ad sorg kwn yg sy syg tp sometimes sy cm khlgn dy n rse dy jauh sgt dr sy..mgkn ukhwah kami blum mntp n kmi stil blum mngnali ssma kami dgn lbih mndlm. walauapapun dy lah satu satuny kwn yg plg sy syg….anta bertuah krna ad kwn sprt tengku fahmi……
[Reply]
salam..
ana 1st time ziarah blog enta..
sgt menarik minat ana ttg knangan antma..
mostly sme mcm cite ana n sorg shabat ana..
bole ambil ibrah ttg kisah nabi Musa & nabi Harun..
smge persahabatan antma kekal hingga ke syurga..
[Reply]
slm…sekian lama membaca baru pertama kali nk komen…
saya pon ada sahabat baik…banyak..yg betul2 baik 2 orang kot..
tapi saya nk kaitkan dengan nukilan yang diatas…mcm kisah saya dan sahabat saya(x la sama sgt..klo x mestilah saya yang hilal maksudkan..hahhaha)
saya kat mesir,dia kat uk..saya wat qiraaat,dia wat farmasi..saya anak orang kebanyakan,dia anak orang berada,tudung saya panjang sikit,tudung dia x pendek sangat la..walau banyak perbezaan tapi kami terus bersama…walau kadang2 cara berfikir lain..sayang sayang sahabat saya ni…amy sayang syafea lillahi ta’ala..moga bersama hingga ke syurga!!
[Reply]
assalamualaikum
Walaupun masih baru melayari laman ini…tetapi hati berbisik-bisik mengatakan bahawa semuanya ada di sini..seusia saudara mampu menarik minat orang yang lebih dewasa dr saudara untuk terus mencari segala bentuk ilmu yang terhidang di sini…sekalung-kalung tahniah untuk saudara..saya turut menumpang gembira kerana saudara ditemani sahabat yang begitu setia dan selalu memahami…sekiranya saya di tempat Fahmi..tentu saya berbunga-bunga riang kerana seluruh dunia membaca luahan ikhlas dari teman baiknya sendiri..dan saya rasa saudara begitu menghayati apa itu Hablun minallah dan Hablun minannas…semoga ia terus subur dan mekar mewangi di hati kalian berdua dan seantero dunia…Siiru ‘Ala Barakatillah…Wassalam
[Reply]
Assalamu’alaikum,
- kepada aidan
Alhamdulillah. Saya memang beruntung ada sahabat sepertinya. Melapangkan hati saya dan sentiasa mengingatkan saya kepada-Nya.
- kepada i-syah
Alhamdulillah. Moga ada manfaatnya peerkongsian ini…
- kepada tasneem sofea
Harapnya, benar-benar dapat merentas syurga. Kena ada usaha, bukan doa dan harapan sahaja. Sahabat terbaik tidak semudah kata.
- kepada anita ramli_Terengganu
Terima kasih atas komentarnya. Selamat datang saya ucapkan kepada anda. Selamat menjadi warga Langit Ilahi.
Hakikatnya, kita hanya berkongsi sahaja. Bukan segalanya ada di sini. Yang dikongsikan sahaja ada di sini. Yang tidak dikongsikan masih perlu dicari. Fasal saya dan fahmi, terima kasih atas komentarnya. Semoga Allah redha…
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
salam…
indahnya persahabatan kalian terharu ble bace post ni…..sedih sangat ana sebab ana dah putus asa untuk bersahabat sebaik kalian berdua,berkongsi rahsia dan sebagainya..ana serik dikhianati…..ana berkawan sahaja dengan semua orang..tapi sedih sgt2 bile xde sahabat untuk dikongsi masalah bersama.
[Reply]
indah sungguh persahabatan kalian..cemburu ana..
manis rs nyer hidup ini bl berdampingan dengan sahabat sebaik enta dan fahmi..
rs nyer jiwa ini tenang..
dlm menghadapi liku2 kehdupan yg sngat mencabar..serta dpt meningkatkan iman yg pudar ini utk terus becahaya dengan terang…
ana rindukan sebuah persahabatan yg tulus dan ikhlas…
sahabat
[Reply]
sy ada ramai kwn..
tp 2 org je sahabat..
tp dua-dua org tu xlengkap..
sorang amat memahami sy,ble sy ade masalah,dia tau,ble sy sdih,dia pjuk,ble sy mrh,dia sbr..
tp,dia ade kekurangan..
yg sorang lg,ske sgt tlg sy ble sy ade masalah,baik sgt2,bleh katakan hmpir stiap prkara dia nk mngalah dgn sy,ske baca quran..n cre dia brpkaian pon cm mslimah,pkai jilbab,pkai bju krung,stoking..
tp,dia ade kekurangan..
2 org nilah shabat sjati sy..sy syg sgt dua-dua ni,sy xnk brpisah ngan diorg,sy rse klau sy brpisah,sy rse hidup sy ksong..xde pape..
tp nk wt cmne,kte xkn brsme slamenye cm isi dan kuku,sahabat2 sy mngkin nk ambik kls sains..sy mngkin sstera,
sy ingat nk ikut diorg,tp umi sy ckp ikut cita2 kte,jgn ikut org lain..
sy akur..syg khadijah n aida!!!
[Reply]
…ana bukan laah minat sangat kat hilal. tp d sebabkan die seorg yg mudah
untk menyayangi dan mgargai sahabat membuatkan ana terharu…..bersyukur
mempunyai sahabat yg membuatkan kite gembira ….
[Reply]