Langit Ilahi Rotating Header Image

Sambung belajar ke Jordan.

ei abang-abang, jom ke Jordan

ei abang-abang dan kakak-kakak, jom ke Jordan


Semestinya, selepas keputusan SPM keluar, maka pemilihan IPT akan menjadi isu utama kepada lepasan-lepasan SPM. Saya ingin mengambil saat dan ketika ini untuk mempromosikan tempat belajar saya, yakni Jordan. Lebih spesifik lagi, Irbid. Saya tidak akan hanya mempromosi University of Yarmouk, tetapi saya akan promosi juga pengajian di Jordan Univeristy of Science and Technology(JUST)

Kelebihan pertama apabila anda studi di sini adalah, ini adalah bumi para anbiya. Tanah-tanah di sini menjadi saksi perjuangan golongan awal pembawa amanah ALLAH untuk menyebarkan deen ALLAH sejak zaman berzaman. Jordan juga pada hakikatnya termasuk di dalam tanah Syam yang diberkati.

Kita bicara berkenaan tempat dahulu. Kenapa saya promosi Irbid, Jordan? Bukan mantiqah(daerah) lain di Jordan ini? Hal ini kerana, Irbid merupakan satu mantiqah yang unik kerana ia mengumpulkan dua aliran yang berbeza, iaitu deeniah dari University of Yarmouk, dan perubatan/pergigian dari JUST. Kedua-dua universiti ini juga dikira dekat dengan tempat tinggal pelajar. Lebih istimewa, ¾ pelajar melayu Jordan adalah berada di Irbid.

Oleh kerana komuniti melayu di sini ramai, maka kehidupan menjadi tidak ditdan ketinggian akhlak. Kalau anda hendak tahu, profesor-profesor di Yarmouk dan JUST sangat menghormati orang melayu. Masyarakat di sini juga, majoritinya memuliakan orang melayu. Semuanya kerana ketinggian syahsiah, dan adab yang ditunjukkan oleh senior terdahulu.

Untuk meneruskan kehidupan harian, seperti membeli barang, ke univeristi dan sebagainya, maka Irbid memang tempat yang strategik. Hal ini kerana, Irbid merupakan bandar kedua terbesar selepas Amman, yakni ibu negara Jordan. Kedai-kedai barangan harian bersepah di Irbid ini. Tambahan, barangan komputer juga mudah didapati.

Kedudukan Universiti juga amatlah dekat, tambahan untuk pelajar yarmouk. Jarak tempat tinggal pelajar, ke universiti Yarmouk hanya memakan masa sepuluh minit dengan berjalan kaki. Bagi pelajar JUST pula, mereka perlu menaiki bas. Tetapi itu bukan masalah, kerana ada ramai orang melayu yang akan menemani anda.

Kita lihat pula kursus yang disediakan.

Untuk Yarmouk ialah: Usul Fiqh, Usuluddin, Dirasat Islamiyyah, Bahasa dan Ekonomi Islam.

Untuk JUST pula ialah: Perubatan dan Pergigian.

Baiklah, kita masuk kepada sistem pembelajaran.

Yarmouk dan JUST menggunakan sistem yang sama. Dalam setahun, ada 3 semester. Semester satu, semester dua, dan semester musim panas. Perbezaannya adalah, untuk pelajar yarmouk, semseter musim panas adalah pilihan, manakala untuk pelajar JUST, semester musim panas adalah wajib.

Tetapi untuk pengetahuan semua, semester musim panas hanya sekitar sebulan setengah sahaja. Pendek. Kelebihan untuk pelajar Yarmouk yang mengambil juga sem ini, mereka boleh memendekkan tahun pembelajaran. Hal ini kerana, untuk univeristi Yarmouk, tiada masa tetap untuk menghabiskan pengajian.

Di Yarmouk, pembelajaran dikira mengikut bilangan mata pelajaran. Contohnya saya, saya mengambil Usuluddin. Kursus Usuluddin di sini mempunyai 48 mata pelajaran. Satu sem, pelajar dibenarkan mengambil paling banyak adalah 6 mata pelajaran, manakala paling sikit adalah tiga atau dua. Jika saya mengambil satu sem 6 mata pelajaran, ditambah pula dengan mengambil sem musim panas, maka saya akan habis pembelajaran saya di sini dengan cepat. Sem musim panas, seorang pelajar itu dibenarkan mengambil paling banyak 3 mata pelajaran, dan paling sikit satu mata pelajaran.

Untuk pelajar JUST, mereka sudah disiapkan mata pelajaran, dan jadual mata pelajaran. Pelajar JUST tidak bebas memilih berapa mata pelajaran yang dikehendaki, kerana semua sudah siap disusun.

JUST menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Manakala Yarmouk menggunakan bahasa arab.

Persamaan antara JUST dan Yarmouk dalam sistem pembelajaran adalah, markah dikira mengikut pointer. Kemudian kedua-dua univeristi memberikan kebebasan kepada pelajar untuk memilih pensyarah sendiri. Kedua-dua univeristi juga memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menyusun jadual belajar di universiti sendiri.

Kelebihan untuk pelajar JUST, mereka akan menjalani peperiksaan hanya dengan soalan objektif di komputer, tanpa perlu menjawab soalan berbentuk esei atau isi tempat kosong menggunakan pen. Mereka juga, sehingga tahun tiga tidak akan diberikan kerja kursus. Bagi pelajar perubatan dan pergigian, kedua-duanya sama. Apabila masuk sahaja tahun keempat, maka pelajar JUST akan dihantar ke hospital dan klinik untuk praktikal. Bagi pelajar perubatan selama 3 tahun, bagi pergigian selama 2 tahun. Sebab itulah, antara kelebihan belajar di JUST, doktor-doktor yang dikeluarkan akan mampu bermokunikasi di dalam bahasa arab. Anda akan berjumpa pelajar-pelajar perubatan yang hafiz, dan fasih berbahasa arab, malah mampu membaca kitab arab di sini. Jangan terkejut. Dan anda juga boleh jadi seperti itu.

Kita masuk pula kepada kos. Kos akan terbahagi kepada dua. Kos pembelajaran dan kos sara hidup.

Mudahnya, saya tulis begini,

Kos pembelajaran di Yarmouk adalah seperti berikut.

Yuran semester: 35JD = RM210

Yuran subjek:1 subjek 48JD=RM288(kalau satu sem ambil enam=288X6=RM1728

Jadi, katakalah kursus tu ada 48 subjek. Untuk habiskan 48 subjek dalam masa 4 tahun, kosnya adalah 48JDx48=2304JD=RM13824

Untuk kemasukan ke Yarmouk, maka akan ada yuran kemasukan.

Yuran kemasukan itu berjumlah: 50JD=RM300

Juga yuran markaz bahasa: 800JD=RM4800(Markaz bahasa ini wajib diambil oleh pelajar bukan arab selama satu semester sebelum memulakan pembelajaran secara penuh di Univeristi)

Itu untuk Yarmouk.

Untuk JUST, bayarannya adalah mengikut credit hour. Kos belajar di JUST amat mahal. Satu credit hour berharga 200JD=RM1200. Biasanya pelajar perlu mengambil sekitar 18 jam seminggu. Jadi bayaran untuk satu sem di JUST adalah 18×200=3600JD=RM21600.

Bayaran untuk pelajar JUST secara sebetulnya tidak dapat diketahui dengan jelas sangat. Kerana, biasanya pelajar JUST di sini adalah pelajar yang mendapat biasiswa MARA atau JPA. Hal-hal pembayaran akan diuruskan oleh MARA dan JPA. Pelajar biasiswa biasanya tak pening kepala bab bayar yuran ni.

Sebab itulah biasanya, yang pergi ke JUST ini adalah yang memohon biasiswa MARA dan JPA. Bila memohon JPA atau MARA, mintalah program middle east. Untuk yang mengambil perubatan, anda akan mempunyai peluang 50:50. Kerana ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir. Tetapi bagi yang mengambil Pergigian, anda dengan yakinnya, 100% akan dihantar ke Jordan. Untuk tambahan pengetauan, pengajian pergigian di JUST adalah mudah.

Bab mahal belanja ni, jika ayah anda seorang bisnesman, atau mampu menampung perbelanjaan, maka jangan segan untuk datang ke mari.

Untuk kos sara hidup pula, seorang pelajar itu bisa hidup dengan selesa di Irbid ini jika dia ada sekitar RM600 sebulan, yakni sekitar 100JD. Dengan 100JD, anda boleh membayar sewa rumah, duit api air elektrik, duit dapur, dan ada sedikit duit untuk simpanan, beli kitab, atau hendak joli makan di luar dan membeli aksesori rumah dan sebagainya.

Jadi, saya simpulkan, rutin perbelanjaan di Jordan adalah seperti ini,

Duit poket untuk sebulan: RM600

Yuran satu sem Yarmouk: RM1728(jika ambil enam mata pelajaran)

Yuran wajib sem untuk Yarmouk: RM210

Yuran satu sem JUST: RM21600(18 credit hour satu sem)

Yuran wajib sem JUST: 85JD = RM425

Sebagai pesanan kepada pelajar baru Yarmouk, sebaiknya jika datang ke Jordan, perlulah mempunyai RM6000 di dalam simpanan. Pertama, untuk urusan membeli perabot rumah, kedua, untuk urusan pendaftaran Markaz bahasa yang biasanya hendak cepat.

Inilah dia belanja di Jordan.

Sebenarnya taklah terlalu mahal(untuk pelajar Yarmouk) dan taklah terlalu murah. Sederhana.

Kita masuk ke point akhir, macam mana nak mohon ke Yarmouk dan JUST?

Ha…

Untuk masuk ke Univeristi Yarmouk, mahupun JUST(untuk private), caranya sama sahaja.

Isi borang KPT dan hantarkan kepada KPT semula. Kemudian tunggu jawapannya.

Mana hendak dapatkan borang KPT? Anda boleh mendownloadnya di bahagian BAHAN di website ini. Download, isi, cukupkan semua kehendak borang itu, dan hantar ke KPT.

Untuk pelajar yang ingin memohon biasiswa MARA dan JPA, borang diisi secara online. Tawaran sudah dibuka. MARA juga dimohon melalui laman web JPA. Linknya adalah seperti berikut,

http://www.jpa.gov.my/2009/03/1019/

Untuk mengetahui syarat-syarat permohonan biasiswa JPA dan MARA, anda boleh download syarat-syaratnya di bahagian BAHAN di website ini.

Untuk marhalah seterusnya, atau jika anda mempunyai lagi kemusykilan dan sebagainya, anda boleh contact orang-orang berikut,

Saya sendiri: suriagaruda@gmail.com

Afiq Fawwaz(pelajar JUST): bazinjan75@yahoo.com

Sahel Nordin(pelajar ekonomi Yarmouk): rijalraqaiz_89@yahoo.com

Syaiful Syafizan(pelajar tahun 2 Usul Fiqh Yarmouk): space_odysey87@yahoo.com

Kalau nak sambung belajar di Jordan, contact ya.

Ps: untuk pengetahuan semua, kini MARA dan JPA telah membuka tawaran biasiswa kepada sesiapa yang ingin mengambil ekonomi ISLAM. Sila rujuk laman web JPA.

Print This Post Print This Post

119 Comments

  1. fath says:

    salam.. utk kita daftar ke universiti jordan dalam pengajian islam, bleh ke kita trus pilih jabatan syariah? sbab sy ingin ambil syariah

  2. trah says:

    salam…

    kepada nad..
    ana nak email anti boleh..?
    ermm..satu lagi nak tanya camner anti buat essay, part planning for future career and studies?

    kepada hilal asyra dan fawwaz..
    syukran jazilan kerana sudi berkongsi ilmu dengan ana dan sahabat..
    moga budi baik antum semua diberi ganjaran dariNya..
    dan doakan kejayaan ana semasa interview..
    agar ana dapat menjejakkan kaki ke bumi Jordan..

    INSYAALLAH..

  3. nad says:

    assalamualaikum..
    sori trah sebab baru bca komen anti…
    nad_mags7@yahoo.com
    contct ana as soon as posible kalo bleh..

  4. KOko says:

    salam..
    saya ada memohon dengan JAIS untuk ke Jordan nih..
    bile agaknya akan temuduga ek? tulung la tanye sape2 yang dapat tajaan JAIS kat ctuh..
    pastu, temuduga die mcm mane ek? persediaannya mcm mane ek?
    harap jawapan dari laksamana..

    salamullah..

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    Assalamu’alaikum,

    kepada KoKO

    Sebenarnya, pelajar-pelajar JAIS di sini pun tidak berapa tahu.
    apa kata kammu tanya je pada JAIS terus. Hubungi pegawai dia yang boleh dihubungi dan sebagainya.
    Saya rasa itu lebih tepat dan bermakna.

  5. KOko says:

    salam..
    klu kat amman ngn irbid, mane yg byk pengajian talaqqi ek??
    klu kite nk g talaqqi, sempat ke kite nk balance mase study@kuliah pulak?
    abang2 senior ade wat tafaqquh fiddin?

  6. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada koko,

    fasal talaqqi ni, kat jordan ni, boleh kata hampir tak ada.

    kalau nak, kena pandai cari sendiri, minta sendiri untuk talaqqi.

    fasal balancing tu, kena urus sendiri. lain orang, lain gayanya.

    PERMAI(Persatuan Melayu di Irbid ni) memang akan ada buat tafaqquh untuk kita ambil manfaatnya.

    ~perantau…

    Hilal Asyraf

  7. KOko says:

    sorryklu banyak tanye., saye nie cume curious je nk tau tempat yg saya i’allah akan pegi nnti..

    kelas yang PERMAI buat tu gune kitab ape? sape yang ajar?
    harga kitab2 kat situ mahalke? mcm muhazzab, qalyubiwaumairah, syarah iq’na mahal ke klu nk bnding dgn Malaysia?

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Koko, saya akhirnya dapat cam kamu siapa. kamulah yang Sahel beritahu kepada saya.

    beginilah. Saya bukan tidak mahu menjawab soalan-soalan kamu. Dan saya sebenarnya rasa tidak terganggu pun dengan soalan kamu. Tetapi apa kata kamu tidak perlu terlalu curious sampai nak tahu harga kitab sini lagi mahal atau lagi murah? apa kitab yang PERMAI guna dan sebagainya…

    Adakah kalau saya kata kami akan gunakan kitab yang kamu tidak suka, atau harga kitab di sini lebih mahal, kamu tidak akan datang ke Jordan?

    Saya rasa, kalau saya jawab, kamu akan sekadar bertanya dan bertanya lagi. Soalan kamu, sebenarnya sudah terkeluar dari tanggungjawab saya untuk membantu mereka yang hendak ke sini.

    Di PERMAI, kita hormat semua orang dan kita tidak memandang rendah sesiapa. Kalau ada orang itu kurang sana sini, kita tidak akan mengata. Kalau ada kesilapan, maka kita dibenarkan bersuara kepada kepimpinan. Hidup di sini cantik dengan hubungan sesama saudara seaqidah, dan serumpun melayu.

    Maka sebaik-baiknya, masa-masa menunggu untuk ke mari, kita persiapkan diri dengan mendidik diri untuk merendahkan hati kita, meluaskan fahaman fikrah kita, agar kita boleh membumikan ISLAM dalam kehidupan kita. Biar orang dapat menyerap ISLAM yang kita bawa dengan baik, tanpa kita rosakkan hubungan kita dengan orang lain.

    Apa kata, kita persiapkan peribadi, tingkah laku, adab, gaya pemikiran kita terlebih dahulu?

    Harga kitab, kitab apa pakai, itu tidak akan menjadi masalah - atau lebih tepat lagi, bukan masalah utama - Kalau kitab sini mahal lagi, maka kamu hanya perlu tambah duit. Kalau kitab dipakai oleh PERMAI salah, maka kamu boleh cadangkan untuk diperbetulkan.

    Tapi, kalau kita tidak reti menjaga hubungan dengan orang lain, dan tidak mampu untuk merendahkan hati, maka itu satu masalah.

    Saya, sebelum datang ke mari, itulah yang guru saya pesan. Saya tidak pernah diberitahu berapa harga kitab, persatuan apa yang ada di sini, kitab apa yang persatuan ini pakai, mazhab apa yang orang sini guna, wahabi ada atau tidak, tempat talaqqi wujud ke tak dan sebagainya.

    Yang saya tahu, saya kena membawa peribadi yang boleh membuatkan orang senang dan lapang. Dan peribadi saya tidak menyakitkan mata orang memandang. Itu sahaja. Dan insyaALLAH, kalau kita ada yang itu, ke penghujung dunia pun kita dicampak, insyaALLAH kita masih boleh hidup.

    ah.. panjang pula bicara saya.

    Lapang-lapangkan hati dan tenang-tenangkan minda. Tiada masalah di sini, melainkan yang hanya menimbulkan masalah adalah gaya kita membawa diri.

    Semoga ALLAH redha..

    ~hanya seorang HAMBA

    Hilal Asyraf

  8. KOko says:

    okey dokey..
    tq

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    kpd koko,

    terima kasih.

    Semoga ALLAH permudahkan segala urusan ya.

    ~seorang HAMBA

    Hilal Asyraf

  9. moji says:

    satu soalan,.
    klu kite dapat pg ke Jordann dalam bidang lughah,..
    university tu, kite sendiri yang akan pilih atau kita akan diputuskan oleh pihak lain untuk berada di universiti mana2?

    Hilal Asyraf

    laksamana Reply:

    Assalamu’alaikum moji,

    di jordan, kalau ambil bidang apa pun, Universiti kita pilih sendiri.

    Tapi pilih tu, masa di Malaysia la.

    Kalau awal-awal pilih Yarmouk, pastu dah sampai Jordan baru nak masuk u lain, ha, susah la ceritanya.

  10. nadia says:

    salam..klu master pak cam mne?..ok ke klu sambg pengajian master di sana? :grin:

  11. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Nadia,

    maaf, saya kurang pengetahuan berkenaan Master.

    Tetapi setahu saya, master di Jordan agak susah.

    Pensyarah-pensyarahnya agak syadid dalam pengajaran Master.

  12. mohd nor says:

    salam..
    mnta maaf ulang soalan.hrp laksamana boleh mnjawabnye.
    utk plajar pgjian islam (usul fiqh,usldin dll) di yarmouk mmg x de sclrship ke?
    pinjman ade?dan cmne care nk apply?
    nta sndiri mcmne?sclrship?pnjmn?atau prblnjaan sndiri?

  13. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum mohd nor,

    maafkan ana sebab terabaikan soalan kamu.

    Pengajian ISLAM yang kamu nyatakan itu, memang tiada scholarship secara umumnya. Tetapi untuk anak-anak negeri terengganu dan selangor, mereka ada scholarship dari Jabatan Agama Islam Negeri.

    Cara nak apply scholar untuk pengajian agama, ana rasa cuba enta hubungi JAIS(jabatan agama ISLAM Selangor) sendiri. Sebab ana pun tiada pengalaman minta biasiswa ini.

    Sebab,

    Ana adalah perbelanjaan sendiri. the survivor… he3…

    ~seorang HAMBA…

    Hilal Asyraf

  14. ms says:

    salam,nak tnye skit.
    brape elaun biasiswa yg snior2 dpt skarang kat JUST?

  15. Hilal Asyraf laksamana says:

    Kepada ms,

    hem… elaun penuh, saya tak tahu berapa.

    Tetapi, pelajar2 bawah tajaan JPA, dapat duit saku(duit saku sahaja) 500JD=RM3000 sebulan.

    em… itu tidak termasuk dengan bayaran yuran, dan pelbagai lagi elaun sampingan.

    Cuba kamu hubungi sendiri Afiq Fawwaz melalui e-mail yeng tertera di dalam post di atas ya. DIa memang pelajar JUST, dan merupakan pelajar tajaan JPA sendiri. Dia lebih tahu dari saya.

    sekian…

  16. mohd nor says:

    salam..
    utk isi borng permohonan mlnjutkan plajaran ke jordan
    dlm bhgian ‘bidang/kursus yang dipohon’,apa patut sy tulis? :?:
    terus tulis pengkhususan bidang spt syariah/usuluddin/lughah dll
    atau tulis dulu bidang pgjian islam dan bhasa arab (lebih umum)
    supaya mereka yang menentukan..
    dan lebih tinggi peratusan utk dapat (berdasarkan kekosongan yg ada) :mrgreen:

    hrap enta fham dan sudi menjawabnya

    amat mgharap :roll:

  17. khadija says:

    salam..
    saya cuma nak tau bagaimana pengajian ekonomi islam disana?
    harap boleh terangkan..
    ASAP.. :smile:

  18. moji says:

    salam.
    klu online kat citu pkai comp sendiri?
    klu beli laptop, kat m’sia lg @ kt Jordan?
    online ky ctu plak guna line ape? kene bayar berapa sebulan?
    kt u x de WiFi sendiri ke untuk on9 free?

  19. mahathir says:

    aslm,,,,ana dr skolah teknik spm 2006..skunk ana ada syahadah dari maahad sibawaih, dan sjil b.arab yg lain wa ana almuazir min kulliyati…keffa lau ana urid an astamira dirasati hunak,,,majal lughah arabiah

  20. mahathir says:

    almunazir laisa almuazir,,,,,asif

  21. humaira says:

    salam laksamana…ana nk tye ckit…utk plaja bru yg dpt ke yarmouk,,,senior akn jmpt ke dan camne ngan ursan tmpt tggal?

  22. fawwaz says:

    ermm..
    MARA ngan JPA dh kuar keputusan PILN..
    sapa yg dapat ke Jordan ek??
    saja nk tau..

  23. tim says:

    :razz:
    alhamdulillah..
    dpt dentstry mid east..jordan la kan..
    syukur2…

  24. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    pertamanya, saya minta maaf kerana lambat reply comment-comment di ruang ini. Ruang ini sudah terlalu jauh di belakang. jadi saya seringkali terlupa.

    kepada Mohd Nor,

    kamu patut tulis kursus yang kamu mahu.

    kalau nak usuluddin, tulis usuluddin. Kalau nak bahasa, tulis bahasa arab.

    Jangan tulis Kuliah Syariah sahaja, atau Kuliah Bahasa sahaja.

    Tiada peratus-peratus. Biasanya, kalau tulis, memang akan dapat apa yanng kita tulis.

    kepada Khadija,

    pengajian ekonomi ISLAM di sini bagus. Dan ramai pelajar melayu dari IKIP Pahang yang mengambilnya. Jadi, studi tidak sesukar mana. Rajin atau tidak sahaja. Jangan risau Khadija, ramai teman di sini yang boleh membantu kamu.

    kepada Moji,

    soalan ni, susah nak terang di sini. Kamu datang, dan belajar. Itu yang saya lalui. Tapi mudah ceritanya, internet sini, terpulang la siapa nak pakai internet rumah, atau sanggup pergi CC je. Kalau nak beli internet, ada la prosedurnya. Tapi senior2 akan ajar.

    Internet berapa ringgit sebulan? hem… entah. Rumah ana bayar setahun je terus. Bayarannya sekitar 2000 ringgit siap dengan pasang. tapi kongsi 8 orang la satu line.

    Beli laptop, bagus beli Malaysia lagi. Sini barang mahal, dan kualiti tidak berapa terjamin.

    kepada Mahathir,

    di Jordan, tiada sijil lain yang diterima melainkan sijil SPM sahaja. Hatta sijil STAM pun hanya menjadi sokongan sahaja. Jadi, sijil sibawaih kamu tu belum tentu bleh ke mari. Tapi kalau jadi sokongan kepada sijil SPM kamu, ok la. CUma, rasanya SPM 2006, dah tak valid lagi untuk buat permohonan.

    kepada Humaira,

    Senior akan jemput, dan senior yang akan susunkan tempat tinggal kamu. Jangan risau, semuanya siap tersedia. Kamu ikut je nanti.

    kepada Tim,

    tahniah. Semoga ALLAH redha dengan ilmu yang kamu tuntut.

    Maaf sekali lagi bagi soalan-soalan yang lambat reply.

    Saya pun teramat sibuk kebelakangan ini.

    ~mengharap redha ALLAH dengan kedatangan kamu ke mari…

    Hilal Asyraf

  25. -akmal- says:

    salamun alaik.

    pe kaba smua.
    hope korg sihat d sne.

    jike ade rezki. sy berniat nk sambg futher study kt sne.

    sy ade solan tuk d tanye.
    berkaitan yarmouk university..

    dan cos ekonomi islam d sne.

    kepade sesape yg boleh bantu sy..
    terutamanye

    pelajar yg ambil cos ekonomi islam..

    harap jase baek kawan2 d blas kelak oleh tuhan..

    email ataw ym sy d.

    ziedaen_1986@yahoo.com

    jaza kallah. salam.

  26. Naim says:

    salam.
    jpa n mara bagi brapa banyak duit sbulan untuk plajar just???
    sangat mengharap jawapan

  27. rijalmohamad says:

    salam suma..

    klu sy nk apply ke jordan..spm 2007 bley diterima lg x???

  28. rijalmohamad says:

    klu ekonomi islam..pe keputusan yg diambil kira??subjek apa yg dia nk..

  29. fiQa says:

    :smile: salam. saya nak tahu, bolehkah pelajar yang tidak mengambil bahasa arab memohon menymbung pelajaran ke jordan dlm pergigian..??

  30. syahima says:

    salam..
    maaf menganggu…
    sy nak tanya cket…kos sara hidup dkt yarmouk n mu’tah sama x?..kalu awk tahu la..kalu tau..cam mana ek?? cz sy nak tahu lebih detail..

    harap dapat la bantu..kalu x..xpe.syukran jazillan..

  31. amir_ulul says:

    syukru lillah,,
    sedikit sebanyak membantu saya dalam urusan kewangan di Jordan,walaupun masih lambat lagi untuk ke sana tetapi saya perlu bersedia awal,terutama dari segi kewangan.
    Syukran..

  32. Kim Ye Sa says:

    Assalaamualaikum…
    Sy seorang pelajar Sekolah Agama Menengah dan bakal ambil SPM tahun ni (09). Tahun lepas sy dah ambil periksa Sijil Menengah Agama (SMA) syllabus Al-Azhar. Soalan sy; kalau nak lanjutkan pelajaran ke Jordan, perlu ke sy ambil STAM? Dan selain daripada Jordan, ada tak sesiapa yg tahu tentang prosedur utk smbg belajar di Yaman? Harap ada yg sudi b’kongsi pengalaman atau maklumat….
    Terima kasih…

  33. pie_oldskool says:

    salam.. boleh ke student diploma syariah islam apply di unversiti Yarmouk dengan CGPA 2.00?? harap balas…
    Jazakallah… :smile:

  34. unaz says:

    salam bro…
    nak tnye sat…klu nak dapat tajaan bg lepasan diploma camna lak yea..?/
    kursus syariah @ bhs arab..

  35. khairunisa says:

    salam :smile:
    mcm mna eyh nk apply uni.of yarmouk dlm course ekonomi islm(secara private)?
    ada apa2 test ke sblm masuk ke sana?

  36. nazif says:

    Salam,

    ana nak bertanya kepada sesiapa yang tahu,

    apa peluang untuk pelajar lepasan ijazah kejuruteraan untuk sambung belajar pengajian agama di jordan?

    ana sekarang ni sedang belajar di tahun akhir di sebuah universiti di negeri perak dalam bidang kejuruteraan.

    masih berkira2 selepas habis ni untuk sambung belajar agama di timur tengah.

    sangat menghargai jika ada yang boleh bagi feed back ;)

  37. Abdul Hadi says:

    salam perkenalan. ingin saya bertanya soalan, saya berhasrat menyambung pengajian peringkat ‘master’ d jordan, bolehkan ceritakan pada saya apa2 perkara yg perlu sy tahu?? terima kasih byk2 kwn.

  38. ctea says:

    salam,
    soalan sy sama spt unaz..ada x cara lain dptkan biasiswa untuk pengajian syariah @ bhs arab di jordan bg lepasan diploma selain yayasan negeri dan baitulmal? tq.

  39. Firdaus says:

    salam…saya nk smbung blajar kat Jordan…
    sy nak ambil lughah di al bayt…camane ye?
    sy skg blajar di uia…sy nak ambil kos bhasa kt jordan…
    camane proses utk smbung blajar d sana? :cry:

  40. akmal says:

    assalamualaikum
    sy nak smbg blajar kat jordan..dkt universiti al bayt..
    saya baru sahaja menduduki STAM,Sijil Tinggi Agama Malaysia..
    jd,sy kena tggu kptsn STAM atau apply dgn kptsn SPM

  41. miftahul sufi says:

    salam’alaik..

    saya ingin bertanya..

    saya pelajar university islam antarabangsa malaysia dalam jurusan biomedical science.saya sekarang berada d tahun pertama semesta 2..saya ingin melanjutkan pelajaran di bidang perubatan atau pergigian atau farmasi tetapi di uia masih kurang “establish”.
    Kami tidak punyai hospital sendiri dan kurang praktikal tetapi terlalu banyak teori..tambahan pula peluang di sini amat tipis.adakah posiblity untuk saya melanjutkan pelajaran d just atau mesir memandangkan saya mengambil spm pada tahun 2006..bolehkah saya menggunakan sijil foundation uia untuk permohonana saya pada tahun depan bersama2 pelajar lepasan spm kerana ape yang saya tahu sijil spm hanya valid untuk 2 tahun sahaja…

    sekian..

    wsalam~

  42. anonymous says:

    dentistry dkat JUST mmg NAMPAK mcm mudah..
    tp.
    nnti brkmungkinan bsar akn tense cari patient mse clinical years
    :shock:

  43. zauq says:

    ada x sapa2 buat engineering kt jordan under JPA or MARA???ana berharap sangt nk buat cam tu

  44. akmal jhr yarmouk university (syariah ekonomi & perbankan islam) says:

    salam sahabat2 yg berada d malaysia
    jika ade yg berminat utk menyambung pelajaran ke yarmouk university.. khusus nya pelajar jhr.. boley trus menghubungi sy..

    ziedaen_1986@yahoo.com

    kehadiran pelajar baru dr johor.. sangat2 d alukan..

    :cool:

  45. humaira says:

    salam

    ana nk tanya, klu tak de basic arab atau STAM, tp ana nk sangat belajar bahasa arab kat bumi anbiya`.Sebb bahasa hanya dapat dikuasai klu pegi sana. Harap akhi dapat advice

    wassalam

  46. auniazita says:

    salam..saya nak tahu bagaimana dengan course yang berkaitan dengan muamalat?..tak kiralah u mana satu.

  47. hafiz says:

    Salam alaik, saya nak tanya setelah mendapat surat tawaran dari universiti jordan adakah ada lagi pekara2 yang akan dilalui oleh kita di sana? maksud saya, perlu ditemuduga dulu ke atau pn apa?dan subjek b.i kat sana wajib atau tak? tolong jawab ya, mungkin bukan saya sorang yg menanti jawapan ini.

  48. hafiz says:

    ….salam, ana berhajat besar untuk ke Jordan….. tolong doa untuk ana moga dipermudakan segala urusan untuk ke Jordan….walau pn terpaksa mengambil kembali ppereksaan spm tahun ini.. hati terasa terpangil untuk kesana………….

    ……Ya Allah,jikalau berhijrah itu adalah baik untuk ku, kau hijrah kan lah aku kesana,jikalau sebaliknya, Kau tetapkan lah aku di sini…

  49. aliyah says:

    salam abang
    kwn saya nak g jordan
    die bukan ak sainstulen
    dan die bukan budak sekolah agama
    masalahnye sekarang die tak tahu nak crk penaja siapa utk ke luar negara
    sebab jais kalau g yarmouk aja sekolah agama
    mara atau jpa plk taja dak medic ngan dentist
    sdgkan tu bukan bdg die
    die x kesa amek kos ape
    sebab die memang cintakan ilmu
    tapi kalau terpkse amek mende yg kaitan ngan bio susa la sket
    sebab lgsung xde minat dan xde basic
    kalau nak hrpkan parents x pasti mampu atau x
    harap abg bole reply kat saya via e-mail saya
    leeyacomel@yahoo.com
    terima kasih sgt2 bang..

  50. koikery says:

    salam bro….
    sy ni x de basic islamic study….sy ade dip accountg dr uitm tp minat sgt nk study muamalat islam di jordan……bole ke smbg ke jordan?
    hrp dpt bntu…..