Langit Ilahi Rotating Header Image

Saya nak cakap dengan kamu…

Nak sembang boleh?

Nak sembang boleh?

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua?

Post yang kali ini, istimewa sikit.

Sebab saya buat video.

Saya nak cakap dengan kamu.


Saya sebenarnya nak cakap dengan semua. Rasanya, tak ramai pembaca yang boleh lihat Hilal Asyraf secara life(hidup ya.. bukan secara langsung). Lagi-lagi pembaca yang berada di luar Jordan. Ibu ayah saya pun mesti nak tengok anak teruna sulung mereka ni macam mana sekarang kan? Makin hensem ke? Makin kacak ke? Hu3…

Maka, tengoklah video ni elok-elok ya…



Salah silap, saya mohon maaf ya.

Semoga ALLAH eratkan lagi ukhuwwah kita semua, dan mengekalkan kita dalam keimanan kepadaNya.

Mari lengkap melengkapi, dalam menjadi HAMBA…

-saudara kamu…

Hilal Asyraf

Print This Post Print This Post

18 Comments

  1. erma says:

    jadi first komentar,alhamdulillah..

    but cant listen to the spaeeh cause my own laptop problem..

    salam ukhuwah..

    moga terubat kerinduan ibu bapamu

    [Reply]

  2. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Erma,

    nanti bila laptop dah elok, dengar lah ya…

    Semoga ALLAH redha..

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  3. imansyauqina imansyauqina says:

    assalamualaikum..

    benar2 terkejut..

    [Reply]

  4. amruirfan says:

    Hensemnyerrr HA.. mmg terlepas rindu.. :oops:

    [Reply]

  5. srikandi dataran syam says:

    salam…wahhhhhhhhhhhh,teruja sgt2..dh lme x dgr hilal berckp..dlu mse kt matri slalu gak dgr hilal bg perkongsian…seronok sgt2 mse tue..bngga pun ada gak..huhuhu…terubat sbnrnya rse hati ble hilal wt video cmni…terima ksh la byk2 ye hilal…rndu nk dgr hilal bg ceramah sbnrnya…huhuhu.. :oops:

    [Reply]

  6. hidayah says:

    Assalamualaikum hilal..kaifa haluka?ana doakan anta shat2 je smoga slalu dirahmati yg maha Esa…”Hati umpama sebidang tanah,ditanam dengan benih iman(lailahaillallahmuhammadarusullallah),maka terbitlah pahon amal(solat)dibaja dengan(ilmu dan zikir)dipagar dengan(ikram musliman)maka keluarlah buah(ikhlas)maka buah itu terdapat rasa manis itulah kita(dakwahkan)pada ummat.”

    [Reply]

  7. mydear164 says:

    hermm..salam utz!!teringin gak nk kenal..hehe..:))

    nk tny skit..kalo 1st time tgk ssorg..dan rase jatuh hati adakah itu dr syaitan atau???ape??sy pon sy sangsi..nk2 sy ni muslimah..cam x mnis je..kan?dan rase nk bkenalan dan…nk rapat..herm..cam ne nk hilangkan rase ssh dalam mhadapi situasi ni..wasalam..hrp dpt tlg..

    [Reply]

  8. sinar says:

    lama tak dgr anak didik matri berbicara
    moga terus mekar di medan dakwah ini..tak layu2 ditelan zaman..

    [Reply]

  9. imtiaz says:

    mydear164..hehe..anda sungguh aneh. hilal, anta kne jage2x .. :eek:

    hilal asyraf, buku langit illahi sdg dibaca.macam nak komen..andai diizinkan.

    dimana mungkin saya komen?

    yg pasti bukan disini..

    smg selamat prgi dan selamat pulang dlm mardhatillah…

    [Reply]

  10. humayra says:

    HA,
    u’re a bit different from the person i had met before.
    hehe.. agak lain la..

    yup, masa mematangkan kita.. still remember the tazkirah i heard last, tentang surah as-syams tak silap…

    ape2 pun, moga Allah meredhai usaha nta..
    moga dpt beribadah dgn baik di makkah dan madinah.

    May Allah be with us all, and bless us always

    [Reply]

  11. abid amina says:

    Salam ‘alaik ya hilal..
    Akak baru kenal hilal lpas baca novel VT by hilal.Paksu akak yang pinjamkan..Ustaz Mahadzir Muhamad,yg jugak watak dalam novel tu..
    Alhamdulillah,best sangat baca sampai xnak stop..
    Maybe jugak sebab akak tau matri,so agak dapat hayati dgn bagus..
    Apapun,akak dan semea yg kenal hilal,akan terus doakan hilal istiqamah dan jugak diri kami sendiri..Ujian Allah x pernah berhenti untuk menguji tahap keimanan hamba-Nya..La tahzan,Innallahama’ana :razz:

    Salam perjuangan!

    [Reply]

  12. khazinatul asrar says:

    salam…
    firstly, ana nk ucapkn mabruk pd nta krn tlh berjaya mnrbitkan novel..
    semoga pengisian novel tersebut, dpt mmbuka hati si pembaca.. :wink:

    secondly, mabruk sbb nta berjaya rakaman ‘life’ nta.. smg dgn cara ini, ramai insan2 dpt mngnl nta..n dlm masa yg sama, nta dpt merapatkan lg ukhwah dgn hati2 yg inginkn NUR ILLAHI.. :grin:

    yg terakhir, perubahan yg ana nmpk pd diri nta adlh..dr segi rmbt.. :smile:
    lain dr masa nta kt malaysia..hu3..

    afwan klu ana salah ckp..tp, apa pun..semoga nta terus maju jaya dlm usaha nta utk menyebarkan DAKWAH n TARBIYAH tu.. semoga Allah merahmati mu..
    wassalam..

    [Reply]

  13. Xyna says:

    Salam Hilal.. How are you my dear? How’s everything? How’s kembara menemuiNya? Hope you will update us with all that! Frankly.. It took me quite sometime to finally watch your video. Do not really know what to expect from that video but I were so shocked when you did mentioned my name in it. Me? Why me? I cant recalled anything that I did which helped u in any ways. Hmm.. But one thing for sure you, Hilal, is Allah’s gift to me. Alhamdulillah.

    btw, xyna was the spelling that my lecturers in the state used to write my name. Actually xy stands for zai.. just like xylaphone.. we prounce it zailaphone They cant really pronounce zai kut. The same with Di.. they pronounce it as Dai..

    ok.. so u take care yarh.. Moga Allah senantiasa redha pada kamu dan saya juga.

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    Maafkan saya sebab lambat balas komen-komen dalam post ini. Saya baru pulang dari umrah, dan ambil sedikit masa untuk baca komen yang banyak.

    kepada iman syauqina,

    terkejut? kenapa?

    kepada Amru Irfan,

    akhirnya enta mengaku juga kepada kebenaran abang Am… hu3

    kepada Srikandi dataran Syam,

    hem… penat sebenarnya bercakap ni kak. Menulis lagi suitable kut nak jaga orang macam Hilal. Apa-apa pun, terima kasih kerana menghargai. Semoga ALLAH redha dan terima semua amal.

    kepada Hidayah,

    terima kasih atas perkongsian nasihat. Amat bermakna.

    kepada Mydear164,

    mungkin kamu kena baca artikel saya yang bertajuk ‘ Adakah Benar Itu Cinta?” Boleh cari dalam bahagian recent post di website ini. Semoga mendapat manfaat.

    Rasa itu fitrah. Tapi kita perlu belajar mengawalnya, dan melorongkannya ke jalan yang betul. Pepatah melayu pun ada berpesan, ‘Ikut Rasa Binasa’

    Semoga ALLAH jaga hati kamu.

    kepada Sinar,

    layu juga sebenarnya ditelan zaman. Nampak tak layu kerana sebelum layu, ada bunga lain yang mengantikannya.

    kepada imtiaz,

    Mydear 164 tu bukan pelik Imtiaz. Dia bertanya sahaja. Apa-apa pun, insyaALLAH saya berjaga-jaga dengan semua orang. Di alam maya, sesiapa boleh jadi sesiapa.

    Kalau kamu hendak komen, boleh sahaja. Dipersilakan. Sila hantar ke e-mail saya. Kalau kamu tak ada e-mail saya, maka berikan saya e-mail kamu dahulu, kemudian saya akan hubungi kamu.

    kepada Humayra,

    manusia berubah kak. Dan manusia itu sendiri akan berubah hendak atau tidak. Untuk kes Hilal, selain mempunyai fitrah perubahan itu, Hilal sendiri hendak berubah.

    Semoga ALLAH redha dengan segala perubahan yang ada…

    kepada Abid Amina,

    alhamdulillah, semmoga VT itu benar-benar satu novel tarbiyah yang berkesan di hati. Semoga ALLAH redha segalanya.

    kepada Khazinatul Asrar,

    Rambut dah berubah?

    hem… mungkin dulu kena marah sebab rambut saya selekeh? hu3.. (Macam la sekarang ni smart sangat)

    terima kasih atas sokongan. Semoga ALLAH redha…

    kepada Teacher Xyna,

    teacher, teacher tanya Hilal apa yang teacher dah buat? teacher banyak bagi encouragement pada Hilal. Hilal sangat sayang teacher walaupun kita tak pernah jumpa. Teacher sanggup pi PWTC beli buku Hilal, macam mana Hilal tak hargai teacher? Waktu Hilal sedih, teacher bagi nasihat, waktu Hilal gembira teacher bagi nasihat juga. Hilal suka ada orang macam teacher dalam hidup Hilal.

    Kalau Hilal ini hadiah untuk teacher, maka teacher juga adalah antara hadiah yang berharga yang ALLAH beri dalam hidup Hilal.

    Semoga ALLAH sayang teacher.

    Terima kasih semua. Terima kasih banyak-banyak.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. timunsusu says:

    salam.
    seronok baca komen kat sini.
    first time tengok hilal masa ana baca majalah anis.
    terfikir sape la dia ni.
    pastu, ternampak plak buku tulisan hilal…
    hm, ape lagi… :idea:
    terus ana buat kira2.
    budget untuk sem baru…
    adakan budget untuk beli buku2 hilal.
    alhamdulillah, semalam ana berjaya dapatkannya :wink:
    —langit ilahi—
    —vt—
    tapi takde kesempatan lagi nak baca
    sebab banyak nota nak kena tengok
    pape, t free ana akan baca
    kepada hilal,
    keep da good job!
    ad’uu lak bit taufiq wan najaah da-iman
    ba-rokallahu fiek ya akhi…
    wslm :smile:

    [Reply]

  16. thegreenbird says:

    salam,

    tahniah HA atas kejayaan VT. skrg ni ana bawa buku tu macam famili VT bawa bola atas saranan Coach Saiful dalam buku tu. :grin: VT benar-benar terkesan di hati. bila pula saudara VT nak keluar? Tahniah lagi sekali. Semoga Allah redha. aamin

    [Reply]

  17. kembar says:

    :shock: maaf,baru terbaca artikl ni..i’m joining this site bln 7 2009 tak silap,jd bru nak revisi yg blkg2..hrp dimaafkan jua :sad: jika skiranya my comment in artikl2 slps ni yg mcm tak mnyokong usaha pnulis

    [Reply]

  18. kembar says:

    *jika skiranya my comment in artikl2 slps artikl ni

    [Reply]

Leave a Reply