
SPM bukan segalanya...
Waktu di Malaysia lebih awal enam jam berbanding waktu di Jordan. Jika Jordan pukul 1.00 pagi 12 Mac, maka Malaysia sudah berada pada pukul 7.00 pagi 12 Mac. Justeru, apabila saya menulis ini, maka ramai pelajar-pelajar SPM 2008 telah mendapat keputusan masing-masing.
Saya ucapkan secara terus dari lubuk hati saya, tahniah kepada semua. Tidak kira yang mendapat A berderet, mahupun yang tidak mendapat apa-apa A. Hari ini, anda sebenarnya sedang menerima keputusan yang diaturkan oleh ALLAH kepada anda. Anda sebenarnya telah memenuhi tanggungjawab dengan berusaha, maka natijah hari ini adalah daripadaNya khas untuk anda.
Mungkin pada hari ini, ada yang menangis gembira, kerana dia studi penat lelah selama ini dan dia berjaya mendapat A berderet. Maka kepada orang sebegini, saya ingatkan bahawa, natijah itu daripada ALLAH, maka bersyukurlah kepadaNya bukan kepada usaha anda. Usaha anda adalah tanggungjawab, natijah itu pemberianNya. Maka bersyukur adalah yang utama perlu anda lakukan.
Firman ALLAH SWT,
“ Dan ingatlah ketika RABB kamu berkata, jika kamu bersyukur maka AKU akan tambahkan(nikmat kamu)…”(Ayat 7, Surah Ibrahim)
Mungkin juga ada yang menangis sedih, kerana dia studi penat lelah selama ini, tetapi dia tidak mendapat seperti apa yang dia mahukan. A nya tidak banyak. Keputusannya tidak cemerlang. Maka kepada orang begini, saya hendak ingatkan bahawa, anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai hamba ALLAH, berusaha. Maka keputusan hari ini adalah pemberianNya. Bersangka baiklah kepada ALLAH walau apa pun keputusan yang kamu perolehi. ALLAH itu Maha Tahu apa yang baik untuk anda, dan apa yang tidak.
“ Boleh jadi perkara yang kamu tidak sukai itu baik untuk kamu, dan boleh jadi juga perkara yang kamu sukai itu buruk untuk kamu dan ALLAH itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”(Ayat 216, Surah Al-Baqarah)
Mungkin ada juga yang terkejut tak sangka. Dia tidak studi dengan rajin, tetapi dia cemerlang dengan jayanya. Maka saya ingin ingatkan kepada orang sebegini, untuk tidak merasa ujub pada diri. Anggaplah ini sebagai tanda kasih sayang ALLAH kepada anda, menyelamatkan anda dari kekecewaan kegagalan walaupun anda tidak berusaha keras, semoga selepas ini anda serius dalam menjalani kehidupan. Anda patut merasakan anda sedang diselamatkan. Ingatlah bahawa, tiada manusia yang akan terus bernasib baik. Sesungguhnya ini adalah teguran indah ALLAH untuk anda. Jika anda menganggapnya sebagai satu keajaiban yang akan pasti berulang lagi, maka ketahuilah bahawa anda sudah terkena istidraj. Kembalikanlah segala keagungan kepada ALLAH tanpa merasa bangga kepada diri.
ALLAH berfirman,
“ Sesungguhnya ALLAH itu memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki tanpa berkira-kira” ( Ayat 37, Surah Ali Imran)
“ Ingatilah AKU, maka AKU akan mengingati kamu, bersyukurlah kepadaKu, jangan pula kamu menjadi orang-orang yang kufur” (Ayat 152, Surah Al-Baqarah)
Mungkin, ada juga yang sedang menyesal. Dia tidak studi dan akhirnya keputusannya seperti yang dijangka, teruk teramat sangat. Kepada orang sebegini, saya hendak berpesan. Keputusan hari ini adalah teguran ALLAH kepada anda. Muhasabahlah diri dan bertanyalah kepada diri, apakah anda suka kepada kegagalan seperti hari ini untuk berulang? Ketahuilah bahawa, masa dan waktu masih terus berjalan, dan nyawa masih ada di dalam tubuh anda. Maka berubahlah, esok sedang menunggu anda. Anggaplah ini sebagai satu teguran kasih sayang ALLAH kepada anda, untuk anda mengubah diri menjadi lebih baik. SPM ini bukanlah penamat, juga bukanlah satu muktamad untuk kehidupan anda. Tangan anda, adalah apa yang membentuk kehidupan dan takdir anda.
Rasulullah SAW bersabda, “ Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu adalah yang sering bertaubat”
ALLAH SWT berfirman, “ Sesungguhnya ALLAH amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” ( Ayat 222, Surah Al-Baqarah)
ALLAH SWT berfirman, “ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada dalam diri mereka” ( Ayat 11, Surah Ar-Ra’d)
Pokoknya wahai adik-adik pengambil keputusan pada 12 Mac yang dipenuhi pelbagai suasana ini, bersyukurlah kepada ALLAH atas apa sahaja keputusan yang kalian perolehi. Boleh jadi yang mendapat keputusan cemerlang itu sedang ALLAH uji dengan riya’, takabbur, ujub dan angkuh. Boleh jadi yang mendapat keputusan teruk itu ALLAH uji dengan kesedihan, kekecewaan dan putus asa. Maka jagalah diri anda dari segala ujian ini, dan bersangka baiklah kepada ALLAH atas apa sahaja yang kalian perolehi.
Ingatlah bahawa ALLAH berfirman,
“ Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan mengatakan kami beriman sedangkan mereka masih belum diuji?” (Ayat 2, Surah Al-Ankabut)
Ingatlah bahawa, SPM ini hanyalah SPM dunia. Keputusan SPM yang sedang anda ambil ini adalah keputusan kepada singkatan Sijil Pelajaran Malaysia. Anda mesti ingat dan ingat, ada satu SPM lagi yang perlu anda ingat. Itulah dia SPM, singkatan kepada SAYA PASTI MATI.
“ Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu. Dan barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya” (ayat 185, Surah Ali Imran)
Yang cemerlang, gunakanlah kecemerlangan anda untuk mengembalikan kegemilangan ISLAM di dalam kehidupan. Hadiah ALLAH ini jangan anda persiakan dengan takabbur dan keangkuhan. Kepada yang kurang cemerlang, maka ingatilah teguran ALLAH SWT ini dan janganlah anda ulangi kesilapan dan kemalasan anda. Hidup ini untuk mencapai redhaNya, dan manusia itu memang sentiasa silap dalam perjalanan kepadaNya, maka usah kecewa dan berputus asa, bangunlah dan kuatlah dalam mencari redhaNya. InsyaALLAH, rezeki ALLAH itu berada di mana-mana. Yakin dan bersangka baiklah kepadaNya.
Akhir kalam saya,
Bersyukurlah kepada ALLAH, dan kembalikan segala pujian kepadaNya. DIAlah yang memberi dan bukanlah kita yang memutuskannya.
Saya mendoakan kalian menjadi manusia-manusia yang dirahmati, membesar untuk ISLAM, dan mampu menyumbang dalam membawa manusia kepada kehidupan untuk mencari keredhaan ALLAH.
Tahniah kepada semua.
~abang, saudara dan sahabat kalian…
Hilal Asyraf
ps1: post ini memang khas untuk yang mengambil keputusan SPM, tetapi yang tidak ambil pun, boleh baca dan mendapat manfaat. Mungkin juga boleh sebarkan dan kongsi dengan adik-adik. mari kita sama-sama muhasabah…
ps2: Kepada lepasan SPM yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke Jordan, baik dalam bidang deeniah mahupun perubatan/pergigian, boleh hubungi saya ya. Saya berikan e-mail saya. suriagaruda@gmail.com





ana yang tak amik spm pon rasa..sebab pada semster 1 di Kolej Teknologi Darulnaim..ana tak la study sangat tapi result keluar jangkaan. sememangnya ana doa kepada Allah:
“jangan beri kejayaan kepada aku yang membawa aku kearah TAKBUR”
Alhamdulillah..Allah kasi seperti itu. cuma yang peliknya walaupon tidak berjaya tetap ada rasa angkuh…..astagfirullah.
wahai sahabat, kita nih hanya besar kuman di dunia ini.
[Reply]
kpd ihan..
syaitan akan berusaha memesongkan hati kita dari ALLAH SWT.
Maka kita perlu berusaha merengkuh maksiat dari bersarang di hati kita.
Sama-sama lah kita bermuhasaha.
~yang juga risau…
Hilal Asyraf
[Reply]
teringat waktu akak ambil result dulu…takut sangt…tido tak lena..
[Reply]
laksamana Reply:
March 12th, 2009 at 10:31 pm
em..
Ikut orang juga.
Tapi yang penting, kita sudah melepasi keadaan ini.
Alhamdulillah.
Semoga ALLAH kuatkan adik-adik kita.
~abang yang berusaha mengambil berat..
Hilal Asyraf
[Reply]
erm..thanx abg hilal atas smgt yg abg beri..
sblum ni sy rase down sgt sbb result ade b..
tp atas kate2 abg 2, sy da ok skarang..
thx sangat2..
skarang sy bersyukur dpt result 2..
ade org yg lagi teruk drpd sy..
alhamdulillah..terima kasih ya allah..
[Reply]
kpd aisyah rohani..
saya pulangkan kepada anda ayat ALLAH SWT yang amat suka saya ulang..
” sekiranya kamu bersyukur, maka akan AKU tambahkan(nikmat-nikmat) untuk kamu”
semoga ALLAH kuatkan kamu wahai aisyah..
~saudara kamu..
Hilal Asyraf
[Reply]
salam.. sedihnya dengar cerita korang (ihsan, ami,, akak aishah)
ya mmg btul ckp korang… syaitan suka sgt memesongkan hati manusia…
baru2 ni sya dpt result spm bagi SPM 2008… alhamdulillah sya dpt apa yang saya mahu… dan sy sgt2 berdebar kerana ADD math sya… tapi alhamdulillah sya dpt 4B…
yang lain semua lulus dgn jayanya…
sya ucapkan terima kasih dan sgt2 bersyukur kpd ALLAH swt kerana memberi result kepada sya mcm sya impikan..
mmg sedih tgok2 kawan yang gagal.. tp sya tau itu adalah ujian drpdNYA…. ALLAH nak mguji kekuatan keimanan kita.,..
rasa nk luah… tp apa nak buat… mmg keen pendam jugak hal sebegitu…
rajih telah tetapkan konsep dlm pikiran rajih iaitu “aku tidak susah kerana ada lagi org yang susah daripadaku” rajih akan renung bila rajih sedih sbb ia akan menambahkan lagi kekuatan semangat jati diri in my self…
ape2 pun rajih ucapkan tahniah kepada semua org sbb korang semua mempunyai ketabahan yang sgt besar..
wallahualam assalamualaikum
layarilah blogspot RAJIH HUJJATUL ISLAM
http://rajihujjatul.blogspot.com/
[Reply]
laksamana Reply:
March 16th, 2009 at 3:49 am
Salam..
terima kasih Rajih atas perkongsian…
Sebenarnya, hidup kita ini memang penuh dengan ujian. ALLAH akan menguji kita untuk melihat adakah keimanan kita kepadaNya benar atau tidak. Jadi kita perlulah bergerak untuk membuktikannya.
Mari sama-sama kita perkuatkan iman kita ya Rajih?
Harap Rajih boleh selalu datang dan memberikan peringatan kepada saya juga.
Selamat untuk semua..
~yang menyayangi kalian…
hilal Asyraf
[Reply]
Salam..
JzkAllah Khair..
Ana rasa ana mgkin dlm golongan ke-2..studi bgai nk rak walupun rak buku x pecah tp result x sberapa..merosot teruk berbanding trial..target tersasar jauh..byk subj yg diharap A tapi x dpt A..malah ada yg jatuh sampai C5(tp time trial dpt A)
Mula2 amek result mmg x caya tol..frust..
Ana cuba pujuk hati ana bhw itu semua ketetapan Allah…tp hati manusia yg kesedihan bukan mudah untuk dipujuk cam2 je.
Alhamdulillah ada sorg shbt ana tu faham keadaan ana dan bg kata2 smgt ditambah plak dgn artikel nta tu..rasa lega la skit wlupun masih ada sisa2 kekesalan
Kuharap kegagalan ini sekadar penangguhan kejayaanku yg lebih gempak di masa hadapan..InsyaAllah..ameen
thanx bro..
[Reply]
kpd MD..
Tahniah kerana enta berjaya melalui ujian ALLAH ni.
Rezeki ALLAH itu luas. DIA hendak memberikan yang lebih istimewa mungkin untuk enta.
Tahu tak, ALLAH hanya uji orang yang DIA sayang tau.
Ha..
Teruskan kehidupan dengan keyakinan kepada ALLAH.
InsyaALLAH, ALLAH akan permudahkan hidup enta.
Semoga ALLAH sayang kita semua.
~yang berusaha untuk sayang pada semua..
Hilal Asyraf
[Reply]
askum,abg..sy nk amek result pmr da 24hb nie.tp sy rase gelisah sgt.dulu mase nk amek result upsr,sy ase biase aje,tgk2 dpt 5A.btul ker klu rase gelisah nie xdpt straight A yer..?sbb sy harapan sekolah,sume hrp sy dpt 9A.sy gelisah nie,xtau knape.
[Reply]
subhanallah.
cemerlang…
doakan ana jugak ea..
ana tahun nie amik spm ….
amik sebelas subjek….
nak dapat a+ bahasa arab tinggi dan semua subjek…
mana tahu kita leh jumpa kat IRBID…
huhuhu…
[Reply]