
dunia, untuk digunakan sebaiknya...
Saya membelek-belek akhbar di internet. Apa yang menarik untuk saya kongsikan dengan pembaca berkenaan apa yang terjadi semasa kini.
Akhirnya saya terjumpa dua berita yang saya fikir, seronok untuk kita telaah bersama-sama.
Kegembiraan dan Konspirasi Buruk.
Mungkin agak kontra dua perkara ini, tapi saya gandingkan dalam satu post, sekadar untuk kita muhasabah dan memerhatikan realiti apa yang terjadi.
Ada banyak isu sebenarnya. Isu indon, isu Negeri Selangor, tapi bila saya search-search, telah terlalu ramai orang mempersoalkan, membicarakan hal itu di dalam blog/website mereka. Biarlah Langit Ilahi menjadi tempat ‘rehat’ anda dengan kita melihat beberapa perkara lain yang turut berjalan di atas dunia ini.

Putera Hisato... comelnya..
Kegembiraan tertumpah dari anak
Berita pertama, berkenaan kegembiraan rakyat Jepun, yang telah diceriakan oleh kehadiran putera negara mereka, Hisahito. Bukanlah kerana manusia bernama Hisahito ini baru lahir. Tetapi mereka rasa seperti diceriakan apabila gambar Putera Hisahito yang telah menjejak umur 3 tahun, disiarkan di dalam akhbar, dan ada juga video pendek disiarkan di dalam televisyen.
Mereka amat menyayangi Putera Hisahito kerana, putera itu adalah anak lelaki pertama, dalam keturunan diRaja Jepun dalam masa 4 dekad ini. Kerjaaan Jepun, hampir sahaja terpaksa mengubah undang-undang, dengan hendak membenarkan perempuan naik tahta, kerana tiada waris lelaki. Namun kehadiran Hisahito, menyelamatkan keadaan yang kucar kacir ini.
Tidak hairan semua menyayangi Hisahito. Diberitakan di dalam akhbar, ibunya, Masako, amat tertekan kerana tidak mempunyai anak lelaki sebagai pewaris tahta. Dia amat murung dengan keadaannya, yang hanya mempunyai anak perempuan, sehingga menjauhi media dan orang ramai. Dia dengan Maharaja Jepun, Naruhito hingga segan untuk menghadiri majlis-majlis besar, kerana ketiadaan pewaris lelaki.
Tetapi Allah hantarkan seorang anak lelaki, menceriakan suasana, menjernihkan keadaan.
Saya belum berkahwin, jauh sekali menjadi bapa, tapi saya dapat rasakan, pada anak itu, ada kegembiraan.
Apa yang terjadi di Jepun membuktikan hal ini.
Amat hairan, pada ibu bapa yang tidak mencintai anak mereka. Ya, mungkin orang mudah menyebut: “Mana ada ibu bapa tak sayang anak”. Saya fikir, kadangkala, ayat itu kena dikaji semula. ‘Sayang’ itu sayang yang bagaimana? Kalau ibu bapa tidak mentarbiyah anak, menjadi apa yang Allah redha, maka itu pada saya tidak termasuk dalam ‘Sayang’.
Pasangan Maharaja dan Maharani Jepun bersusah payah, menunggu untuk mendapatkan seorang anak lelaki. Bila dapat, mereka rasa amat gembira sekali. Hingga kegembiraan itu tertumpah kepada rakyat mereka.
Sepatutnya, ibu bapa juga perlu mencari jalan, agar kegembiraan, rasa syukur mereka mendapat anak kurniaan Allah, tertumpah juga kepada masyarakat sekeliling. Hingga, masyarakat sekeliling kta juga akan bergerak untuk merasakan kesyukuran akan anak kurniaan Allah kepada mereka.
Bukan dengan kita manjakan anak kita semanja-manjanya. Tetapi kita sayangi mereka, dengan membawa mereka ke arah apa yang Allah redha.
Di akhirat, anak boleh jadi satu antara dua. Pembela kepada ibu bapanya, hingga ibu bapanya masuk ke syurga. Atau pendakwa kepada ibu bapanya, hingga ibu bapanya dilontarkan ke neraka.

Jimmy Carter di sempadan Palestin
Konspirasi Busuk
Ini pula cerita Palestin. Cerita Palestin, zaman berzaman pun tidak akan surut, tidak akan muak, tidak akan luak, sehinggalah isu di sana diselesaikan.
Jimmy Carter, bekas Presiden Amerika Syarikat berkata bahawa, pemimpin Palestin sedang menimbangkan secara serius penyelesaian ‘satu negara’ bagi konflik Palestin-Israel.
Yang saya rasa agak ‘panas’, adalah apabila manusia bernama Jimmy Carter ini berkata:
“Majoriti pemimpin Palestin yang saya temui menimbangkan penyelesaian itu yang akan membentuk satu negara di antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean,” kata Carter dalam komentarnya yang disiarkan The Washington Post.
Dia juga membuat kenyataan bahawa:
“Dalam perjuangan hak awam tidak membawa keganasan ini, contoh diteladani mereka ialah Mahatma Gandhi, Martin Luther King Jr dan Nelson Mandela,”
Katanya bahawa rakyat Palestin, akan melupakan hasrat membentuk negara Palestin yang bebas, penduduk Palestin menimbangkan kemungkinan untuk menjadi rakyat bersama-sama bangsa Yahudi dan menuntut hak yang sama rata di bawah sistem demokrasi.
Memang, saya pernah mendengar seorang makcik berkata:
“Apa la Palestin tu, Hamas tu, tak boleh selesaikan dengan Yahudi baik-baik ke? Apsal la nak letup-letup diri?”
Mudah kita berkata kan?
Yang saya hairannya, kenapa orang boleh kata, Hamas itu pengganas? Saya tak nampak. Yang saya nampak sekarang, Yahudi itu menjajah Palestin, merampas, meroboh rumah-rumah, memusnahkan tanaman, mengebom hospital, menyembelih orang-orang awam. Pokoknya, Yahudi adalah pengganas, penjajah.
Apa salahnya, untuk penduduk negara dijajah, menentang penjajahnya?
Apa orang melayu buat, semasa British, Portugis dan segala penjajah menjajah tanah melayu?
Bukankah tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharaja Lela, itu semua yang bangkit menentang, di saat-saat melayu hampir hancur jati diri mereka kerana dipeluk penjajah?
Perasankah anda, bahawa tokoh-tokoh melayu yang kita sayangi itu, yang kita pelajari di dalam buku sejarah itu, juga digelar sebagai pengganas oleh inggeris? Tetapi kita tetap berbangga dengan mereka bukan? Sebab mereka menjaga, berkorban nyawa mempertahankan negara.
Tetapi kenapa dalam kes Palestin, kita tergamak mengatakan manusia yang bangkit mempertahankan haknya seperti Hamas, sebagai pengganas? Saya tak faham.
Jimmy Carter dengan mudahnya, menyelar perjuangan Palestin sebagai perjuangan ‘ganas’ dan menyuruh pejuang-pejuang palestin menukar corak perjuangan, dengan mencontohi manusia-manusia seperti Mahatma Gandi.
Sebenarnya, kalau mengikut sejarah, kemasukan pertama Yahudi secara besar-besaran ke Palestin, merupakan kemasukan yang paling kurang ajar sekali dalam dunia ini. Apabila PBB meluluskan penempatan untuk mereka, mereka telah masuk dengan kereta kebal dan tentera, menghalau keluar penduduk asal Palestin.
Saya hendak bertanya, siapa PBB untuk menetapkan nasib penduduk asal sesuatu tempat?
Saya juga hendak bertanya kepada anda yang mengutuk-ngutuk perjuangan Palestin selama ini, apakah penduduk Palestin ketika kemasukan pertama itu menentang? Melancarkan intifadha seperti hari ini?
Tidak. Hal ini kerana, PBB telah berjanji bahawa, penempatan Yahudi itu tidak kekal lama. Mereka ibarat ‘menumpang’ sahaja. Maka PBB mengarahkan kebanyakan orang Palestin berpindah ke Jordan dan Syria. Sebab itu, orang-orang Palestin, mempunyai simbol kunci pada mereka. Apa makna simbol kunci itu?
Itu adalah kunci rumah mereka. Janji yang tinggal janji, sehingga kini mereka belum lagi kembali ke rumah mereka. Cerita ini, dikongsikan sendiri oleh orang Palestin, kepada saya di Jordan. Mungkin tidak ramai yang melihat kem-kem pelarian orang Palestin di Jordan. Kalau anda melihat, baru anda tahu, betapa busuknya realiti dunia terhadap tanah bernama Palestin.
Itu hasilnya, apabila menundukkan kepala, kepada musuh Allah yang terang-terang, bukannya hendak tanah semata-mata, tetapi telah melancarkan perang terhadap Allah itu sendiri.
Maka apakah masih hendak terus membutakan mata dengan kekurang ajaran ini?
Perlu ada yang bangkit menentang, memberikan kesusahan kepada perancangan busuk mereka.
Kalau mereka hendak tanah, ada banyak tanah dalam dunia ini. Tetapi kenapa Palestin?
Itu sepatutnya, orang Islam membuka mata dan berfikir.
Hendak duduk satu negara dengan Yahudi? Hendak mengangkat demokrasi sebagai perlembagaan menentukan nasib kepimpinan Palestin?
Heh…
Jimmy Carter. Pada saya, kenyataan anda itu adalah sebahagian dari konspirasi busuk, untuk menghalalkan keberadaan penjajah, musuh Allah SWT di tanah bernama Palestin itu.




SubhanaAllah entry yg menyentap2 jiwa sy…menambahkan lg kebencian terhadap Yahudi…malangnye dlm kalangan umat Islam sndr tidak tahu menilai antara kaca dan permata, antara penjajah dan pengganas, antara yg berkorban utk membela tnh air dan penjajah yg bermulut manis….
[Reply]
Salam,
Ingin mewarwarkan program HALUAN bersama Ulama’ Palestin di Malaysia daripada 10-16 September 2009 ini.
http://www.haluan.org.my/v3/files/ramadhanpalestin.pdf
Terima kasih
[Reply]
subahanallalah..
allah akan sentiasa berada di sisi hamba-hamba yang memperjuangkan agamaNYA..
ana sendiri terkesima apabila ada di kalangan saudara-saudara kita yang berkata sedemikian..
bagi ana, rakyat palestin amat bertuah kerana dapat syahid di jalan allah untuk memperjuangkan agama dan tanah air mereka..
memperjuangkan tanah air dan agama adalah sesuatu yang mulia..
walaupun telah lama dijajah di bumi sendiri, mereka masih lagi gagah berdiri mempertahankan hak..
apa erti sebuah kemerdekaan..?
negara kita telah lama merdeka, secara lahirnya kita merdeka tapi yang sebenarnya kita masih lagi dijajah..
??????
cuba bandingkan kita dengan palestin..
mereka dijajah terang-terang tapi kita dijajah dalam diam..
hanya allah yang maha mengetahui tujuan sebenar mereka..
[Reply]