Semenjak saya berumur 7 tahun, saya mula mengenali apa itu Sirah Nabawiyah. Di Sekolah Rendah Islam Hidayah, saya belajar mata pelajaran Sirah. Sekolah itu, mempunyai mata pelajaran khas untuk Sirah, tidak sekadar cebisan dalam Pendidikan Islam.
Dalam banyak-banyak figur yang ada dalam Sirah Nabawiyah, saya paling tertarik dengan peribadi yang membentuk figur-figur lain dalam Sirah Nabawiyah. Itulah dia peribadi Rasulullah SAW.
Entah kenapa, tidak pernah ada kebosanan membaca Sirah Nabawiyah berulang kali, walaupun ianya benda yang sama sahaja, sekalipun ditulis oleh penulis yang berbeza. Saya tetap akan rasa meremang dengan semangat Rasulullah SAW, rasa tersentuh dengan pengorbanan baginda, dan kadangkala tertawa dengan ketenangan baginda.
Dalam post ini, sekadar berkongsi, betapa tenangnya Rasulullah SAW yang diutus kepada kita ini.
Ya, Rasul kita, bukan Rasul orang lain. Kena faham ayat ini betul-betul.
Di tengah letih dia bercanda
Yang menarik berkenaan Rasulullah SAW, adalah baginda bukan pemimpin yang tension, mempunyai muka keruh, mudah hilang sabar dan sebagainya.
Baginda adalah manusia paling tenang dalam dunia. Dia tidak sengaja membengiskan wajah, tidak pula tak fasal-fasal berkeruh muka, hanya kerana dia ketua. Dia adalah paksi kepada ketenangan sahabat-sahabat sekelilingnya.
Ketika membuat persediaan untuk Perang Khandak, sahabat-sahabat menggali parit dalam keadaan kelaparan. Mereka mengikat perut mereka dengan batu bagi mengempiskan perut mereka agar angin tidak masuk, agar kurang rasa laparnya.
Namun, sampai satu ketika, mereka rasa tidak tahan. Mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang juga bersama mereka menggali parit. Mereka tidak mengadu dengan mulut, namun sekadar tersenyum dan mengangkat baju mereka, menunjukkan perut mereka yang diikat dengan batu tanda sangat lapar.
Rasulullah SAW ketika itu tersenyum. Lantas baginda pun mengangkat bajunya, menunjukkan perut baginda yang diikat juga dengan batu, bukan satu, tapi dua batu. Tanda baginda lebih lapar lagi. Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, terus menurunkan baju mereka dan menyambung kerja. Rasulullah lebih lapar lagi dari mereka.
Baginda tidak mengungkit dengan kata-kata yang kasar ketika itu. Tak kata pun: “Eh, aku pun lapar jugak. Aku dah la nabi. Korang ni baru lapar sikit, bising. Mengada-ngada”
Baginda tenang. Tersenyum walau susah. Berhikmah walau susah.
Di tengah kegentingan Uhud
Baginda juga bukan seorang yang gelabah ketika medan perang. Kalkulasi baginda amat tepat.
Saat paling getir dalam hidup baginda adalah Perang Uhud, di mana baginda dikelilingi puluhan tentera musyrikin Makkah dan hanya dilindungi oleh sekitar 10 orang sahabat-sahabat Ansar. Ketika itu baginda sedikit pun tidak menunjukkan tanda gelabah, malah mampu memberikan arahan dengan tenang.
Di dalam perang Uhud, ada berita angin menyatakan Rasulullah SAW telah mati dibunuh. Ramai sahabat-sahabat yang kucar-kacir mendengar berita palsu ini. Pada masa yang sama, Rasulullah SAW dikelilingi orang kafir Quraisy yang sudah menjumpai posisi baginda.
Saya, kalau ada di pihak Rasulullah SAW ketika itu, memang tak fikir apa dah. Mati katak sahaja. Tapi Rasulullah, baginda membuat kalkulasi paling tepat sekali, dengan memilih untuk menjerit.
“Wahai hamba-hamba Allah, aku Muhammad Rasulullah di sini”
Walaupun jeritan baginda ketika itu akan menarik lebih banyak lagi tentera Quraisy, baginda bertindak demikian atas dua tujuan. Pertama: Agar lebih ramai sahabat datang berkumpul di sekelilingnya, dan kedua: Agar terhapus berita angin, dan membangkitkan semangat sahabat-sahabatnya.
Baginda mempertaruhkan nyawanya ketika itu, untuk meningkatkan moral sahabat-sahabatnya.
Dan akhirnya, gelombang kedua Quraisy, berjaya dipukul pergi.
Di tengah kesempitan Hunain
Ketika perang Hunain, ummat Islam sudah amat ramai. Tentera Islam ketika itu sekitar 12,000 orang. Sebahagian tentera Islam rasa ujub dengan banyaknya angka mereka sehingga hilang pergantungan dengan Allah SWT.
Maka Allah menguji, dengan membuatkan tentera Islam kucar-kacir, diserang hendap tentera musuh di lembah Hunain ketika itu. Tambah pula, musuh menyerang dengan panah di atas lembah, manakala tentera Islam terpeangkap di tengah lembah. Ketika itu, terpancar ketenangan Rasulullah SAW.
Baginda, tidak pernah memilih menaiki unta atau kuda ketika peperangan. Ketika Perang Hunain, baginda memilih menaiki keldai. Kenapa keldai?
Kerana keldai adalah binatang paling lambat pick up sekali dalam dunia ni. Apabila suasana kucar kacir, keldai tak bergerak apa-apa, tenang. Kuda dan unta, gelabah melarikan tuan mereka. Maka Rasulullah SAW di atas keldai, tidak terpengaruh dengan kegelabahan tunggangannya. Keldai tidak terkejut.
Di sini kelihatan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Ketika itu, dengan tenang, dia memanggil pakciknya Abbas RA, kerana suara pakcinya itu amat besar, untuk menjerit dan memanggil semua tentera muslimin agar berkumpul di sekelilingnya untuk persediaan semula.
Kita pastinya lebih suka kuda dan unta kerana nampak gagah. Rasulullah, baginda memandang lebih dari itu. Tenangnya baginda.
Dengan isteri
Rasulullah SAW, bukan di hadapan pengikut sahaja tenang. Dengan isteri baginda pun, baginda amat tenang berhadapan dengan situasi-situasi bersama mereka. Hal ini menunjukkan, ketenangan baginda bukanlah palsu.
Pernah sekali, ketika giliran Rasulullah SAW bersama dengan Aisyah RH, isteri Rasulullah yang lain bernama Zainab binti Jahsy menghantar makanan. Aisyah RH rasa terganggu kerana ketika itu, adalah gilirannya dengan Rasulullah SAW. Lantas, Aisyah menolak semula makanan yang dihantarkan Zainab melalui khadamnya. Makanan itu jatuh dan perkakas yang digunakan untuk membawa makanan itu pecah.
Rasulullah SAW ketika itu tidak melenting, tidak menunjukkan rasa marah, tidak pula berkasar dengan Aisyah atas sikapnya. Baginda amat tenang, memikirkan semua perkara, baginda faham Aisyah masih muda dan agak mudah cemburu. Maka baginda sendiri bergerak, mengutip pecahan perkakas itu, dan makanan yang bersepah.
Kemudian baginda berkata: “Pergilah meminta maaf kepada madumu itu”
Itu sahaja. Dan Aisyah pergi.
Kalau kita la, agak-agak kalau jadi macam itu kita buat apa? Paling tidak pun kita akan terus kata: “Awak ni kenapa?” dengan suara yang tinggi.
Penutup: Banyak lagi
Menceritakan perihal Rasulullah SAW, tak akan habis dua tiga hari. Ketenangannya sahaja banyak peristiwa boleh dikaji menjadikan contoh. Belum lagi keberanian baginda, kepakarannya dalam menyusun, kegigihan dan ketabahannya, akhlaknya dan sebagainya.
Banyak lagi contoh ketenangan baginda. Contohnya semasa hijrah, semasa hampir wafat, semasa sahabat-sahabatnya ramai terbunuh dalam peristiwa Bir Ma’unah dan banyak lagi situasi.
Siapa yang melihat dan mengkaji peribadi Rasulullah SAW, maka pasti akan meremang bulu roma dengan semangat baginda, pasti berlelehan air mata dengan kegigihan baginda, pasti akan bergetar hati dengan ketabahan baginda.
Namun siapakah antara kita yang berusaha menyelak sirah baginda?






bilalah agaknya aku ingin memiliki ketenangan spt Rasullulah s.a.w…sentiasa ada dugaan dan cabaran yg mematahkan semangat perjuangan diri ini..
[Reply]
Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad..sama2 la kita soroti sirah Rasulullah..dan berusaha mengamalkan sunnahnya..
[Reply]
ana atiqah Reply:
June 17th, 2010 at 11:13 am
sollu ‘alan nabiy….
[Reply]
SubhanaAllah hebatnya perjuangan dan ketenangan nabi….Ya Allah kurniakanlah aku ketenangan jiwa kepada hambamu ini..
[Reply]
moge kte semue mngikuti keperibadian Rasul Allah..
tenang dan sabar..
>>teringin nk bce buku Syamail Muhammad S.A.W oleh Imam Al-Tirmizi..
juga ceritakn kisah keperibadian Rasulullah S.A.W….
[Reply]
ya Allah..mudahkanlah kami utk cuba mencontohi Baginda S.A.W…sama-samalah kita cuba perbaiki diri
[Reply]
saya ske post ni!
meskipon saya x taw sgt seerah
sbb sblom ni saya krg kesedaran
tp evry tyme bace sal Rasulullah
saya akan sebak
tenangnya baginda
igt lirik raihan
“kan pasti mengalir air mataku..kerna ketenangan wajahmu’
Rasulullah
hebatNya baginda…rasul kita!
[Reply]
salam.
Alhamdulillah. Boleh cadangkan buku sirah yang sesuai untuk dibaca?
TQ.
[Reply]
bhgn sirah yang paling menyentuh hati ialah ketika kewafatan Baginda,
sayu sekali, kalau membacanya pasti menangis..
aduh, rindunya pada Rasulullah s.a.w.!
[Reply]
em, betul, lagi lagi bila dgr nasyid in team ‘permergianmu’, memang terasa sayu sangat..syukran ya akhi atas post ini.
[Reply]
Terima kasih atas perkongsian ini.
[Reply]
Baginda S.A.W. memang seorang yang hebat..seorang yang bijaksana..seorang yang tegas namun lembut hatinya..seorang yang gagah namun amat baik budi pekertinya..seorang yang amat tinggi martabatnya namun amat merendahkan dirinya sendiri..syukur sgt sy dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam..kalau x silap,sy pernah bc satu petikan ayat..kalau ada seorang sahaja yang memiliki salah satu sifat seperti Baginda S.A.W.,pasti aman dunia ini..
mintak maaf la kot2 tersalah tulis yer?
assalamualaikum..
[Reply]
“di suatu kawasan Ibnu Umar pernah berjalan lambat seolah sedang meniti di atas titian.seseorang bertanya kenapa beliau berjalan seperti itu. beliau menjawab bahawa dirinya berjalan sedemikian kerana mengikuti cara Rasulullah melangkahkan kakinya di kawasan itu…” begitulah para sahabat meneladani Rasulullah dalam pelbagai aspek sebagai tanda cinta mereka kepada Baginda…
wallahua’lam
[Reply]
alhamdulillah…subhanallah,allah menjadikan rasulullah itu sbg role model yg plg baik untuk kita..keperibadian yang tiada tolok bandingannya…teringat balik betapa kekurangannya diri ini dalam menghayati sirah2 rasulullah..syukran ya allah..syukran ya akhi hilal
[Reply]
ana cadangkan post2 akan datang cerita pula tentang keberanian baginda, kepakarannya dalam menyusun, kegigihan dan ketabahannya, akhlaknya dan sebagainya. Mauqif sirah…
[Reply]
rasulullah = qudwah hasanah
qudwah hasanah = contoh yg baekk..
bgnda suda tiada..takdak dpn mata..
ambil ibrah dr sirah bgnda..
dan masa inilah ’sejarah mengajar kita’ make sense..
hee~
[Reply]
best
[Reply]
salam..
Mari sama2 selawatkan baginda…
[Reply]
Akh ,mohon dicopy paste ye..
[Reply]
Salam.
dunia mengiktiraf Baginda sbg world’s no. 1 most influential person..
umar al khatab turut tersenarai..
[Reply]
salam…brsmgt ana tgok post kali ni.ana memg minat tntg sirah nabawiyyah..bleh ana copy tok letak dlm blog?
[Reply]
As salam ada lagi x kisah2 sebegini yang akan dipost kan…
[Reply]
kenapa hilal guna ayat Dia SANG Tenang?
mengapa guna SANG.?
[Reply]
subhanallah
[Reply]