
Cover buku Terasing
Saya mencari-cari waktu, bila saya boleh hendak mempromosi karya saya yang satu ini. Hal ini kerana, kebanyakan masa saya, minggu ini, habis dengan ustaz-ustaz saya yang datang ke Jordan.
Akhirnya, hari ini, 1 Ramadhan, saya punya waktu agak lapang.
Maka saya hendak mempromosi akan satu lagi karya saya yang baru sahaja terbit.
Itulah dia Terasing.
Terasing telah terbit.
Telah berada di pasaran semenjak 14hb Ogos 2009.
Alhamdulillah.
Berkenaan Novel Terasing, cerita ini mengisahkan konflik persahabatan yang berpunca kerana kejatuhan seorang sahabat dari jalan kebenaran.
Kisah ini, saya campurkan di dalamnya pelbagai perkara, seperti isu keluarga, anak-anak, persahabatan, cinta, dakwah dan hubungan dengan Allah SWT.
Terasing hakikatnya telah saya tulis pada penghujung tahun 2007. Pada tahun 2009, apabila dua karya saya(VT dan Langit Ilahi) berjaya diterbitkan, maka Kak Fatimah Syarha(Penulis Tautan Hati) telah menghubungi saya, mengajak saya untuk menulis novel dengan TBSB(Telaga Biru Sdn Bhd).
Saya telah bersetuju. TBSB pada awalnya mengajak saya untuk menjadi penulis mereka dengan kontrak 5 tahun. Hal ini bermakna, saya tidak akan boleh menulis untuk syarikat lain dalam masa itu. Setelah berfikir panjang, saya menolak ajakan untuk menjadi penulis mereka bersama kontrak ini. Saya hanya bersama mereka dengan Terasing sahaja. Hal ini kerana, kini, banyak lagi syarikat buku yang ingin saya menulis untuk mereka. Andai saya diikat, maka peluang saya akan menjadi sedikit.
Melihat semula kepada Terasing yang saya tulis pada penghujung tahun 2007 itu, maka saya bertindak menulis semula Terasing. Kini, Terasing telah menjadi satu karya baru dengan jalan cerita yang diperbaiki, dengan gaya bahasa yang dipertingkatkan. Ya lah, pasti ada beza penulisan saya pada tahun 2007 dengan 2009.
Untuk maklumat tambahan lagi kepada pembaca, Terasing hakikatnya adalah sekuel kepada Relasi. Relasi juga telah diterbitkan, namun dengan syarikat berlainan, yakni Syarikat YWJ Citra.

Cover buku Relasi
Namun, pembaca semua jangan risau kerana bagi sesiapa yang tidak membaca Relasi, tiada masalah bagi mereka untuk memahami Terasing. Hal ini kerana, dua cerita itu terpisah dan mampu berdiri dengan sendiri tanpa yang lain.
Cuma saya yakin, anda akan menjadi lebih puas jika mampu memabaca kedua-duanya.
Harga untuk Terasing, hingga kini Syarikat TBSB belum lagi memaklumkannya kepada saya. Nanti saya akan umumkan di sini apabila maklumat itu tiba.
Dengan terbitnya Terasing ini, maka penulisan saya yang terbit pada tahun 2009 ini sudah menjadi sebanyak 4.
1. Novel VT oleh Syarikat GISB(Galeri Ilmu Sdn Bhd)
2. Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita oleh GISB
3. Novel Relasi oleh Syarikat YWJ Citra
4. Novel Terasing oleh TBSB
Nampaknya, Allah SWT telah membuka rezeki-Nya seluas-luas kepada saya. Alhamdulillah. Tinggal saya sahaja, bagaimana hendak membalas kebaikan-Nya. Saya nampaknya perlu berusaha keras untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Itu manifestasi syukur saya kepada segala nikmat yang dianugerahkan-Nya.
Jika syukur, maka nikmat-nikmat ini akan dipertambah lagi. Allah itu Maha Pemurah, tidak pernah kedekut kepada hamba-hamba-Nya. Namun hamba-hamba-Nya sahaja yang malas untuk bergerak, meminta dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh.
Semoga Allah redha dengan saya, dan semua yang menyokong perjalanan dakwah dan tarbiyah ini.
Ps: Sinergi hari ini akan disiarkan sedikit lewat. Namun tetap terbit hari ini… tunggu…





kena dapatkan nih.wajib
[Reply]
Alhamdulillah,syukur..rezeki saudara melimpah ruah..
smlm gi mph kt shah alam..ternampk terasing.jual kat front line new arrival novel. mungkin beli hari lain sbb saya beli dulu buku ustaz zaharuddin:untukmu umat…
promosi buku ustaz zaharuddin:buku ni sgt2 berguna untuk semua org,dalam membina keyakinan diri thdp kehidupan peribadi..buku setebal 304 ni hanya dijual RM 11.00..
Semoga saudara terus berjaya dalam menjadi penulis profesional yang beriman.
[Reply]
novel ni antara yg ana minat dn habis bca on9..
pasti pembca suka..
bila takdir pula..yg ni best
[Reply]
Mabruk alaik… Menarik.. 4 karya dalam setahun. Moga bertambah istiqamah dan olmu dengan perkongsian anda.
[Reply]
Salam,
tahniah ustaz, moga terus berusaha berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain. unik cover novel terasing ni.
[Reply]
Tahniah Hilal!
[Reply]
Salam.
Sy sudah hbis membaca buku kamu yg bertajuk terasing. Ternyata ia amat menarik sekali. ALL THE BEST!!
[Reply]
Salam hilal.. Selamat berpuasa. Btw, where can I find Relasi and Terasing? Kena kempen dengan MPH or Borders bookstore kan? Anyway.. congrats.
[Reply]
Itulah, semalam saya ke MPH dan nampak novel terkini dan cover yang menarik.Kebetulan dah beli satu novel seberang. Nampaknya tunggu gaji esok lak beli Terasing..Insyaallah. Selepas VT, karya ini akan menjadi koleksi saya seterusnya.selamat berkarya sahabat!
[Reply]
salam..
tahniah diucapkan..
saudra insan yang dipilih untuk berkongsi ilmu..
teruskan melangkah tanpa jemu..
dan ingatlah,
setiap langkah di jalan Allah akan mendapat nikamat yang tidak disangka..
amiin..
[Reply]
Tahniah hilal.
Semoga terus berjaya.
Saya perasan dalam sinopsis Terasing (cover) ada sedikit kesalahan ejaan. Mengajak dieja ‘engajak’. Sekian.
[Reply]
Assalamu’alaikum semua…
-kepada danial al-asr,
Terima kasih. Tak la wajib. Hu3..
-kepada syaheed,
Alhamdulillah. Oh, ada di MPH Shah Alam ya? Alhamdulillah. RM11? Bagus2.. murah kan? Harap semua orang boleh membelinya nanti. Ada banyak kelemahan, ya la, karya lama. Tapi insyaAllah, bermakna.
-kepada Sinar,
Terima kasih cikgu. Takdir insyaAllah, tahun depan. Tunggu….
-kepada jamilah,
Terima kasih. Semoga Allah benar-benar izinkan saya untuk istiqomah.
-kepada hatimzikri,
Terima kasih, semoga Allah redha. Kredit untuk TBSB yang buat cover tu. Hu3…
-kepada afandi,
Sama-sama…
-balqis,
Oh, dah habis baca kah? Alhamdulillah. Semoga Allah redha…
-kepada Teacher Xyna,
Yer, MPH. Sebab kat situ je saya memang tahu buku saya ada. Hu3…
Terima kasih teacher.
Semoga Allah redha dengan teacher.
-kepada Zayu Hisham,
Terima kasih,
Semoga Allah redha dengan segala usaha kita.
Harap anda pun terus berusaha.
-kepada za-zahra,
Terima kasih atas ucapannya. Doakan agar saya dapat terus istiqomah…
-kepada ibkembali,
Terima kasih atas ucapannya. Terima kasih juga atas tegurannnya. Saya nampak dah.Rasanya TBSB dah betulkan dalam cover yang dijual.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
Mabrukkkk ya akhi…
[Reply]
sudah beli..sedang membaca
[Reply]
assalamualaikum
alhamdulilah ana telah selsai membaca buku ni
cemas jgak
apap2 pun tahniah
[Reply]
seriously tersing memang besh!..
hhee..
[Reply]