
nama saya Hilal, maksudnya anak bulan/bulan sabit
Selalu tak tengok bulan ketika mengambang? Saya paling suka sekali bila tengok bulan ketika mengambang. Indah. Cantik. Kalau tengok, hati gundah jadi tenang. Memang ada gaya ala-ala jiwang karat kalau main aci tengok bulan ni. Tetapi, ada sesuatu yang besar dalam melihat bulan mengambang ini.
Perasan tak, keindahan cahayanya, membuatkan kita lupa bahawa bulan ini adalah satu makhluk yang sebenarnya tiada hidupan di dalamnya, tiada oksigen, tiada air, kelabu, penuh debu, banyak lekuk-lekuk(atau biasa orang kata berjerawat) dan sebagainya? Hakikatnya bulan ini buruk sahaja. Tetapi perasankah anda, apabila kita melihat bulan ketika ia sedang mengambang bersama cahayanya yang indah itu, kita terpukau dengan benda ini?
Kita semua tahu,bahawa bulan itu memantulkan cahaya matahari. Cahayanya yang indah itu berasal dari matahari. Cahaya bulan yang indah itu membuatkan kita tertarik dengannya. Saya sendiri, kadangkala menunggu-nunggu bulan mengambang. Kadangkala, saya akan berhenti senyap beberapa ketika,menikmati keindahan bulan mengambang ini. Kadangakal, terdetik juga di dalam hati, teringin hendak isteri yang mempunyai cahaya seindah itu. Lembut, menyenangkan, menenangkan dan menghilangkan gundah.
Sebenarnya, kita juga seperti bulan sebenarnya. Diri kita ini buruk, huduh,kurang itu dan kurang ini. Tetapi jika kita mengambil ISLAM sebagai cara hidup, dan memantulkan ISLAM itu di dalam kehidupan kita, kita juga akan menjadi indah. Seperti Rasulullah yang semua orang tertarik dengan peribadi yang ditonjolkannya, maka kita juga akan menjadi seperti itu jika kita mengambil ISLAM sebagai cara hidup.
ISLAM ibarat matahari, bercahaya terang gemilang, memberikan tenaga kepada kehidupan di seluruh galaksi Bima Sakti. Matahari jugalah yang memberikan cahayanya kepada bulan. Pantulan cahaya itulah yang menjadikan bulan teramat indah, sehingga memukau pandangan.
Benarlah firman-firman ALLAH S.W.T.,
“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (Surat Adz-Dzariyat:47)
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (QS. Al Anbiya:33)
Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya.” (QS. AlAn’am: 101-104)
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.” (QS. Al Mulk: 3-4)
Bagaimana?
Anda hendak menjadi seperti bulan? Memantulkan cahaya matahari kemudian menjadi indah?
Atau anda merasakan anda sudah cukup indah?
Mari kita duduk-duduk, bertenang, berfikir, bermuhasabah dan mengoreksi diri.





ASSALAMUALAIKUM SAUDARA ANAK BULAN….TERINGIN SEKALI KAKAK MENJADI BULAN ITU… TAPI MASIH TERLALU JAUH N KERDIL RASENYE….
[Reply]
[Reply]
bulan untuk hilal?ngaa.
[Reply]
salam, saya pernah terbaca satu ayat dlm quran tp saya x ingat ayat mana surah mana.. pasal : bila tengok bulan kita akan rasa bulan itu indah..
asif.. x ingat ayat mana
point saya, Allah dah cakap dlm quran ttg keindahan bulan yg akan membuatkan manusia suka terhadap bulan.. jd mmg itulah fitrah manusia
nway, point yg saudara utarakan ttg islam seperti sinar bulan itu.. saya amat setuju… Allah jadikan semua makhluk tidak sia2.. beruntunglah siapa yg mengambil pelajaran drpnya
mari kita tadabbur alam sentiasa~!
ambil ibrah drpdnya
mudah-mudahan lebih dekat dgn-Nya
lg satu, saudara.. bulehke setiap kali saudara sertakan ayat quran, nyatakan surah mana, pg mana.. senang nak rujuk sbb kita berbicara mestila berdasarkan dalil yg kukuh
[maaf saya x ingat ayat kat atas tu]^_^
[Reply]
saya baru sngat mengenali website ni.kelmarin. jiwa sye tersentuh membaca artikel2 hilal . dan sye juga baru tau hilal muda dari saya!! muda setahun aje =p ..matang berbanding usia. bnyak kelebihan yang Allah kurniakan bt kamu…penulisan kamu blh bt orang yang leka dengan keseronokan dunia kembali tersedar. sekarang sye dalm proses promote website kamu kat ym. dan sye ade linkkan website ni kat blog sye. sya harap sngat2 rakan sye dapat tengok website ni. sye hnyalah sebuah pelajar engineering di salah sebuah ipta di mne kehidupan sye dikelilingi oleh rakan2 yang tak mementingkan akan akhirat. sye harap dengan membaca artikel2 jiwa mereka tersentuh dan kembali tersedar. sye harap sngat2..
[Reply]
alhamdulillah….satu hari saya sedang lalu dekat dengan sebuah kedai buku….tetiba mata terlihat buku yg bertajuk LANGIT ILAHI..(Tuhan tidak lupakan kita)….terdetik hati membeli buku itu…..banyak yang saya pelajari dan memberi ingatan untuk saya muhasabah diri ini kembali…..terima kasih ustaz…….
[Reply]
Bulan di pagari bintang-bintang
Cahayanya tidak sama
Namun kedua-duanya tetap memukau
Subhanallah
[Reply]
Salam,
saranan yg baik di hujung post, untuk jadi org yg boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan cara sendiri
[Reply]
Assalamu’alaikum,
kepada kakak,
Semua manusia, sama sahaja sebenarnya. Yang membezakan adalah taqwa. Taqwa, yang mengukurnya adalah Allah. Maka, mari kita berlumba untuk mendapatkan keredhaanNya. Saya pun, masih banyak nak perbaiki diri. InsyaAllah, dengan kita usaha mengambil Islam, maka kehuduhan pada diri kita akan terpadam insyaAllah…
kepada Bringmehome,
amin, amin ya rabbal ‘alamin…
kepada Fobia…
hu3..
kepada Nusaybah,
Alhamdulillah, memang ada ayat itu, tapi saya pun terlupa letaknya di mana. Tapi saya dah gantikan dengan ayat Al-Quran yang saya tahu letaknya di mana.
Terima kasih atas teguran. Sememangnya, biasanya, saya letakkan ayat Al-Quran bersama ayatnya sekali. Cuma kali ini, saya agak gopoh sedikit. Terima kasih sekali lagi.
kepada Buah Epal,
Sebenarnya, penulisan saya bukannya apa-apa. Allah lah yang membolak balikkan hati manusia, maka Allah lah yang memberikan kesedaran dalam hati kamu dan orang-orang yang membaca. Saya, hanya berusaha, sebab saya rasa, saya bertanggungjawab untuk berusaha mengajak manusia kembali kepada Allah.
Semoga, Allah makbulkan doa kamu, dan memberkati saya.
kepada bringme home,
Sama-sama. Semoga Buku Langit Ilahi itu bermanfaat untuk kamu, dan orang-orang di sekeliling kamu.
kepada Darin Ulfah,
subhanallah…
kepada Hatimzikri,
maka marilah kita sama-sama menyahut seruan itu, kerana seruan itu untuk kita! Kita, ya kita. Saya dan kamu.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
i pun suka sangat tengok bulan sebab hati bertenang dan cantik
[Reply]
Nabi kita Muhamad Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ia itu maknusia atau orang orang Islam yang baik ia lah apabila melihat bulan dan matahari, serta merta teringatkan akan kebesaran Allah Taala! Dari itu semua kaum muslimin dan musliman, apabila kita terkagum melihat berjenis jenis buah buahan di pasar, sayuran dan bermacam jenis rezki yang berlainan bentok dan rasa, hendak lah kita meningati akan kebesaran Allah Taala yang menyediakan itu semua untuk mahklok mahklok nya di dunia. Itu ada lah perkara mudah bagi Allah Taala yang hanya berfirman “jadi lah ” dan kesemua nya itu terjadi dengan terus menerus dengan keizinan nya. Segala puji hanya untuk Allah semata, tuhan yang berhak di sembah di semesta alam, tuhan yang bebas dari ucapan ucapan orang orang kafir!
[Reply]