Langit Ilahi Rotating Header Image

Wajib Kalian mendoakannya…

" Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan" Surah Al-Ghafir ayat 60

" Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan" Surah Al-Ghafir ayat 60

Apa agaknya perasaan kita apabila orang yang kita sayang, sedang bertarung dengan kesakitan yang teramat sangat?

Semestinya, persoalan saya di atas ini hanya akan dipandang sebagai pertanyaan klise yang biasa. Tetapi, memang soalan itu yang ingin saya tanya.

Pastinya, kebanyakan kita akan menjawab,

“ Aku akan cari walau di hujung dunia penawarnya, selagi aku mampu”

Sebab, itu adalah orang yang kita sayang.

Sekarang, salah seorang dari orang yang saya saya sedang sakit tenat.

Kritikal kerana penyakit denggi.

Saya sering menceritakan kepada anda berkenaan perjalanan penulisan saya. Setiap kali saya menulis berkenaan sejarah penulisan saya, akan ada beberapa nama yang tidak akan lepas dari sebutan saya. Salah satu dari nama tersebut adalah Datin Halimaton binti Hussein, atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Ummi. Dia merupakan isteri kepada Mudir MATRI, Ustaz Dato’ Kaya Bakti, Dahlan bin Mohd Zain.

Dia adalah guru Bahasa Melayu saya ketika tingkatan tiga, dan tingkatan lima di MATRI.

Sepanjang saya berada di MATRI, dia benar-benar melaksanakan apa yang orang gelarkan kepadanya: Ummi.

Dialah antara barisan guru yang mengambil berat terhadap prestasi pelajar-pelajarnya. Walaupun mungkin kebanyakan tindakan dia mengundang rasa tidak senang, tetapi saya faham bahawa dia hanya ingin memberikan yang terbaik kepada semua.

Ummi seorang yang ceria bila diajak bergurau. Saya paling suka bergurau dengan Ummi. Telatah orang tuanya buat saya gembira. Dia juga, amat ambil berat berkenaan saya. Pelajaran saya, kehidupan saya, semuanya dia ambil tahu. Sering memberi teguran yang telus, dan saya memang sayang kepadanya.

Dalam sejarah saya menjadi seorang ahli panel pertandingan forum, seorang yang memasuki pertandingan syarahan dan berbakat sebagai orator, Ummi menjadi tempat saya menuntut ilmu public speaking. Lontaran idea Ummi yang sentiasa bernas membuatkan saya sedia sahaja menadah telinga dengan kata-katanya yang kadangkala berapi.

Ummi, memang Ummi.

Hari ini, sudah masuk hari kedua Ummi tidak sedarkan diri kerana denggi. Keadaannya agak kritikal, dan guru yang penyayang lagi bersemangat ini sedang terlantar di ICU.

Saya, kalau saya mampu terbang pergi ke Malaysia, maka saya akan berada di sisi Ummi sekarang. Walaupun saya bukan anak muridnya yang mengambil jurusan medic, saya tetap ingin membantu bagi menyembuhkannya. Walaupun saya tahu, denggi bukanlah satu penyakit yang mudah diubati.

Tetapi, Rasulullah SAW tidak akan menipu saya yang merupakan salah seorang dari ummatnya. Rasulullah SAW bersabda,

“ Bagi setiap penyakit ada ubatnya, kecuali maut dan tua” Al-Hadith.

Maut belum menjemput Ummi, justeru saya masih belum berputus harap walaupun seluruh dunia berputus harap dengan keadaannya. Saya, mendoakannya, jauh di dalam lubuk hati saya, di tengah kesibukan kehidupan saya, di celah-celah pantas jemari saya menari di atas papan kekunci, di selang senyum tawa saya bersama sahabat di sini, saya tetap ingat akan Ummi dan mendoakannya.

Saya berharap, tubuhnya yang bersemangat itu, ALLAH berikan keizinan untuk berehat dalam keadaan yang baik. Menikmati hari-hari tuanya dengan ketenangan bersama keluarga. Menjalani hari-hari indah bersama cucu-cucu dan anak muridnya.

Kenangan bersama Ummi, kelas terakhir BM ketika Tingkatan Lima 2006

Kenangan bersama Ummi, kelas terakhir BM ketika Tingkatan Lima 2006

Saya tahu, saya juga ada dosa yang kemungkinan menyebabkan ALLAH tidak memakbulkan doa saya. Tetapi, saya ini bermuka tebal. Saya terus berdoa. Dan penulisan saya sekarang ini juga adalah satu doa. Maka saya menyeru kalian wahai pembaca-pembaca website ini, tembaklah doa. Dan buat pertama kalinya saya tidak menyeru anda untuk menembak doa menjadi tongkat saya yang tempang.

Saya menyeru anda untuk menembak doa agar doa kalian menjadi penawar kepada Ummi yang sedang terlantar sakit.

Saya tidak berkuasa atas apa-apa. Hanya doa sahaja yang mampu saya layangkan.

Hanya doa sahaja, dan sedikit usaha ini, sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih saya kepada Ummi.

Ooooo semua pelawat yang datang berkunjung. Ketahuilah bahawa perempuan ini amat saya sayangi. Maka sayangilah dia dari lubuk hati kalian, dan doakanlah kebaikan untuknya.

Saya menyeru.

Harap kalian menjawab seruanku.

Berdoalah.

ALLAH ada.

Kepada keluarga Ummi, dan sahabat handai yang berada di sisi Ummi, saya nasihatkan kita semua agar bersabar akan dugaan ini. ALLAH sedang menguji, untuk melihat sama ada iman kita selama ini benar atau hanya dusta sahaja.

Print This Post Print This Post

20 Comments

  1. musafirdunia says:

    salam..

    semoga bersabar dgn ujian ini..sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar..

    ana doakan beliau sentiasa dlm kebaikan dan cepat sembuh,insyaAllah..

    masa inilah kekuatan iman diuji..

    [Reply]

  2. ナディァ says:

    Assalammualaikum…

    Semoga Ummi cepat sembuh daripada serangan denggi yg dialami… InsyaAllah…

    [Reply]

  3. marwan_abral marwan says:

    salam,
    utk pngthuan saudara hilal, ummi tlh pun smbuh dr pnykit dnggi… dr kata jntung ummi lmah dsbabkan ksan ubat y dr bg… Isyallah kta sma2 doakan smga ummi cpt smbuh…

    [Reply]

  4. alhamdulillah.. Moga guru anta itu sembuh seperti sediakala..

    [Reply]

  5. salam,
    baru kemarin Allah berikan kesempatan buat ana pergi menziarahi ummi,
    ummi diberi ubat tidur agar ummi dapat merehatkan tubuhnya.
    kesan denggi masih dapat dilihat pada tangan ummi (bintik2 merah), walaupun hakikatnya ummi terlantar d hospital akibat serangan jantung & bukanlah denggi (denggi dah sembuh). tangan ummi juga masih bengkak. :cry:
    harapnya, doa2 dari semua amatlah diharapkan agar ummi kembali sembuh semula. insyAllah

    [Reply]

  6. Umi Norizan says:

    salam,
    bersabarlah umi norizan doakan agar ummi hilal yang begitu ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi pd nya dirahmati ,disanyangi dan diberi kesembuhan yang segera amin.

    [Reply]

  7. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada semua yang singgah, meninggalkan jejak mendoakan Ummi atas musibah yang menimpanya, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga.

    Berkenaan penyakit ummi yang sebenar(terlantar sebab denggi atau serangan jantung), itu saya tidak pasti. Berita yang terakhir saya dapat adalah dia diserang denggi dan terlantar di hospital.

    kepada Musafir dunia dan Nadhilah,

    terima kasih atas doanya.

    kepada Marwan dan fatimah zahra,

    terima kasih atas informasinya.

    kepada Umi Norizan,

    terima kasih atas doanya Umi. Semoga ALLAH sembuhkan Ummi Halimaton, berkat doa Umi Norizan.

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  8. hajar says:

    salam Hilal,

    semoga beliau cepat sembuh.

    [Reply]

  9. n_ak88 says:

    salam ‘alaik..
    act ummi dah sembuh dari denggi..
    dah nk discharge dari hospital dah..
    tapi Allah izin, tiba2 ummi dapat serangan jantung.. dan ditahan di ccu..
    wallahua’lam..

    semoga Allah perkenankan doa kita semua..

    [Reply]

  10. marwan_abral marwan says:

    nta on line dak? ade info trbaru ttg ummi ni…. email@ym ana
    marwan_abral@yahoo.com

    [Reply]

  11. n_ak88 says:

    al-fatihah untuk ummi…

    [Reply]

  12. ahmadfath says:

    innalillahi wa inna ilaihi rajiun…
    al fatihah buat ummi….
    terasa kehilangan….

    [Reply]

  13. marwan_abral marwan says:

    insyallah pg esk kul10pa (jumaat) soalt jenazah…. smga allah terima amalan solehnya dan mnmpatkannya dtmpat y mulia bersama para solehin

    [Reply]

  14. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada semua,

    terima kasih atas doa-doanya,

    Ummi Halimaton telah djemput ALLAH, tidak lama selepas post ini dipublishkan.

    Semoga ALLAH redha dengan kehidupan beliau.

    Inilah dia perjalanan kehidupan sebagai seorang HAMBA…

    ~seorang hamba yang juga akan pergi…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  15. [...] Begitulah ummi sentiasa prihatin walaupun saya telah bertahun meninggalkan sekolah. Benar kata Hilal Asyraf Ummi, memang [...]

  16. ナディァ says:

    Assalammualaikum…

    Takziah buat seluruh ahli keluarga ummi.. Al-Fatihah…
    walaupun tak mgenali ummi.. prasaan khilangan itu ttp ada…
    Semoga roh ummi dicucuri rahmat dan ditmpatkan bersama roh2 yg beriman..

    [Reply]

  17. Umi hana says:

    Semoga Ummi tergolong dikalangan mereka yang mendapat syurga Allah.

    [Reply]

  18. Hilal Asyraf laksamana says:

    Assalamu’alaikum,

    kepada Nadhilah,

    semoga doa kamu dimakbulkan ALLAH…

    kepada Umi Hana,

    Semoga ALLAH makbulkan doa kamu…

    ~seorang hamba…

    Hilal Asyraf

    [Reply]

  19. Dr Amad says:

    Salam akh…

    Ana sejujurnya tidak mengenali secara langsung dengan umi…tetapi kenal melalui msj sahabat-sahabat mengkhabarkan berita tentang beliau.

    Melihat dan membaca warkah “anak-anak umi” ana dapat membuat kesimpulan beliau cukup istimewa dikalangan kalian.Bukan sebagai guru BM mengajar,tetapi seorang ibu yang mendidik dan mentarbiah.

    Perginya,pergi sosok pejuang.Hilangnya,hilang dipandangan mata bukan dihati. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama mujahid dan mujahidah, dan agar ditemukan kita semua sekali lagi di SYURGA FIRDAUS kelak…

    [Reply]

  20. INIJALANKU says:

    Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun…

    [Reply]

Leave a Reply