
kawan-kawan yang ada di sekeliling kita atau jauh, sesiapa yang kita kenali, hargai lah mereka
Hari ini saya teringat akan satu khutbah yang dibacakan oleh khatib Solat Jumaat di Masjid Universiti Yarmouk. Khutbah ini, adalah khutbah lama. Saya dengar ketika awal-awal saya datang ke Jordan.
Dia berbicara tentang Silaturrahim.
Ada sesuatu yang menarik dan lain dari lain dalam khutbah khatib itu.
Pemahaman berkenaan ukhuwwah, dari satu sisi yang jarang kita lihat.
Kenapa saya tulis berkenaan ukhuwwah ini?
Sebab saya harap, kita berlumba-lumba menghargai sahabat-sahabat kita, dan bukan sekadar menanti dihargai.
Di dalam khutbahnya yang sekitar dua puluh minit itu, khatib ada menyebut,
“ Adakah apabila sahabat kita itu tidak menziarahi kita, kita akan katakan kepadanya, aku tidak mahu menziarahinya, kerana dia tidak menziarahi aku?”
Saya tertarik dengan ayat itu.
Sudah lumrah manusia sukakan balasan, ataupun sekurang-kurangnya penghargaan. Maka di dalam berukhuwwah, kadangkala hati tidak lepas dari rasa ingin diihtiram oleh sahabatnya. Maka berlakulah lintasan-lintasan hati seperti,
“ Alah, buat apa nak bagi hadiah kepada dia, dia tak bagi hadiah kat aku pun”
“ Buat apa doa untuk dia, silap-silap dia pun tak doa untuk aku”
“ Buat apa susah-susah tolong dia, dia tolong aku pun tak pernah”
“ Penatlah tolong dia, dia bukan tolong aku pun”
Maka ukhuwwah pun goyah, lalu rosak dan terputus.
Khatib berkata,
“ Hakikat yang sebenar adalah, apakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita dalam menjaga silaturrahim ini?”
Ya benar. Pokok pangkal halnya, adakah kita ini sebenarnya sudah selesai tanggungjawab kita dalam menjaga silaturrahim antara mu’min. Umum sudah ketahui firman ALLAH S.W.T. yang berbunyi,
“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara, maka perdamaikanlah antara keduanya, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Lihat, ALLAH menyuruh kita merapatkan ukhuwwah. Maksudnya, kita perlu selesaikan tanggungjawab kita terlebih dahulu. Biarlah kita yang terlebih dahulu mengihtiram sahabat kita, walaupun dia tidak mengihtiram kita. Biarlah kita yang terlebih dahulu memberikan salam, walaupun dia tidak pernah memberikan salam kepada kita, biarlah kita dahulu yang memberikannya hadiah, walaupun dia tidak pernah memberikan hadiah kepada kita, biarlah kita yang sentiasa menziarahinya, mengambil berat tentangnya, menggembriakannya, walaupun dia tidak pernah berbuat semua perkara itu kepada kita. Kita selesaikan urusan kita, tanggungjawab kita sebagai sahabat kepada dia, maka kita dengan ALLAH telah selesai. Dia, maka biarkanlah dia dengan tanggungjawabnya sebagai sahabat kepada kita, dia dengan urusannya kepada ALLAH.
Khatib menyatakan bahawa silaturrahim adalah satu tanggungjawab dan ia adalah satu ibadah. Menjaganya mendapat pahala, memutus dan merosakkannya adalah berdoa. Saya pernah mendengar hadith,
“ barangsiapa yang memutuskan silaturrahim maka dia tidak akan mencium bau syurga” Al-hadith.
Dan ada satu hadith yang sering saya ulang,
“ Ada tujuh golongan di akhirat nanti yang mendapat naungan pada hari tiada naungan selain naunganNya, …… dua lelaki yang berkasih sayang kerana ALLAH, mereka bertemu dan berpisah keranaNya….” Al-hadith.
Saya ada juga sahabat-sahabat yang saya ihtiram kepadanya, tetapi dia langsung tidak menghargai saya.
Sebagai contoh, saya sayang semua pelajar MATRI, tetapi tak semua pelajar MATRI sayang kepada saya. Memang kita akan terasa terkilan dengan sikap sahabat-sahabat yang tidak mengihtiramkan kita sebagaimana kita mengihtiramkan mereka. Namun apabila kita muhasabah kembali mengapa kita sayangkan mereka, maka kita akan merasakan betapa, pengorbanan kita ini adalah urusan kita kepada ALLAH S.W.T. sebenarnya. Yang membalas adalah ALLAH.
Kita sayang kepada sahabat-sahabat kita hanya kerana kita hendak mereka bersama-sama kita ke syurga. Maka apalah sangat ihtiram di dunia ini jika mereka tidak bersama kita di akhirat? Mereka dengan kita, hakikatnya itu urusan mereka dengan ALLAH. Andai mereka juga ikhlas menjalin hubungan dengan kita, nescaya mereka akan mengihtiram kita dengan seadanya.
Hakikatnya, silaturrahim, adalah tanggungjawab kita semua. Siapa yang lebih berhak diihtiram, dimuliakan, bukanlah persoalan. Siapa yang memulakan terlebih dahulu maka dia adalah lebih mulia, siapa yang mengihtiram dengan hati yang ikhlas, maka dialah yang beruntung segalanya, siapa yang merasakan ini adalah satu tanggungjawab, maka sesungguhnya dia benar seadanya.
Apabila mendengar khatib ini menyebut tentang silaturrahim ini, saya rasa lebih bersemangat hendak menyayangi dan mengihtiramkan sahabat-sahabat saya.
Kepada sahabat-sahabat, alangkah baiknya jika saya mendengar khutbah khatib ini ketika saya berada di tengah-tengah kalian… Terasa seperti saya telah mensia-siakan pula masa-masa saya bersama kalian.
Semoga ALLAH menerima amal-amal kita, mengislah diri kita,
Marilah kita bergerak menjadi HAMBA…
Mari kita berlumba-lumba mengihtiram sahabat kita.
Dan siapakah sahabat kita?
Sahabat kita adalah mereka yang berdiri di atas jalan perintah Allah SWT, dan menyisih dari laranganNya.





define ihtiram
[Reply]
nice artikel, walaupun maksud ikhtiram saya tak faham tapi apa yang hendak disampaikan saudara saya dapat faham.
Nice one.
[Reply]
sedang berusaha menjadi sahabat yang baik kerana Allah
[Reply]
Salam…sedikit perkongsian..
Mother Teresa’s Anyway Poem
People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.
Ingatlah yang “it was never between you and them, its between you and Allah SWT”.
Maaf sebab panjang…terima kasih atas peringatan..
[Reply]
saya pun tak faham ihtiram… T_T
[Reply]
salam…
menghargai dalam apa jua cara… sahabat satu cara Rasulullah menzahirkan kasih sayang setelah keluarga…
[Reply]
Salam,
Faham mesejnya, but first time berjumpa ihtiram ni.
Science based student masa belajar dulu.
[Reply]
Assalamu’alaiikum,
kepada rue, fareast, cahaya hidup, dan afandi,
ihtiram itu bermaksud memuliakan.
Kalau saya kata: ” Saya mengihtiram kamu semua” bermaksud: “Saya memuliakan kamu semua”
Begitu lah.
Dalam post ini, saya hendak mengajak kita berfikir, apakah kita ini orang yang menunggu dimuliakan, atau kita yang terlebih dahulu bergerak menghargai, memuliakan saudara-saudara kita.
Semestinya, tangan yang memberi itu, lebih baik dari yang menerima.
~seorang hamba…
Hilal Asyraf
[Reply]
owh k da paham~~!!
[Reply]
sayang sahabat sokmo….
ana uhibbukum fillah…
[Reply]
salam..
just nak tanyer..
yg baju kelabu tu name dia ihsan ke???
muke dia cmmy old fwen time primary dolu-dolu
[Reply]